Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 2, 2013

Abang ooo Abang

Alhamdulillah , syukur dengan nikmat kurniaanNya. walaupun awal bulan merupakan saat yang paling genting untuk team saya, tapi saya kuatkan semangat. orang closing akhir bulan, saya closing awal bulan. udahnya hari ini saya masih pulang lewat sampai pukul 9 lebih.

asalnya nak balik awal, malangnya my boss tiba-tiba menjelma di bilik saya di rambang senja. apa lagi, menjadi 'cengkerik' la saya sekejap. saya mengaku sebahagian kesilapan pada team saya, tapi selebihnya saya akan pertahankan hasil kerja kami. kami sudah cukup bertungkus lumus dengan kekangan masa dan data yang ada.

mengambil alih hasil kerja orang terdahulu umpama mengambil alih juga 'saka' yang ditinggalkan. well done, masyitah aminah! 

balik umah, rasa bersalah bertambah-tambah. mengingatkan Abang yang nak makan bubur nasi, saya mencari jugak apa yang dimintanya. sesampainya di rumah, Abang dah berbungkus dalam selimut. memang sehari dua ini Abang demam dan demamnya makin menjadi-jadi berbanding pagi tadi. huhu....sorry, abang.

sejujurnya, Abang akan menjadi manusia yang luar biasa apabila demam. sebelum bertunang dulu Abang pernah demam. sampai ke Hospital Klang jadinya. macam-macam ragam. saya yang jenis sempoi masa tu, memang malas melayan. hakhakhak...al maklum la, kami tak ada ikatan yang sah. selagi itu takde hukum yang boleh menghalalkan saya nak peluk or basahkan rambut dia nak kurangkan suhu. bukan saya orangnya nak memanjakan lelaki yang bukan siapa-siapa lagi.

yang saya tahu, nak pergi hospital ke taknak? takpun makan ubat homeopathy ni, jangan makan ubat hospital. hakhakhak....macam diktator dah gayanya. 

tapi kini, dia tanggungjawab saya. walaupun karenah Abang quiet weird tapi takpe la. layan je la.....

yang paling pening bila malam semalam dia mintak nak coklat manis. adoi......saya dah pesan awal-awal kat Abang, jangan nak berlakon ala-ala pembawakan budak okay. hekhekhek....

Abang ooo Abang

tahniah, rezeki Allah untuk Abang dan keluarga kita. semoga Allah memberkatinya. hehehe....saya sempoi ja. yang saya tahu setiap masa saya lapar. semalam Abang belanja makan di Famous Thai untuk 'rezekiNya' ini. believe it or not, saya berjaya menghabiskan makanan atas meja cam gitu ja. naknak tomyam tu. hakhakhak....


penat. esok meeting pemantauan. saya harap saya tak terima whatsapp dari mana-mana boss. saya nak buat report dan analyze data sahaja. itu ja. full stop. macam mana nak dapat baby kalau asyik tension ja. hakhakhak....ayat cover line bila buat 'cengkerik' ngan my boss....

teringin nak makan mempelam. jenguk jeruk yang saya buat kat dapur sat. jadi dak....hehehe...nyummy

# sejujurnya, saya tidak perlu mencemburui orang lain sebab i have no reason for it. sorry to say, its nothing. walaupun apa yang saya miliki tidak sempurna dan sebaik orang lain, namun saya mensyukuri seadanya. jangan ada rasa tidak puas hati dan jujurlah  seadanya. senyum. 

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena