Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 31, 2013

Kisah Raya I

saya tahu, musim raya ni mesti semua orang sibuk nak buat persediaan raya kan? persediaan raya saya tahun ni ala kadar je. tengah sibuk buat persediaan majlis kahwin. lagipun tema raya tahun ni warna kuning. sebab tu majlis tunang saya hari tu bertemakan kuning. saya dah bajet, saving! baju tunang setakat pakai sekali, ulangpakai lagi tak berdosa pun. tapi sebenarnya saya ada beberapa pasang baju yang dijahit tak diambik kat tukang jahit lagi. bahagian mana savingnya, saya pun tak tahu. hekhekhek....


bila raya nak menjelma, semua sibuk nak buat biskut raya jugak kan. saya tak sempat buat biskut raya tahun ni. raya tahun ni saya kesibukan menghadap pelbagai jenis laporan. inipun sedang menghadap laporan, sakit mata. layan blog sat. kesian Abang, semalam kena menunggu bininya buat laporan dekat ofis. hari ni harap-harap Abang sempat keluar ofis awal. join iftar with my opismates. heeee...

dan raya tak dapat dipisahkan dengan lagu raya kan? kan? kan?

lagu yang buat saya paling bersemangat nak balik kampung, tapi selalu buat saya sedih bila sampai di karak time balik KL.

Balik Kampung by Sudirman

dan pastinya saya akan rindukan Indahnya Beraya Di Desa. bajet merantau sampai Siam. ha ha ha...lagu ni pasti mengingatkan saya pada abang saya. tiap kali nak balik kampung, dalam kereta mesti nak dengar lagu ni. malam abang drive, siang saya lak yang pulun.

my bro with his yellow shirt & kazen...dua2 makin tembam
tahun ni akhirnya tercapai jugak hajatnya nak balik kampung dengan superbike dia. Al maklum la adik dia dah balik dengan 'orang kanannya'. kalau tak, terpaksa la ikut saya. huahuahua...

Irfan with Ayah Din's gewe
tapi,lagu kegemaran saya adalah lagu ini Setahun Sekali . lagu ni saya akan ulang berkali-kali tak puas-puas. macam kat ofis hari ni.  hehe....walaupun demam & selsema saya makin menjadi-jadi dok dalam aircond ni. terpaksa jadi begini pulun laporan. saya nak balik kampung dengan tenang. heeeee.... complete the task, first!

purple baju kurung with oren socks
tetapi, lagu yang pasti akan meninggalkan kesan buat hati-hati anak-anak ialah Dari Jauh Ku Pohon Maaf & Ku Pohon Restu Ayah & Bonda. memang menyentuh hati dan perasaan terutama bagi mereka yang menghargai ibu bapa mereka. saya mungkin bukan anak yang baik pada mereka, tapi saya sangat sayangkan mak & ayah saya. cuma kadang-kala perangai mengada-ngada saya boleh buat mereka pening. hakhakhak...

dan pastinya lagu ini senantiasa meninggalkan nostalgia buat kami sekeluarga. lagu yang digemari arwah ayah.

dan saya pasti terkenangkan arwah ayah bila dengar lagu ini. terkenangkan kata-kata semangat ayah. pelukan ayah dan pastinya saya rindukan kasih sayang ayah. kami bukan dibesarkan dengan kemanjaan & kemewahan tapi kami dibesarkan dengan kasih sayang seorang ayah yang penyayang. 


# waiting for Abang for having iftar with my opismates. layan report & blog sat. 

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena