Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 8, 2010

kak rindu sangat



Hari-hari yang dilalui sudah tidak seperti dulu lagi. Aku mungkin ketawa. Aku mungkin kelihatan ria namun rasa di hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Betapa pemergiannya meragut sesuatu dalam diri ini. Untuk kesekian kalinya, aku rindukan arwah ayah sejak pemergiannya kembali ke sana….

Tatkala duduk sendirian, memori bersama datang menerjah. Rasanya, di tiap sudut rumah mengingatkan aku tentang hal kita bersama ayah. Bukan tak redha dengan ketentuan Illahi, namun kasih anak ini tak mampu membendung betapa rindunya kak pada ayah.

Ayah orang yang tak lokek dengan nasihat dan semangat untuk diberi pada anak-anak. Pada kak sendiri pun. Teringat masa kak telefon sambil menangis kat hostel unisza dulu. Esok kat ada 3 tests and quizzes kalau tak silap. Kak rasa lemah semangat sangat masa tu. Hampir-hampir putus asa. Dan ayah yang berpesan ‘percaya diri, yakin diri dan jangan lupa diri’. Ungkapan yang meninggalkan kesan di hati ini…..kerna ia lahir dari hati ayah tatkala itu sebab hidup ini tak lari daripada dilanda badai kan, ayah?

Semalam mak telefon kat mursyidah(cucu ayah yang umur 2 tahun tu)…….tau tak dia tanyakan Tok Che. Aku diam. Tapi tahukah cucu yang umur 2 tahun boleh rindukan ayah, inikan anak ayah yang dah 22 tahun ni. satu-satunya cucu ayah yang aku tengok paling memahami, Tok Che dah tiada. Masa ayah sakit, Mursyidah cakap nak ajak ayah pergi pantai bila dah sihat. Tapi, ayah tak dapat pergi jugak sebab ayah dah ‘pergi’ dulu.

Rasanya semua benda yang aku buat, pasti mengingatkan aku pada ayah. Semakin lama arwah ayah pergi, semakin kuat ingatan kak pada ayah. Sebelum ni kak akan susah nak tidur je. Menangis masa nak tidur je tapi sekarang kat mana-mana pun kak boleh rasa nak menangis hatta tengah menaip ni pun….air mata kak masih jatuh tanpa mampu ditahan. Kak hanya mampu menangis bila bersendirian, tapi tidak di hadapan orang lain. Cukuplah kak menangis di depan orang masa hari pemergian ayah dulu.

hidup kak rasanya tak sama macam dulu. macam tak percaya, kak sudah tiada lelaki bergelar ayah mengharungi hidup di bumi Allah ini. kuatkan aku ya Allah....ayah tak sempat nak pergi majlis konvokesyen kak tahun depan. ayah benar-benar tunggu kak habis belajar dulu kan sebelum pergi sebab ayah tahu kak macam mana kan?

Beberapa malam yang lepas, aku mimpikan ayah. Apa yang paling bermakna sekali bila aku dapat peluk ayah malam tu. Ayah senyum……kak rindukan senyuman ayah. Dan kak rindukan segala-galanya tentang ayah. Hanya doa yang mengiringi ayah di sana…..



Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena