THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 19, 2009

alhamdulillah....

Assalamualaikum……

Alhamdulillah, syukur ya Allah untuk nikmat yang Kau kurniakan. Sampaikan aku terfikir layakkah aku untuk setiap nikmat yg kau kurniakan untuk insan berdosa sepertiku. Sungguh aku tidak menyangka aku memperoleh keputusan final exam sebegitu. Walaupun x dpt 4 flat tetapi keputusan yang ku perolehi meningkat dan the highest yg pernah aku perolehi. Alhamdulillah, dapat jugak aku baiki kembali CGPAku yg pernah bergegar gara-gara tergelincir masa semester 3 hari tu. Huhuhu….

Sesungguhnya ini ujian untukku. Kuatkan aku ya Allah untuk menghadapi setiap dugaan ya Kau timpakan.

Di kesempatan yang ada masyitah nak ucapkan ribuan terima kasih buat mak dan ayah yg byk berkorban untuk anak perempuan bongsunya ni. Terutama sekali bila time aku sakit kepala, mak dan ayah la orang pertama yang sampai depan blok hostelku. Entah kenapa, dah 5 semester berturut-turut time final mesti aku sakit kepala. Nak kata tension rasanya x sgt. But, for you my heart (mak n ayah) thank you so much for everything. You are really the best parents! Untuk sume ahli family ku yg lain, thanks!

The much much thanks also to my all teachers and lecturer ( sk tanah merah, sk seri paying, smka wataniah, udm: fakulti rekabentuk inovatif and technology and others). Semoga ku peroleh keberkatan untuk setiap titik ilmu yg ku perolehi….

And to all my frens, thank you for everything becoz being my fren.

Salam kemaafan jua dariku untuk semua…..

Masyitah tak tau kenapa kali ni masyitah x excited sgt dgn result yg masyitah dpt tp really bersyukur…..thank you Allah.

Wednesday, June 17, 2009

esok result final exam kluar!!

waa........esok insyaAllah sepertimana yg dinyatakan melalui portal rasmi pelajar universiti darul iman malaysia, 18hb june 2009 keputusan final exam akan keluar. huhuhu......i feel nothing. tidak seperti semester2 yg lepas asyik berdebar je. petanda apakah ini? menaik....menurun....mantain? actually bagiku mengekalkan lebih sukar daripada mencapai. wawawa........apakah hasil yg bakal dituai nanti? apa yang ku tahu, aku hanya mahukan suatu hasil yg terbaik yg diberkati Allah.

takut? entahlah.....kdg2 rasa takut berada di atas lebih kuat daripada berada di bawah sebab hidup ini umpama roda. satu masa kita di atas, dan satu masa kita juga mungkin akan berada di bawah. dan aku pernah merasai ketika berada di bawah dan di atas. aku mohon ya Allah, kuatkanlah hatiku menghadapi setiap nikmat ujian yg kau berikan. aku takut gagal tapi aku juga takut berjaya.ah, tidak redhakah aku? aku rindu pimpinan dariMu ya Allah....

tatkala kutaip entry kali ini, aku berlatarkan lagu "Aku Tanpa CintaMu" by Mirwana. ya, aku tanpa cintaMu bagai layang-layang terputus talinya. Aku rindu untuk mendakap cintaMu yang ya Allah. tunjukkan aku jalan yang benar agar aku tidak terus hanyut dan tergelincir daripada orbital hidup yang Kau radhai......

doakan ya! mintak2 dpt 4 flat.hahahaha....amin.............

Saturday, June 13, 2009

tunjukkan aku jalan yang lurus....


Assalamualaikum.......
hampir tamat rupanya cuti semesterku. erm.....sekejap je rasanya. dan sekejap juga kurasakan bila kini aku dah berusia 21 tahun. masih teringat-ingat zaman dulu-dulu suka main masak-masak. sampaikan naik geram mak bila melihat aku suka sangat main masak-masak sampai esok nak menghadapi UPSR pun masih elok je duduk bawah pokok sambil buat kuih. hahaha.......Alhamdulillah, dapat score straight As. sungguh besar nikmat Allah untukku. i miss those memories. usia itu takkan dapat kulupakan. aku mengenal erti dunia. setiap petang aku dan kawan-kawan berjalan kaki pergi rumah Pakcik belajar mengaji. semoga Allah merahmati guru mengajiku itu. subhanallaha, even Pakcik seorang yang tidak sempurna keadaannya namun Allah berikannya kelebihan yang lain.

i miss something in my heart right now......no word could describe what it is. ku harap pengampunan dan pimpinanMu ya Allah.

masih adakah pintu taubat untuk aku hambaMu yang berulangkali berjanji dan bertaubat padaMu namun kuulang lagi dosa-dosa yang sama? Ya Allah, kurniakan aku hidayahMu ya Allah. aku buntu dan aku hampa dengan diriku namun aku takkan pernah sekali putus asa dengan rahmatMu kerana apa yang aku tahu dan aku yakin, Kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan semestinya Kau mengasihi dan menyayangi hambaMu yang penuh dosa ini kan?

aku mencari nur kasihMu agar dapat disemai di hati ini.......

Saturday, June 6, 2009

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

http://istimewa2u.blogspot.com/2009/04/10-tabiat-yang-menyebabkan-kerosakan.html

Friday, June 5, 2009

JAUHNYA SYURGA

video

Jauhnya Syurga

Munsyid : Haikal

Ku cuba mengunyah keaiban di dalam diri ini
Yang tertuang dalam bekas kesedaran
Ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati dan jua perasaan ku
Di hening taubat dan penyerahan

Andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang
Pastinya kembali menganyan ilusi mewarnai mimpi
Selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi
Menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib
Bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan
Diantara nafsu dengan keimanan

Ku sangka ku jumpa rupanya bayangan
Telah ku rentasi hutan penuh dosa
Mengapa ku ragu setelah dinyatakan
Kepastian yang belum ku temui
Sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian
Jauhnya syurga untuk aku jejaki


benar, itulah yang aku rasai tatkala ini. jauhnya syurga untuk aku jejaki.....aku mohon dengan sangat ya Allah, pimpinlah hambaMu yang lemah ini ke jalan yang Kau redhai. Jalan yang Kau berkati dan rahmati. Dan sekali lagi aku mohon agar janganlah Kau pesongkan pula hati ini ke arah yang Kau murkai selepas Kau beri hidayah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui setiap apa yang baik dan buruk untuk hambaMu ini.......


Monday, June 1, 2009

PERMAIDANI



Munsyid : Saujana

Rimbun dan redup kasih-Mu
Kau tempatku berpayung
Di manakah lagi
Dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsan-Mu
Walau ku sedari

Oh nyamannya, bila dipelukan rindu-Mu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkanku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Dugaan yang ku galas ini
Kepada-Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena