Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, April 14, 2012

Calon Menantu : Sotong Masak Kicap

setelah sekian lama menyepikan diri daripada bidang memasak neh, hahaha...berapa bulan je pun. sejak menjadi sedikit sewel je, saya tak mencemar duli kat dapur tu. setakat cuci pinggan dengan masak nasi. adeh...anak dara neh. ada mak mertua baca blog ni, melepas kau nak menjadi menantu. 

ampun...ampun

i'm not a good CHEF maybe
but
i can COOK for sure

hehe

tapi, kalau seseorang lelaki itu mahu jadikan saya teman hidup. terima kelebihan dan kekurangan saya. tak reti masak pun, boleh belajar kan? 
jangan risau, saya akan belajar. dalam process la ni tapi tak bersungguh. sebab takde komitmen. 
hahaha...gelak2. pastu nangis.

hari ni menu saya sebelum kembali berangkat ke KL,Sotong Masak Kicap. saya dah jumpa cara nak buat saya berhenti makan. sila masak. lepas masak, saya takde selera nak makan masakan saya. hehe..

cuba mak yang masak?
LICIN

sebenarnya saya ni alergik pada seafood. so, saya kena pantang. memang saya pantang. 
PANTANG JUMPA.
sekarang ni, sambil menaip saya menenyeh-nenyeh mata. dah gatal. hehe....sila tunggu selepas ini. macam mana nak naik bas malam ni.


satu masalah saya bila memasak, saya tak suka merasa masakan saya.
masin ka. manis ka. tawar ka. pahit ka.
confident SEDAP sudah.
haha..kakak dan mak saya selalu bising sebab perangai saya yang satu neh.
tapi
sebab saya masak sotong. eh, kena rasa. takut masin ka. tawar ka. kelat ka. hahaha....saya makan sikit je pun neh. dah gatal-gatal mata neh.


ok. siyes ini bukan sotong yang saya buli masuk kuali tadi. ini image yang saya tanya dengan pakcik google. saya takde kamera. dah masuk longkang. 
 S II saya ?
ada-ada. beli mahal-mahal takkan takdak kot. ngeh3....tapi saya lupa mana saya letak USB saya. dekat KL kot. hehe...malas la nak bergambar segala kat dapur. dah takde kije ke apa?

tapi lagi satu masalah yang selalu saya hadapi bila makan sotong yang dimasak di kedai, kenapa tak buang gigi sotong tu? saya tak tau orang panggil apa, tapi saya panggil gigi. alaa....yang kat kepala sebijik tu. aish...memang tak boleh makan saya. dah boleh agak cara masak dan basuh. bersih ke tak. huhuhu.....

pergh...bercakap soal makanan lak Masyitah Aminah neh ye. hehe...well. tak pernah dalam hidup I gained 2 kg just for 1 month. dan paling tak best saya sekarang sudah pandai makan lewat malam. 

TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena