THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 22, 2010

E.Q TENONG...........selamat diSUBMIT!

Next project....E.Q TENONG.


Kalau orang tak tahu mesti tertanya2 apa itu TENONG rite? Sebabnya, Masyitah yang memang sah-sah Terengganu neh pun first time dengar tak tahu jugak. biarpun Abang Min ngan Encik Rizal ketawa aku dop tahu apa itu tenong, memang dop tau pun.......huhuhuhu

Tenong tu mangkuk tingkat. EQ TENONG stands for Easy and Quick Tenong. this product just biasa-biasa je. al maklum la, kami memang dop hebat dalam bidang ni. Memang orang akan gelak bila dengar project yang kami buat. takpe la, sekurang-kurangnya kami belajar banyak benda semasa nak menghasilkan project neh. bukan project ini kejayaan bagiku, tapi perjalanan sepanjang aku nak menghasilkan project ini yang aku anggap sebagai kejayaanku.


menangis. lemah semangat. jatuh. bangun. semuanya ada. tapi, aku kuatkan semangat untuk meneruskan project ini. pelbagai perkara yang aku hadapi dengan orang sekelilingku. aku juga manusia biasa yang punya kekurangan dan kelemahan. tak mudah untuk seseorang yang tidak hebat seperti ini melakukan sesuatu yang tak diminati. tapi, sepertimana pernah aku nyatakan dulu. ini amanah. ini tanggungjawabku. aku harus sempurnakan perjuanganku di sini....

million thanks to all the lecturers and instructors yang banyak membantu kami menyiapkan project neh terutamanya Encik Rizal yang banyak membantu. kalau semua orang menghentam kami, sekurang-kurangnya dia yang tolong meneutralkan kami yang dah lemah semangat. terima kasih encik sebab banyak memberi tunjuk ajar kepada kami neh yang amat banyak dop tahu banyak perkara.......jasamu dikenang. huhuhu.....sedih nak tinggalkan encik. hahahaha......buat Encik Zakaria, terima kasih untuk semua ilmu yang dicurahkan. maafkan masyitah yang selalu aje argue apa yang diusulkan encik. huhuhu........susah dapat student yang kurang betul macam masyitah ni kan....

buat my partner, farihah....thank you. this team make me learnt something, be patient......

Monday, April 19, 2010

Menolak Zina Dengan Mujahadah, Bukan Karamah!

“Saya rasa ustaz berfikiran begini kerana ustaz sendiri tidak kahwin semasa belajar. Maka ustaz tidak faham keperluan berkahwin semasa belajar itu. Ustaz tidak dapat memberi pendapat di sini!” tegas Aliyyah, seorang mahasiswi.

Komennya tajam.

Saya pula, bukanlah berbicara tentang kahwin semasa belajar. Apa yang saya bincangkan adalah soal kahwin tergesa-gesa tanpa pertimbangan yang lunas.Tetapi kerangka fikir mahasiswi itu menarik untuk diberi perhatian.


SULUHAN KISAH YUSUF ‘ALAYHI AL-SALAAM
Ia mengingatkan saya kepada kisah Yusuf ‘alayhi al-Salaam mendepani godaan ibu angkatnya, Imra’ah al-’Aziz atau yang lebih dikenali namanya sebagai Zulaikha itu.

Kehebatan Yusuf bermula daripada usia kecilnya lagi. Seorang ghulam, ‘diculik’ oleh adik beradiknya sendiri dan dihumban ke dalam perigi buta, Yusuf diuji dengan kesusahan pada tahap yang sukar untuk kita gambarkan. Berat sekali tanggungan seorang anak kecil bertahan dalam sepi dan gelita perigi buta, jauh daripada keluarga, hanya bertemankan Allah tempat memaut harapan. Namun, sabar Yusuf ketika di dalam perigi, tidak sekental sabar Yusuf di Istana Mesir. Saban waktu cuba digoda oleh wanita bangsawan itu, ibu angkatnya sendiri.
“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya” [Yusuf 12: 23]
Setelah berulang kali berusaha, ‘Zulaikha’ sampai kepada ikhtiar terakhirnya. Pintu dikunci, rumah tidak berpenghuni, First Lady itu menawarkan diri, “datanglah kepadaku. Aku bersedia untukmu”
Di sinilah kemuncak tarbiyah Allah ke atas insan bernama Yusuf. Ramai manusia lulus ujian kesusahan kerana di dalam kesusahan kita diuji dengan kekurangan pilihan. Terpaksa bersabar kerana itulah satu-satunya jalan untuk bertahan. Demikian sabar Yusuf di dalam telaga.
Tetapi di sini Yusuf diuji dengan peluang. Diuji dengan pilihan. Beliau orang asing. Tiada keluarga, tiada banyak kesan sampingan pilihan jahat yang mahu diambil kesempatan.
Ia mengingatkan saya tentang modus operandi pekerja seks di IPT hari ini. Bekerja sebagai pelayan seks berkelas tinggi, memungkinkan anak muda kita mengaut untung mencecah RM40 ribu sebulan! Tekanan lifestyle, duit PTPTN yang jauh daripada kecukupan, desakan peer pressure, apakah yang boleh menghalang anak-anak muda kita daripada mengambil pilihan itu?
Hanya satu.
Jawapannya IMAN.
“Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya…”

Itulah jawapan Yusuf.

Aku berlindung kepada Allah. Rabb diriku, Pencipta aku dan Pemilik aku. Konotasi Rabb itu adalah satu sanggahan kepada Zulaikha bahawa biar pun dia adalah ibu angkat yang memberi makan, hutang budi tidak akan dibalas dengan bayaran yang keji. Engkau tuanku tetapi Allah Tuhanku!
Justeru Yusuf menegaskan bahawa:

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”
MENCARI KAEDAH
Zina itu, di sebalik kekejiannya, adalah kezaliman. Sudikah dibenarkan orang lain menyetubuhi ibumu? Adik perempuanmu? Anak perempuanmu? Ibu saudaramu?

Ketika engkau berzina, sudah tentu engkau berzina sama ada dengan ibu seseorang, adik perempuan seseorang, anak perempuan seseorang atau ibu saudara seseorang. Jika engkau tidak sanggup membayangkan ibumu disetubuhi lelaki lain, pilihan zinamu adalah satu kezaliman. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!

Kerasnya  persoalan yang berlegar di fikiran ialah, apakah bentuk pendidikan yang diperlukan, untuk membolehkan mahasiswa dan mahasiswi yang hidup di dunia ‘zina lebih mudah daripada nikah’ itu untuk berkata seperti Yusuf? Bagaimanakah ketika dihadap dengan pilihan zina, ketika jauh daripada keluarga, ketika kekejian kelihatannya seperti boleh disembunyikan, tawaran pulangan begitu lumayan, namun akhirnya anak muda kita mempunyai kekuatan untuk berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!”
Kekuatan untuk berkata TIDAK!
Itu sisi pandang Yusuf. “Ahh, itu persis seorang Nabi!” mungkin itu tempelak anak muda lagak mahasiswi yang mengecam saya tadi. “Apa yang Nabi tahu tentang panahan cinta? Dia itu jiwanya jiwa Nabi, bukan seperti engkau dan aku!” apakah itu yang mahu diperkatakannya?

Asal usul Tarzan, barangkali! [source - unknown]

YUSUF JUGA ANAK MUDA SEPERTIMU
“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir kami) untuk menjauhkan daripada Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia itu daripada kalangan hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa.” [Yusuf 12: 24]

Allah segera menafikan andaian itu. Yusuf juga seorang anak muda. Dia ada keinginan sebagai seorang anak muda. Jika pertimbangannya hanya sekadar kehendak jiwa muda, Yusuf juga bisa cenderung memilih kehendak Imra’ah al-’Aziz. Kehendak ibu angkatnya, wanita bangsawan yang sudah menyerahkan diri. Allah Subhanahu wa Ta’aala mahu kita kaitkan diri dengan Yusuf.
Dia juga sepertimu wahai anak muda. Dia bukan Malaikat yang tidak bernafsu. Dia menolak zina bukan dengan Mukjizat atau Karamah! Dia menolaknya dengan Mujahadah.
Fikirannya sedar tentang kenyataan Allah berkenaan kekejian zina, justeru Yusuf  berkata TIDAK.
Kemudian baru Allah tegaskan, semua itu adalah sebahagian daripada urusan Allah melindunginya, bakal seorang Rasul untuk menerima Risalah Tauhid kebenaran. Bukan semua datang dalam keajaiban. Yusuf itu sendiri bermujahadah mengawal diri di ujian pemilihan.
Memilih jalan zina atau memilih jalan TAQWA.
TELADAN YUSUF BUAT DIRI SAYA
Saya juga pernah muda, wahai si anak gadis. Di usia muda, saya juga terganggu dengan kecantikanmu.
Jiwa saya pernah resah ketika melihat rakan bernikah.
Naluri saya pernah cemburu semasa menimang si comel, cahaya mata kawan bertuah.
Saya juga diasak dengan peluang bernikah. Namun atas pertimbangan-pertimbangan peribadi, saya memilih untuk tidak bernikah, lalu memanjangkan sedikit lagi tempoh mujahadah.
Saya menghormati, mengasihi, mengagumi dan menyokong sepenuh hati teman yang memilih untuk bernikah.
Namun nikah mereka bukan lempias nafsu. Nikah kenalan-kenalan saya bukan manifestasi lemah jiwa untuk menolak zina. Mereka bernikah dengan wawasan. Mereka berkeluarga dengan perancangan.
Akan tetapi untuk dirimu yang ‘menuduh’ku menangguhkan nikah kerana tidak faham kehendak bernikah, engkau masih terlalu budak untuk menjamah akad.
“Aku Terima Nikahnya” belum lagi masanya untukmu.
Dewasalah!
“Tak tahu apakah erti kepayahan
Tak kenal erti kesusahan
Kerna dibesarkan dalam kemewahan
Belum dialami penderitaan”

- Hidup Berbudi: Lirik oleh Habsah Hasan

http://saifulislam.com/?p=7913#more-7913

Saturday, April 17, 2010

kami akhirinya dengan........alhamdulillah

first and foremost, Alhamdulillah for everything He gave to us. berakhirnya sesi presentation kami dengan 'Manufacturing Organization II' project. seriously, kami agak tertekan dengan semua project pada semester ini tetapi Alhamdulillah, dengan izinNya dan berkat usaha kami.....kami berjaya mengakhirinya.



pelbagai ragam dan perkara yang berlaku sepanjang semester ini namun itulah memori dan pengalaman yang tercipta. tapi, hari ni entry akan tertumpu pada presentation MO II sahaja.
 

sepertimana yang telah aku nyatakan sebelum ini, kami pernah diletakkan kedudukan kami di bawah sekali waktu presentation second last hari tu. sungguh, grup kami rasa sangat down. yang tiga org tu, baim, ayah boh n taqi mmg tak puas hati dan frust dan begitu jugak aku. tapi, untuk saat itu aku terpaksa kuat untuk menyakinkan mereka....we not deserved for it. dan ungkapan yang mampu aku berikan kepada mereka 'HARI INI MEREKA LETAKKAN KITA DI BAWAH, TAPI UNTUK LAST PRESENTATION KITA AKAN PASTIKAN KITA ANGKAT KEMBALI DIRI KITA DI ATAS SEKALI. ITU TANGGUNGJAWAB KITA DAN KITA AKAN BUKTIKAN'.
 
Alhamdulillah, untuk last presentation ini kami menjadi kumpulan terbaik. terima kasih bros, for this team. akak belajar rasa sakitnya jatuh dan bangun semula untuk bangkit. bukan menjadi yang terbaik itu indah tapi bagi akak, usaha yang kita peruntukan untuk menjadi yang terbaik itu memberi kesan yang istimewa dalam perjalanan hidup akak di bumi UDM ini......then, special thanks owing to our beloved lecturer, Mrs Irda Suriani. you make us work hard. and that the way we did. thank you so much......for everything. thank you Allah for sending her to us....=)

thank you bros for this team.....

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena