Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 27, 2012

Bakal Engineer?

jangan ditanya, menjadi seorang jurutera ataupun engineer tidak pernah ada dalam kamus cita-citaku. biarpun ada sorang engineer lelaki di WD dulu pernah sound;

'tengok Ami. resign pergi further ambik mekanikal. keluar jadi cikgu KPLI. takpe la, kalau awak tak kije kat oil & gas, awak cari laki yang kije kat oil & gas ye Ami.....'

siyes, Cik Ami neh memang berasap masa tu. nasib baik aku dah minggu akhir kije. kalau ada seminggu lagi, konfirm pakcik tu tak dapat nak tengok data yang dia request hari Selasa mahupun Rabu. hari khamis baru buat. haha.....ingat perempuan tak boleh jadi engineer ke? QE team, all the girls la....aish! sabaq2!

tambah buat aku gerun bila semua engineers aku cakap;

'mekanikal tu susah....' ambik kau! bedebuk! huhuhu.....

dah la lemah semangat doh nak further engineering. pegi cari penyakit lagi. tapi kalau teringat pesan ayah, ayah memang nak kak further degree dalam bidang kejuruteraan sebab ayah cakap;

'Ayah yakin dengan kak.....' sangat rindukan kata-kata semangatnya. =(

aku redah la. we will wait & see. what would happen to Masyitah Aminah after this 4 years!. Adakah bakal menjadi seorang jurutera? yang pasti saya mahu 'jadi jurutera rumahtangga'....mesti yang ni ayah saya bangga lagi kan? kan?


saya tahu saya akan belajar benda yang saya tak suka. tapi saya tahu Allah bagi sesuatu yang saya tak suka, padahal ia adalah sesuatu yang baik untuk saya. doakan saya! kalau dulu saya boleh buat, kenapa tidak sekali lagi?

dalam enak melayan lambakan baju atas tilam neh tiba-tiba junior aku tegur aku. biasa la adik2 aku tu gak. ada je ayat dia nak bagi kat aku. watever it is, akak tersenyum. rindu dengan suasana di UDM dulu. kat mana-mana, lagu ni jugak akak kena! 


*engineer hebat bakal kua? ayat dia tak boleh blah. haha...thanks, my bro! amin2!

Sunday, January 22, 2012

Selamat Tinggal WDM

Ungkapan "Selamat Tinggal" yang kadang-kala boleh membawa erti duka & suka. untuk menjadi jujur, mulanya saya gembira tapi lama kelamaan ada rasa sedih kerna saya manusia yang sangat menghargai sebuah kehidupan. di mana saja saya berada. suka atau tidak saya menganggapnya sebagai anugerah daripada Allah untuk menguji dan mengajar saya erti sebuah kehidupan.

di sini saya mengenal pengalaman sebenar dalam dunia pekerjaan. how tough I have to be! hahaha...tension memanjang but i love it! dulu saya cakap nak rasa environment bekerja dalam industri, dan saya dah rasa. itu yang sibuk nak belajaq balik. hehe...saya tahu cabarannya lebih besar selepas ini dan saya harap Allah permudahkan segala urusan saya & kuatkan saya walau di mana saya berada.

hari-hari terawal aku di Western Digital. sengeh lagi maaa......
9 bulan menjadi warga WDM banyak mengajar saya erti pahit & manis dalam bekerja walaupun secara jujur saya akui, banyak benda yang saya belum terokai dan saya harap kembali bergelar pelajar boleh membantu saya menyediakan diri menjadi seseorang dengan 'value'nya tersendiri. satu yang saya sedar sejak dulu dan bila dah masuk kerja makin saya tersedar, sehebat manapun result kamu setiap semester tapi if you have no 'value' its like nothing. belajar bina diri menjadi 'sesuatu'. saya selalu memerhati gaya & pembawaan diri engineers tempat saya. yup! hebat! i wanna be like them!

paling best kerja di sini? owh...saya tidak perlu pening kepala untuk mencari pakaian formal untuk masuk opis. jeans, tshirt & sport shoes. enough! janji menutup aurat. nak-nak aku yang selalu tension pagi-pagi, lagi la malas nak iron baju. hahaha.....

special wish to my Sifu, Kak An yang selamat melahirkan second baby....tahniah & terima kasih untuk segala-galanya akak. sesuatu yang saya pelajari daripada akak, berusaha untuk mendapatkan sesuatu & cool in watever situation. bab cool tu saya memang fail akak. saya tension tengok akak tenang je menghadap 4 juta data sambil kena push dengan engineers. kalau saya, memang kena sound la kalau orang bising2. sabar je la....hahaha. terima kasih jugak sebab sabar melayan saya yang pening dan sengal ni tiap-tiap hari. on first day I told you, saya bukan macam orang lain sebab saya selalu tanya soalan 'kenapa'. 


teringat kata-kata akak 'Ami selalu tanya soalan pastu jawab sendirik'.....ngeh3

paling mengujakan saya, akak punya baby sama usia saya kerja kat WDM. haha...2 bulan saya kije akak pregnant. hari terakhir saya kerja baby sibuk nak kluaq sama dengan saya. nasib baik gerak hati saya kuat, sempat jugak saya salam akak hari Khamis tu. thanks a lot, akak!

terima kasih jugak untuk semua-semua-semua. haha...saya tau kakak-kakak kat department saya selalu pening dengan karenah saya dan korang mesti takut bila saya sebut 'TAPI......' ada soklan yang pelik nak ditanya kan? haha.......



salah satu lagi benda best kat WDM? yeah! saya tak sempat nak mengorat engineer WD. haha...saya kan tak suka engineer. ok la tu, saya tak sangkut ngan engineer kat situ dan takde engineer yang sangkut dengan saya. hahaha...

segalanya tinggal memory. thank you Allah for this bautiful lifes! bak kata seorang sahabat 'Ami sudah tinggal kenangan'...haha. sedeh lak aku dengar. that why last day aku hentam balik pukul 11malam. kije tak siap-siap. siap orang Mitecs hantar email, kenapa takde farewell email? haha...tak sempat bro! busy2!


selamat tinggal WDM

Thursday, January 12, 2012

Short Note to Who Think I'm Part of Their Life



Its just because.......


It's ok.....

Maybe you busy and acting like do not understand but please my dear, dont be this TYPE OF PERSON (my friend's blog, Ain)

Nota kaki : Menghitung hari meninggalkan orang-orang yang ku sayang untuk berada nun jauh di sana berseorangan. terharu. mak risau nak lepaskan kak bersendirian di sana. izinkan kak menyambung perjuangan yang tertunda itu. tak boleh bayangkan hidup sorang-sorang kat sana. kat KL nipun terasa sunyi biarpun ada adik beradik dan anak-anak sedara yang melayan..........dan terasa. dia macam biasa. tak tanya apa-apa. ok. dia busy.

Monday, January 9, 2012

jangan usik emosi saya! kang dah jadi kurang stabil neh....aish!

Remember, it's not always what you say or do that hurts. It's actually what you don't say and things you didn't try and hide your pain that hurts the most 
 mood terasa hati. takde orang yang salah pun tapi kalau dah datang emosi tak stabil aku, ada la yang aku nak terasa hati sangat tu. tapi, itu la. saya simpan sorang-sorang sebab saya takde mood nak bagitau. nanti saya pula yang menyesal layan emosi saya yang tak berapa nak stabil neh.

teringat last week, hari Jumaat. Jumaat pertama di tahun 2012. Alhamdulillah, masih diberi nikmat menghirup udara di muka bumi ini. tersenyum sorang-sorang sambil sumbat earphone dekat telinga sambil buat kije kat opis. tiba-tiba aku menangis. i miss my dad. ayah dah tak ada rupanya. macam baru tersedar.
saya sedang nak menyusun balik tangga menyambung impian & perjuangan saya yang tertunda sebelum ini. kadang-kala kuat, kadang-kala lemah. mampukah saya menghadapinya nun jauh di sana. mungkin ini jalan yang Allah tunjukkan untuk saya menjadi lebih kuat dan kuat dalam hidup ini. saya pasti, saya akan merindui orang-orang yang menyayangi saya. 
 tanya diri kamu....kamu sayang sayakah? rasa macam tak je.
emosi kurang stabil neh. silap gaya ada yang nak kena marah neh!
 

Sunday, January 8, 2012

Ada Apa Pada Namamu

Apa yang kita luah kat mulut tu, umpama doa. sebab itu nabi bagi gelaran dekat kaum kerabat dan sahabat-sahabat baginda dengan gelaran yang baik-baik. macam isterinya Saidatina Aisyah, dipanggilnya Humaira yang bermaksud kemerah-merahan. sebab orang cakap Aisyah ni putih dan kemerah-merahan. cantik. haaa.....buat calon suami saya tu, jangan taruk panggilan manja untuk saya keungu-unguan ye. pening saya. =)

sebab tu bila nak bagi nama dekat anak-anak atau nak panggil seseorang, panggillah dengan gelaran yang baik-baik. bila berulang-ulang kita dok panggil dengan gelaran tak elok, ia umpama doa. sanggupkah kita mendoakan yang tak baik untuk orang-orang yang kita sayang? sebab saya berbulu dengar orang memanggil 'hey, tolol!'

satu lagi, pernah dengar satu ceramah dekat radio kenapa orang-orang zaman sekarang mudah sakit. katanya, nama yang diletak terlalu panjang hingga takde maksud nak diterjemahkan. teringat kat anak-anak sedara saya, nama diorang sumenya panjang-panjang. sampai aunty mie pun kadang-kadang lupa. tapi nama pendek pun kena hati-hati. cuba try Maimun. pendek je kan? tapi try check apa maknanya. beruk? ops.......

tapi trend sekarang letak nama biar gempak satu alam. nak lain dari yang lain. syarrul bariyyah. wah nama, arab je bunyi. cantik je eja kan.tapi cuba tengok sikit kat nama-nama terlarang.....'sejahat-jahat manusia'. alamak. nauzubillah. setiap cahaya mata yang lahir, kita mahukan yang terbaik untuknya di dunia akhirat. tapi kalau dari kecik dah doa macam tu, macam mana tak terbantut perkembangan akhlak budak tu.

kadang-kala jugak, kita suka gunakan nama gelaran bila create blog, twitter, facebook or so on. ada yang letak pelbagai nama termasuk aku. haha...actually nama Ameena Muktar tu nama yang aku gunakan masa presentation final project dulu. al-maklum la, nak buat kelainan but Alhamdulillah. we are the best group! yeah!

ok. back to issue. ada yang suka letak gadis malang, bujang tua, lonely boy, and so on....haaaa....ambik la kalian jadilah gadis malang selama-lamanya. bujang sampai ke tua la jejaka-jejaka tu dan teruslah dibayangi kesunyian untuk mereka yang suka taruk nama-nama samaran yang berbaur kekecewaan, kegagalan dan lain-lain. itu doa wahai sahabat. wake up, dear! selalulah berdoa yang baik-baik untuk kamu dan orang lain.

kenapa saya tetiba bercakap pasal nama panggilan hari ni? sebab petang tadi tengah bosan dok umah sorang-sorang tertonton Dikir Zikir di TV AlHijrah. diorang bercakap pasal nama. saya terpikir, saya ni yang ada banyak nama neh. kat umah orang panggil KAK. kat opis orang panggil Ami. mak sedara ada yang panggil Kak Mien. juniors aku kat UDM panggil aku Kak Tah(nama ni seniors pun baham sekali panggil. bagilah nama glamour sikit weh!). kawan-kawan panggil Masyitah, Masyi....adeh.....saya sebenarnya tak suka orang panggil nama saya tak penuh. mak ayah saya bagi nama cantik-cantik tau. dan ada jugak yang panggil Aminah(ini geng kawan-kawan kakak2 aku. biasa la kalau sume ada plat 'MASYITAH' gak)......

saya harap nama-nama singkatan yang diberi tu membawa makna yang baik-baik ye. yang saya tau makna nama saya...ehem-ehem....

MASYITAH = TUKANG SISIR(Sila rujuk kisah tukang sisir firaun. keislamannya terbongkar bilamana Masyitah tersasul menyebut nama Allah ketika beliau menyisir rambut puteri firaun waktu itu. Allahuakbar, wanita yang dijanjikan syurga neh yang mana makamnya berbau harum.)

AMINAH = AMANAH/YANG DIPERCAYAI(nama wanita yang menjadikan rahimnya untuk mengandungkan Rasul Allah dan beliaulah ibu buat nabi seluruh umat, Nabi Muhammad)

Wah, bukan sebarangan orang yang namanya dipinjamkan padaku. ya Allah jadikan aku wanita sepertimana wanita-wanita di dalam sirah yang terdahulu itu. jadi sahabat-sahabat panggilah saya dengan nama penuh saya ye. teringat seorang junior pernah menegur saya.

"kak tah tahu tak, selain Baim akak la orang yang suka panggil nama penuh saya. FARIHAH."

saya senyum. ye, maknanya KEGEMBIRAAN. akak mahu Farihah sentiasa gembira menghadapi hidup ini dan akak sebenarnya tak tahu apa makna 'AH' yang dipanggil orang lain. silap sebut, lain bunyinya. seram akak. hehe...gurau2. Farihah jangan marah.

*satu tips mengeratkan hubungan suami isteri yang aku dengar dari Dato' Dr Fadzhilah Kamsah. jangan panggil pasangan anda mama/papa/umi/abi or apa sahaja yang mana digelar oleh anak-anak anda. hilang keistimewaan panggilan untuk anda nanti. menghambarkan perhubungan katanya. wah, saya nak panggil apa nanti ye? ngeh3(mood gedik2 neh)......ini punya tips, saya terdengar. bukan sengaja dengar. tapi, inikan ilmu. tak berdosa pun nak dengar kan2? =)

*pening bila anak-anak sedara aku bukan panggil aunty mie je, tapi pakat sedap taruk je. 

ATI MIE!

AMIE!

MIEMIE!

YIMIE!

dan Fatnin pernah cakap;

'lepas ni tak nak panggil aunty mie dah. nak panggil purple'

haaaa....tolong la!

CUBA TENGOK 'ADA APA PADA NAMAMU'

Monday, January 2, 2012

Jangan bilang saya Manja!

entah kenapa rasa nak buat entry tak puas hati neh! kenapa orang suka cakap saya ni MANJA? mana ada la!

adik-adik saya selalu layan saya macam adik yang paling kecik. aish!

kakak senior saya dekat opis pernah cakap gaya saya bercakap dengan orang IT macam cakap dengan boyfren. mana ada! siap ada yang cakap 'Ami ni manja'! saya tak suka!

semalam ada kawan ayah datang. cakap punya cakap, sempat dia menambah rasa 'takut kak nangis je. manja kan'. aku sengeh. dalam hati memang tak puas hati beb!

tang mana manjanya saya? mana ada la. tapi sejak dulu orang selalu cakap saya manja.....kenapa?

semalam mak pecah rahsia. ada kawan ayah cuba-cuba nak risik aku dengan seseorang. wah, aku sengeh mengada menengok adik-adik lelaki aku yang dok gelak sakan. tapi yang menematkan terus senyuman aku bila mak aku cakap kat Mak Cik Ma;

'kito bukan apa, kito dok harap ngan anak perempuan kito jah. buatnya jerit tokse, parok'

huhuhu......macam la aku ni manja sangat. 


owh...ini bukan masyitah aminah ye

*selalu dengar ayah cakap kat kawan-kawan dia 'biasa la, anak manjo ambo sore neh'. hehehe....kak rindu nak dengarnya lagi ayah.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena