Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, June 9, 2012

Mengidam Ketika Hamil

saya tahu, tajuk entry saya agak pelik sikit. toksah bising, saya neh kalau bab makan saya asyik nak makan ja. tak banyak, sikit pun jadi. pastu dok mengidam benda sama. tomyam la. laksa penang la. kek ada buah-buah la. kolonel burger la. cheezy wedges la. dok mintak benda sama. tu kira mengidam ka? ha ha ha

ok2. sat nak citer neh. memang selalunya kisah mengidam neh mesti citer orang dah kawen. tengah pregnant. yeeeee....betul. dah kawen. memang tengah pregnant neh. kakak saya!

yeah!

kije aunty mie macam tahun-tahun lepas jugak. mengira anak sedara. ha ha ha....

bukan apa. kakak saya cakap sebenarnya mengidam neh bukan elok sangat dan bukan betul sangat. nak-nak kalau mintak yang pelik-pelik. alasan budak yang teringin, padahal maknya yang mengada. bukankah itu menyusahkan suami?

betul2. saya setuju. saya akan cuba untuk tidak mintak pelik-pelik dengan suami saya nanti. saya cuma minta dia jadi imam saya untuk dunia akhirat dengan bagi lebih kasih sayang ja. tak menyusahkan, bukan? 
ha ha ha

ada yang saya baca berpendapat, mengidam neh disebabkan perubahan hormon dalam tubuh badan seseorang wanita hamil. perubahan hormon tu meningkatkan kepekaan deria bau yang bersangkut paut dengan deria rasa dan sekaligus mempengaruhi pemakanannya. tapi, kena berjaga-jaga. jangan dok mengidam nak makan coklat ja. favourite tuh. tak elok untuk wanita mengandung. kencing manis kang. baby besaq. kena paksa bersalin la. itu la. ini la. nak ka?

hehehe

ada juga yang mencadangkan, kalau rasa mengidam dan nak elakkan mengidam neh menguasai diri. mungkin kita boleh buat sesuatu aktiviti yang mampu membantu kita melupakannya. 
misalnya.
ajak suami dating. shopping. but not jogging.
hahahaha

beriadah.

kakak saya cakap dia macam mengidam nak makan masakan kat cafe Pak Din masa zaman belajaq kat UDM dulu.
ha ha ha
masa pregnant sebelum ni pun macam tu jugak.

tapi kakak saya cakap. tak payah nak ikut sangat la. saja ja tuh.

baguih. baguih betol.

wah, askar aunty mie bertambah lagi!

teringat kat kak An masa kije kat Western Digital dulu. aku selalu mengidam nak makan itu ini time lapar. mengalahkan senior-senior aku yang dok pregnant.

'agak-agak, kalau Ami mengidam lepas neh. apa la yang dimintak kat laki dia ye'

hahahaha. jawapan saya masih sama kak.

'saya mintak kasih sayang ja'


Saturday, June 2, 2012

Jalan-Jalan Sampai Penat

okey. tau. dah basi. tapi saja ja nak tepek gambaq kat sini.

cameron highlands VS genting highlands

aku buat keputusan

CAMERON HIGLANDS

ha ha ha

so seharian di cameron highlands. not bad. suka tengok pemandangan.
kawan aku cakap. biasa la. minah jiwang.
hahaha...bukan minah jiwang. sekadar memandang alam ciptaan Allah. 
Subhanallah.
rasa tenangnya. aku tinggalkan masalah aku. aku ke sini untuk release tension.

Alhamdulillah.

datang lak dengan family. lagi la seronok. boleh buat gaya bebas aku.

teringat satu peristiwa.

biasa la naik pi sana, jalan bengkang-bengkok. anak sedara aku pening. aunty mie sibuk dok chat kat ym ngan handset. bila mak aku cakap.

'aunty mie, tolong urut kak long sakit kepala tu'

aunty mie jawab sambil sengeh.

'mana boleh kak long. satu tangan aunty mie nak pegang handset, satu lagi aunty mie nak tulih mesej'

aku gelak. tiba-tiba budak pening tu jawab.

'kalaulah aunty mie ada tangan banyak macam sotong kan best'

tu diaaa.....

hahahahaha....anak sedara aku pun dah nak jadi otak macam mak sedara dia dah. adeh....

anak sedara aunty mie yang comel macam aunty mie
aunty mie yang makin lama makin sengal

 paling best bila aku tak reti nak pakai kamera dslr abang dan adik aku tu. so, aku hanya reti posing je la. tu diaaaa....mak aku cakap. asyik muka minah neh je.

hekhekhek



ada orang pernah bagitau saya, kalau setakat dok dalam bilik. sejauh mana kita boleh melihat ke luar. setakat kat tingkap tu je la.

pakcik, sampai ke atas bukit saya pergi neh. bila turun. masih sama. seperti dulu. saya hanya ingin melupakan. meneruskan hidup tanpa mengingati sesuatu yang melukakan hati saya. sebelum ni saya ingat, kisah kita satu pengalaman untuk mengajar saya sesuatu dalam kehidupan. tapi bila sudah makin lama berlalu, saya sedar. teguran Allah untuk saya kali ini bukan biasa-biasa.

Dia benar-benar mahu saya menjadi kuat. saya masih belajar untuk kuat.......

dan saya percaya. pasti ada hikmahnya untuk semua ini. dan saya senantiasa berdoa, semoga Allah tunjukkan kita yang terbaik.


Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena