THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, July 30, 2009

'jadilah pelajar yang menunggu gurumu'


Setiap hari aku melangkah ke kuliah aku tanam dalam diri ini yang aku pergi dengan niat untuk menuntut ilmu Allah. Dan setiap hari juga aku mohon moga aku memperoleh ilmu yang Dia berkati agar dapat aku amalkan ke jalan yang Dia redhai.


Tapi, kadang-kala kita lupa bagaimana hendak ,mendapatkan ilmu yang berkat itu? Bukan hanya perlu ikhlas menuntutnya. Bukan juga hanya perlu menghormati guru itu. Dan juga bukan hanya perlu menelaah kembali ilmu itu setelah dipelajari.


Seringkali aku ungkapkan perihal ini pada rakan-rakan sekelasku. Ada yang menerima dan ada yang hanya ‘ala, kak tah dah mula nak berceramah’. Aku hanya tersenyum. Aku hanya ingin mengutarakan pendapatku dan prinsipku dalam menuntut ilmu. Itu sahaja biarpun aku juga kadang-kala tidak dapat memenuhi prinsipku yang satu ini kerna aku juga insan biasa. Yang tidak pernah mampu lari untuk tidak melakukan kesalahan.

Tepatilah waktu kuliah dan jadilah pelajar yang menunggu gurumu, bukan guru yang menunggu dirimu. Ya, di situ salah satu cabang keberkatan dalam ilmu. Dari sejak mula menjejakkan kaki sebagai mahasiswi di Universiti Darul Iman Malaysia, inilah amalan yang aku selalu praktikkan sehingga ke hari ini(tapi hari ni takde kelas. Hehehe…..)


Dengan kedatangan yang tepat pada masanya kita memberi kelancaran perjalanan pembelajaran kita pada sesuatu ilmu. Jika setiap rakan sekelas melakukannya, tiada lagi istilah lewat memulakan kuliah sehingga membazir masa sebab menunggu kehadiran rakan-rakan yang lain, sekurang-kurangnya kita memberi kesenangan hati untuk guru kita melihat komitmen kita terhadap apa yang ingin dia sampaikan dan kita sendiri memberi peluang pada diri untuk belajar dengan tenang tambah perlu termengah-mengah masuk ke kuliah kerana terlewat.


Kalau ada yang salah tolong perbetulkan. Semoga kita bersama di bawah rahmatNya dalam menuntut ilmu dan melayari hidup ini.

Saturday, July 25, 2009

what should i do?

assalamualaikum.....

'usah membangau lagi', what Rizal said last week during i attended seminar at Ri Yaz Heritage Resort & Spa.

adakah aku sedang membangau ni? oh my God, help me!

really dont know wat to do!

i have no idea to finish this sketch. i have to submit tomorrow. since yesterday i just can hold the pencil without doing nothing.

i really have no idea! so sad.......

esok quiz industrial control. x tengok ape pun lagi. masyitah asyik makan n makan je nak hilangkan stress ni. tolong......

ya Allah, tolong hambaMu ini.......

Friday, July 3, 2009

harinya tiba jua,,........

ASsalamualaikum.....

huhuhuhu....esok genap 2 bulan hari cutiku bermakna esok aku dah kena balik kampus. tak nak.....sedih sangat ni. entah kenapa tapi dapat kurasakan aku mula teruji lagi.

oh perasaan, jangan seksa hatiku lagi. insyaAllah aku akan kuatkan hatiku untuk melawan perasaan ini.

forget tentang perasaanku yang mula mengarut tak tentu pasal tu tapi yang masyitah hangin sikit tu kenapa unit kolej kediaman suka sangat campak aku jauh2 dan sorang2? dulu diorang hantar masyitah ke hostel tok jembal, Alhamdulillah boleh pindah masuk dalam kampus. kali ni diorang hantar ke blok kolej kediaman baru pulak. my classmates diorang taruk depan fakulti,masyitah sorang2 dok hujung pagar sekali. geram ni. masyitah ni perempuan, kalau nak balik malam-malam kalau ada kerja kat bengkel macam mana? udm bukan sedia bas nak berjalan dalam kampus. ngeri tu weh. memang masyitah selalu dianaktirikan...............huhuhuhu sedih. mintak2 boleh pindah tp mmg tak berharap sgt. sbb tu masyitah baru beli payung tadi. get ready nak jln tgh panas. hehehehe.....

what i could say, i'm really sad. rasa mcm xnak blaja je. dah mula dah kalau cuti panjang gak. baru hari tu bg nasihat kat hifni tup2 masyitah pulak kena penyakit ni. huhuhuhu.....

semoga Allah kuatkan imanku menghadapi liku-liku hidup ini......think + masyitah!

cinta manusia tak kekal lama, yang abadi hanya milikNya...........jom solat!

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena