Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, November 27, 2011

Sembang Sekejap III

Fuhhh...berhabuk segala blog masyitah, tak sempat dan tak mampu nak mencoret dah. banyak kerja dan tekanan yang perlu dihadapi. bangun pagi apa yang aku ingat 'KERJA'. ya Allah, jangan jadikan dunia di hatiku. aku nak belajar macam mana nak setting otak aku. benda ni memang aku fail sejak dok zaman study lagi. bangun pagi bukak mata 'STUDY/KELAS/KULIAH/EXAM/ASSIGNMENT'.

baru aku sedar kenapa kakak aku cakap aku ni macam orang gila masa belajar dulu, bila masuk kije perangai aku masih macam tu. bukan nak mendapat pujian atau pengiktirafan, tapi aku cuma nak laksanakan tugas aku dengan sempurna. kalau tersilap, semua orang susah dan semestinya aku kena tanggung sendiri.

ada satu pagi aku mengeluh dan meluah rasa sebelum masuk opis pada kakakku(tolong jangan tiru habit ini).
'rasa nak berhenti kerja dengan tekanan neh. tapi sambung belajar, 4 tahun la gamaknya. tuanya aku baru dapat degree. bila aku nak akhiri 4 tahun tu as?'

my sis replied.
'4 tahun itu takkan berakhir tanpa langkah pertama untuk memulakannya. so, do it right now!'

aku dah apply balik study. full time or part time. not sure yet. tengok yang mana dapat. aku harap jangan aku melalut dan buat perangai lagi.

dan kalau aku dapat full time Selamat Tinggal Kuala Lumpur dan kalau aku dapat part time Selamat Masyitah Menjadi Perantau di Kuala Lumpur. tak sampai setahun di sini. suka. duka. banyak yang tercatat. kalau tak dapat apa-apa dan andai kata tiada yang menghalang aku nak kembali ke pantai timur. aku masih berdoa mohon diberi petunjuk. dan aku masih belum memperoleh jawapannya. masih berusaha.....

di tahun baru ni aku nak belek balik azam aku sebelum ni. yang pasti ada satu yang for sure bertahun-tahun masih belum tertunai.

'MASYITAH nak kurangkan bercakap'

susah betol!

*salam maal hijrah 1433. 'perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah' nauzubillah.

*dalam mood aku yang tak menentu sejak kebelakangan neh, aku selalu jumpa dengan ibu mengandung. pandang kiri ibu mengandung. pandang kanan ibu mengandung. depan belakang tak payah kata la. petunjuk apakah itu? takkan nak suruh aku kawen kot. huwaa.......sapa nak pinang saya. tapi sangat suka melihat twins. apa yang pasti sekelilingku asyik bercakap pasal baby je.

*sembang sekejap III. sekadar menghilangkan kebosanan melanda & menghadapi undefined feeling ni. asyik merindu je.....rindu mak dan adik-adik di kampung dan dia yang masih di dalam doa yang belum terjawab.



Sunday, November 13, 2011

Sembang Sekejap II

tak tahu nak tuli gapo. otak dah mace jadi nak sumbak doh.

esok kije. kije. kije. bila nak tukar kije.
dapat full time study - berhenti kije
dapat part time study - tukar kije
tak dapat study. kije. kije. kije

sangat ingin nak tergelak baca entries sebelum neh. baru aku sedar, banyak suka duka yang aku alami masa zaman belajar dulu. harapan. semangat. lemah semangat. menangis(mesti neh). ketawa. tension. menjadikan aku manusia hari ini.

aku masih menangis tiap kali membaca entries mengenai arwah ayah. setahun lebih ayah pergi. 
rindu hati kak terkata. bila sendiri, banyak benda yang berada di fikiran. kadang-kala nak ikut je cadangan giler kakak aku 'kawen'. confirm dia yang nak kena cari calonnya. malas aku nak pikir pasal lelaki.

siapa berani pinang saya....dia la calon suami saya. hahaha.....

teringat perbualan kami dalam kereta pada 11.11.11 masa balik kije.

as : hari ni mesti ramai kawen neh. kalau terengganu ramai la neh kawen hari ni, jumaat. tahun depan turn mung pilih la tarikh molek. 12.12.12 ko. mana tau jatuh hari jumaat jugok. 
aku : (pandang as)....apsal aku kena kawen tahun depan lak? sapa nak kawen ngan aku lak?

kami gelak. hahahaha...ntah pape. masuk opis esoknyer aku cari tarikh 13.13.13 kononnya nak kawen tahun 2013. aish...lupa. mana ada bulan ke-13. maknanya, tak kawen la. hahaha

masih banyak buku-buku dan novel-novel yang aku beli tak terbaca. sekarang dah berhenti beli buku. start buat saving. nak further study lak. ngeh3.....doakan. tengah nak pikir, betul ke nak further engineering lagi neh?

boleh tak saya nak naik motor pergi kije? si kuning hantar kampung. saya kan nak berjimat cermat. hahaha...lesen motor tu hiasan je. confirm JPJ MAK takkan lepas even aku ada lesen Z sekalipun. mak oo mak...sayang sangat kat kak yang bising neh.

no one is perfect. thats why pencils have erasers. 
apa masyitah melalut neh.
sembang sekejap II.

hahaha...saya mungkin ketawa. sebab saya nak menangis tapi tak boleh sepertimana saya nak tido tapi tak boleh tutup mata. apa yang tak kena sebenarnya neh.





Thursday, November 3, 2011

Sembang Sekejap

mencuri masa menghupdate blog. sejak kebelakangan neh asyik sibuk melayan Muslimah Collections . entah angin monsun mana datang menyapa, rajin lak aku buat bisnes online neh. hari tu ingat nak main-main sebab boleh beli baju muslimah murah-murah. lama-lama macam seronok jugak.

yang tak seronok bila time kerja siang orang dok tanya sal bisnes. owh...tolong la. masyitah tak hafal code2 baju tu semua. ngeee....... lagipun takde la bosan macam sebelum ni. pagi pergi kerja balik malam. lepas tu mula la aku tension tak tau nak buat apa. 

semalam aku telah berjaya menamatkan kemarau mengidam tomyam selama 3 minggu yang lalu. makan tomyam kung kat secret recipe. boleh la even tak sesedap kat kedai kampung aku, tapi sedap la jugak. =) yang tak sedapnya bila aku bayar mahal-mahal tapi makan sejemput. berbulu je mata-mata kakak-kakak senior aku menengok. aku makan udang, mushroom ngan bunga kobis je. yang lain tak habis.....hahaha...membazir. lepas neh aku makan tomyam kung lepas kawen je la. boleh share ngan yang 'terchenta'. baru la tak membazir. membazirkan amalan syaitan. wink! wink!

petang tadi dalam pening-pening & mengantuk dalam opis, aku terdengar kakak-kakak seniorku mengata kat seseorang. aku wat-wat sibuk.

"sapa?"

owh...engineer kacak (bak kata kak ummi. tapi aku tengok...erk...hensom lagi yang 'terchenta' aku.). sorry to say, saya tak suka orang berlagak. hehehe.....dah takde kije ke masyitah weh! tadi memang otak jadi bling! bling!

yang paling saya tidak suka bila seorang engineer lelaki baru masuk department QA menumpang duduk di belakang saya. bukan tak suka dia, tapi tak suka bila ada lelaki tepi kita. saya ni tak pandai kontrol ayu. bercakap non stop. kang ada yang baling cawan kat saya tension. huhuhu.....

"pakcik yang saya tak tau nama, jangan dok lama-lama situ ye. nanti tido malam kamu akan termimpi suara saya je"

berbulu telinga bila kakak-kakak kat department saya cakap "abang tu hensom la"

saya sengeh. hensom lagi yang 'terchenta' saya. =)

*taste saya lain sikit. saya suka kampung boy. hahahaha.....yang orang cakap tak hensom tu la yang saya akan cakap hensom. 

*owh....sembang sekejap saya agak melalut. no value here. just nak menulih & menghupdate agar takde sesawang. just nak update undefined feeling. miss my mom & u. may Allah shows me the best!




Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena