THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 15, 2012

cerita balik nikah II

tolong sahabat handai jangan salah membuat tafsiran. bilamana saya menulis cerita balik nikah, bukan bermakna penulis ini yang bernikah. begitu jugak bila saya terletak pic posing dalam bilik pengantin di fb, bukan saya yang nikah. saya cuma posing dekat majlis orang je. ambik berkat. ngeh...ngeh...

to be honest. saya sangat suka tengok orang menikah. dulu-dulu tak rasa jeles pun. tapi sekarang baru rasa jeles. nak nikah jugak la sero. adeh.....inilah masalah saya, bila saya menulis dalam mood yang bling2. sesedap rasa je menulih. tolong jangan salah menafsir ye. hekhekhek

sebenarnya, saya terkilan jugak. masa jaa bertunang hari tu, saya pi sehari sebelum majlis bertunang. bila jaa nikah, saya pi sehari selepas majlis nikah. apakes punya kawan baik lagu neh. ting tong sokmo. tapi, mung kan tau. aku kan selalu masuk air. hahaha....ampun jaa. =(

bangun pagi, aku kebas kete adik aku pi umah mizah. eh, saloh pulop. masyitah pinjam kereta adik pergi ambik mizah kat umah(baru bunyi sopan sikit ayat). selepas pusing-pusing nak beli hadiah, masyitah heret mizah pi umah jaa. huwaa....pengantin bukan siap bersanding je. malahan siap basuh periuk segala. tahukah anda, betapa sengalnya saya? hehehe.....

giler weh, seri penganti kat muka jaa. lawa je aku tengok. (tak gitau kat jaa, nanti dia kembang kempis. penat aku nak cover, aku lagi comel.hehe). sejuk hati tengok orang baru nikah. jeles! tiba-tiba, mood taknak nikah hari tu bertukar. 

mak, nak nikah! gila gediks dengar weh! haha...

makan nasi kenduri. aku bahagi dua. konon-kononya makan sikit je. padahal dah tau, aku baru dapat penyakit baru. kije asyik makan je. jaa taruk banyak giler nasi. sepinggan tu. Alhamdulillah. habis. serius, saya tak tahu hormon apa yang melanda. kalau tak percaya, tengok pic tu. saya makin chubby. huahuahua....

dan di kesempatan yang ada ni, masyitah aminah nak ucapkan:
SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK JAA & WAN
SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA



DAN CEPAT-CEPAT LA BAGI ANAK SEDARA.
(TAK SABAR NAK MAIN NGAN BABY NEH. APA KE PELIK AKU NEH. SIBUK NAK MAIN NGAN ANAK ORANG. HEHE...DAH TU. SAYA BELUM NIKAH LAGI KAN)

mizah cakap, mak ayah dia mula bagi green light lepas balik daripada majlis nikah jaa. 
saya?
saya dah lama mak ayah bagi green light. sampai dah abis bateri lampu tu. tapi tak kawen-kawen jugak.
kenapa?
dulu mizah cakap saya cerewet.
kakak saya cakap saya banyak songeh.
tapi sebenarnya saya takut. saya tak cukup solehah. huhu
tapi kini.....
bila saya rasa nak nikah
calon pulak yang takde......adeh
hehehe.....


semalam mak tepon sempat gitau.
'mak, carikan kak sore calon'
'cari sendiri la'
'tokse mak. cukup sekali. dulu tu tak cari, tapi terjumpa. tapi tak kesampaian. mak je la cari'


hahaha...aku gelak
dalam hati cakap
saya masih sayang.

cerita balik nikah I

ini kawan baik saya yang nikah. bukan saya.
tak sangka. dah tua rupanya kita kan? kan?
tapi, masyitah rasa macam muda je lagi. sebab tu tak kawen-kawen lagi. 
calon lak melarikan diri. sadis sungguh.
hahaha

seminggu sebelum majlis, saya betol-betol berbelah bahagi. nak balik ke tak. antara keinginan melihat hari bahagia sahabat terbaikku atau menghadiri kelas.
dengan bebanan rasa dan masalah yang menikam.
aku bingung(ceh!)
tapi demi sebuah persahabatan,
aku jejak batu pahat untuk cari tiket last minit. 
pastu.
nangis tengan-tengah stesen.
(tapi tak keluar air mata)
tiket malam abis. pagi esok baru ada.
huwaaa......nak balik jugak

pagi jumaat. 9 pagi.
time jaa akad nikah.
aku baru terkedek-kedek naik bas.
terima kasih untuk juniors saya Baim & Syahid sebab hantar akak pagi-pagi.

gile weh Batu Pahat-Kuala Terengganu (9 jam)
Kuala Terengganu-Jerteh (2 jam)
tahukah betapa keletihan saya pada waktu itu?

tapi, saya tetap balik.
balik peluk mak.
itu memang niat saya. 

*cerita majlis nikah next entry. ini citer saya nak pi balik nikah. eh...eh saloh. saya nak balik pi majlis nikah.
gedik2. gelak2. pastu nangis2.

tak sampai 24 jam dok umah.
huwaaa...huwaaa

sebelum balik kampung hari tu saya teringin makan ABC.
pas balik umah jaa.
saya beli 6 bekas ABC.
ingat nak balik makan ngan anak-anak sedara.
sedeh...
diorang dah balik Kuala Terengganu.

natijahnya.
aunty mie baham 3 bekas ABC petang tu.
wah, saya makin chubby.
saya ingat saya cuma mengidam nak makan satu sudu.
macam selalu tu.
separuh bekas pun tak abis.
 ini 3 bekas weh!

malam nak naik bas.
saya sedeh.
mak buat macam-macam kat saya.
lagi anak mak terharu.
masa nak naik bas.
mak peluk kak kuat-kuat.
pesan 'kak pergi untuk belajar'
(saya menangis neh)

driver bas lak sibuk tanya.
tak mahu balik dah ka neh sampai lagu tu?
mak jawab.
'tak boleh la. anak manja sore neh'
huhuhu....
kata-kata mak mengingatkan kak pada kata-kata seseorang.
kata-kata ayah.
'anak manja ambo sore neh'
saya dikurniakan orang-orang yang amat menyayangi saya.
Alhamdulillah.

naik bas.
sorang pakcik TUDM dok tepi saya. tak lena tido weh.
selalu saya risau saya peluk orang.
walaweh.
kol 1 pagi saya sedar.
apa kes sodap pakcik tu landing atas lengan saya weh.
astaghfirullah.
tak tido sepanjang pagi sebab pakcik tu asyik melentok je.
aish!
marah bakal zauj saya kang!
tapi saya lagi marah.
tak pasal-pasal kol 8pagi kena sound dek saya pakcik TUDM tu.
hahahah.
masyitah ni betol la!

perbualan panjang saya dengan pakcik TUDM pagi tu
mengingatkan saya pada seseorang yang istimewa
kenapa dia masih hadir
setiap kali saya mencuba untuk meninggalkan rasa itu.
apa rahsia pertemuan ini.
ada sesuatu yang menyapa di benak.

jaa. ini cerita perjalanan aku untuk menengok mung nikah. jangan aku nikah mung tak balik. siap la. haha. nikah ke masyitah aminah nanti?

itu rahsia Allah.

wah...panjang melalut!

moral : saya perlu berani buat keputusan. bukan last minit. tengok la kesannya. perjalanan jauh buat saya makin banyak berfikir. 

 

Thursday, March 8, 2012

Jangan Pernah Mudah Lupa


Seringkali dalam perjalanan menyusuri hidup ini, kita terlupa. kita leka. kita alpa.
saya tak tujukan pada kamu. pada awak. atau pada dia. 
tapi pada saya sendiri jugak.
kadang-kala seronok melayan lappy sampai lupa, zohor dah nak abis. 
alamak!

dan seringkali dalam melangkah onak duri kehidupan ini.
kita lupa melihat orang-orang yang setia di sisi kita.
kita hanya nampak mereka yang di hadapan kita. 
menoleh kadang-kala ke belakang.
sungguh.
walaupun saya sedar dia sentiasa di sisi.
kadang-kala saya juga terlupa.
asyik dengan dunia sendiri. 
maafkanku.

 
kak nak balik peluk mak.
dia yang senantiasa di sisiku.
senantiasa mendengar tangis resah hati anak gadisnya.
setianya tiada tara.
saya mahu menjadi wanita seperti ibu ini.
dan saya mahu Allah pinjamkan ketabahan yang dimilikinya.
padaku.....
 
selamatkanlah perjalanan pergi balikku ini.
dan saya nak tinggalkan kekecewaan & kelukaan yang saya bawa hingga ke sini.
saya serahkan segalanya kepada Allah.
tiba masanya,
Allah akan jawab setiap doa yang saya alunkan selama ini.

sukar.
namun saya yakin, ada hikmahnya.

hati saya senantiasa menyayangi mereka yang berada di hati ini.

jangan pernah mudah lupa.

"aunty mie rindu anak-anak sedara aunty mie."





Tuesday, March 6, 2012

saya yang ting tong!

wah, lama gila melayan perasaan sampai aku hampir terlupa. almost 3 minggu di UTHM. walaweh! orang tua masuk belajaq balik. memang otak saya beku. jujur mengaku. kalau tanya formula voltage pun aku nak agak-agak lupa. gila seh!

penat menangis? penat jugak tapi kawan saya ni masih tak mahu tinggalkan saya je. asyik nak keluar air mata je. susah betul jadi wanita seperti aku ni. sampaikan ada sorang kawan aku ni(younger than me) panggil aku 'Yimmy'.....adeh, itu anak sedara aku je yang panggil. ada jugak yang panggil 'Kak Long'. owh, tolong la. saya terasa sangat tua, tapi masih muda remaja.

masih mengumpul semangat untuk belajar neh. kadang-kala rasa macam nak balik je. malasnya nak belajar benda yang aku tak minat. susahnya nak belajar. dan banyak benda yang bermain kat kepala neh dengan emosi yang tak berapa nak stabil neh. natijahnya:

saya tido bila saya tension.....memang tido je. pantang free. saya tak mahu fikir masalah yang sedang saya alami dan rasa yang membelenggu diri saya.

saya asyik makan bila tension.....sebab saya nak lupakan masalah saya. bila makan banyak, esoknya saya akan sakit perut. haha....itu lebih baik bila saya tension, saya tak mahu makan terus(pelik, kenapa sampai sini aku jadi lagu neh). saya sedang nak jadi chubby neh!

assignment dah mula masuk. pening aku. tak tahu nak buat yang mana satu. inipun tengah layan assignment yang perlu dihantar esok di library tapi masih sempat layan blog. takde mood nak buat assignment. hujung minggu ni nak balik kampung, tapi ada kelas ganti di malam hari. adakah saya perlu gembira? huwaaaa.......

next week saya dan beberapa mahu ke negeri Kedah. untuk kajian Warisan Etnik. ambik kau, berjalan jauh neh with the mood yang tidak menentu. sudah lama tidak ke negeri Kedah. dulu selalu ke UUM. ingat nak further kat sana, tapi aku tercampak ke selatan pulak. ingat nak dapat calon suami dari utara, tapi aku pulak yang kena campak. ops! hahaha.......gelak2. nanti nangis!

owh.....orang lama yang terkena kejutan masuk kelas balik. aku la neh!  saya tak suka bunga sebenarnya, tapi saya suka bunga warna purple. sebab saya suka purple. titik. =)


Monday, March 5, 2012

Terimalah Seadanya

Saya dengar orang sebelah ni cakap ‘She left you because you are too good to her’.

Aku senyum. The same reason. 

Dan that ‘person’ said ‘saya terima dia seadanya’.

Aku senyum lagi. The same thing and same situation.

Setiap manusia ada masa kelamnya. Ada waktu suramnya. Dan ada masa silamnya. Allah tak hantar ujian itu melainkan untuk menguji keimanan hambaNya. Mungkin kita pernah tersungkur. Tapi pintu taubat masih terbuka. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Saya juga ada kisah silam. Bila usia semakin bertambah, sedikit demi sedikit rasa ingin berubah itu makin menjengah. Walaupun kadang-kala, ada pasang surutnya. Haha...saya manusia biasa yang masih perlu ditarbiah dan dididik(diketuk time sengal).

Mari kita sama-sama berubah! Kamu nak?

Dan saya tidak menafikan, saya juga selalu merasa ‘i am not good enough’. Tapi saya percaya Allah sentiasa aturkan dan berikan yang terbaik untuk hambaNya. Saya selalu dapat sesuatu yang saya tidak suka. Saya selalu perlu buat benda yang saya tak suka. Dan saya selalu terpaksa menangis. Tapi saya selalu berpegang pada janji Allah. Dia takkan menguji untuk sesuatu yang sia-sia. Maka, di sejadah itu saya hamparkan tangisan resah, rindu, lemah dan kekesalan(kat bantal & bawah selimut jugak. Hahaha)

Saya hambaNya. Saya dikurniakan sedikit sifatNya. Saya mudah memaafkan dan penyayang tapi tak reti nak tunjuk. Saya bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita. Hati wanita itu lembut. Sebab itu kami dianugerahkan kedudukan menjadi ibu. Saya tak sabar nak menjadi ibu. Tapi, macam mana mau jadi ibunya kalau bapaknya belum ketemu dong? Hahaha....

Buat seseorang. Setiap orang ada kisah silamnya. Cerita kita adalah kisah hari ini. Saya seorang yang pandang ke hadapan. Sekadar menoleh ke belakang, mencari pengajaran dan teladan. Saya masih seperti dulu. Bukan kesempurnaan yang dicari, tapi mencari untuk saling menyempurnakan. Bukan mencari yang baik, tapi MAHU menjadi baik. 

Orang tepi saya cakap ‘kamu lepaskan dia pada hari ini, untuk dapatkannya pada masa hadapan dalam keadaan yang lebih baik.’ 

Saya senyum. InsyaAllah.

Doa istikharah saya masih sama. Pilihan saya masih belum berubah. Semoga Allah tunjukkan yang terbaik. Saya tidak melihat kesilapan itu satu kekurangan, tetapi ia satu pengajaran dan teguran untuk saya dan kamu. 
 
‘Jangan melihat saya sebagai ‘good one’. Takut-takut satu hari nanti kamu akan melihat kekurangan saya. Saya takut kamu yang akan kecewa. Lihatlah kekurangan dan kelebihan yang ada sebagai salah satu wasilah untuk saling menyempurnakan.’

Saturday, March 3, 2012

Duhai Bungaku

Pesanan buatmu bunga dunia
Andai ada di antara kamu yang gagal
Dalam berhajat mendapatkan cinta kaum Adam
Usahlah engkau berhati walang
Usah ditanya apa salah kamu pada dia
Jangan disoal apa kurangnya kamu dan apa lebihnya dia
Sebaliknya bungaku
Ucaplah syukurmu pada Dia
Yang telah memilih kamu untuk merasa kecewa
Dalam berhajatkan cinta insani
Tempiaskan tangismu dan bisikkanlah laramu
Hanya pada Dia yang amat Pemurah
Kerana telah meminjamkan cinta itu kepada kamu
Adat meminjam haruslah dipulangkan
Jangan pernah kau lupa akan kebenarannya itu
Pasti engkau masih dalam dilema bungaku
Masakan aku meminta kamu bersyukur bukan
Pasti kamu merasakan yang aku gembira atas kesedihan kamu
Tetapi itu semua jauh dari benar
Aku pinta kamu bersyukur kerana harga kamu terlalu bernilai
Kerana itu kamu tidak layak dimiliki oleh insani yang tidak berhajat
Membawa hubungan itu kepada akad pernikahan
Kerana itu engkau harus bersyukur
Bersyukur kerana engkau terlepas dari tipu daya dunia
Terhindar dari cinta yang dusta
Dan terpisah dari seorang Adam yang tidak berniat menjadikan Hawa sebagai surinya
Doakan saja semoga hilangnya adalah hilang yang berganti.
INSYAALLAH..
Duhai bungaku
Aku berpesan bukan hanya untuk kamu
Tetapi aku juga berpesan pada diriku
Aku sayangkan kamu wahai bungaku



sumber: IluvIslam

Friday, March 2, 2012

7 Panduan Mengenali Wanita Dengan Melihat Cara Jalan

Wanita merupakan suatu ciptaan yang kompleks dan untuk mengenali wanita kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Walaupun banyak tips dan petua untuk mengenal wanita dari yang paling senang hendak ditafsir hinggalah kepada yang rumit.



Berikut merupakan salah satu panduan dalam mengenali wanita. Yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki terutamanya ketika mencari calon isteri.

7 Panduan Mengenali Wanita Dari Cara Jalan:


1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka menunduk ketika berjalan

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan menatap lurus ke depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan nampak tegak ketika berjalan

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agak berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.sekian. 

sumber : PenPatah 

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena