Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 15, 2012

cerita balik nikah II

tolong sahabat handai jangan salah membuat tafsiran. bilamana saya menulis cerita balik nikah, bukan bermakna penulis ini yang bernikah. begitu jugak bila saya terletak pic posing dalam bilik pengantin di fb, bukan saya yang nikah. saya cuma posing dekat majlis orang je. ambik berkat. ngeh...ngeh...

to be honest. saya sangat suka tengok orang menikah. dulu-dulu tak rasa jeles pun. tapi sekarang baru rasa jeles. nak nikah jugak la sero. adeh.....inilah masalah saya, bila saya menulis dalam mood yang bling2. sesedap rasa je menulih. tolong jangan salah menafsir ye. hekhekhek

sebenarnya, saya terkilan jugak. masa jaa bertunang hari tu, saya pi sehari sebelum majlis bertunang. bila jaa nikah, saya pi sehari selepas majlis nikah. apakes punya kawan baik lagu neh. ting tong sokmo. tapi, mung kan tau. aku kan selalu masuk air. hahaha....ampun jaa. =(

bangun pagi, aku kebas kete adik aku pi umah mizah. eh, saloh pulop. masyitah pinjam kereta adik pergi ambik mizah kat umah(baru bunyi sopan sikit ayat). selepas pusing-pusing nak beli hadiah, masyitah heret mizah pi umah jaa. huwaa....pengantin bukan siap bersanding je. malahan siap basuh periuk segala. tahukah anda, betapa sengalnya saya? hehehe.....

giler weh, seri penganti kat muka jaa. lawa je aku tengok. (tak gitau kat jaa, nanti dia kembang kempis. penat aku nak cover, aku lagi comel.hehe). sejuk hati tengok orang baru nikah. jeles! tiba-tiba, mood taknak nikah hari tu bertukar. 

mak, nak nikah! gila gediks dengar weh! haha...

makan nasi kenduri. aku bahagi dua. konon-kononya makan sikit je. padahal dah tau, aku baru dapat penyakit baru. kije asyik makan je. jaa taruk banyak giler nasi. sepinggan tu. Alhamdulillah. habis. serius, saya tak tahu hormon apa yang melanda. kalau tak percaya, tengok pic tu. saya makin chubby. huahuahua....

dan di kesempatan yang ada ni, masyitah aminah nak ucapkan:
SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK JAA & WAN
SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA



DAN CEPAT-CEPAT LA BAGI ANAK SEDARA.
(TAK SABAR NAK MAIN NGAN BABY NEH. APA KE PELIK AKU NEH. SIBUK NAK MAIN NGAN ANAK ORANG. HEHE...DAH TU. SAYA BELUM NIKAH LAGI KAN)

mizah cakap, mak ayah dia mula bagi green light lepas balik daripada majlis nikah jaa. 
saya?
saya dah lama mak ayah bagi green light. sampai dah abis bateri lampu tu. tapi tak kawen-kawen jugak.
kenapa?
dulu mizah cakap saya cerewet.
kakak saya cakap saya banyak songeh.
tapi sebenarnya saya takut. saya tak cukup solehah. huhu
tapi kini.....
bila saya rasa nak nikah
calon pulak yang takde......adeh
hehehe.....


semalam mak tepon sempat gitau.
'mak, carikan kak sore calon'
'cari sendiri la'
'tokse mak. cukup sekali. dulu tu tak cari, tapi terjumpa. tapi tak kesampaian. mak je la cari'


hahaha...aku gelak
dalam hati cakap
saya masih sayang.

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena