Sudah lama rupanya blog ini menyepi tanpa catatanku. Bukan tidak sudi namun satu demi satu kejadian dan situasi kadang-kala membantutkan keinginan dan semangatku untuk menulis. Jom merentas sebentar liku-liku kehidupanku sejak kebelakangan ini.
Alhamdulillah, sudah hampir sebulan Masyitah menamatkan latihan industry di Chendering (maaf, nama organisasi tidak dpt dinyatakan). Bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang pekerja. Mendengar pengalaman sahabat-sahabat yang lain betapa mencabarnya tugas yang diberikan kepada mereka, aku tersenyum. Timbul rasa cemburu namun aku yakin apa yang ku alami dan tempuhi di tempat praktikalku pun ada cabarannya yang tersendiri. Bersyukurlah aku seadanya…….
Pelbagai ragam yang dipamerkan masing-masing. Aku tersenyum untuk kesekian kalinya. This is sweet memory, guys! Masih ku ingat bila Dr Saiful tetiba memanggil namaku sambil bergurau untuk memukulku kerana kesilapanku menghantar report tanpa buku log menyebabkan dia tercari-cari, Shauqi yang menunjukkan sijil yang diterimanya dari tempat praktikal kepada Fiq sambil disambut Fiq ‘aku tak dapat sijil, tapi aku dapat duit’, ada yang baru menyiapkan slideshow presentation, Min yang disuruh menerangkan kata-kata ‘mendalam’ di akhir presentationnya, serta pelbagai gaya dan bahasa isyarat yang kami lakukan untuk menyatakan betapa laparnya kami kerana selama hampir 4 jam dikurung dari pagi sampai tengah hari. Hahaha… dan macam-macam ragam lagi.
Namun segalanya sudah berakhir....Alhamdulillah. semoga akan tiba kembali satu detik dan ketika kita kembali bertemu. InsyaAllah.....luv u all, guys!