Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, June 9, 2012

Mengidam Ketika Hamil

saya tahu, tajuk entry saya agak pelik sikit. toksah bising, saya neh kalau bab makan saya asyik nak makan ja. tak banyak, sikit pun jadi. pastu dok mengidam benda sama. tomyam la. laksa penang la. kek ada buah-buah la. kolonel burger la. cheezy wedges la. dok mintak benda sama. tu kira mengidam ka? ha ha ha

ok2. sat nak citer neh. memang selalunya kisah mengidam neh mesti citer orang dah kawen. tengah pregnant. yeeeee....betul. dah kawen. memang tengah pregnant neh. kakak saya!

yeah!

kije aunty mie macam tahun-tahun lepas jugak. mengira anak sedara. ha ha ha....

bukan apa. kakak saya cakap sebenarnya mengidam neh bukan elok sangat dan bukan betul sangat. nak-nak kalau mintak yang pelik-pelik. alasan budak yang teringin, padahal maknya yang mengada. bukankah itu menyusahkan suami?

betul2. saya setuju. saya akan cuba untuk tidak mintak pelik-pelik dengan suami saya nanti. saya cuma minta dia jadi imam saya untuk dunia akhirat dengan bagi lebih kasih sayang ja. tak menyusahkan, bukan? 
ha ha ha

ada yang saya baca berpendapat, mengidam neh disebabkan perubahan hormon dalam tubuh badan seseorang wanita hamil. perubahan hormon tu meningkatkan kepekaan deria bau yang bersangkut paut dengan deria rasa dan sekaligus mempengaruhi pemakanannya. tapi, kena berjaga-jaga. jangan dok mengidam nak makan coklat ja. favourite tuh. tak elok untuk wanita mengandung. kencing manis kang. baby besaq. kena paksa bersalin la. itu la. ini la. nak ka?

hehehe

ada juga yang mencadangkan, kalau rasa mengidam dan nak elakkan mengidam neh menguasai diri. mungkin kita boleh buat sesuatu aktiviti yang mampu membantu kita melupakannya. 
misalnya.
ajak suami dating. shopping. but not jogging.
hahahaha

beriadah.

kakak saya cakap dia macam mengidam nak makan masakan kat cafe Pak Din masa zaman belajaq kat UDM dulu.
ha ha ha
masa pregnant sebelum ni pun macam tu jugak.

tapi kakak saya cakap. tak payah nak ikut sangat la. saja ja tuh.

baguih. baguih betol.

wah, askar aunty mie bertambah lagi!

teringat kat kak An masa kije kat Western Digital dulu. aku selalu mengidam nak makan itu ini time lapar. mengalahkan senior-senior aku yang dok pregnant.

'agak-agak, kalau Ami mengidam lepas neh. apa la yang dimintak kat laki dia ye'

hahahaha. jawapan saya masih sama kak.

'saya mintak kasih sayang ja'


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena