Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 22, 2010

pinjamkan aku senyuman itu....

Ku lihat langit pagi tadi, cerah. Sang suria tersenyum riang tidak seperti hari-hari yang lalu. Mendung dan disertai hujan lebat. Maha suci Allah untuk ciptaanNya ini. Dan Alhamdulillah untuk setiap nikmat yang diberikanNya.

Buat semua sahabat dan diri, bersabarlah. Tuhan hilangkan sekejap matahari untuk datangkan pelangi barangkali selepas ini. InsyaAllah. Walaupun kita terpaksa menanti tahun hadapan untuk further study, takpe la. Biar lambat asal selamat and I wish this is the best decision dengan menolak tawaran uitm. Bukan sombong tapi untuk kali ini, aku berharap akan ada sinar berkilau buat insan ini, ya Allah.

Untuk mengubat hati yang satu persatu dilanda duka, kukuatkan hati menghadapi tugas harianku sebagai kerani di pejabat. Tapi, tak sempurna rasanya hidup ini andai tidak dilanda badai. Merasa bergelar yatim di usia ini sudah cukup menguji hati wanita ini dan kali ini aku teruji lagi. Subhanallah, indahnya ujian ini andai aku dapat mengerti hikmah di sebalik semua ini.

I hate these feeling! Marah orang. Menyampah dengan orang. Rasa sakit hati dengan orang sebab akhirnya aku juga yang resah. Aku tak suka membenci orang sebab apa hak yang aku ada untuk membenci orang lain. Maafkan aku untuk rasa yang tidak munasabah ini. Tapi jujur ku mohon, tunjukkan salah diriku andai aku yang melakukannya namun andai sebaliknya tunjukkan kebenaran biar terungkai semua persoalan.

Lantas, ku temui seseorang malam ini. Apa yang paling aku ingat dan benar-benar meresap dalam hati ini ‘jika ada masalah, senyumlah’. I really wish that I can do it……..tawa dan tangisan, andai keduanya adalah pengubat duka dalam perjalanan untuk ketemui penawar dan merasa manisnya diuji, maka ketawa dan mengalirlah wahai air mata……

Buat semua insan yang prihatin dengan diri ini, terima kasih untuk nasihat dan kata-kata peransang kalian. Dan special thanks to my beloved besfren, Jaa. Terima kasih sebab sudi pinjamkan telinga mendengar masalah aku yang entah apa-apa ni………

pinjamkan aku senyuman itu, biar terungkai semua rasa yang terbuku di hati ini. no more tarik-tarik muka, tak elok. small matter je ni masyitah, dun take it serious. 

Friday, October 8, 2010

kak rindu sangat



Hari-hari yang dilalui sudah tidak seperti dulu lagi. Aku mungkin ketawa. Aku mungkin kelihatan ria namun rasa di hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Betapa pemergiannya meragut sesuatu dalam diri ini. Untuk kesekian kalinya, aku rindukan arwah ayah sejak pemergiannya kembali ke sana….

Tatkala duduk sendirian, memori bersama datang menerjah. Rasanya, di tiap sudut rumah mengingatkan aku tentang hal kita bersama ayah. Bukan tak redha dengan ketentuan Illahi, namun kasih anak ini tak mampu membendung betapa rindunya kak pada ayah.

Ayah orang yang tak lokek dengan nasihat dan semangat untuk diberi pada anak-anak. Pada kak sendiri pun. Teringat masa kak telefon sambil menangis kat hostel unisza dulu. Esok kat ada 3 tests and quizzes kalau tak silap. Kak rasa lemah semangat sangat masa tu. Hampir-hampir putus asa. Dan ayah yang berpesan ‘percaya diri, yakin diri dan jangan lupa diri’. Ungkapan yang meninggalkan kesan di hati ini…..kerna ia lahir dari hati ayah tatkala itu sebab hidup ini tak lari daripada dilanda badai kan, ayah?

Semalam mak telefon kat mursyidah(cucu ayah yang umur 2 tahun tu)…….tau tak dia tanyakan Tok Che. Aku diam. Tapi tahukah cucu yang umur 2 tahun boleh rindukan ayah, inikan anak ayah yang dah 22 tahun ni. satu-satunya cucu ayah yang aku tengok paling memahami, Tok Che dah tiada. Masa ayah sakit, Mursyidah cakap nak ajak ayah pergi pantai bila dah sihat. Tapi, ayah tak dapat pergi jugak sebab ayah dah ‘pergi’ dulu.

Rasanya semua benda yang aku buat, pasti mengingatkan aku pada ayah. Semakin lama arwah ayah pergi, semakin kuat ingatan kak pada ayah. Sebelum ni kak akan susah nak tidur je. Menangis masa nak tidur je tapi sekarang kat mana-mana pun kak boleh rasa nak menangis hatta tengah menaip ni pun….air mata kak masih jatuh tanpa mampu ditahan. Kak hanya mampu menangis bila bersendirian, tapi tidak di hadapan orang lain. Cukuplah kak menangis di depan orang masa hari pemergian ayah dulu.

hidup kak rasanya tak sama macam dulu. macam tak percaya, kak sudah tiada lelaki bergelar ayah mengharungi hidup di bumi Allah ini. kuatkan aku ya Allah....ayah tak sempat nak pergi majlis konvokesyen kak tahun depan. ayah benar-benar tunggu kak habis belajar dulu kan sebelum pergi sebab ayah tahu kak macam mana kan?

Beberapa malam yang lepas, aku mimpikan ayah. Apa yang paling bermakna sekali bila aku dapat peluk ayah malam tu. Ayah senyum……kak rindukan senyuman ayah. Dan kak rindukan segala-galanya tentang ayah. Hanya doa yang mengiringi ayah di sana…..



Wednesday, September 22, 2010

Damailah Ayah di Sana

Pagi itu aku bangun dengan kepala yang berat. Kesan sakit kepala semalam masih terasa. Aku bangkit daripada tidur dan kupandang bilik yang betul-betul berada di hadapan sofa yang aku tidur. Dapat kulihat sekujur badan kaku di pembaringan. Alunan bacaan ayat suci surah Yassin kedengaran dibacakan oleh bapa saudaraku. Aku menarik nafas perlahan. Cuba mencerna peristiwa semalam…..

4 Syawal
Sejak pagi, ayah berpesan kepada mak supaya tidak membenarkan anak-anaknya pulang ke rumah masing-masing. Katanya, dia ingin memulakan 'perjalanan' yang jauh selepas Asar. Hatiku berdebar tatkala pesanan itu disampaikan kepada kami adik beradik namun kutiupkan semangat positif dalam diri. Semua kejadian adalah aturanNya.

Lebih kurang pukul 8 pagi, kami menyiapkan ayah yang mahu ke Klinik Nadzri. Untuk kesekian kalinya, ayah berpesan supaya semua anak-anaknya berada di rumah.

Petang itu aku menyuapkan sedikit nasi dan limau untuk ayah. Ayah tak makan banyak namun aku gembira, ayah sudah mampu meminta untuk makan kerana sejak kebelakangan ini selera makan ayah semakin berkurangan. Adik lelakiku membersihkan ayahku dan menukar bajunya manakala abangku melayan percakapan ayah. Mak kami biarkan berehat kerana kami tahu, mak sudah terlalu lama kurang rehatnya. Sementara kami semua adik beradik ada, biarlah kami mengambil alih tugasnya.

Lebih kurang tepat pukul 4 petang, kami mulai cemas. Dan peristiwa itu berjalan sepertimana aturanNya……..kepalaku semakin memberat. Tatkala tanganku menyentuh sejuk kaki ayah, aku sedar masanya hampir tiba. Kami sekeluarga dan saudara mara yang rapat akhirnya akur. Ayah kembali menyahut seruan Illahi lebih kurang 7.30 malam sepertimana kata-katanya, ‘Ayah ingin berjalan jauh selepas Asar’

Aku menangis hiba di dalam dakapan sepupuku. Cukup buatku tahu, ayah pergi dengan tenang di samping kami semua.

5 Syawal
Selepas menyucikan diri dan menyelesaikan apa yang patut tiba-tiba ku dengar percakapan mak dengan Ayah Cik. Ku pandang jam di dinding, lebih kurang 6.30pagi. Semalam mak kelihatan tabah kehilangan insan tersayangnya namun kini baru mak mula merasainya. Katanya, melihat kemeja dan tali leher yang tergantung di dalam bilik mula menyedarkannya, ayah sudah tiada. Mak mula menangis. Aku diam di sofa…..berfikir sejenak. Aku kini sudah yatim. Hidupku sudah tanpa lelaki bergelar ayah di sisi…….

Alhamdulillah, majlis pengebumian arwah ayah berjalan lancarnya. Aku sebak dan sayu dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai yang tidak putus-putus hadir sejak semalam. Sehinggakan ada yang sudi menghantar hingga ke tanah perkuburan. Terima kasih semua…….

Hari ini, hampir 10 hari ayah kembali kepada Penciptanya. Damailah ayah di sana…….rindu ini takkan berakhir kerna hangat kasihmu senantiasa mekar dalam setiap hela nafasku dan insan-insan yang mencintaimu, kerna ayah insan istimewa anugerah Dia buat kami. Al-Fatihah….

tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi

kuharap sinar menerang kabus

agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi

gerimis ini terlalu pagi

menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali

menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi

terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi

kupujuk diriku tidak menyesali

pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti

gerimis tiba dihujungnya

sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita didunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba
gerimis by fareast

 



Monday, September 20, 2010

BUKAN INI SYAWAL TERAKHIR KITA


Pagi syawal ini menjelma dengan penuh ketenangan ditemani dingin embun di pagi hari. Alhamdulillah dipanjatkan untuk Illahi di atas nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga ini. Syukur insan ini masih dianugerahkan peluang menikmati keindahan syawal ini selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, bulan mulia yang penuh berkah.
Dan syawal ini menyaksikan kesayuan di hati insan-insan pilu itu. Ada yang bersendirian ditemani sepi, si yatim piatu kepiluan merindukan salam di pagi syawal bersama ibu ayah yang tercinta. Dan insan ini hanya menyiapkan serba sedikit untuk anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku pada mereka yang gundah gulana mengenangkan si ayah yang tercinta.
Syawal ini bagiku paling memilukan. Tatkala mencium kurus tangan si tua itu, aku terfikir adakah ini salam syawal terakhir kita ayah? Bukan berputus asa dengan ujian Yang Maha Esa namun aku insan lemah yang kadang-kala tersungkur jatuh semangatnya. Tahun sebelum ini entryku bertajuk ADAKAH INI RAMADHAN TERAKHIR KITA  dedikasi ingatan dan rinduku buat si ibu yang amat ku rindui tatkala itu di perantauan. Syukur, masih ada lagi Ramadhan buat kita mak. Dan kini kuharap BUKAN INI SYAWAL TERAKHIR KITA……
Hampir  3 bulan lelaki pertama di hatiku ini terbaring lemah di katil usang itu. Bukan ini yang kupinta buat dia yang dulunya kuat bergerak tanpa bantuan sesiapa, kini untuk bergerak sedikit pun tiada kudrat melainkan dengan bantuan anak-anak dan isteri tercinta. Hatiku pilu menyaksikannya. Lelaki ini bukan selemah ini namun inilah putaran roda sebuah kehidupan, suatu masa nanti mungkin aku juga akan berada di tempat ini.
Dan sesungguhnya setiap kejadian itu berhikmah. Awal tahun lalu aku menyatakan keenggananku melanjutkan pengajianku buat sementara waktu selepas tamat diploma dengan hajat untuk menimba pengalaman kerja dan membina keyakinan untuk berhadapan masyarakat terhadap lelaki ini. Menangis aku mengharapkan keizinannya namun peganganku mudah, bila orang tuaku tidak menyetujui maka aku akan akur walau dalam terpaksa. Begitulah, kuturut kemahuannya supaya mengisi permohonan untuk melanjutkan pengajian. Aku meneruskan niat hati si bapa dengan rasa tidak puas hati dan berat hati.
Dan Alhamdulillah, permohonanku ditolak dan sungguh ayahku  tidak berpuas hati. Sekali lagi aku berpegang, andai disuruh oleh ayah untuk membuat rayuan akan kuturut tanpa bantahan dan nyata aku menurut kemahuan ayah buat kesekian kalinya. Sekali lagi aku gagal.
Sungguh kejadian ini berhikmah, ayah jatuh sakit bilamana aku tamat latihan industry di Chendering. Dan kuhamparkan kudrat wanitaku yang tak seberapa untuk ayahku yang tercinta. Kusaksikan sendiri tahap kesihatannya dari sehari ke sehari dan kumohon, Kuatkan hati dan keyakinan serta kesabaran kami untuk melihat ayah kami kembali sihat seperti dulu. Sungguh, aku masih belum bersedia untuk Syawal terakhir kita, ayah……..
Ayah, masih terbayang gelak tawa dan gurauan mesramu di sebalik dugaan ini. Sungguh aku bersyukur dikurniakan ayah seistimewamu walau apapun pandangan mata orang luar namun di hati kami ayah tiada galang gantinya. Maka aku bersyukur walau tidak dapat melanjutkan pengajian dan masih belum berpeluang menimba pengalaman kerja namun aku sedar semua itu boleh dicari, namun Ayah yang satu ini hanya ada satu dan tiada pengganti.
Dan kusaksikan kasih anak-anak dan seorang isteri di sebalik kejadian ini. Semoga ianya teguh dan tidak berubah walau badai melanda hingga ke akhir nafas kita wahai ayah………..ku mohon, BUKAN INI SYAWAL TERAKHIR KITA.
Pesan ayah tatkala aku hampir putus asa di perantauan : Percaya Diri, Yakin Diri dan Jangan Lupa Diri…..InsyaAllah.
 * entry ini ditulis pada 1 syawal yang lalu. namun, belum sempat dipost ayahndaku menyahut seruan Illahi pada 4 syawal yang lalu.......Al-Fatihah
MUKTAR MAT ALI
31 OGOS 1956 - 13 SEPTEMBER 2010

Thursday, August 26, 2010

Presentation Terakhir Kita Bersama

Assalamualaikum…….
Sudah lama rupanya blog ini menyepi tanpa catatanku. Bukan tidak sudi namun satu demi satu kejadian dan situasi kadang-kala membantutkan keinginan dan semangatku untuk menulis.  Jom merentas sebentar liku-liku kehidupanku sejak kebelakangan ini.
Alhamdulillah, sudah hampir sebulan Masyitah menamatkan latihan industry di Chendering (maaf, nama organisasi tidak dpt dinyatakan). Bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang pekerja. Mendengar pengalaman sahabat-sahabat yang lain betapa mencabarnya tugas yang diberikan kepada mereka, aku tersenyum. Timbul rasa cemburu namun aku yakin apa yang ku alami dan tempuhi di tempat praktikalku pun ada cabarannya yang tersendiri. Bersyukurlah aku seadanya…….

Dan pada 21 July 2010 yang lepas aku dan rakan-rakanku telah selamat membentangkan hasil kerja kami di tempat praktikal masing-masing. Puas dan gembira kerana dapat bertemu kembali  sahabat-sahabatku. Masing-masing hadir dengan cerita yang tersendiri. Walaupun ada sedikit ralat kerana aku agak tergesa-gesa untuk pulang ke kampung. 

Pelbagai ragam yang dipamerkan masing-masing. Aku tersenyum untuk kesekian kalinya. This is sweet memory, guys! Masih ku ingat bila Dr Saiful tetiba memanggil namaku sambil bergurau untuk memukulku kerana kesilapanku menghantar report tanpa buku log menyebabkan dia tercari-cari, Shauqi yang menunjukkan sijil yang diterimanya dari tempat praktikal kepada Fiq sambil disambut Fiq ‘aku tak dapat sijil, tapi aku dapat duit’, ada yang baru menyiapkan slideshow presentation, Min yang disuruh menerangkan kata-kata ‘mendalam’ di akhir presentationnya,  serta pelbagai gaya dan bahasa isyarat yang kami lakukan untuk menyatakan betapa laparnya kami kerana selama hampir 4 jam dikurung dari pagi sampai tengah hari. Hahaha… dan macam-macam ragam lagi. 

Namun segalanya sudah berakhir....Alhamdulillah. semoga akan tiba kembali satu detik dan ketika kita kembali bertemu. InsyaAllah.....luv u all, guys!

Tuesday, August 24, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua
sudah lama tak mencatat akhirnya blog ini sepi sesepi diri ini
semoga belum terlewat
bukan tak sudi tapi pelbagai perkara yang berlaku
mengekang diri untuk menjenguk blog yang makin bersawang ni

apa-apa pun semoga Ramadhan ini
makin mendekatkan kita padaNya


Saturday, June 26, 2010

SELAMAT TINGGAL BUMI UDM.......DI SINI ILMU DITIMBA, DAN DI SINI MEMORI TERCIPTA

Sudah jauh ku berenang,
Kini sampai ku ke tepian,
Kenangan bersama akan ku kenang,
Agar kekal selamanya di ingatan.....

Dengan lafaz penuh kesyukuran, Alhamdulillah untuk semua kejadianMu ya Allah.....selama 4 tahun Masyitah di bumi UDM, terlalu banyak pahit manis yang diri ini lalui. Dan sesungguhnya, ia benar-benar banyak mengajar diri ini untuk hidup berdikari.....hidup bersendiri.....di bumi ciptaanNya yang penuh pancaroba ini.

Ada masa aku jatuh, ada masa aku bangun.....sungguh, kenangan itu benar-benar memberi erti yang besar pada diri ini.Aku belajar macam mana untuk berkawan, berbincang, memuaskan dan menjaga hati orang. tapi, aku gagal untuk belajar bagaimana untuk menjaga hati aku sendiri....masih ada misi yang gagal rupanya. hahaha
Terima kasih sahabat-sahabat, lecturers, instructors and semua staff FRIT and UDM yang telah banyak membantu. tinggal satu tapak lagi untuk aku mengakhiri perjuanganku di UDM. Menjalani praktikal di Chendering. semoga segala-galanya berjalan dengan lancar dan baik ya Allah. rahmatilah dan berkatilah perjalanan ini.....

di sini ilmu ditimba, disini jua memori tercipta


those memories remind me how beautiful life He gave to me

SELAMAT TINGGAL UDM....UniSZA

Thursday, April 22, 2010

E.Q TENONG...........selamat diSUBMIT!

Next project....E.Q TENONG.


Kalau orang tak tahu mesti tertanya2 apa itu TENONG rite? Sebabnya, Masyitah yang memang sah-sah Terengganu neh pun first time dengar tak tahu jugak. biarpun Abang Min ngan Encik Rizal ketawa aku dop tahu apa itu tenong, memang dop tau pun.......huhuhuhu

Tenong tu mangkuk tingkat. EQ TENONG stands for Easy and Quick Tenong. this product just biasa-biasa je. al maklum la, kami memang dop hebat dalam bidang ni. Memang orang akan gelak bila dengar project yang kami buat. takpe la, sekurang-kurangnya kami belajar banyak benda semasa nak menghasilkan project neh. bukan project ini kejayaan bagiku, tapi perjalanan sepanjang aku nak menghasilkan project ini yang aku anggap sebagai kejayaanku.


menangis. lemah semangat. jatuh. bangun. semuanya ada. tapi, aku kuatkan semangat untuk meneruskan project ini. pelbagai perkara yang aku hadapi dengan orang sekelilingku. aku juga manusia biasa yang punya kekurangan dan kelemahan. tak mudah untuk seseorang yang tidak hebat seperti ini melakukan sesuatu yang tak diminati. tapi, sepertimana pernah aku nyatakan dulu. ini amanah. ini tanggungjawabku. aku harus sempurnakan perjuanganku di sini....

million thanks to all the lecturers and instructors yang banyak membantu kami menyiapkan project neh terutamanya Encik Rizal yang banyak membantu. kalau semua orang menghentam kami, sekurang-kurangnya dia yang tolong meneutralkan kami yang dah lemah semangat. terima kasih encik sebab banyak memberi tunjuk ajar kepada kami neh yang amat banyak dop tahu banyak perkara.......jasamu dikenang. huhuhu.....sedih nak tinggalkan encik. hahahaha......buat Encik Zakaria, terima kasih untuk semua ilmu yang dicurahkan. maafkan masyitah yang selalu aje argue apa yang diusulkan encik. huhuhu........susah dapat student yang kurang betul macam masyitah ni kan....

buat my partner, farihah....thank you. this team make me learnt something, be patient......

Monday, April 19, 2010

Menolak Zina Dengan Mujahadah, Bukan Karamah!

“Saya rasa ustaz berfikiran begini kerana ustaz sendiri tidak kahwin semasa belajar. Maka ustaz tidak faham keperluan berkahwin semasa belajar itu. Ustaz tidak dapat memberi pendapat di sini!” tegas Aliyyah, seorang mahasiswi.

Komennya tajam.

Saya pula, bukanlah berbicara tentang kahwin semasa belajar. Apa yang saya bincangkan adalah soal kahwin tergesa-gesa tanpa pertimbangan yang lunas.Tetapi kerangka fikir mahasiswi itu menarik untuk diberi perhatian.


SULUHAN KISAH YUSUF ‘ALAYHI AL-SALAAM
Ia mengingatkan saya kepada kisah Yusuf ‘alayhi al-Salaam mendepani godaan ibu angkatnya, Imra’ah al-’Aziz atau yang lebih dikenali namanya sebagai Zulaikha itu.

Kehebatan Yusuf bermula daripada usia kecilnya lagi. Seorang ghulam, ‘diculik’ oleh adik beradiknya sendiri dan dihumban ke dalam perigi buta, Yusuf diuji dengan kesusahan pada tahap yang sukar untuk kita gambarkan. Berat sekali tanggungan seorang anak kecil bertahan dalam sepi dan gelita perigi buta, jauh daripada keluarga, hanya bertemankan Allah tempat memaut harapan. Namun, sabar Yusuf ketika di dalam perigi, tidak sekental sabar Yusuf di Istana Mesir. Saban waktu cuba digoda oleh wanita bangsawan itu, ibu angkatnya sendiri.
“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya” [Yusuf 12: 23]
Setelah berulang kali berusaha, ‘Zulaikha’ sampai kepada ikhtiar terakhirnya. Pintu dikunci, rumah tidak berpenghuni, First Lady itu menawarkan diri, “datanglah kepadaku. Aku bersedia untukmu”
Di sinilah kemuncak tarbiyah Allah ke atas insan bernama Yusuf. Ramai manusia lulus ujian kesusahan kerana di dalam kesusahan kita diuji dengan kekurangan pilihan. Terpaksa bersabar kerana itulah satu-satunya jalan untuk bertahan. Demikian sabar Yusuf di dalam telaga.
Tetapi di sini Yusuf diuji dengan peluang. Diuji dengan pilihan. Beliau orang asing. Tiada keluarga, tiada banyak kesan sampingan pilihan jahat yang mahu diambil kesempatan.
Ia mengingatkan saya tentang modus operandi pekerja seks di IPT hari ini. Bekerja sebagai pelayan seks berkelas tinggi, memungkinkan anak muda kita mengaut untung mencecah RM40 ribu sebulan! Tekanan lifestyle, duit PTPTN yang jauh daripada kecukupan, desakan peer pressure, apakah yang boleh menghalang anak-anak muda kita daripada mengambil pilihan itu?
Hanya satu.
Jawapannya IMAN.
“Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya…”

Itulah jawapan Yusuf.

Aku berlindung kepada Allah. Rabb diriku, Pencipta aku dan Pemilik aku. Konotasi Rabb itu adalah satu sanggahan kepada Zulaikha bahawa biar pun dia adalah ibu angkat yang memberi makan, hutang budi tidak akan dibalas dengan bayaran yang keji. Engkau tuanku tetapi Allah Tuhanku!
Justeru Yusuf menegaskan bahawa:

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”
MENCARI KAEDAH
Zina itu, di sebalik kekejiannya, adalah kezaliman. Sudikah dibenarkan orang lain menyetubuhi ibumu? Adik perempuanmu? Anak perempuanmu? Ibu saudaramu?

Ketika engkau berzina, sudah tentu engkau berzina sama ada dengan ibu seseorang, adik perempuan seseorang, anak perempuan seseorang atau ibu saudara seseorang. Jika engkau tidak sanggup membayangkan ibumu disetubuhi lelaki lain, pilihan zinamu adalah satu kezaliman. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!

Kerasnya  persoalan yang berlegar di fikiran ialah, apakah bentuk pendidikan yang diperlukan, untuk membolehkan mahasiswa dan mahasiswi yang hidup di dunia ‘zina lebih mudah daripada nikah’ itu untuk berkata seperti Yusuf? Bagaimanakah ketika dihadap dengan pilihan zina, ketika jauh daripada keluarga, ketika kekejian kelihatannya seperti boleh disembunyikan, tawaran pulangan begitu lumayan, namun akhirnya anak muda kita mempunyai kekuatan untuk berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!”
Kekuatan untuk berkata TIDAK!
Itu sisi pandang Yusuf. “Ahh, itu persis seorang Nabi!” mungkin itu tempelak anak muda lagak mahasiswi yang mengecam saya tadi. “Apa yang Nabi tahu tentang panahan cinta? Dia itu jiwanya jiwa Nabi, bukan seperti engkau dan aku!” apakah itu yang mahu diperkatakannya?

Asal usul Tarzan, barangkali! [source - unknown]

YUSUF JUGA ANAK MUDA SEPERTIMU
“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir kami) untuk menjauhkan daripada Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia itu daripada kalangan hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa.” [Yusuf 12: 24]

Allah segera menafikan andaian itu. Yusuf juga seorang anak muda. Dia ada keinginan sebagai seorang anak muda. Jika pertimbangannya hanya sekadar kehendak jiwa muda, Yusuf juga bisa cenderung memilih kehendak Imra’ah al-’Aziz. Kehendak ibu angkatnya, wanita bangsawan yang sudah menyerahkan diri. Allah Subhanahu wa Ta’aala mahu kita kaitkan diri dengan Yusuf.
Dia juga sepertimu wahai anak muda. Dia bukan Malaikat yang tidak bernafsu. Dia menolak zina bukan dengan Mukjizat atau Karamah! Dia menolaknya dengan Mujahadah.
Fikirannya sedar tentang kenyataan Allah berkenaan kekejian zina, justeru Yusuf  berkata TIDAK.
Kemudian baru Allah tegaskan, semua itu adalah sebahagian daripada urusan Allah melindunginya, bakal seorang Rasul untuk menerima Risalah Tauhid kebenaran. Bukan semua datang dalam keajaiban. Yusuf itu sendiri bermujahadah mengawal diri di ujian pemilihan.
Memilih jalan zina atau memilih jalan TAQWA.
TELADAN YUSUF BUAT DIRI SAYA
Saya juga pernah muda, wahai si anak gadis. Di usia muda, saya juga terganggu dengan kecantikanmu.
Jiwa saya pernah resah ketika melihat rakan bernikah.
Naluri saya pernah cemburu semasa menimang si comel, cahaya mata kawan bertuah.
Saya juga diasak dengan peluang bernikah. Namun atas pertimbangan-pertimbangan peribadi, saya memilih untuk tidak bernikah, lalu memanjangkan sedikit lagi tempoh mujahadah.
Saya menghormati, mengasihi, mengagumi dan menyokong sepenuh hati teman yang memilih untuk bernikah.
Namun nikah mereka bukan lempias nafsu. Nikah kenalan-kenalan saya bukan manifestasi lemah jiwa untuk menolak zina. Mereka bernikah dengan wawasan. Mereka berkeluarga dengan perancangan.
Akan tetapi untuk dirimu yang ‘menuduh’ku menangguhkan nikah kerana tidak faham kehendak bernikah, engkau masih terlalu budak untuk menjamah akad.
“Aku Terima Nikahnya” belum lagi masanya untukmu.
Dewasalah!
“Tak tahu apakah erti kepayahan
Tak kenal erti kesusahan
Kerna dibesarkan dalam kemewahan
Belum dialami penderitaan”

- Hidup Berbudi: Lirik oleh Habsah Hasan

http://saifulislam.com/?p=7913#more-7913

Saturday, April 17, 2010

kami akhirinya dengan........alhamdulillah

first and foremost, Alhamdulillah for everything He gave to us. berakhirnya sesi presentation kami dengan 'Manufacturing Organization II' project. seriously, kami agak tertekan dengan semua project pada semester ini tetapi Alhamdulillah, dengan izinNya dan berkat usaha kami.....kami berjaya mengakhirinya.



pelbagai ragam dan perkara yang berlaku sepanjang semester ini namun itulah memori dan pengalaman yang tercipta. tapi, hari ni entry akan tertumpu pada presentation MO II sahaja.
 

sepertimana yang telah aku nyatakan sebelum ini, kami pernah diletakkan kedudukan kami di bawah sekali waktu presentation second last hari tu. sungguh, grup kami rasa sangat down. yang tiga org tu, baim, ayah boh n taqi mmg tak puas hati dan frust dan begitu jugak aku. tapi, untuk saat itu aku terpaksa kuat untuk menyakinkan mereka....we not deserved for it. dan ungkapan yang mampu aku berikan kepada mereka 'HARI INI MEREKA LETAKKAN KITA DI BAWAH, TAPI UNTUK LAST PRESENTATION KITA AKAN PASTIKAN KITA ANGKAT KEMBALI DIRI KITA DI ATAS SEKALI. ITU TANGGUNGJAWAB KITA DAN KITA AKAN BUKTIKAN'.
 
Alhamdulillah, untuk last presentation ini kami menjadi kumpulan terbaik. terima kasih bros, for this team. akak belajar rasa sakitnya jatuh dan bangun semula untuk bangkit. bukan menjadi yang terbaik itu indah tapi bagi akak, usaha yang kita peruntukan untuk menjadi yang terbaik itu memberi kesan yang istimewa dalam perjalanan hidup akak di bumi UDM ini......then, special thanks owing to our beloved lecturer, Mrs Irda Suriani. you make us work hard. and that the way we did. thank you so much......for everything. thank you Allah for sending her to us....=)

thank you bros for this team.....

Thursday, March 25, 2010

Sebentar di PYIT.....Selamanya dalam ingatan


24 March...2 hari yang lepas aku dan ahli group yg lain ke Syarikat Yayasan Islam Terengganu untuk research 'Organization Management & Marketing Process' Alhamdulillah, sebentar di PYIS....selamanya dalam ingatan. Budi baikmu ku kenang......

 
Kami tiba di PYIT tepat 9.00 pagi, sepertimana temujanji yang dibuat malangnya, setiausaha Mr Bos yang kami nak jumpa ke klinik, dan Mr Bos yang kami nak jumpa ada meeting. setengah jam menanti, akhirnya Mr Bos keluar, namun agak terkesima kami sebentar. macam mana Mr Bos tersebut tidak tahu temujanji ini. sedangkan kami dah beberapa kali buat appoinment, siap datang hantar surat dr fakulti lagi...rupa-rupanya hanya setiausahanya yang tahu. tak apa, kami tak marah sebab ini cabaran dalam menuntut ilmu. mungkin ada miscommunication. xpe la, walaupun semangat berkobar kami agak merudum...huhuhuhu

 

akhirnya kami dihantar berjumpa Puan Nor Aishah Dato' Haji Mohd Salleh. Mr Bos ada hal lain. huhuhuhu... first impression, aku takut tengok muka Puan Aishah. kami yang lain pun. ngeh3. garang semacam. sepuluh minit menanti, akhirnya Puan Aishah kluar berjumpa kami. tapi lain pulak ceritanya...dun judge the book by its cover. she so kind and sanggup layan kami dan melawat semua department yang ada di PYIT. memang menyeronokkan. tapi agak sukar juga bila budak manufacturing yang selalu mengadap drawing and product tiba-tiba masuk management...tapi, aku suka. mungkin manufacturing yang dihasilkan di PYIT ini lain sikit je dari apa yang kami pelajari, becoz dis company provide service mencetak...manufacturing jugak kan?

 

memang banyak yang boleh dipelajari di sini. apa yang pasti, PYIT mekar dengan hubungan mesra bagai keluarga. Takjub dengan Puan Aishah yang masih mengenali Faiz yang pernah berkerja part time di sana hanya selama 2 minggu. Puan Aishah memang best. banyak benda yang kami dapat di PYIT.



 
Setelah pulang dari sana, kami harap kami boleh lakukan yang terbaik untuk final presentation untuk Manufacturing Organization II. Kami pernah diletakkan di bawah oleh raka-rakan kami semasa presentation, kami harap kami boleh menebusnya untuk peluang terakhir ini. insyaAllah. Baim, taqi and Ayah boh(Faiz)......aja aja fighting! 

buat warga Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu terutama Puan Aishah, terima kasih di atas kesudian kalian menerima dan berkongsi pengalaman serta ilmu dan info sepanjang tiga jam kami di sini.

 









Wednesday, March 24, 2010

Andai tangisan itu perlu, mengalirlah....

Entry ini bukan bersifat luahan hati, tetapi ia lebih memotivasi diri ini……

Ya, benar. Seringkali aku menyatakan ujian itu untuk menguatkan kita. Ujian itu tanda Allah menyayangi kita. Namun, andai kamu terasa lemah dan ingin rebah .Ingatlah. Dia bersama-sama orang-orangnya yang beriman. Jangan pernah mengalah diri……

Semalam, macam biasa waktu untuk aku menghadiri workshop bagi menyiapkan kerja-kerja final projectku dengan partnerku. Yang aku tahu, semua grup dah siap tunggu nak finishing je product diorang. Aku? Ya, untuk semester ini akhirnya mutiara itu gugur jua. Mengalirlah, andai itu mampu melegakan ketegangan yang melanda diri…..

Buat En Mat, En Aziz dan En Khalid. Maafkan anakmu ini. Tak terniat sedikit pun di hati ini untuk menyakitimu mahupun menolak ataupun menyanggah segala komen-komen yang diberi untuk final project ini. Sungguh, namun tatkala itu dengan kepanasan suasana dikerumuni budak-budak laki (yup, 80% my classmates are boyz…)…aku really terasa dipresss so hard. Dan kala itu, andai air mata itu perlu, mengalirlah (tak suka menangis time kena hentam. Tapi, semalam memang dah pressure sgt)……maafkan diri ini…..

Balik bilik, sungguh2 rasa menyesal takut instructorsku terasa ngan reaction yang aku beri. Aku hanya diam (memang org pelik, sbb aku ni jenis tak boleh duduk diam). Saya hanya tertekan encik, nak habiskan sisa-sisa terakhir project ni. Apa yang paling-paling ditakuti, this project finally cant function properly. Huhuhu…not so easy to be engineer rupanya(sbb tu engineer tak pernah masuk dlm kamus cita-citaku)…sabarlah diri….

Masyitah….
Pernah tak kau renung perjalanan hidup kau selama 3 tahun setengah di bumi UDM ini? Pernah terfikirkah engkau apa yang telah engkau lalui? Bukan senang kan? Dan kau juga pernah berada di bawah kan? Kenapa dulu kau boleh, dan sekarang ungkapan ‘tidak boleh’ lak yang meniti di bibir tu? Cuba tgk dinding bilik tu……’TAK BENAR ‘TAK BOLEH’’. So, wat are u waiting for, berjuang ke titisan darah terakhir diri. Andai sudah tertulis kau mesti gagal, jangan sesali, pasti ada hikmah yang menanti. Yang pasti, jangan berhenti untuk berusaha…u can do it, diri….

Diri, menangislah anda perlu…….dan yang pasti mintalah pada Dia. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Jangan pernah mengalah….

Saturday, March 20, 2010

oh, Projects!

Assalamualaikum…..
Lamanya tak mencoret di sini. Bukan tak nak tapi, hari-hari terakhir yang kulalui di sini bagai separuh nyawa jiwaku pergi. Huhuhu….dah nyawa-nyawa ikan dah ni. Benar-benar aku teruji dengan diriku. Ya Allah, kuatkan insane yang lemah ini. Semua final projects menanti masa je….apa yg paling dirisaukan adalah EQ Tenong kami. Rasa dah nak lari dari objective asal dah. Huhuhu….
First project, QA survey yg kami buat kat ZM Rubber Moulding. Alhamdulillah, biarpun byk yg kami rancang tak menjadi namun syukur sbb sekurang-kurangnya kami dapat ilmu. And thanks a lot to En Abu Bakar yg sudi melayan karenah kami yg ntah pape neh. Sekarang sedang menyiapkan report n presentation materials. Huhuhu…….byk benda pulak xde bila nak tulis report. Adoo…..’Quality Survey on Manufacturing Product : Exhaust Hanger’.

Then, MO survey insyaAllah akan berjalan next week. Kami sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum ke Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu. Dan bekerjasama dengan ahli kumpulan yang semua lelaki dan hanya aku seorang perempuan benar-benar menguji aku. Aku anggap ini satu pengalaman dan ujian bila aku berhadapan dgn real career nanti. ‘Manufacturing Organization Management and Marketing Survey’.
Next is CNC Turning and Milling Machine project. This one also really menguji Masyitah ni. Memang bab design terpasa terus diserahkan pada anip sbb dgn mase yg ada sekarang sudah tak mampu untuk aku nak menyibuk semua benda nak buat. Then for G-Codes aku akan siapkan CNC Turning Machine bersama farihah dan anip dan fami akan siapkan CNC Milling Machine. ‘CNC Turning and Milling Machine Project : Bishop Chess and Adidas Logo’.
And the last project is EQ Tenong. No word could I describe,….i have to be designer, engineer and operator. Hohohoho…sume benda yg aku tak minat. Anggap sahaja ini ujian dalam menuntut ilmu. Terima kasih buat semua lecturers, instructors and sahabat2 yg sudi membantu dlm menjayakan projects ini semua. Hope, sumenya berjalan sukses belaka…….doakan insyaAllah…

Tuesday, March 2, 2010

~ Route To Malacca ~

Alhamdulillah......berakhir sudah Route to Malacca pada 23 - 26 February yang lalu. best! thanks and congrates pada yang menganjurkan dan memberi kerjasama untuk program kedua Mantech Club semester ini. u all the best, guys! dan terima kasih untuk Encik Firdhaus for all ur supports for us....


Kami bertolak drpd UDM malam 23hb dengan 2 bus yg mane satu bus untuk senior sem 4, 6 dan 7(aku la tu) dan satu bus lagi untuk junior sem 2. kami tiba di Melaka agak lewat dan kami terpaksa solat di Masjid MITC pun lewat. agak ralat sikit untuk kejadian seumpama ini sebab kami rancang untuk tiba di masjid MITC pada pukul 6.00pg malangnya kami tiba pada pukul 7.00pg. mungkin keadaan ini berlaku disebabkan pada malamnya kami asyik berhenti makan je kijenya....hisy....tapi, sodap la makan sotong celup tepung syer ramai2. even dapat makan sikit tapi, 'sharing is caring'....'sharing is loving' ...=)

 
 

setelah siap mandi ape, kami mengalas perut dengan roti dan terus ke UTEM. waaa...sakit perut. sampai sana dengan muka keletihan sebab tido lewat kami mendengan taklimat daripada Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan ,En. Mohd Akram , pembentangan dari En Mohd Yuhazri mengenai Green Technology in Manufacturing. really interesting, because we never realize dengan sabut kelapa tu banyak benda yang kita boleh guna....untuk selamatkan dunia daripada pemanasan bumi. Antara hasil kerja En Yuhazri ialah DECO HELMET, Deco Armour dan GREEN ECO2 Tech....dan beliau sempat tinggalkan kami dengan 7benda untuk kami berfikir.....dan penutupnya, disudahi dengan saudara Syawal, Presiden Society of Manufacturing Engineers...

 
  
 

thanks to UTEM because sediakan breakfast untuk kami yang agak kelaparan ini. walaupun mihun goreng, Alhamdulillah. ada jugak rezeki. then kami dibawa melawat ke workshop. siyes, jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan workshop kitorang. huhuhu....takpe, UDM masih dlam process membangun.

 
  
 
then, kami teruskan perjalanan kami ke dk Composite. sebuah compani yang manufacture kapal dan kubah. really marvellous tapi sayangnya masyitah masa tu dah nyawa-nyawa ikan. letih hanya tuhan je yang tahu. bagai angin lalu setiap apa yang disampaikan di hadapan.....sorry, kerana melepaskan peluang dan pengetahuan yang diberi begitu sahaja. tapi sungguh, masyitah dah tak larat masa tu...huhuhu

 
 

selepas tu, kami pergi menginap di Kolej Kediaman Bunga Raya. memang tido tak ingat dunia la masa tu. letih yang amat. adooo....then malamnya pula kami ke JUSCO. makan malam. ayyooo....kopak duit masyitah. mahal la makanan sana. huhuhu...takpe la, Alhamdulillah. sekurang-kurangnya masyitah diberi rezeki untuk makan kan. then kami cuci mata je la. Masyitah neh bukan jenis suka shopping, tapi sekali dah shopping abis la. syukur la, mlm tu tak terasa nak membeli-belah pun....

 

esoknya, kami ke SIRIM Melaka. Tempat ni memang best. Cara diorang sambut kami pun, Alhamdulillah. siap bagi makan breakfast and lunch lagi. terima kasih daun keladi....dan banyak motivasi yang kami terima daripada En Raja Yahya. for the first time, telur yang kami jatuhkan dari tingkat atas tak pecah. Alhamdulillah...kami satu-satunya grup telur yang tak pecah n no cracks.

 
  
 


then next activities kami round BANDAR HILIR. seronok tapi meletihkan yang amat.....

 
 

next day sebelum bertolak ke UDM kami berhenti di SOGO. di sana, 3 sahabat bertemu. masyitah, jaa, n mizah....sebesar-besar Jerteh akhirnya Kuala Lumpur juga yang menemukan kami. aku redha dan aku sedar kita kini makin dewasa. kenangan di SMAKAWA hanya tinggal tugu memori.....


dan pada pukul 1.00pagi, alhamdulillah kami tiba dengan selamat di perkarangan asrama Kolej Kediaman Nasibah, Kampus KUSZA, UDM....


terima kasih sahabat untuk memori yang indah ini.....semoga kita semua memperoleh manfaat untuk setiap lawatan yang kita sertai ini.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena