Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, July 28, 2011

my first Ramadhan without him

hari ini, selepas bersusah payah menyerah diri kepada doktor gigi. dapat MC. tak tunggu lama terus ke JPJ kat shah alam, renew lesen P. kalau tak esok hari terakhir masyitah bawak si kuning pergi kije. maunya next week berbuka puasa di ofis menunggu Mrs. SuperBizi tu balik kije sama....alhamdulillah, As first first person congrates me. akhirnya dah dapat lesen besaq. haha.....

bila dah dapat, jalan laju-laju macam kambing putus tali masuk kereta. haha...bukak balik dompet tengok lesen P dan lesen baru. 2 gambar pasport yang berbeza. of course pic sekarang lagi manis ye....haha......

but tetiba ada rasa sebak yang hadir. ini macam keadaan boleh bawak sampai pagi esok. iye, sampai balik umah dok depan laptop nipun dok teringat lagi. 

2 tahun yang lepas, dia masih ada. ada di sisi masyitah menemani masyitah jatuh & bangun. masih ingat dulu masa ambik lesen L cikgu memandu bawak pergi sekolah memandu yang mana it takes about 1 hour dari rumah jugak. yang malangnya, sana takde kedai....you know what he did to his 'anak manja' neh? sanggup ayah datang jauh-jauh ambik anak perempuan bongsu dia ni pergi makan. mak kat umah dah bising risau 'kak nak makan apa nanti?' Alhamdulillah sebab kurniakan ibu bapa yang ambil berat pasal aku.

itu cerita 2 tahun yang lepas. selepas dua tahun, here I am. di bandaraya Kuala Lumpur ini. alone without a man named ayah. He left me.....untuk pulang pada Pemiliknya. bukan tak redha, namun rindu ini masih menghantui. 

first Ramadhan without him....sungguh hati kak pilu. rindu ayah!


Monday, July 25, 2011

indahnya menjadi ibu...bila agaknya?



subhanallah.......so cute and gorgeous si baby sophea isabella. anugerah & amanah Allah buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina. 

first time tengok this baby, serius my heart said 'indahnya menjadi seorang ibu' . apatah lagi dekat department masyitah ada tiga orang kakak seniorku yang pregnant. wah, excited!

last week, masyitah masuk opis dengan termengah-mengah. budget panjat tangga padahal pakai lif. 

bagi salam.

duduk.

pandang kakak seniorku, Kak Siti.

i dont know kuasa or instinct apa yang Allah bagi....tiba-tiba masyitah cakap,

'Kak Siti mengandung ke?'

gelak sakan kakak-kakak tepi aku.

esoknya kami pergi buat ujian darah sebab WD ada offer pakej medical check up untuk pekerjanya. kami ambil pakej sekali dengan exray(tidak sesuai utk ibu mengandung).

thanks God...last Friday masyitah masuk tandas dengar orang muntah-muntah. tiba-tiba kak siti keluar. kami pandang memandang....what? masin mulut masyitah. 
kak siti angkat jari 2.....haha....2 bulan.....
Alhamdulillah.......takde la nak pegi buat xray kak siti nanti eh. tak elok untuk baby.

indahnya menjadi ibu. besar tanggungjawab. teringat mak kat kampung. maaf sebab last week mak datang tak sempat nak bawak pergi jalan-jalan. mak cepat sangat nak balik. kak cuti, mak dah sibuk-sibuk nak balik.

rindu mak. terima kasih untuk kasih sayang mak buat anak mak yang tak seberapa nak betul neh. haha

indahnya menjadi ibu...bila agaknya?

Thursday, July 14, 2011

Beribu Sesalan


berpandukan tajuk lagu yang dilampirkan bersama entry ini, ia bukan berniat untuk menyatakan aku menyesal dengan jalan yang telah ku pilih. bukan. namun lagu ini yang aku dengar bila nak pergi kije, masa kije dalam ofis dan balik kije.(maaf untuk ayat skema di atas)

sungguh, melodinya bakal meninggalkan sesuatu kenangan dalam perjalanan hidupku.....bila dah tinggalkan KL ni suatu hari nanti, pasti lagu ni akan mengingatkan aku kehidupan di sini. huhu....the melody sounds like the rhythm of my life.

sepanjang hampir 8 bulan aku berada di kota besar yang dikatakan syurga dunia kononnya(tapi bukan aku), banyak kenangan pahit manis yang kutemui. kini saatnya aku harus kembali menyambung perjuanganku mengejar cita-citaku. esok bakal merubah perjalanan hidupku untuk kesekian kalinya. andai takdir tidak berpihak padaku untuk kali ini, tidak beribu sesalan sebab itu adalah kebangkitan kembali semangat pernah subur dalam diri ini suatu ketika dulu.

yakin diri, percaya diri dan jangan lupa diri~pesan ayah

baru kurasa perasaan bila bekerja di bawah orang. sebak. sedih. bengang. tension. semua rasa bersatu. macam mana orang melihat keupayaan dan kemampuan kita. kadang-kala dengan kesilapan kecil, kita sudah tidak diberi peluang untuk kedua kalinya. ini bukan cara akau. setiap orang perlu diberi peluang sama rata. semua itu menjadikan aku kembali bersemangat menyambung kembali perjuanganku yang pernah aku tinggalkan dulu. rupa-rupanya bukan senang bekerja di bawah orang(aku tak biasa). 

patut la min cakap "terima kasih banyak kak tah sebab banyak marah dia masa buat kije zaman belajar dulu. dan kini min dah kalis kena marah" aku je la yang tak biasa kena marah......cuma yang aku tak setuju, walaupun aku marah orang masa buat kije tapi aku akan sama-sama involve nak selesaikan masalah. tapi boss-boss aku neh....cuma ada sorang engineer, even dia banyak tak puas hati dengan aku but i like the way of her. my style....alwayz target the highest. insyaAllah, satu hari nanti saya akan berada di tempat awak tapi saya harap saya akan memahami peritnya rasa menjadi orang bawahan.

balik kije dengar lagu sedih-sedih macam neh buat aku feeling je dalam kereta. hahaha....perjalanan sebuah kehidupanku banyak likunya. mungkin aku sendiri yang suka mencari masalah namun tak pernah beribu sesalan. semuanya berhikmah. alhamdulillah.....

lagu ini jugak mengingatkan aku pada rasa hati yang pernah singgah sejenak. aku menghargai kurniaan rasa yang diberiNya namun tekad hati ini, biarlah Dia yang menentukan segalanya. aku juga manusia biasa. dan kini, hati ini milikNya. ku serah padaNya. Allah maha Mengetahui.......

Masyitah Aminah yang dulu-dulu hampir kembali. insyaAllah......kak akan sambung balik harapan arwah ayah. itu hajat ayah sebelum ayah tinggalkan kak dulu kan.

~doakanku~

Monday, July 4, 2011

owh...aunty mie

nak kata aunty mie neh suka jangok, takdop la sangat. pergi kelas or pegi kije serabai je. kadang-kala je rasa nak pakai cantik sikit, time angin sepoi-sepoi bahasa datang. 

hahaha...but serius saya pun tak faham. aunty mie pakai baju kurung je pun. but kaler purple. berjalan laju-laju menuju tempat parking WD. kena lintas jalan dulu. haisy ada sorang pemuda harapan bangsa. hahaha....i mean young man. siap berhenti kereta and jenguk melalui tingkap. takut gak perasan. toleh kiri toleh kanan. takdak orang. aunty mie neh lawa sangat ke sampai ada orang menghendap lagu tu. pemuda harapan bangsa tu berlalu dengan kereta hondanya sambil menyedekahkan senyuman buatku. tergamam.

peristiwa keesokannya....pakaian serabai aunty mie pegi kerja. jeans+t-shirt+sweater+sport shoes n of course tudung ye. itu kewajipan ke atas setiap muslimah. berjalan seperti tadi menuju ke tempat parking WD....haha...takde pulak yang nak menghendap macam semalam.

jadi, pesanan penaja janganlah buat aunty mie taknak pakai baju kurung. risau-risau jadi perhatian. huhu...saya tak perlukan semua itu. hehe...pakai jeans mungkin selesa tapi dalam hati aunty mie kurang selesa sejujurnya.

ops....bukan ini kisah sebenarnya. aunty mie nak tulis sini aunty mie bukan jangop sangat pun. 3 hari aunty mie balik kampung. Fatnin(my niece) telah menghilangkan 3 botol kecik perfume aunty mie n menenyeh2 lip balm aunty mie yang dibeli tapi tak dipakai.nasib baik tak habis ditonyohnya. huhuhu.... owh.....hangin sekejap mendengar jawapannya.

'kak long lupa la aunty mie, mana kak long letak ye'

owh......aunty mie pening.

aunty mie dan fatnin

Sunday, July 3, 2011

kisah hati aku

khamis yang lalu aku balik kampung tapi disebabkan tiket tiada direct ke Jerteh, aku sanggup berhenti di stesen bas Kuala Terengganu.

sayu hati bila dirasakan tatkala kaki menjejak bumi Terengganu. di sini, memori aku dan dia tercipta dan semangat hidupku yang ada bagai dibawa pergi dan tertimbus bersama jasadnya.

seorang sahabat menyatakan....pergilah menziarahinya. benar, hampir 10 bulan aku ditinggalkan.........bukan tak sudi namun aku tahu air mata ini pasti akan menitis lagi.

dalam pukul 5ptg aku tiba di rumah kesayanganku. tampat aku dibesarkan dan dididik mengenal erti kasih sayang sebuah keluarga. pada ibuku kutitipkan hajat untuk keluar menemuinya.

tiba di pagar 'kediamannya', aku menghela nafas perlahan. mencari titik-titik kekuatan. bagai masih terbayang kisah semalam, tatkala aku dan yang lain mengiringinya ke sini. rumput-rumput kering kekuningan. mungkin sudah ada yang menyembur racun untuk mematikan rumpu-rumput ini yang naik meninggi hampir ke paras betis.

adikku tunduk mencabut rumput-rumput dan aku menolongnya. hanya beberapa pohon sahaja. dan aku menunduk. membacakan beberapa surah. dan aku diam.

hanya air mata yang menitis menggambarkan perasaanku. betapa anak ini terlalu merindui ayahnya. perlahan kuseka mutiara yang jatuh ini namun ia jatuh dan jatuh lagi. sungguh, aku akui masih belum mampu membiasakan diri hidup tanpanya di sisi...mengharungi kehidupan yang penuh liku ini sendirian. kak masih tak mampu ayah......

ayah.....kak masih mencari titik kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang bersisa. kadang-kala sampai satu tahap kak rasa, lebih baik kak ikut menyusul ayah di sana. kak menghadapi hari-hari kak tanpa apa-apa rasa kadang kala. pergi dan balik kerja. menghadap pc. tido. dan kadang-kala rasa tak mahu pergi kerja. tertekan menghadap karenah kehidupan. 

dan hanya tangisan mengiringi kerinduan dan kepedihan hati anak ayah ini......walaupun kak tahu, ujian ini adalah ujian iman untuk hambaNya. menuntun kesabaran dan kekuatan. kak sedang mencuba namun baru bertatih kak jatuh lagi ayah.....kosong rasanya hidup ini.

pagi tadi kak naik bas balik meneruskan kehidupan di kl ini. hanya tangisan mengiringi di sepanjang perjalanan ini. apa yang harus ku buat.....yang melihat dan memandang hanya mampu berkata namun yang merasa. hati kecil ini. sakitnya, hanya tuhan yang tahu. kuatkan aku ya Allah....


inilah kisah hati aku yang membelenggu hidupku sehingga hari ini. menangis dan menangis. kerja dan kerja. namun aku masih belum ketemu titik kekuatan dan ketenangannya.


Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena