THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, May 21, 2012

Ini Dia Masyitah Aminah Versi II

versi II
selembut-lembut saya, saya ada kerasnya
walaupun kawan saya cakap


saya paling tak suka orang yang tak pandai menghormati saya. saya boleh diajak bergurau tapi awas, setiap gurauan ada batasnya.
kalau saya cakap saya tak suka. jangan bagi saya ulang benda yang sama. nanti makcik neh berasap.
hahaha

tapi pagi tadi saya tak tahu apa kena dengan masyitah aminah. jammed buat saya rasa nak makan orang je. mungkin kepenatan yang masih bersisa akibat sesat nak balik puchong semalam.
hahaha
saya nak isi minyak. saya pasti kali ni saya bagi kad mesra petronas dan RM50 kat pakcik bangla tadi. 
saya cakap

'ISI PENUH YE'
dengan nada lembut dan senyum.

tapi entah angin puting beliung mana yang datang. pakcik tu bagi isi RM50. memang saya jadi berasap tetiba. bukan senang saya nak buat perangai kat depan khalayak macam tu tapi pagi tadi saya sedikit sewel. tak pasal-pasal pakcik bangla tu kena dengan saya. takde la saya marah dia teruk-teruk tapi orang sekeliling yang ada kat situ perasan yang pakcik bangla tu tengah kena marah dengan saya.
maaf. maaf. maaf.
huhu

dan dalam sekeras-keras saya, saya seorang yang lembut
kadang-kala orang akan nampak sisi kasar dan degil saya. kadang-kala kalau datang tahap degil mahadewa saya, sapa-sapa pun tak boleh nak cakap apa.
even mak saya larang, saya buat jugak. pastu sisi lembut tu mesti teserlah.
hehehe
hati saya. hati saya kalah dengan orang-orang yang saya sayang. 
kalau anda terasa saya yang keras kemudian mudah berlembut hati dengan kamu, tahniah. kamu sudah mula menjadi orang kesayangan di hati saya.
yaks!
Alhamdulillah. Allah bagi saya hati naluri wanita yang sekeras manapun, pasti akan lembut jua. akan tersentuh jugak dan anda akan senantiasa dimaafi.
chewah!
dan saya ada satu naluri yang kuat sometimes.

pesanan seorang sahabat
'boleh tak awak belajar melupakan dengan menerima'

Monday, May 14, 2012

Dia Terlalu Istimewa

kak tahu, mak memang takkan baca blog ni namun kak sengaja tulis kat sini. suatu hari nanti, umur panjang. diberi nikmat mana tahu anak-anak kak dapat baca apa yang kat tulis kat sini. betapa sayangnya kak pada insan istimewa ini. sebegitulah harapan kak pada anak-anak kak pada masa hadapan(ceh, gedik je bunyi. kau nak nikah ka ni masyitah? hahaha)

dan paling penting, kak akan ulang baca balik apa yang kak pernah tulis kat sini. setiap kali kak baca kisah antara kak, mak dan ayah. kak pasti menangis. wah, gila cengeng minah neh. hekhekhek.....

kerna,
dia terlalu istimewa....


dan di kesempatan yang ada, kak nak ucap selamat hari ibu buat mak. 

terima kasih sebab lahirkan kak ke dunia, didik kak jadi sampai macam ni(hehe...mak, sengal sikit takpo lop?), jaga kak sampai serupo sekarang hingga fatnin cakap;
' aunty mie, kenapa bila aunty mie tutup mata nampak macam aunty make up. cantik mata aunty mie '
hahaha....xpaham aunty mie kejap.

terima kasih untuk semua kasih sayang yang mak curahkan buat kami adik beradik.

terima kasih sebab senantiasa berada di samping kak dalam susah dan senang. dalam suka dan duka. 

dan terima kasih sebab banyak bersabar dengan karenah anak mak yang sorang neh. kak tahu, kak yang paling banyak karenah yang pelik daripada adik beradik yang lain. sampai ada orang tu takut tertukar title sape anak bongsu. haha....mak, kak sorang je anak dara mak yang tak kawen lagi mak. kak nak mengada-ngada dengan sapa lagi?

dan terima kasih untuk segala-galanya mak. kak tahu, kasih mak tiada tertanding di dunia ni dan satu yang benar-benar kak harap. tulisan ini jugak satu peringatan buat kak agar bila kak baca lagi lepas ni, kak akan ingat. jangan lupakan mak walau di mana kak berada. di bawah mahupun di atas.

Mak Senantiasan Yang Teristimewa.

InsyaAllah.....

with love;
kak 
(Masyitah Aminah Muktar)
 

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena