Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 16, 2013

Ting Tong di Aidiladha

Raya di perantauan. bangun pagi masak daging kegemaran Abang dan tunggu kepulangannya dari Solat Sunat Aidiladha untuk sarapan. Abang makan sampai bertambah-tambah. saya juga yang takde selera nak makan sangat. 

Raya di perantauan. telefon mak, mak sibuk urus jenazah jiran sebelah rumah. telefon mak mertua, mak mertua tengah bergegas nak pi solat Raya. akhirnya saya mengadap televisyen sambil dengar Takbir Raya. sayu kot. huhuhu

Raya di perantauan. bajet dok oversea ja. hakhakhak....ada suka dan ada dukanya. hanya sehari bercuti dan esoknya iaitu sekarang berada di bilik ofis. pelbagai persoalan dan pernyataan bermain di benak. ada kalanya aku kuat, ada kalanya aku lemah. aku hanya seorang manusia biasa yang tak bisa mentafsir. namun, sekali aku melangkah biarpun berat, aku akan terus melangkah. moga ketemu jawapannya...

aircond bilik aku tak on. tadi sejuk, sekarang dah rasa bahangnya. sampai ofis, my opismates tanya. 

'kenapa mata?'

'tak cukup tidur'

ye, banyak persoalan yang berkumandang. saya tak boleh tidur. sangat tidak nyenyak.

hati rasa sayu sangat bila baca Line family. masing-masing dok bergelak sakan dan menghupdate macam-macam. gambar. hantar video. hantar suara. masak itu. masak ini. saya di Kuala Lumpur. menangis. saya tak pernah raya tak balik kampung. andainya ada yang mengerti....

tengok gambar raya aidilfitri dua tiga tahun kebelakangan ni, sayu ja rasa. sejak kebelakangan ini, saya tak tahu. kenapa sayu sering menerjah. sampaikan boss saya telefon waktu maghrib order kije, hanya satu perkataan yang mampu saya ungkapkan kala itu.

sayu.

tema purple. raya pertama tanpa Ayah.
last year, grey theme. ada yang baju rayanya tak siap.
tema kuning, raya Aidilfitri pertama sebagai isteri. heee
tahun depan kaler merah & hitam lak. saya tiap-tiap tahun undi purple tapi asyik kena reject sebab dah 2 kali raya temanya purple. masih banyak warna lain katanya. okey, janji bukan pink. hahaha....saya rasa next colour lepas ni mesti pink. orange dah. biru dah. hijau dah. apa lagi ye? lupa.....hekhekhek....tapi,masih berkesempatankah aku untuk syawal selepas ini?

huhuhuhu....sayu lagi

dengan apa yang berlaku, saya perlu mengambil tindakan. dah tiba masanya kembali menyusun tangga impian. InsyaAllah.

bila tekanan melanda, saya baca tulisan ini di meja ofis saya. arghh......
sungguh. raya di perantauan buat saya tak boleh tido malam. saya mintak pi Putrajaya, Abang bawak round Putrajaya lepas tu balik. argh.....cari pasal betol. kalau macam tu, baik round kat internet je. bukan tak biasa pi Putrajaya tapi sengaja. memang Abang sengaja. 

"Bahagia bukan datang daripada manusia, tetapi bahagia datang daripada Allah yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang ikhlas. Maka itu sentiasalah berikhlas hati apabila telah dipertemukan jodoh yang sesuai untuk diri kita"
Prof Dr Muhaya

sebanyak manapun saya gaduh dengan Abang, bila masuk supermarket saya hanya ingat Abang, Abang dan Abang. balik umah masing-masing sengeh kambing. hakhakhak...

Ting Tong di Aidiladha

with love:
Ameena & Sanusi
Selamat Hari Raya Aidiladha

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena