Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 24, 2013

Jangan Ada Benci


Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku


bila kita pernah kandas dalam membina impian bersama seseorang, jangan pernah ada benci dan dendam kerna ia hanya merosakkan diri. nikmati kebahagiaan yang dimiliki tanpa perlu menoleh kerna hati yang tulus senantiasa menjadikan pengalaman itu kenangan terindah. hanya yang jujur mampu memahami.

# dia sesuatu yang indah pernah hadir menghiasi hidup ini namun Alhamdulillah saya juga sedang menikmati keindahan yang dikurniaNya. semua milik Dia. 


Masa tengah bercinta, semuanya indah2......semua di puji...semua manis2.... masa berpisah....semua diungki-ungkit... yang nampak..semuanya dedah salah masing2....

Jika tiada jodoh, terima dengan hati redha. Mendedahkan kesilapan dan mencari kekurangan bukan jalan yang terbaik. Mengadulah kepada Dia kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. maaf la, saya takde pengalaman ungkit mengungkit. dah tak jadi, belajar redha dan berdepan hakikat redha itu sendiri. paling penting jangan pandai cakap je, kena reti buat sekali. padahal kenangan itulah yang pernah dipuja dan dirayunya. kalau tak, takde la kes ajak tunang orang kawen sedangkan diri sendiri dah jadi tunangan orang. ops....

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena