Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 25, 2009

melodi mahasiswi di ambang FINAL EXAM...

malam ni tengah seronok2 buat assignment en Ya (state 3 types of pump and discuss its construction and how it works). hohoho....seronok buat sampai mata berpinar-pinar mengadap laptop buat assignment yg bernilai 5%. markah jugak wooo........


"masyitah....masyitah....engkaulah dirimu wanita mulia, masyitah....masyitah...." jgn salah sangka aku puji diri sendiri ya. itu ringtone mesej telefonku nyanyian saffone ye. aku mlm2 dpt mesej ngeri skt. mesti berita x best. ye sungguh.....meeting.....meeting.....meeting. tolonglah....this is study week. give me time to focus on study. ku pujuk diri " masyitah, jangan mengeluh. ini amanah. ini tanggungjawab"


ye! ye! semangat giler aku nak gi meeting ni. kalau boleh nak malam ni jugak tapi......x boleh. malam esok. tidak!!!! esok aku kena pulun test materials management n manufacturing organization. submit tutorial en ya 5%, assignment puan haizal n report puan arikah.harus bagaimana ini......


moralnya, inilah akibat buat kije last minute......


kepala dah pening2 lalat dah ni.........


xtau nak sentuh yang mane satu........


ya Allah......kuatkan aku untuk menghadapi ujian ini. 


lupe nak cerita pasal FINAL EXAM......


langsung tak sentuh ape2 lagi........tipu la, dah baca dah. ni tengah buat tutorial sambil2 membaca la ni. x gitu? [ceh, ubat nak pujuk hati nan resah]



jangan jadi malas masyitah! wake up!



Friday, October 23, 2009

memori KITA bersama

salam....


huhuhu....semalam dan semalam adalah hari yang memenatkan namun amat menyeronokkan. tirai semester 2 2009/10 hampir menjengah tiba. dan tigas yang ku pikul sebagai timbalan presiden 1 bakal dilepaskan tidak lama lagi. namun, ingatkan semudah dulu melepaskan tanggungjawab ini rupanya susah. nak2 selepas peristiwa anugerah dekan faculty bsru-bsru ini. xpe la, mungkin ada hikmahnya.........


hohoho.....aku ingatkan dah boleh release tension tapi ada lagi tugas yang perlu diselesaikan. takpe la, aku anggap ini amanah yang telah diberikan maka aku wajib menunaikannya sebaik mungkin. maklumlah, aku ni bukan pemimpin yang baik sangat namun aku cuba untuk melakukan yang terbaik.apa yang pasti, sepanjang menerajui tampuk pimpinan club ini, ia mengajar aku erti sabar dan perlu pandai menguruskan emosi apabila berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. aku bukan seorang yang sabar dan aku memang seorang yang emosional namun terima kasih untuk pengalaman yang tidak terhingga ini. terima kasih sahabat-sahabatku.....



foto itu tatkala kami secara rasminya mengambil alih tampuk pimpinan club. terima kasih tak terhingga untuk semua kerjasama yang diberikan terutamanya setiausaha agung club yang terlalu banyak memberi tunjuk ajar buat kakaknya yang cetek ilmu ni dan juga buat timbalan setiausaha agung yang banyak membantu melancarkan tugas. buat pasangan bendahari dan timbalannya, anda memang bagus mentadbir kewangan club. insyaAllah, kewangan baitulmuslim anda suatu hari nanti jugak akan lebih hebat. dan istimewa buat barisan exco-exco yang sudi membantu dan tak kurang jugak yang menguji kesabaran akak, akak berbangga dapat bersama-sama kamu mengemudi club ini. ops lupa, buat timbalan presiden 2 club, thanks also. adik akak ni memang tak susah untuk disuruh buat kerja dan memang boleh memimpin sebenarnya tapi akak tak tahu kenapa akak selalu lupa adik akak sorang ni.....huhuhu......


then bawah ni sedikit kenangan bersama.....






 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
timbalan presiden as timbalan pengarah program........huhuhuhu belakang skit tu baru pengarah program

terima kasih untuk semua memori indah ini......sahabatku.....

Friday, October 16, 2009

smile masyitah

sebelum sebelum ni, selalu nangis sebab ingat kak mak, ingat kat ayah, ingat kat adik2.......huhuhu. tapi, bila ingat ayah cakap beberapa tahun yang lalu :

" ayah tahu kak teringat kat sume, sebab kami ni kan pembakar semangat kak untuk belajar sampai berjaya "

betul betul betul.........kak harap Allah panjangkan umur kak untuk berbakti pada mak ayah ngan adik-adik. berbakti mendidik anak bangsa yang seagama demi memartabatkan Islam. Itu doa kak setiap kali solat. hanya Allah yang bisa memakbulkan permintaan ini dan kak hanya mampu berdoa dan berusaha.....

dulu dulu, mase tangguh study dulu macam-macam orang cakap kat masyitah. sabar je la.....hanya Allah yang tahu apa yang Masyitah rasa mase tu. andai sape yang boleh tengok hati dan perasaanku mase tu, ketahuilah betapa terseksanya hati dan perasaan ini. tambah-tambah terseksa bila tempiasnya terkena pada mak ngan ayah. kononnya mak ngan ayah tak tegas dengan anak-anak dia......mak tak salah. ayah tak salah. kak memang tak sihat masa tu tapi, susah orang nak percaya sebab sakit masyitah mase tu tak boleh dilihat mata kasar. xpe la......Allah tahu apa yang terbaik untukku.......bila dengar lagu ni mase tu....

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

  
pastu pastu kan, bila kembali sambung study macam-macam masyitah kena hadap. paling sedeh bila kawan-kawan x dapat terima kita yang baru ni. sedeh sangat tapi mentorku lantas berpesan:

" awak kena bina kekuatan awak sendiri. awak tak boleh bergantung pada orang. suatu masa nanti, mereka yang akan datang cari minta bantuan awak. percayalah...."

betul.......betul betul terjadi. Alhamdulillah untuk sahabat-sahabatku yang telah graduate sebab akhirnya dapat terima masyitah. doakan masyitah selamat menamatkan pengajian di sini eh......

masa masa itu lalu berlalu, dan kini aku di sini. semalam, aku kesedihan yang amat. sebab musababnya sukar untuk diceritakan di sini. tapi bukan sebab putus cinta ye.....no no no...........then, seseorang hantar mesej :


"hari-hari berlalu tentunya disisimu teman-teman yang lebih baik dariku...namun ketahuilah...apa yang aku ada hanyalah sekeping hati yang selalu mendoakan dirimu gembira selalu...."

mesej tu bukan buat aku gembira, tapi makin buat aku bercucuran air mata. aku terharu dengan mesej tu tapi aku lagi sedeh untuk nyatakan.....lantas ku balas mesejnya:

 "teman-teman yang baik di sisiku memang ramai, tapi tak semua yang sudi menemani kala suka dan duka..."


i really meant it mase tulis ayat tu. aku tak ramai sangat kawan kat sini. tapi, kadang-kala aku ni rasa macam orang bodoh pulak. aku maybe bukan kawan yang baik untuk mereka, sebab tu mereka-mereka buat-buat aku ni lagu ni. aku ni hanya diperlukan bila perlu saje......sedeh tak? bila la aku nak habis belajar kat sini. aku pasti akan merindui memori pahit manis kita di sini. walaupun korang-korang buat aku macam-macam memang aku kesah sebab aku punya hati dan perasaan. tapi, atas dasar punya hati dan perasaan la aku tetap sayang korang even korang sebaliknya.

bagi aku, once aku berkawan aku akan sayang kawan aku even orang tak sayang aku. cume, akku sedeh bila korang layang aku cam orang bodoh........ape aku ni memang orang bodoh ke?

tiba-tiba teringat-ingat pulak dekat upin ipin. teringat kat watak kak ros. teringat dekat adik ngan anak sedara aku. tau dia cakap ape?

upin & ipin "kak ros memang garang, tapi hati kak ros baik!"


anak sedara "aunty mie ni macam kak ros la....."


adik "kak ni macam kak ros la. bekeng tapi hati kak baik...."

kalau ada orang boleh tengok hati aku......hanya Allah saje yang tahu.

mungkin sebab aku ni garang kot sebab tu kawan-kawan aku buat aku macam tu. tapi, memang orang takleh terima cara aku buat kije. strict and straight. tapi dalam strict and straight aku tu aku rasa aku dah banyak mengalah. bila meeting diorang nak tangguh, aku tangguh. buat kije nak tangguh, aku ikut je.....tapi mungkin tak cukup lagi kot. habis, nak buat macam mane lagi........

aku harap, Allah tenangkan aku menghadapi liku-liku hidup ini. aku dah cukup bahagia sebenarnya dengan apa yang Dia beri tapi, aku je yang tak reti bersyukur. sekarang ni, kena muhasabah diri......this entry jugak sbnarnya slh satu cara aku nak muhasabah diri. bukan nak mengadu tapi just nak release apa yg ada. aku tak tahu nak luah kat siapa, sebab yang pasti aku hanya ada Allah. itu sudah cukup bagiku.....

"aku tak sepatutnya berduka jika terasa hidup ini meletihkan. sebab demikianlah hidup itu diciptakan...."

Wednesday, October 14, 2009

gagalkah diri ini.........????


kejayaan dan kegagalan datang dalam hidupku silih berganti. orang luar melihat aku seorang yang hampir ke puncak. aku lagk seperti orang cemerlang tapi tahukah semua insan yang berada di hadapanmu ini adalah seorang yang gagal?

pulang dari rumah en Aziz tadi persoalan ini mengetuk-ngetuk mindaku memohon pengertian. aku mengejar untuk mendapat dekan setiap semester, aku berusaha untuk menjadi pelajat terbaik tapi......once aku hampir mencapainya kenapa aku rasa aku masih lagi seorang yang gagal?


gagalkah aku?


sebab bagi aku, kejayaan itu satu perjalanan bukannya destinasi dan ukuran kejayaan itu bukan terletak pada keputusan exam aku tapi pada jalan yang aku lalui dan pilih untuk meniti tanggan-tangga kejayaan itu.dan tatkala ku toleh ke arah ke belakang baru aku tersedar, gagalkah aku?


aku belajar dalam bidang teknikal, satu bidang yang amat aku tak minat. tapi aku selalu pujuk diri ini, mungkin apa yang aku tak suka adalah yang terbaik untuk aku sebab  Allah fikir inilah yang terbaik untuk diri aku. Allah Maha Mengetahui, masyitah......namun bila di tahun akhir ni baru aku sedar aku gagal menguasai ilmu ini biarpun aku antara pelajar yang saban semester melangkah naik ke pentas menerima anugerah dekan. malahan pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik.......


gagalkah aku? di mana sukatan kegagalaan itu sebenarnya? kenapa aku selalu berasa aku seorang yang gagal? bukan tidak bersyukur dengan apa yang aku perolehi, tapi aku malu......aku takut aku diibaratkan seperti tin kosong. akukah itu? aku malu menjadi produk terbaik tapi sebenarnya aku hanyalah indah khabar dari rupa.


aku rasa rendah diri sangat...........









Thursday, October 1, 2009

ingatan buat masyitah!




Hari ini aku rasa agak bahagia. Biarpun masih bersisa tangisan dalam sanubari ini namun panggilan dari insan tersayang menyerikan hariku. Bukannya tak pernah dia telefon sebelum ini tapi di saat aku terhimpit dengan bebanan masalah dan tekanan panggilan dari dia buat aku bahagia.


Apa yang lebih membahagiakan lagi pesanan dia terhadap aku supaya menjaga diri terutama dengan keadaan kesihatanku yang agak terumbang-ambing ni. Apa yang mengejutkan aku adalah apabila dia mengkhabarkan berita kepulangan kakak sahabatku yang baru berusia 25 tahun ke rahmatullah [Al-Fatihah untuk arwah dan takziah buat keluarganya]. Apa yang ku tahu masa bulan puasa hari tu arwah sihat je. Bagiku kepulangannya kepada Pemiliknya satu peringatan buat diri ini, kehidupan di dunia hanya sementara dan kematian tidak mengenal usia kerana ia janji Allah yang pasti. Setiap orang pasti akan merasai mati.


Apabila mati seseorang itu, 3 perkara yang takkan putus buatnya.
1. Doa anak yang soleh yang mendoakannya
2. Sedekah yang berjalan terus
3. Ilmu yang bermanfaat


Berbalik kepada pangilan tadi dia juga pesan jangan keluar dari kampus tanpa tujuan yang penting. Tambahan pula keadaan cuaca yang buruk sekarang ni. Lebih-lebih lagi kedudukan kampus ku yang berhampiran dengan pantai. Katanya bimbang tsunami berulang kembali. Nauzubillah. Bukannya dia tak pernah memesan itu ini padaku selama ini namun entah la. Aku bahagia rasanya hari ini.Mungkin aku terlalu rindukannya. Alhamdulillah, syukur untuk nikmat rasa indah ini.


Aku rindukan pesanan-pesanan sebegini. Aku lagi rindu kalau ada yang ingatkan aku tentang akhirat. Ingatkan aku tentang akhlak sebagai seorang wanita. Ingatkan aku tentang tanggungjawab seorang anak. Ingatkan aku tentang tanggungjawabku sebagai seorang pelajar muslimah. Ingatkan aku tentang dosa dan pahala. Ingatkan aku tentang syurga dan neraka. Ingatkan aku tentang kematian. Ingatkan aku tentang tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini…..mengapa aku tercipta di sini……kerana aku akan disoal di sana nanti.


Terima kasih buat dia yang ku sayang, mak……… [rindu nak balik tapi banyak kerja yang terbengkalai sejak cuti raya hari tu. 2 bulan lagi insyaAllah dah boleh cuti dah….sabar]

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena