Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 21, 2013

Balik Kampung Selepas Raya

Alhamdulillah, akhirnya dapat balik kampung jugak. hehe...walaupun agak kelambatan, baik ada daripada tak ada kan. tapi itulah, dah ada dua rumah sekarang, semakin haru biru nak baliknya. kejap umah sini, kejap umah sana. umah mana-mana pun sama janji saya dapat balik kedua-dua rumah. dikriminasi tidak dibenarkan sama sekali ye! hahaha...

masa bujang dulu, satu umah pun saya rasa macam tak cukup. itu tak kira nak beli barang yang kawan-kawan kirim lagi. nak tido lagi. nak melalut lagi. aish, pendek kata keletihan yang amat itu biasa. tapi yang penting, seronok. hidup kat kampung sendiri mana nak sama dengan hidup di Kuala Lumpur. kadang kala pandang bangunan batu. kaku. beku. keras. itulah yang dirasakan.

tapi bila dah kawen, saya kalut nak pi balik umah sana, balik umah sini. cuba nak menyamaratakan yang ada. takde nak berat situ berat sini. dah jadi keluarga sume pun. makin tak dok diam. hahaha.....tapi takpelah, janji boleh balik kampung.
Abang memang cool. jem ka, tak ke. rilex....
balik kampung dengan Abang, memang cool. dulu-dulu saya balik 7-8 jam standard. kalo jem, berbelas jam tu benda biasa. tapi sekarang standard Abang 8-10 jam. he's the very cool one. dari satu r&r dia berhenti. rehat. adoi....saya kat tepi, okey. sabar je la. saya kalut nak cepat pun, he's the driver. okey.

tips balik kampung? erm...bagi perjalanan jarak jauh. kalau setakat sejam dua tu, tak payah nak tips bagai la. hakhakhak

paling penting, pastikan kenderaan dalam kondisi yang terbaik. 

semua barang dipacking seawal yang mungkin (hihihi...saya last minit. packing awal, selalu ada ja yang terlupa bawak balik)

makan sebelum bertolak. mahu jimat lagi, masak dan bawak bekal. memang inilah yang selalu saya buat. tapi, sampai stesen minyak 'membeli' lagi. adoi....habit. isi minyak, isi perut sekali walaupun tahu sebenarnya barang-barang yang dijual di stesen minyak harganya lebih mahal berbandi harga biasa.

pastikan topup touch n go. samada guna lorong touch n go mahupun smart tag, bersedia untuk kemungkinan jem. nak-nak musim cuti dan raya. tapi Abang dari hari tu topup touch n go dia RM10, 3 kali balik kampung. dok cam gitu jugak. saya nak ambik balik smart tag saya dalam kete Abang, bukan guna pun. aish....lorong tunai jugak menjadi pilihan dia. pastu queue kat lane paling panjang. sengaja suruh saya bising. adoi.....

berhati-hati dalam pemanduan. biar lambat, asal selamat. Alhamdulillah, Abang pemandu yang cool. tapi kalau pecut laju sikit ketam akan berjalan. hehehe.....

doa semoga perjalanan kita selamat dan diberkatiNya. semua milik Dia.

senyuman balik kampung. heeee
tapi paling sakit bila bercuti di hari bekerja, saya masih seperti di ofis. huhuhu....stress, esok meeting tapi saya tak boleh attend. rasa nak tido tak mahu bangun seharian. huwaaa....just get ready. bismillahitawakaltu'alallah...

Walau apapun ujian, Alhamdulillah. Thank you Allah for giving me this beautiful life & love.

# on da way balik kampung, saya melayan facebook sambil tergelak. orang yang memiliki akaun facebook yang lebih daripada satu tanpa tujuan sebenarnya orang yang tidak memiliki pendirian. tak tahu apa fungsi 'block' yang dibuat sebelum ini. pesanan Abang pada saya 'tak payah sibuk hal orang'. saya cuma senyum, sape yang sibuk pasal sapa ni. saya cubit Abang dan Abang teruskan pemanduan. biarkan ia berlalu bagai angin. yang berlalu biarkanlah. okey....

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena