Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, April 7, 2012

Selamat Hari Lahir ke-24

Alhamdulillah. Allah masih panjangkan usiaku untuk memberi peluang pada hambaNya ini bertaubat. masih belum cukupkah nikmat yang Dia kurniakan ini Masyitah Aminah?

Jangan mengeluh. Jangan berkeluh kesah. Ujian ini untuk menguji. Dia uji sebab Dia sayang. bagi aku usia 24 bukan usia anak remaja lagi. perlu memandang serius mengenai kehidupan. bukan dunia semata, tetapi akhirat juga. saya yakin, Allah hantar ujian di kala usiaku menjengah 24 ini untuk menegur. kamu terleka Masyitah Aminah. 

Berhenti menangis. Berhenti berduka. Allah beri ujian, untuk makbulkan doaku sebelum ini. bukankah seringkali kau bertanya dan menahan diri supaya bersabar, Allah pasti akan jawab doa-doaku selama ini mungkin melalui jalan yang tak aku sangka.

Maka, senyumlah di hari ulangtahun ke-24 ini Masyitah Aminah walaupun jujur aku akui. aku rindukan dia untuk bertanya:

"hari ini berapa haribulan?"

Tahun kedua tanpanya di sisi. kak masih belum kuat rupanya. sebab kak masih anak manja ayah dan selamanya ayah. semoga ayah berbahagia di sana. kak rindukan ayah dan kak tahu suatu hari akan tiba giliran kak ke sana. bukankah janji mati itu pasti? bersediakah kamu Masyitah Aminah?

Mari berubah menjadi baik. tapi ingat! menjadi baik itu prosesnya bukan sehari. maka berterusanlah keinginan kamu itu untuk MAHU menjadi baik kerna prosesnya akan mengambil masa sepanjang hidupmu. 

Selamat Hari Lahir ke-24 Masyitah Aminah.....semoga dirahmatiNya dan diberkatiNya dunia akhirat. jadi wanita solehah, anak solehah, isteri solehah dan ibu mithali (doa wajib selepas solat :-) )

“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..(PDH)

 

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena