Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 28, 2011

Special Entry : Heppi 22nd Befday


SELAMAT HARI LAHIR KE 22 UNTUK AHMAD MUHAIMIN
HAHAHA....SPECIAL ENTRY  UNTUK PEMBACA SETIA(YE DOP) NUR2MIE

doa akak sama macam orang lain.
semoga min berjaya & bahagia dunia akhirat
semoga tabah melalui liku-liku kehidupan yang mendatang
semoga dipercepatkan jodoh dengan 'adik ipar' akak tu. dok sabar nak dapat adik ipar perempuan lak. hahaha.....

terima kasih sebab menjadi sahabat & adik yang baik di kala suka & duka. selalu sudi mendengar akak membebel sama ada live dalam kelas dulu2 mahupun melalui corong YM. 

* teringat first time kita jumpa masa masuk kelas...akak masuk dengan gelaran senior. yang banyak cakapnya si Syahid tapi Ahmad Muhaimin ni...senyap je. erm...bila masuk Drafting Room untuk Engineering Drawing baru boleh kenal dengan junior akak neh. tolong ajarkan akak yang tangan menggeletar ni buat drawing. hahaha.....thanks bro. I got A for Dr Saiful's paper tuh. mesti doh, sifu biso ngajar.....

 
 

Monday, October 24, 2011

Senyumlah Seindah Suria

saya bangun pagi dan tolong jemurkan baju-baju anak sedara saya. tertengok baju yang baru dibeli semalam oleh mamanya. sudah tertulis ngan maker 'FATNIN'. hahaha....saya senyum. macam-macam betol bila sudah jadi ibu. itu baju mesti nak bawak pergi nursery.
balik kije saya menyanyi. kakak saya akan pandang dan menggelengkan kepala. nak-nak kalau kami tengah jammed. saya nyanyi sepuas hati. semalam saya tanya kakak saya.

'as, aku hairan la. kenapa sume orang naik kete ngan aku bole pandang je aku nyanyi. even abang din pun. sepanjang perjalanan balik kampung, tahan telinga korang eh?' sambil sengeh-sengeh.

'orang malas nak layan' jawab kakak aku sambil sengeh jugak.

aku tersenyum. suara aku sedap kot. taknak mengaku la tuh. hahaha
saya suka melayan anak-anak sedara saya. yang paling best bila diorang kiss pipi saya. bahagianya. dan yang lagi paling best bila diorang cakap...

'cantik macam aunty mie'

sume dah tersengeh mendengarnya sebab sakit telinga mendengarnya. dan saya la yang paling lebar sengehannya. yeah!
 hari tu supervisor saya datang dan tanya

'Ami, u mau confirm tak?' soalan penuh ujian neh.

aku tersenyum makna. angguk tak. geleng tak. sebab saya ada agenda tersendiri. tapi masuk opis petang semalam, senyuman itu sudah berakhir. supervisor saya dah approve confirmation saya. huwaaaa.......
 
satu hari, saya dan dua orang kakak senior pergi lunch kat kantin. hari tu ada makcik yang jual barut perut untuk baby. disebabkan dua orang kakak senior saya adalah ibu mengandung lantas saya mengikutlah mereka untuk menengok-nengok apa yang ada.

turut membelek-belek barut perut yang ada. tapi entah di mana silapnya saya tertanya.

'warna purple tak ada ke?'

dua orang kakak seniorku tersenyum simpul. haa sudah......haha...tolong la masyitah. jangan la kronik sangat dengan warna purple. sampai anak sedara saya pun selalu tanya.

'kenapa aunty mie suka warna purple'

erk......senyum. tak perlu kata apa-apa
lagi buat saya tersenyum bila Terengganu melangkah ke Final Piala Malaysia. lama tak tengok Malaysia julang Piala Malaysia selepas 2001 kalau tak silap untuk terakhir kalinya. 

senyum je. menang turut gembira. semangat kesukanan. kalah. senyum je. tahun depan lak. hehe
satu kisah benar berlaku ketika saya masih di UiTM Shah Alam. baru register hostel. saya berjalan masuk ke lif untuk ke bilik. terserempak dengan seorang gadis yang tidak bertudung. memang daring orangnya. takut jugak tengok. saya kan budak kampung yang baru menjejak kaki di bandar besar neh.

dia senyum. hati saya masa tu tiba-tiba terdetik, cantiknya senyuman dia. tau tak, rupa-rupanya dia roomate saya. haha...she's very friendly one. dan dia seorang roomate yang baik hingga kadang-kala saya pulak yang segan. aci demam, dia takkan berhenti tanya saya sihat ke tak. terima kasih Burn (i know her name....haha...saya pun pelik masa mula-mula dengar. tapi she is girl ok. mati saya sebilik dengan kaum bukan sejenis). hanya kerna senyuman.

owh...entry senyum ini sekadar coretan boring di hari saya diarahkan bercuti pada hari bekerja. saya pun sekarang kena penyakit senyum sorang-sorang.

senyum itu satu sedekah. ye dop?

Senyumlah Seindah Suria. 

*tersenyum bila dengar he said 'can not go la dengan budu'. hari ni makin bertambah senyuman saya bila boleh makan nasi dengan budu setelah diarah oleh kakak saya berhenti makan budu hampir sebulan. alhamdulillah. best...best...cancel nak makan cheezy wedges kat KFC. ngeh3

Sunday, October 23, 2011

Berdoa Yang Baik-Baik...Untuk Semua

berdoalah yang baik-baik...untuk semua

seteruk mana pun anda diperlakukan. sebaik manapun anda dilayan. berdoalah perkara yang baik-baik. untuk anda & untuk semua. tak rugi malah memberi ketenangan sebenarnya.

saya suka dengan doa seorang junior merangkap sahabat saya di atas....ngeeee....=)

*doakan saya sihat. demam yang macam nak taknak neh buat saya penat. tapi batuk-batuk neh buat saya macam nak makan tomyam. haha...tak tau mana relatenya demam & tomyam. owh...tolong la,masyitah.

Sunday, October 16, 2011

Aku yang Masih Mencari

Mencari kesabaran, dalam kesakitan.
Kesakitan salah satu cara Allah menghapus dosa. Kesakitan salah satu tanda ingatan Allah pada hambaNya. Maka diutus malaikat untuk menyampaikan kiriman ujianNya. Alhamdulillah. Semoga aku makin kuat menghadapi segalanya. Minggu ini aku terpaksa MC half day. Kerja terbengkalai pun, aku redah. teringat pesanan seorang sahabat.

'awak sakit pun, bukan company cares pun awak sakit apa. so, awak yang kena care dengan diri awak sendiri. lebih baik MC je. kerja tu boleh dibuat lain hari'


erm. kakak di opis pun dah memandang aku lain benar. katanya mukaku dah pucat dan bibir dah biru dah. kepala neh hanya tuhan saja yang tahu, sakitnya. tapi, engineer aku masih lagi nak bising-bising. owh tolong la, perangai saya teruk bila saya bengang. haha...maaf la kalau ada yang terkena angin saya. kesabaran itu ada hadnya. sungguh, kesakitan itu mengurangkan tahap kesabaranku. ngeh3....

biarpun kakak aku dah baik hati hantar aku ke klinik, sungguh aku manusia yang tak pernah puas. saya rindukan mak bila saya sakit-sakit begini. mak tak manjakan kami bila kami sakit, but the way she cares....i know she loves us. kasih ibu tiada tandingan. 
saya menangis sorang-sorang bila sampai umah. gila cengeng minah neh.

KUNCI kemenangan adalah kesabaran

Mencari ketenangan, dalam kekalutan.
Mungkin masih ada dosa-dosaku yang belum terampun atau aku masih mengulangi kesilapan-kesilapan yang menjadi laranganNya. pimpin aku menuju jalan redhaMu. hanya Allah yang tahu ketidaktenangan dan ketidaktenteraman yang berkecamuk dalam hati wanita lemah ini. masih berjalan dan terus mencari jalan-jalan yang diredhaiNya.

Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:"Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat." (Riwayat Muslim)

sepanjang minggu ini, banyak benda yang bermain di minda aku. Kerja. Study. Mak. Hidup. ya Allah, jangan jadikan dunia itu sebagai matlamatku semata-mata. saya tak mampu untuk melelapkan mata. 


Mencari kekuatan, dalam kesusahan.
Air mata itu, peneman hidupku. aku tak luahkan pada sesiapa apa yang ada dalam hati aku. cukup Dia yang mengetahui segala-galanya.

~Beside every person's life, there is his/her own story~ 

kerna aku juga manusia yang punya kisah hidup tersendiri. 

Entah apa yang aku tangisi, aku juga kadang-kala tak mengerti. apa sebenarnya yang membelenggu diri ini. dulu aku pernah jatuh begini. tapi aku bangkit. aku berjaya. Alhamdulillah. sekali lagi aku teruji. mencari-cari ke mana hilangnya Masyitah Aminah yang tidak pernah berhenti berusaha untuk merawat dirinya yang 'sakit' dahulu.

aku dapat rasakan. sejarah sedang berulang. but i'm totally different. ini bukan Masyitah Aminah yang dulu-dulu. 

Mencari sesuatu, dalam kerinduan yang tak berpenghujung.
saya rindu ayah yang telah pergi buat selama-lamanya. rindu sangat-sangat.
Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah (amal) jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya (ibubapanya). (Hadis riwayat Imam Muslim).
saya rindu mak yang jauh di kampung. hanya suaranya yang mengubat kerinduanku yang menebal ini. sungguh, bersamanya ada kekuatan yang aku perlukan tapi kita jauh mak. menghadapi hidup seorang diri di sini, hanya kesunyian yang menemani.

Ya Allah ya Rahman, jadikanlah aku sebagai seorang anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapaku dan menjadi aset yang berharga untuk mereka.

saya merindui dia. bukan di depan mata, tapi di alam maya. sungguh, ia menguji. jangan biarkan aku leka dengan cinta yang sia-sia ya Allah. jika dia orangnya hanya satu yang aku pohon, halalkan aku untuk merinduinya di jalan yang Kau redhai.

Ya Allah ya Rahim, jadikan aku isteri yang taat pada suaminya dan ibu mithali buat zuriat-zuriat kami. jadikan aku wanita istimewa itu ya Allah untuk memikul urusan dididik dan mendidik. Amin.




Aku Yang Masih Mencari
peace & purle...i love it!

Sunday, October 9, 2011

kasut VS selipar

sebab tu saya cakap 'PLEASE DON'T LET ME MAKING THE DECISION'. owh....saya masih rasa menyesal neh. tapi kakak saya asyik dok ulang.

'Redha je la.......' 

secara jujurnya, saya suka pakai kasut sport pergi kuliah ataupun pergi kerja. zaman pakai selipar zaman-zaman belajar di mana saya nak pergi meeting. yang lain, kasut adalah pilihan saya. skema je minah neh kan? dah biasa orang panggil lagu tu. selipar yang saya pakai hanya RM15.00. murah dan tahan lama. paling penting mesti tahan lasak.

semenjak masuk kerja neh, dah lama tak beli selipar. macam dah tak reti pakai selipar dah. tapi entah macam mana kakak saya bawak pergi Nose Warehouse Sale. gulp......ingat ada kasut sport tapi, selipar adalah. TUMIT TINGGI. erm....tak pernah pakai. pakai sekali pinjam yang mak kat kampung hari tu. enough untuk buat saya sakit pinggang dan jalan macam itik je rasa. hahaha...

tau tak...pakai tumit tinggi ni tak elok untuk wanita. dari pembacaan saya la, berkasut tumit tinggi ni..... 
  • boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan zuriat. owh.....saya nak anak kembar. hehe.......
  • menyebabkan keguguran rambut. erm....saya banyak tension. cukup untuk menjadikan kepala botak nanti kang.
  • boleh menyebabkan sakit kepala & gangguan haid. erm........
berkasut tumit tinggi ni memang cantik dan seksi lagi elegan kononnya. ye ke? orang cakap. saya rasa tak. hahaha...

al-kisahnya, kami ke Giant selepas itu. berhenti kat satu tempat yang kononnya buat sale baju babies. tetiba ada jual selipar. rasa nak beli membuak-buak. dah lama tak pakai selipar. selalu masuk kedai nak beli selipar, keluar bawak kasut jugak. 

RM30. tanpa banyak cakap saya bayar. jangan tanya brand dengan saya. saya tak reti. entah-entah hantaran kawen nanti laki saya letak kasut jenama BATA pun saya tak tahu. (BATA jangan eh. saya selalu pakai BATA & BUM). kasut budak-budak tuh. hehe....

saya naik atas. nak cari tudung tapi kakak saya nak beli selipar anak dia. saya follow. then tiba-tiba saya nampak selipar yang saya beli tadi. hanya RM15.00. sebijik macam yang saya beli kat bawah tadi. owh...owh...owh..... lain kali nak suruh mak je beli selipar. saya beli kasut je. titik.

*kasut VS selipar........syaratnya, saya mesti pakai stokin. jangan tanya kenapa. tapi boleh tanya, kenapa pakai stokin lagu tu. haha...

*terjumpa stokin lama 'BAD BOY'....teringat masa masuk kuliah kat bilik tutorial FRIT. memori betol. huhu......

~cuba cari mana kasut cinderella saya~

Post Graduasi II

Ratu hatiku selamanya
hati kami sama
merindui lelaki itu...walau tak diluah dengan kata-kata
terima kasih mak...untuk segalanya
dedikasi buat insan-insan istimewa dalam hidupku
dalam suka duka perjalanan kehidupan kita
jangan biarkan ia tercalar dengan sekelumit perasaan benci & dendam
kalian kekuatan dan semangat hidup wanitaku
biarpun dahan paling kukuh telah pergi
aku yakin...dia telah siapkan ranting-ranting yang kuat
sebelum dia berangkat ke sana
untuk kita semua
jaga anugerah kasih & sayang ini
ya Allah,
bahagiakanlah kami hingga ke syurga

Alhamdulillah. semoga ini bukan tangga terakhir untuk aku menggapai bintang itu.

Sunday, October 2, 2011

Isu Nikah 3

Tido pukul 1 tengah hari, bangun hampir-hampir pukul 4 petang. dah lama tak buat perangai lagu neh. hari ni aku buat sebab aku tension. baik suruh aku tido, kalau tak aku akan menangis. haha....cepat-cepat ambik air sembahyang nak solat Zohor. alahai orang bujang neh.......huhuhu.

lepas sembahyang aku hadap laptop. biasa la, ini je 'hubby' aku yang sudi menemaniku. sungguh, rasa sunyi sangat nak-nak bila aku teringat mak dan adik-adik dah balik pagi tadi. apa lagi, kalau terus berkurung dalam bilik ni boleh buat aku makin tension. aku bersiap, terasa macam nak makan KFC. hahaha...sunyi je, cari cheezy wedges kat KFC. my favourite!

dalam bersiap aku teringat mimpi aku di siang hari tadi. macam nak gelak je.

Situasi 1
aku mimpi kakak aku kawen(mimpi ni pun agak-agak la. 4 orang kakak aku dah kawen sume. kalau ye pun buat la aku yang kawen. ada logiknya jugak. hehe). watak aku dalam mimpi neh adalah sebagai pengapit pengantin. ala...tak best betol. tapi, yang aku herannya memang meriah giler majlisnya. adik-beradik aku selalunya majlis sempoi je. yang akadnya itu yang penting dan wajibnya. tapi majlis dalam mimpi aku ni, pengantin pakai colour maroon. nasib baik bukan purple. hahaha...aku tersedar bila macam dapat rasa je, Zohor tak solat lagi. huhuhu....

Situasi 2
Minggu ini bila aku pergi kije, balik kije aku tak tau apa kena dengan siaran radio kat Malaysia(ecece...salahkan orang lak). aci aku pusing-pusing cari radio best aku dengan lagu orang kawen. asyik-asyik lagu pengantin baru. telinga aku yang salah dengar atau apa neh? sampai semalam aku pergi jalan-jalan ngan adik-adik aku, lagu selamat pengantin baru jugak yang ke udara. saya tak paham.....

Situasi 3
Baru berhajat nak melepaskan tension sambil makan cheezy wedges kat KFC di Giant Kota Damansara, kakak aku yang tahu aku nak keluar terus order barang. mula-mula envelope. kemudian ayam sekor. lepas tu serbuk kunyit. pastu bila sampai kat kaunter suruh beli Chiken Rice lak. owh...saya tak paham kenapa diorang suka makan nasi ayam ni sebab saya tak suka. nak tak nak aku masuk kedai, aku order. terpaksa melupakan hajat nak makan KFC sebab jam hampir menunjukkan pukul 7mlm. owh, ini masuk waktu zon larangan keluar umah(aku yang buat untuk diri sendiri). dalam kelaparan menanti orderku siap tetiba aku boleh terfikir, rasa macam nak kawen je. owh...masyitah! 

Situasi 4
kisah I
Sedang berjalan ke arah escalator. tiba-tiba ternampak satu husband and wife berbaju oren bersama anaknya. bapaknya sudah ke depan dan si isteri yang berjalan memimpin anak. tetiba anaknya jatuh kat escalator. of course, kalau anak aku konpem aku panik. bukan senang nak bersalin seorang anak. sampaikan Allah janjikan mati syahid buat wanita yang meninggal dalam 40 hari selepas bersalin. 

namun bapaknya relaks je tengok. ok xpa. lelaki kan gunakan akal lebih daripada wanita yang lebih beremosi. ye la. bila kakak dan anaknya dah dapat jalan ok, aku tengok muka hensom bapak budak tu. dengan gaya sinis bercakap 'kenapa tak jaga anak betul-betul?'. aku yang mendengarnya rasa sedih sangat. terasa sangat. kenapa la lelaki ni reti buat anak tapi tak pandai jaga anak. memang geram sangat sampai aku balik umah pun aku dok pikiaq lagi.

Kisah II
Sebelum berhijrah ke KL aku praktikal di Kawasan Perindustrian Chendering. so, kalau nak apa-apa Mydin Mall tempat yang aku tuju. peristiwa yang hampir sama. muka abang ni ala-ala ustaz. kijenya menolak troli barang. si isteri bawak baby dan mengheret beberapa orang anak kecil sambil ambik barang yang nak dibeli. alhamdulillah, sejuk je hati menengoknya. baru je terdetik kat hati aku. lembut wajahnya isterinya, mesti penyabar. bertuah siapa yang jadi suaminya.

tapi, yang buat aku hangin serta merta bila tetiba suaminya yang muka ala-ala ustaz tiba-tiba marah dan menjerit dekat isterinya. 

'cuba tengok jam dah pukul berapa ni. cepat la sikit. sembahyang Asar tak lagi neh'. 

orang sekeliling mula pandang. aku tengok jam kat lengan. kalau ye pun alim sangat, tapi agak-agak la. pukul 4.00 nak sembahyang Asar pe benda. dia ingat dia dok kat Sabah kot. tapi bila isterinya cuba membetulkan kenyataannya dengan lembut, lagi kena marah. rupa-rupanya diorang tak solat Zohor lagi.

kalau iye pun, cuba la jangan marah-marah isteri sampai buat orang pandang korang. aku rasa, kakak tu mesti seorang yang penyabar. masih mampu senyum biarpun abang ala-ala ustaz tu dok asyik membebel tak ingat dunia. rasanya, masyitah tak mampu kalau orang marah-marah macam tu. silap gaya, ada yang kena tolak troli sambil dukung anak kang. haha...

wanita itu terciptanya sebagai pendamping untuk seorang lelaki adalah untuk disayangi dan dihormati disamping menjadi penguat dan sayap kiri pejuangan para suami, bukannya diletak dikaki sebagai pengalas kaki. Nauzubillah.....

kejadian ini buat saya takut, macam taknak kawen je sebab tahu saya ni memang tak boleh orang marah-marah. nanti saya yang overheat. hahaha......bukan mencari kesempurnaan, namun melihat ketidaksempurnaan untuk saling menyempurnakan. api jumpa api makin marak jadinya. thinking!

Situasi 4
Memang trend sekarang kan, ambik gambar sebelum nikah. Pre Wedding. haha...masyitah lak Pre Graduasi. ngada2 betol. tak kisah la. itukan kenangan. semua orang kawen berharap this is for first and forever. nak buat memori banyak-banyak sikit kan. tapi, yang tak berapa nak berkenannya. ambik gambar pegang sana. pegang sini. peluk sana. peluk sini. tup-tup masa pengantin lelaki baru nak pegang tangan Tok Kadi, banner yang dok terpampang kat depan umah berpeluk sakan macam dah kawen. buat aku konpius, kawen ke tak lagi neh?

sebagai pesanan untuk diri sendiri, masyitah jangan nak ngada-ngada pre wedding selepas neh. kang terpeluk sebelum nikah, batal air sembahyang memang konpem. kang kau konpius kang. dah kawen ke belum?

Situasi 5
Nikah! i love this couple. so sweet. bertambah suka bila tengok baju pengantin mereka. white & purple. hehehe...semoga bahagia hingga ke syurga. amin....




Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena