Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 5, 2009

JAUHNYA SYURGA


Jauhnya Syurga

Munsyid : Haikal

Ku cuba mengunyah keaiban di dalam diri ini
Yang tertuang dalam bekas kesedaran
Ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati dan jua perasaan ku
Di hening taubat dan penyerahan

Andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang
Pastinya kembali menganyan ilusi mewarnai mimpi
Selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi
Menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib
Bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan
Diantara nafsu dengan keimanan

Ku sangka ku jumpa rupanya bayangan
Telah ku rentasi hutan penuh dosa
Mengapa ku ragu setelah dinyatakan
Kepastian yang belum ku temui
Sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian
Jauhnya syurga untuk aku jejaki


benar, itulah yang aku rasai tatkala ini. jauhnya syurga untuk aku jejaki.....aku mohon dengan sangat ya Allah, pimpinlah hambaMu yang lemah ini ke jalan yang Kau redhai. Jalan yang Kau berkati dan rahmati. Dan sekali lagi aku mohon agar janganlah Kau pesongkan pula hati ini ke arah yang Kau murkai selepas Kau beri hidayah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui setiap apa yang baik dan buruk untuk hambaMu ini.......


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena