Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 31, 2009

Telur oh telur!

Salam……..

Actually masyitah nak ucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-52 untuk semua rakyat Malaysia and special wish to my dad, happy 53rd befday to you. Semoga ayah dirahmati dan diberkati Allah dunia akhirat.



Dan di hari ke-10 Ramadhan ni, masyitah tengah berhempas pulas nak prepare final project. Huhuhu…..start talking about final projct je masyitah nak start pening. Sebenarnya masyitah ada idea nak buat mangkuk tingkat or egg breaker dan sejujurnya masyitah memang nak buat egg breaker. Satu alat yang dapat membantu makcik-makcik kat dapur untuk pecahkan telur then asingkan yolk and egg white tu. Bunyi cam best je, nak-nak time nak buat biskut raya ni.Tapi, the problem is masyitah tak tahu macam mana nak buat mechanism yang involve dlm egg breaker. Al-maklum la masyitah ni apa sangat la yang tahu. Huhuhu,………usaha tangga kejayaan. Ya!



Bercakap mengenai telur ni I got something during making the survey about this. Telur ni sizenya bergantung pada umur ayam yang bertelur tu rupanya. Semakin tua ayam, semakin besar la telurnya. Tapi bila semakin besar telur, semakin nipis pulak kulit telur tu sbb kulit telur tu kena strech nak cover isi telurnya yang besar tu. Hehehehe…….macam tu pulak eh?


Tapi bila bercakap pasal telur di bulan puasa ni teringat kat telur dadar pulak. Hahaha…..masyitah tak suka makan telur tapi kalau telur dadar takpe. Kalau makan telur rebus tu, sesiapa yang jumpa telur kuning sahaja tu mesti kerja masyitah sebab masyitah makan telur putih. Tapi lain pula kalau dengan telur masin, masyitah makan telur kuning je. Hahaha….


Bunga telur….ala buah tangan yang selalu orang bagi masa majlis kenduri tu. Actually masyitah takde la excited sangat dengan bunga telur ni tapi tertarik juga tengok. Cuma sekarang ni budaya bagi bunga telur dah semakin kurang sebab sekarang ni trend orang bagi gula-gula, cenderamata and whatever la. Takpe, bukan wajib pun sume benda tu just budaya je. Kalau tak bagi bukan sampai berdosa pun. Tak gitu? Apa yang penting perkahwinan itu. Semoga ikatan yang terjalin diredhai dan diberkati Allah dunia akhirat. hemmm…..kawen. eh, jauhnya…..telur aje la topic kita.


tapi, bila difikir-fikirkan balik indahnya kejadian ayam. Maha Suci Allah yang mencipta makhluknya. dengan hanya seekor binatang bernama ayam pelbagai perkara boleh dijana. menjana pendapatan, dapat dijadikan makanan, cenderamata untuk sesebuah majlis dan ada jugak yang boleh dibuat ubat. macam mana tu? tok bomoh selalu mintak ayam hitam sekor! hehehe.......




Saturday, August 29, 2009

kak sayang mak sangat-sangat....

Hari ni bukan hari ibu. bukan juga hari lahir mak. tiada hari yang tertentu untuk menghargai mak. sebab mak perlu dihargai tiap-tiap hari. betul tak?

mak selalu marah kalau tak kemas rumah. mak selalu bising kalau tak masuk dapur. tapi, kalau mak diam tanpa cakap apa-apa rasa something pulak. mak, kak bukan malas tapi masa kecik-kecik dulu mak suruh nurse kat hospital terlebih inject vaksin M tu bakpe? tak pasal-pasal kak dah terlebih MALAS sekarang ni. hehehehe......tapi kak buat jugak lepas kena marah kan? sebenarnya, kak nak dengar suara mak je.....rindu.

mak tahu tak ada satu benda pada diri mak yang selalu buat kak rasa sayu? terutamanya bila dok jauh-jauh macam sekarang ni? mak selalu cuba nak puaskan hati anak-anak mak selagi mak terdaya. kadang-kala kak pun rasa serba salah. misalnya.....kak tak suka makan agar-agar tak campur susu. jadi kak tak makan la. tengok pagi-pagi 1 Ramadhan lagi, mak buat agar-agar santan (susu takde) . selalu mak buat lagu tu bila dengar anak-anak mak tak suka makan tu, suka makan ni. anak mak ada 9 orang, larat ke mak nak layan kami yang ramai ni? setiap kali nak balik kampus jugak, mak akan bising. suruh ambik nasi. bawak beras. bungkus lauk. kak akan jawab....jap lagi.....jap lagi......jap lagi.....alih-alih bila nak pergi mak dah siap packing sume benda tu. mak, jangan baik sangat dengan kak. nanti kak tak kawen-kawen sebab tak sanggup tinggalkan mak.

hari tu mak ada tanya, kak nak kije ke sambung belajar lepas habis diploma. mak tak pernah tanya kakak-kakak yang lain macam tu. abang din pun tak. kak sedih sangat. mak tak nak kak further study lagi ke? cita-cita kak kan setinggi langit. tak sampai kat kaki bukit pun mak dah tanya macam tu. kak sedih mak. bukan sedih sebab tu aje tapi kak sedih bila kak bagi 'jawapan' macam tu kat mak hari tu. kak mintak maaf. mak tanya macam tu bersebab kan. hari tu kak tak sabar, tapi selepas tu kak fikir-fikir balik. kak mintak maaf. bagi masa untuk kak berfikir dan mintak petunjuk. ada masa kurang setahun lagi untuk kak fikir. insyaAllah, kak akan buat pilihan yang terbaik biiznillah........

mak......mak tahu tak sejak kebelakangan ni kak asyik menangis ingatkan mak kat hostel ni. sebab tu dua tiga hari ni kak kerap tepon mak. belum pukul 6pagi hari tu kak bangun pagi-pagi terus tepon mak. mak tahu tak kenapa? kak takut Ramadhan ini Ramadhan terakhir untuk kita. kalau bukan mak yang dijemput dulu mungkin anak mak yang dipanggil pergi tak kembali. kak banyak dosa dengan mak. kak jugak takut kak tak sempat nak balas jasa mak sebab sekarang kak selalu je menyusahkan mak. kak menangis ni mak masa taip perenggan ni..............kak takut kak tak sempat mintak maaf dengan mak sebab kak kan suka 'bertengkar' dengan mak. suka sangat-sangat........

mak.....kak selau cakap 'maafkan kak'......'terima kasih mak'......tapi kak jarang ucapkan 'kak sayang mak' (bukan x langsung tapi jarang). mak, bukan tu bermakna kak tak sayang mak tapi kak tak pandai nak pamerkan kasih sayang kak melalui kata-kata. tapi kak pamerkan dengan cara lain. kak larang mak buat kije-kije berat even kak tak buat tapi kak suruh adik cik ke, arif or abang nik yang buat. hehehe....kak kan terlebih vaksin M. kak tak boleh tengok mak runsing, sebab kak orang pertama yang nangis dan serabut. kak tak sanggup tengok mak risau.mak kat sini kak nak bagitau "KAK SAYANG MAK SANGAT-SANGAT" even mak tak baca blog ni.

Saturday, August 22, 2009

tangisan Ramadan....

Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Di kesempatan yang ada ini masyitah nak minta maaf di atas salah silap masyitah selama perkenalan kita (rasanya xde org baca blog ni. Huhuhu….xpe la, best sikit). Dan harapan masyitah kali ini, semoga Ramadan kali ini mampu menjadi tarbiyah untuk masyitah menjadi wanita solehah. Mendidik jiwa dan nafsu di samping meningkatkan keimanan menghadapi ujian-ujianNya.

Di hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa ini, entah kenapa sayunya rasa di hati berbuka puasa berseorangan. Terasa masyitah bersendirian di dunia ni. Astagfirullah…….padahal masyitah di perantauan bukannya jauh sangat dari mak ayah si rumah. Apa mungkin ini Ramadhan terakhir kita bersama wahai saudara?

Saat mengucup tangan dan pipi ayah pagi tadi, hampir menitis air mata ini kesayuan dan sungguh aku hanya mampu tersenyum sumbing tatkala tangan dan pipi mak ku cium. Tak sanggup menatap wajah tua itu. Aku pilu. Maafkan kak untuk semua kesilapan yang kak lakukan pada mak dan ayah. Benarlah, bila berjauhan rindunya terasa peritnya lebih. Sudah lama rasa ini tidak hadir. Apa mungkin ini kali terakhir kita bersua? Ampunkan kak mak dan ayah……………

Aku mohon ya Allah, semoga hari ini permulaan yang baik untuk segala-galanya bagi diriku……..

Aku kesunyian dan kesedihan tatkala bersendirian di bumi UDM ini ya Allah. Kuatkan aku menghadapi setiap dugaan dan ujian. Pasti kali ini lebih menuntut kesabaran dari insan berjiwa lemah ini, Masyitah Aminah……

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua. Doakanku berjaya di dunia akhirat menghadapi dunia yang penuh godaan ini. Kuatkan aku ya Allah untuk terus teguh di sisiMu dan agamaMu. Pimpin aku ke jalan yang Kau redhai…..amin.



Tuesday, August 11, 2009

'tatkala hilangnya kepercayaanku......maafkanku'


assalamualaikum......

subhanallah.....malam yang indah dapat lagi aku kecapi. Alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara dingin ini. sungguh tak ternilai nikmat yang Kau kurniakan buat insan yang selalu alpa ini. astaghfirullah......

semalam, entry yang kubuka berbau rasa ceria. suka. gembira. bahagia. namun malam ini, catatanku sedikit duka. cuka. pilu. sedih. dan rasa berdosa dengan 'tatkala hilangnya kepercayaanku.....maafkanku' buatmu insan yang aku hormati. sudah puas aku cuba menghilangkan rasa tidak puas hati dan lunturnya kepercayaan ini padamu namun aku gagal. ku tahu, aku tidak sepatutnya berasa dan beranggapan begini terhadap insan yang menabur budi padaku namun aku gagal.

bukan sekali aku dikecewakan malahan berulangkali menyebabkan aku berfikir perlukah aku mempercayai orang sebegini. aku rasa berdosa untuk keadaan ini. cuma aku harap masih tersimpan sedikit rasa hormat untukmu. aku tak mahu menjalani hidup yang tidak berkat sedangkan kau seorang pendidik. maafkanku........

tapi aku benar-benar harap kau jujur dalam menjalankan tugasmu. apabila kau diamanahkan tentang sesuatu perkara, jagalah amanah itu sebaiknya. amanah itu bukan sahaja tak kau jaga, hinggakan aku sendiri yang terasa tempiasnya bila ianya tersebar. tatkala ini, aku tak bisa lagi gantung kepercayaan untuk membincangkan perkara-perkara yang serius mahupun tidak dengan orang sepertimu. maafkanku kerna lunturnya kepercayaan ini.....

aku harap dan aku berdoa moga Allah pimpin aku ke jalan yang Dia redhai. ampunkan aku ya Allah dengan rasaa dan sikap yang tidak patut ini. janganlah hilangkan keberkatan ilmu yang aku perolehi daripadanya.......

maafkanku...............

Sunday, August 9, 2009

kau permata hatiku....sayang

Assalamualaikum…..

Hemmm…..malam ni rasa sakit kepala sikit petang tadi tolong ajar kawan belajar kereta. Huhuhuhu….rasa nak tergelak, masyitah yang takdan sebulan dapat lesen P ni mengajar memandu. Well, ilmu yang ada kena kembangkan. Barulah berkat. Chewah, macam dah jadi cikgu bertauliah pulak dah. Padahal tadi bawak kereta boleh tak turunkan handbreak. Hahaha….sungguh memalukan. Bukan apa, masyitah biasa bawak kereta gear automatic kereta mak, handbreak selalunya dah on. Habislah rosak kereta orang. Maaf,…..ampun……okey, forget about this.


This entry actually just wanna show my appreaciation and love to all my sayangs. I really miss them so much. Don’t know why, but my love honestly for all of u, Fahmi, Eisya, Fatnin, Mursyidah and Irfan.


Fahmi. 9 thn. Nakal. Degil but really creative boy. Tapi, kadang-kala….nope always menyebabkan aunty Mie hangin satu badan. Sebabnya selalu main kejar-kejar dalam rumah. Aunty Mie x suka lari2, nanti jatuh. Huhuhuhu……budak ni memang manja sebab dia anak tunggal. But, whatever you are aunty mie memang sayang fahmi selalu….

muhammad azfar fahmi

The second one, eisya….emmmm actually taknak bias tapi rasa-rasanya kalau la anak sedara yang come to my mind first always her. 4 tahun. She’s cute. Degil tapi bijak. Byk cakap(sama ngan aunty mie) and kadang-kala orang ingat si eisya ni anakku. Hahahaha….waa…..bahagianya aku kalau ada anak pada usia ni. Tak sabar nak jadi ibu. Ye la, dulu masa abis spm aunty mie la jadi bibik x bergaji jaga budak umur 3 bulan. Confident je rasa nak jadi ibu. Eisya suka masuk bilik tido masyitah dan dia tau rules yg dah ditetapkan aunty mie…

· Tak boleh bising

· Tak boleh makan dalam bilik

· Tak boleh main lompat-lompat atas tilam(suka main dgn abg fahmi dia)

· Tak boleh usik barang2 aunty mie

Masyitah pun tak tahu apa yang seronok sgt dlm bilik tu, tp eisya mmg pantang tgk masyitah masuk bilik. Asyik nak mengekor je………

nur mukhlisah nadirah

next is fatnin. Really cute and intelligent one. Suka buat bunyi ayam, tiger, duck, meow and dog. Mamanya yang ajar tiap kali baca buku cerita. Umurnya baru 2 tahun tapi body masyaallah, chubby……..yang ni salah sorang anak didik aunty mie mase usia 2 bulan kalau tak silap. Budak ni selalu bikin aunty mie panic bila mama and papanya pergi kerja sbbnya aci minum air masak je, tersedak. Hahaha….masyitah takut sgt. Mamanya selalu pesan, “selalu bagi baby minum air masak”…….stress 2 bulan sem break jaga budak ni. But, I luv you baby……..

qurratu 'aini fatnin

This baby doll ni memang cute. Hahaha…marah uminya nanti panggil anak pompuannya anak patung. Namanya mursyidah. 11 bulan. Really cute terutama tang bulu matanya. Lentik. Mursyidah ni agak buas sikit. Tak larat nak jaga budak kecik ni. Dulu, bila masyitah balik cuti mursyidah selalu tengok aunty mie sambil terkebil2. lepas tu nangis. Nak wat mcm mane, aunty mie lawa sgt. Hahahaha,,………

nur mursyidah thaqifah

Then, the last one is newborn baby boy, irfan. He’s about 1 month. Cute jugak tp aunty mie tak dapat pegang lg sbb masyitah tak suka pegang baby yang baru lahir. Takut terpeliuk anak orang. Tunggu pas2 ni…..apa2 pun, aunty mie syg irfan tau….

ahmad irfan

Emm…..nampak gaya bergayan sakan masyitah dengan anak orang ek. bila nak dapat anak sendiri ek? Hahaha….insyaAllah, kalau ada rezeki. Kalau hadir insan yang sudi jadikan masyitah ibu pada zuriat-zuriatnya…..semoga Allah jadikanku ibu mithali. Melahirkan pewaris-pewaris yang bakal memperjuangkan agama Allah. insyaAllah….moga tiba saat itu.

Thursday, August 6, 2009

'ini doaku setiap hari'


pimpin aku ke jalan redhaMu ya Allah dan hadirkanlah seseorang yang boleh memimpinku dunia akhirat bila tiba saat dan ketika yang Kau rasakan terbaik untuk aku hadir dalam hidupnya...

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena