Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 2, 2011

Isu Nikah 3

Tido pukul 1 tengah hari, bangun hampir-hampir pukul 4 petang. dah lama tak buat perangai lagu neh. hari ni aku buat sebab aku tension. baik suruh aku tido, kalau tak aku akan menangis. haha....cepat-cepat ambik air sembahyang nak solat Zohor. alahai orang bujang neh.......huhuhu.

lepas sembahyang aku hadap laptop. biasa la, ini je 'hubby' aku yang sudi menemaniku. sungguh, rasa sunyi sangat nak-nak bila aku teringat mak dan adik-adik dah balik pagi tadi. apa lagi, kalau terus berkurung dalam bilik ni boleh buat aku makin tension. aku bersiap, terasa macam nak makan KFC. hahaha...sunyi je, cari cheezy wedges kat KFC. my favourite!

dalam bersiap aku teringat mimpi aku di siang hari tadi. macam nak gelak je.

Situasi 1
aku mimpi kakak aku kawen(mimpi ni pun agak-agak la. 4 orang kakak aku dah kawen sume. kalau ye pun buat la aku yang kawen. ada logiknya jugak. hehe). watak aku dalam mimpi neh adalah sebagai pengapit pengantin. ala...tak best betol. tapi, yang aku herannya memang meriah giler majlisnya. adik-beradik aku selalunya majlis sempoi je. yang akadnya itu yang penting dan wajibnya. tapi majlis dalam mimpi aku ni, pengantin pakai colour maroon. nasib baik bukan purple. hahaha...aku tersedar bila macam dapat rasa je, Zohor tak solat lagi. huhuhu....

Situasi 2
Minggu ini bila aku pergi kije, balik kije aku tak tau apa kena dengan siaran radio kat Malaysia(ecece...salahkan orang lak). aci aku pusing-pusing cari radio best aku dengan lagu orang kawen. asyik-asyik lagu pengantin baru. telinga aku yang salah dengar atau apa neh? sampai semalam aku pergi jalan-jalan ngan adik-adik aku, lagu selamat pengantin baru jugak yang ke udara. saya tak paham.....

Situasi 3
Baru berhajat nak melepaskan tension sambil makan cheezy wedges kat KFC di Giant Kota Damansara, kakak aku yang tahu aku nak keluar terus order barang. mula-mula envelope. kemudian ayam sekor. lepas tu serbuk kunyit. pastu bila sampai kat kaunter suruh beli Chiken Rice lak. owh...saya tak paham kenapa diorang suka makan nasi ayam ni sebab saya tak suka. nak tak nak aku masuk kedai, aku order. terpaksa melupakan hajat nak makan KFC sebab jam hampir menunjukkan pukul 7mlm. owh, ini masuk waktu zon larangan keluar umah(aku yang buat untuk diri sendiri). dalam kelaparan menanti orderku siap tetiba aku boleh terfikir, rasa macam nak kawen je. owh...masyitah! 

Situasi 4
kisah I
Sedang berjalan ke arah escalator. tiba-tiba ternampak satu husband and wife berbaju oren bersama anaknya. bapaknya sudah ke depan dan si isteri yang berjalan memimpin anak. tetiba anaknya jatuh kat escalator. of course, kalau anak aku konpem aku panik. bukan senang nak bersalin seorang anak. sampaikan Allah janjikan mati syahid buat wanita yang meninggal dalam 40 hari selepas bersalin. 

namun bapaknya relaks je tengok. ok xpa. lelaki kan gunakan akal lebih daripada wanita yang lebih beremosi. ye la. bila kakak dan anaknya dah dapat jalan ok, aku tengok muka hensom bapak budak tu. dengan gaya sinis bercakap 'kenapa tak jaga anak betul-betul?'. aku yang mendengarnya rasa sedih sangat. terasa sangat. kenapa la lelaki ni reti buat anak tapi tak pandai jaga anak. memang geram sangat sampai aku balik umah pun aku dok pikiaq lagi.

Kisah II
Sebelum berhijrah ke KL aku praktikal di Kawasan Perindustrian Chendering. so, kalau nak apa-apa Mydin Mall tempat yang aku tuju. peristiwa yang hampir sama. muka abang ni ala-ala ustaz. kijenya menolak troli barang. si isteri bawak baby dan mengheret beberapa orang anak kecil sambil ambik barang yang nak dibeli. alhamdulillah, sejuk je hati menengoknya. baru je terdetik kat hati aku. lembut wajahnya isterinya, mesti penyabar. bertuah siapa yang jadi suaminya.

tapi, yang buat aku hangin serta merta bila tetiba suaminya yang muka ala-ala ustaz tiba-tiba marah dan menjerit dekat isterinya. 

'cuba tengok jam dah pukul berapa ni. cepat la sikit. sembahyang Asar tak lagi neh'. 

orang sekeliling mula pandang. aku tengok jam kat lengan. kalau ye pun alim sangat, tapi agak-agak la. pukul 4.00 nak sembahyang Asar pe benda. dia ingat dia dok kat Sabah kot. tapi bila isterinya cuba membetulkan kenyataannya dengan lembut, lagi kena marah. rupa-rupanya diorang tak solat Zohor lagi.

kalau iye pun, cuba la jangan marah-marah isteri sampai buat orang pandang korang. aku rasa, kakak tu mesti seorang yang penyabar. masih mampu senyum biarpun abang ala-ala ustaz tu dok asyik membebel tak ingat dunia. rasanya, masyitah tak mampu kalau orang marah-marah macam tu. silap gaya, ada yang kena tolak troli sambil dukung anak kang. haha...

wanita itu terciptanya sebagai pendamping untuk seorang lelaki adalah untuk disayangi dan dihormati disamping menjadi penguat dan sayap kiri pejuangan para suami, bukannya diletak dikaki sebagai pengalas kaki. Nauzubillah.....

kejadian ini buat saya takut, macam taknak kawen je sebab tahu saya ni memang tak boleh orang marah-marah. nanti saya yang overheat. hahaha......bukan mencari kesempurnaan, namun melihat ketidaksempurnaan untuk saling menyempurnakan. api jumpa api makin marak jadinya. thinking!

Situasi 4
Memang trend sekarang kan, ambik gambar sebelum nikah. Pre Wedding. haha...masyitah lak Pre Graduasi. ngada2 betol. tak kisah la. itukan kenangan. semua orang kawen berharap this is for first and forever. nak buat memori banyak-banyak sikit kan. tapi, yang tak berapa nak berkenannya. ambik gambar pegang sana. pegang sini. peluk sana. peluk sini. tup-tup masa pengantin lelaki baru nak pegang tangan Tok Kadi, banner yang dok terpampang kat depan umah berpeluk sakan macam dah kawen. buat aku konpius, kawen ke tak lagi neh?

sebagai pesanan untuk diri sendiri, masyitah jangan nak ngada-ngada pre wedding selepas neh. kang terpeluk sebelum nikah, batal air sembahyang memang konpem. kang kau konpius kang. dah kawen ke belum?

Situasi 5
Nikah! i love this couple. so sweet. bertambah suka bila tengok baju pengantin mereka. white & purple. hehehe...semoga bahagia hingga ke syurga. amin....




No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena