Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, March 27, 2015

coret-coret welcome April!

salam sayang sayang rindu penuh ceria. penuh habuknya blog saya ni. lama giler tak menulis dan membersih. hahaha...al maklum la superwomen ni makin lama makin sibuk. sibuk dengan adam sadiq. sibuk dengan abah adam sadiq...hekhekhek...sibuk dengan kerja. sibuk dengan kuliah. fening sekejap. sibuk dengan masalah dan cabaran dunia penuh pancaroba. semoga aku kuat dan tabah menghadapi serta moga inilah yang mampu memberi barakah untuk saham akhirat kami. amin...

mac 2015 sudah hampir melabuhkan tirai dan bulan April bakal menjengah. serasa sekejap masa berlalu dan Adam Sadiq makin lama makin cerdik dan banyak ragamnya. wah, seronoknya main dengan budak kecik ni tapi penat la sikit. itu baru sorang. macam mana nak tambah lagi neh? hakhakhak....amboi. 

kalau ingat balik lepas bersalin hari tu macam dah serik. emergency ceaser. 2 minggu saya hanya bangun berdiri dengan bantuan orang. selepas tu barulah perlahan-lahan bangun sendiri. dan masih terasa selepas 60 hari bersalin saya diserang sakit pinggang. dari satu klinik ke satu klinik saya pergi, hanya tuhan sahaja yang tahu semangat saya masa tu. rasa macam jatuh ke tanah. rasa macam kerjaya saya dan masa depan saya dah kabur. bayangkan saya tak boleh drive, tak boleh dukung baby, tak boleh naik kereta, dan segala-galanya macam tak boleh. kalau saya berjalan saya tak boleh berhenti semborono sahaja. kalau break cam gitu jawabnya nangislah kesakitan. 

hampir 2 bulan berperang dengan kesakitan akibat kesan suntikan bius semasa ceaser. sesuatu yang tak pernah saya jangka sepertimana saya tidak pernah menyangka akan bersalin melalui operation, macam gitu la keadaannya sekarang. saya ingatkan bila dan banyak kali bersalin ceaser barulah akan menghadapi risiko ini rupanya sebaliknya. itulah ilmu yang sangat saya jarang mentelaah kerana saya sangat yakin untuk bersalin secara normal. Allah sebaik-baik perancang. nasihat ringkas saya, jangan memilih ketika membaca. hahaha... jujur saya akui tak pernah terlintas walaupun sekali yang saya akan ceaser dan saya langsung tidak memberi persediaan untuk ke arah itu apatah lagi mencari info mengenainya. tetapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. sakit pinggang saya beransur baik dan kini hanya sekali sekala sahaja saya mengalaminya. syukur sesangat. tetiba rasa macam tak serik dah nak bersalin. rindu perut buncit....kehkehkeh. 

sebenarnya saya nak ceritakan tentang bulan april. bulan ulangtahun ke-27 saya. wah, tuanya! anak baru sorang. huhuhu....nak buat macam mana jodoh saya baru sampai. tapi sebenarnya saya dah bersyukur sangat-sangat. Allah kurniakan saya kesihatan yang masih baik, keluarga yang baik-baik dan segalanya masih dalam keadaan baik. tapi yang tak baiknya bulan April ini adalah perlaksanaan GST. emmm...increasing 6% in selected payment or other words is implementing the Good & Service Tax. are you ready for it? nampaknya secret recipe cake akan bertambah lagi harganya? emmm......tapi saya seorang yang bijak(perasan). saya dah claim present birthday sebulan sebelum GST dilaksanakan pada 9/3/2015. terima kasih, abang!

adakah saya perlu gembira di bulan kelahiran saya ini atau berduka untuk bebanan yang bakal bertambah? huhuhu......yang pasti, Alhamdulillah. saya mohon mudahkan, tenangkan, kuatkan dan bahgiakan kami dunia akhirat.

# coret coret di tengah hari. today is half day! senyum =)

welcome april! 

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena