Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 20, 2015

Pencarian Kereta Baru!

Assalamualaikum.
hai. hai. hai.
pagi yang sangat memenatkan. jalan ke ofis yang jem semakin jem. satu pemandangan yang biasa. bila sekolah dah bukak. budak-budak dah masuk kelas. parents sibuk keluar awal nak hantar anak ke sekolah nak mengejar masuk waktu kerja 8.30pagi dan cikgu-cikgu juga bangun awal untuk memastikan loceng 7.45pagi berbunyi. dan akibatnya semua jalan keluar masuk kat kl ni sesak. kalau ada kemalangan makin menyesakkan. sekarang rasa macam makin kurang sabar lak. kehkehkeh.....

pemilik kereta semakin bertambah. seorang demi seorang beli kereta dan tambah kereta mahupun tukar kereta (rasa macam nak tukar kereta lak. huhuhu....). bumi dah makin padat rupanya. dan baru-baru ni sebijik kereta bertambah dan menyebabkan bumi makin padat bila adam sadiq pun dah beli kereta. amboi! ibu memiliki kereta dengan nama sendiri ketika usia 24 tahun, adam sadiq baru 4 bulan dah ada kete? 

'rileks la ibu, anak orang lain tak keluar perut ibu kereta depa dah ready kot' ini mungkin jawapan sadiq kalau ibunya membebel kot. kehkehkeh....

sebenarnya kereta adam sadiq ni merujuk kepada baby stroller yang mana kereta ni tak memerlukan lesen untuk memandunya. hehehe......okey straight to point. sebelun deliver baby saya rasa storller baby tak perlu beli awal-awal. tapi bila dah keluar adam sadiq ni baru rasa, 'why not i buy it long before this?'....huhuhu...semuanya bergantung pada parents itu sendiri. masing-masing ada pendapat dan keperluan plus dengan kepuasan parents tu sendiri.

pada kami sebagai parents, kami rasa stroller baby sangat perlu. why?

1. my baby agak bambam. nak berjalan sambil mendukung si kecik ni memang memerlukan tenaga. ibu memang tak boleh dukung adam sadiq lama-lama. lagipun ceaser mommy is an excuse that i gave to his abah. hakhakhak....tak boleh angkat berat-berat.

2.beli keluar barang terutamanya kami di sini tak sempat nak masuk pasar pagi. kami masuk supermarket/mall beli barang. nak berjalan ke satu tempat ke satu tempat dengan bawak barang? stroller baby sangat membantu.

so macam mana saya memilih stroller baby untuk adam sadiq? firstly saya akui saya tiada pengalaman membeli barang ntah pape ni. tolak dulu pun yang anak sedara punya dan tak hambek tahu pun bape harga. so bila nak beli ni at first saya mula terkam semborono je. tanya kakak bape harga then cuba cari dengan harga yang dimilikinya 7 tahun yang lepas. memang tak jupe. hahaha....

so saya terjah Lazada. okey saya adalah seorang pembeli online yang tegar tetapi saya juga suka window shopping samada di alam maya ataupun di luar. malangnya Abang membantutkan hobi saya sejak bujang yang suka window shopping sambil compare harga barang. memang takde kerja. hahaha...

tanpa membuat any searching saya berkenan dengan SCR2 di Lazada yang masa tu tengah offer RM200++. saya memang tak tahu harga pasaran masa tu memang nak beli je tengok harga murah tanpa melihat pada fungsi dan kesesuaiannya dengan keadaan kami. tapi malangnya asyik terbantut. tak tahu kenapa. sehinggalah saya mula membelek satu persatu stroller baby yang ada di alam maya dan membaca pengalaman parents yang menjadi baby stroller hunter. serious, depa buat kajian dulu sebelum beli. okey maka saya mula menghitung bajet, fungsi, kesesuaian , keperluan dan ditambah sedikit kepuasan pada si ibu yang menolak kereta kecik babynya. kehkehkeh....apa yang saya hitung? simple je.

1. saya nak stroller yang at least ada few adjustable backrest and of course including flat recline for infant kan dan boleh facing parents too. so sekarang ni adam sadiq dalam fasa flat recline je ibu letakkan. pinggangnya masih tak kuat dan ibu letak mengadap tengok ibu yang lawa neh. kehkehkeh...besar sikit baru duduk tengok depan ye dik.

2. mampu menampung berat yang besar but mostly yang saya jumpa newborn till 4 years. ok la tu. ntah2 dah boleh jalan idoknya mau duduk dalam stroller. 4 tahun tu dah boleh berlari. hekhekhek...

3. i need extra padded seat for my adam sadiq. yup, anak ibu ni memanjang ikut abahnya. hahaha...nurse kat klinik yang cakap.

4. lockable wheel. untuk keselamatan. mana la tahu ibu abahnya sibuk menengok barang anak ntah ke mana. nauzubillah.

5. large storage basket. nak isi barang adam sadiq ngan ibu sekali. hahaha

6. nak stroller roda tiga. biar nampak sporty sikit. tak tau ibu ke adik yang nak duduk dalam tu tapi ibu yang nak tolak kan? kehkehkeh....

7. purple kaler. teeeeeeet....

8. muat bonet kereta. seriuos!

9. bajet less RM500. xmo letak bajet mahal-mahal. ukur baju di badan sendiri sebab senantiasa saya ingatkan pada adam sadiq 'kita bukan orang senang. beli untuk keperluan, bukan kehendak. anak ibu anak soleh. anak soleh tak suka membazir kan?'. hehehe....harap-harap statement tu cair dalam minda adik.

10. apa-apa yang difikirkan sesuai. 

inilah perkiraan pertama yang saya buat setelah melihat pengalaman banyak parents yang membeli kereta kecik untuk anak mereka. so untuk perkara pertama saya kena pastikan kereta adam sadiq muat untuk duduk dalam bonet mrs purple ibu terlebih dahulu sebab dalam kereta abah takde masalah. then mostly parents yang nak jual stroller anak depa selalunya sebab kereta anak besar sangat sampai tak muat nak masuk kereta parents. huhu...lagipun kalau balik kampung muat-muat kereta budak tu baik suruh budak tu balik kampung dengan kereta sendiri kan? kehkehkeh....

so bermulalah pencarian kereta adam sadiq. i tell you. below stroller baby memang selalu di hati tapi menyedarkan diri. banyak lagi keperluan yang perlu didahulukan. ada at least 2k dalam tangan bolehlah tapi kalau ada pun ibu cuci mata je la. takmo2! huhuhu...

zappxtra 2 purple pace
selalu menyedarkan diri. adam sadiq yang nak duduk dalam ni. bukan ibu. okeyyyy...

kemudian ibu terjumpa koleksi yang ni. yang ni pun ada 5k boleh la bermimpi ye. huhuhu....tengok boleh tapi nak mimpi tu tak payah la. saya rasa its too much sementelah abah masih boleh tolong bukakan untuk adam sadiq stroller tu. sampai guna power nak bukak. memang buat kita makin malas even the technology yang insert really awesome. 4moms orogami stroller!


cup! cup! cupppp! saya mula mencari secara serious. setelah ditolak dan ditambah akhirnya saya memilih jenama SCR branding from Malaysia. salah satu stroller brand yang agak bagus dan stylo jugak bagi saya. so come to visit this website Sweet Cherry. boleh jadi ambassador sweet cherry neh. hekhekhek...dan sememangnya saya hanya bertumpu pada carian SCR stroller sahaja. baby carrier pun saya tak berminat sebab adam sadiq ni cepat memanjang so saya kira tak sesuai nak duduk dalam baby carrier. kang keluar kaki yang terlebih...hehehe. so saya tak ambik set strollet+carrier. i think stroller is enough.

so saya buat comparison antara SCR 1, 2, 6, 8, 9, 10, 11, 12 dan 13.

akhirnya 6, 10, 12 & 13 (masuk list sebab paling latest. kehkehkeh) telah dishortlistkan. dan sejujurnya hati berkenan dengan SCR6. okey. first thing harga dah lebih bajet around RM769.00 tapi saya belum survey kat kedai lain lagi. tapi cakap dalam hati RM500 bajet bukan actual lagi kan? tudiaa...syaitan mula bertenggek. 

SCR 6
saya berfikir panjang. macam mana nak cari dana dan paling penting nak mematikan hasrat untuk memilih SCR6. jangan membazir. okey, no purple but i think red is awesome for baby boy. emmmm...nak jugak. tapi akhirnya saya kalah bila SCR6 tak muat dalam bonet mrs purple saya. alhamdulillah. saya tersedar. abah pesan jangan membazir. kehkehkeh...

okey. so saya melihat pada SCR10 & SCR13. SCR10 pun sporty tapi ada beberapa criteria yang tak meet so saya terpaksa tolak begitu jugak SCR13. the latest one tapi besar weh! tak larat! akhirnya jeng! jeng!jeng!

tinggal SCR12. harga RM589.00. saya tak sempat nak survey kat tempat luar. saya memang survey online ja. harga paling rendah saya dapat RM550.00 tapi itupun saya dah order dengan harga RM589.00. Rasanya kalau beul-betul cari boleh murah lagi kot tapi nasi dah jadi bubur. ehehehehe....

its purple even at first saya order yang kaler merah tapi akhirnya buat pusingan U. purple dan ibu tak boleh dipisahkan. even tak beroda tiga tapi it still look nice. nak kata ringan tak sangat tapi muat dalam bonet mrs purple ibu. meet the others criteria but the storage basket for SCR12 is quiet small. xpe la. awak bukan encik stroller perfect 10 kan? bajet terlebih sikit tapi so far i like it! Alhamdulillah. now adam sadiq is having his own new car! menambahkan kesesakan lalulintas di supermarket. kehkehkeh...tamat sudah pencarian kereta adam sadiq. to others mungkin boleh letakkan tanda aras seperti berikut mengikut kemahuan masing-masing.

tapi yang paling penting, adam sadiq selesa dan selamat di dalam kereta baru pilihan ibu ni. insyaAllah. amin...

SCR12-Gambar Pinjam

Tuesday, January 13, 2015

Alhamdulillah : Welcome to Our Life, Little Caliph!

Alhamdulillah.
13.01.2015. hari ini genap 6 bulan usia Adam Sadiq. wah, anak ibu makin besar. makin banyak ragam. makin nakal. dan makin bijak. Alhamdulillah. syukur sangat-sangat. dan lagi bersyukur bila Tokwan sudi menjaga cucu ke-10 yang sorang ni. saya bagitau kat sini, si kecik tu lagi manja dengan Tokwan dia daripada Ibu & Abah!

rasa macam cepat sungguh masa berlalu. dah setengah tahun rupanya peristiwa saya melahirkan Adam Sadiq. masing terbayang-bayang keadaannya masa tu. slow and steady tapi macam pening lalat kejap. hahaha...

Al kisahnya bermula macam gini. setiap sabtu saya dan Abang akan mengikut rutin ke KPJ Selangor untuk antanetal checkup. 12.07.2014 masa tu saya genap 39 weeks. memang dari malam si kecik ni asyik mengeras dengan kerapnya. orang kata kontraksi. tapi takde la pulak tanda-tanda macam keluar lendir or darah ataupun pecah air ketuban. so saya anggap itu kontraksi biasa walaupun rasanya macam dah luar biasa. masih rileks. berjalan terkedek-kedek untuk berjumpa pakar O&G saya, Dr Siti Esah.

bila tiba turn saya masuk berjumpa doktor, saya diarahkan untuk menjalani ujian CTG. masih ingat kata-kata Dr Siti bila melihat gerakan kontraksi pada perut saya 'kuat betul kontraksinya ni. macam nak bersalin ja ni'. saya dah cuak. adam sadiq pun tak control langsung.  masa tu barulah rasa nervous tu makin menjadi-jadi. ehehehe.....dan bila ujian CTG dijalankan, Dr Siti mengarahkan saya ditahan wad. sementelah bukaan rahim dah mencapai 2 cm. ye ke? ujian CTG (Cardiotocography) adalah bertujuan untuk menyemak kadar dan corak degupan jantung dan juga pergerakan bayi manakala bukaan pintu rahim (serviks) bermula pada bukaan 1cm dan bayi akan dilahirkan pada bukaan 10cm.

saya memang rasa macam taknak bersalin. tetiba. ahaks...saya mintak untuk balik ke rumah untuk tujuan menguruskan apa-apa yang perlu dan akhirnya Dr Siti melepaskan saya dengan syarat bila sakit datang terus ke hospital tanpa berlengah ataupun keluarnya tanda-tanda untuk bersalin. saya angguk dan senyum.

balik rumah rasa sakit makin menjadi-jadi. rasa macam perut memulas dan saya hanya rileks sambil sempat mengikut mak ke pasaraya membeli barang. tapi saya tunggu dalam kereta je. kalau ikut berjalan mahunya bersalin dalam pasaraya. hekhekhek....

12.01.2014 bersamaan dengan 14 Ramadhan. hari tersebut family kakak saya dan Abang berkumpul di rumah saya untuk berbuka puasa bersama-sama. i tell you, saya sempat habiskan 2 pinggan nasi beriani dengan ayam masak merah. memang berselera macam tak pernah jumpa nasi. padahal saya tak puasa pun hari tu. hehehe...lepas maghrib tu memang rasa sakit tu makin kerap. barang-barang dah siap masuk kereta. saya cuma tunggu untuk solat isyak sebelum bergerak ke KPJ Shah Alam. Solat Taubat & Solat Hajat. semoga segalanya dipermudahkan.

tepat 10malam saya tiba di KPJ Shah Alam. disorong masuk terus ke Labour Room. ok. sangat cuak. pengalaman pertama bersalin. pakai baju untuk bersalin.emmmm.......terpaksalah. bila nurse periksa bukaan rahim masih 2cm tapi sakitnya hanya tuhan yang tahu. dari pukul 12.00tgh hari hingga 10mlm masih kekal 2cm? saya dah cuak. orang cakap anak sulung bukaan rahim agak perlahan. berapa hari nek terbuka jalan ni? sakitnya rasa macam nak bersalin sekarang ja.....mampu ke saya nak tahan kalau kena tunggu berhari-hari? saya punya theory mula berlegar sendiri.

so saya dipindahkan ke wad sementara menunggu bukaan rahim bertambah. masa tu nurse dah masukkan ubat untuk keluarkan najis. saya dah mula konpius. nak beranak ke nak buang air besar? hahaha....lepas buang air besar saya ditolak dengan wheelchair sekali lagi masuk bilik wad. Abang, mak, adik dan abang saya masih setia menemani. lama kelamaan sakit semakin menjadi-jadi. pada perkiraan saya waktu itu, 'ini mesti esok bersalin' sebab bukaan rahim saya agak perlahan. tapi sampai ke pukul 1 pagi saya masih tak boleh tidur. sakitnya hanya Allah yang tahu. zikir. tarik nafas. semua dah buat tapi kalau tak tahan sabar mahu nak menjerit. saya menangis sikit-skit je la. hakhakhak....

akhirnya saya menyerah kalah. Abang terpaksa memanggil nurse dan bila diperiksa bukaan rahim dah mencapai 5cm. nurse bergegas untuk bawa saya ke Labour Room. hanya suami sahaja yang dibenarkan masuk. mak dan yang lain masih menunggu di luar. tapi memang tak disangka, jarak bilik wad ke Labour Room tak sampai 5 minit. bila nurse periksa bukaan dah mencapai 7cm. kontraksi saya pun pada waktu itu makin kuat. bekalan oksigen yang dibekalkan rasa macam tak berfungsi. rasa nak baling ja.adoiii.....saya hanya mampu pegang tangan Abang. sakit dan sakit. waktu tu keadaan dah mula cemas.

dan waktu tu jugak tetiba Dr Siti EL dan diganti Dr Nazri. saya sakit dan saya cuak. dari awal saya tak pernah berurusan dengan doktor lelaki dalam urusan antanetal tapi akhirnya bila nak bersalin pakar O&G yang saya pilih diganti dengan pakar O&G lelaki. waktu tu saya hanya berserah. kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

dan sekali lagi saya dikhabarkan dengan berita yang tak dijangka. baby saya dah buang air besar dalam perut. dalam masa tak sampai 10minit air ketuban saya tiba-tiba pecah dan keluar dengan lendiran hijau. doktor mengarahkan saya untuk dibedah dengan segera. tapi, segala-galanya di tangan saya. Abang setuju memandangkan keadaan masa yang semakin suntuk namun saya masih enggan. masih berkeras nak bersalin normal. siap nangis depan doktor taknak ceaser. hakhakhak....Dr Nazri dan nurse menerangkan akibat lama membiarkan bayi dalam keadaan membuang air besar salah satunya boleh mnyebabkan kematian, baby jadi lembap, cacat dan sebagainya. lagilah lemah semangat saya mendengarnya. ibu sayang baby. lagilah saya nangis dalam labour room tu. adoi...

Dr Nazri sempat memujuk 'kalau Masyitah operate, it just takes about 15 minutes then masyitah could see your baby'...huhuhu...akhirnya saya hanya makan pujuk mak. bila saya telefon mak dan mak cakap 'kalau itulah jalannya, operate la kak'. barulah saya setuju. dan its going really fast.

saya dipindahkan katil. nak angkat pindah katil pun satu hal. kontraksi saya yang kuat dan menyakitkan menyebabkan urusan pindah katil terbantut. sakit hanya tuhan saja yang tahu. saya sempat sound nurse 'nurse, saya rasa macam baby ni nak keluar ja ni. sempat ke nak ke OT?' huhuhu....

bila nak masuk OT ada briefing session oleh pakar bius Dr Zul. masa Dr Zul tanya 'masyitah, sekarang saya nak briefing prosedur bius' dan saya dengar nurse yang menemani saya dari masuk Labour Room sampai ke pintu OT cakap 'Dr, patient dah tak boleh dengar briefing dah. dia sakit sangat dah'. hahaha....tahu takpe. saya rasa macam baby ni nak keluar dah. lalu saya terus disorong ke OT dan dibius separuh badan. sempat berbual-bual dengan Dr Zul & Dr Nazri yang sangat peramah. okey. masa tu dah tak rasa apa-apa. yang saya tahu Dr Nazri janji 15 minit i could see my baby. nervous dah hilang dan excited je yang ada. tapi dalam hati mintak selamat segala-galanya.

Alhamdulillah, 3.38 pagi bersamaam 15 Ramadhan (13.07.2014) bila saya dengan tangisan si kecik tu rasa lega. dan selepas dibersihkan dan diperiksa oleh Paediatrician Dr Ling saya dihidangkan dengan keajaiban ciptaanNya ini. Subhanallah. saya hanya mampu menitiskan air mata dan mengucap syukur. Baby saya tidur di dada saya dengan air basinya. bila nurse lap air liur basinya, keluar lagi. adik, bikin ibu malu dalam OT ja. doktor & nurse sama-sama gelak. ehehehe

selepas siap semuanya, saya diletakkan sementara dalam bilik rawatan untuk dipantau sebelum dihantar masuk ke bilik wad. yang paling ngokngek adalah bila Dr Nazri bagi handsetnya suruh kol Abang. 'Masyitah call hasben suh datang sini sebab kami cari kat luar maybe hasben pergi kat baby kot'. alamak saya terlupa nombor Abang. adoi....doktor dan nurse sekali lagi gelak dan diusik oleh Dr Nazri sekali lagi 'nasib baik awak ingat lagi mana satu hasben awak masyitah' 

39weeks 1day
13.07.2014
3.38am
Baby Boy
3.27kg


Alhamdulillah. walaupun saya tak pernah menduga saya akan melahirkan Adam Sadiq secara ceaser namun perancangan Allah adalah yang terbaik sebab sepanjang mengandung saya tidak menghadapi masalah besar selain darah rendah dan hampir disaspek menghidap kencing manis. ehehehe...... saya ingat anak sulung saya ni ambik masa nak menjengah dunia rupanya sekejap je. sebab tu orang cakap bersalin ni nyawa kat hujung tanduk. mati masa ni syahid ganjarannya. 

Last but not least sampai sekarang saya hanya mampu ungkapkan Alhamdulillah untuk segala-galanya.

welcome to our life, Adam Sadiq!




Friday, January 2, 2015

Selamat Tinggal 2014 & Salam Tahun Baru 2015

first of all, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi untuk semua nikmat kurniaanNya pada kami. dan kini 2014 sudah melabuhkan tirainya. banyak suka duka yang dilalui memberi pengajaran yang amat bermakna pada diri ini. dan tak terkecuali tatkala diuji Allah masih pinjamkan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran padaku untuk menghadapi ujian-ujiannya.

throwback#2014

tahun pertama bergelar ibu. pengalaman pertama. saat pertama kali merasai sakitnya membawa si kecil ini ke dunia. demi Allah pengalaman itu tidak mampu dilupakan. sekarang saya seorang ibu. Alhamdulillah....

menyambut kedatangan ahli keluarga baru. ini adalah pertama kali keluarga saya menerima menantu perempuan. 

Ogos2014
 

ini walimah adik saya yang melangkah bendul abangnya. sakan noo nikah time raya. so next next year nikah time raya sudah tidak dibenarkan sebab ada komplen 'kami tak rasa macam raya pun' sebabnya tahun lepas walimah saya pun masa raya jugak. raya cam 2 tahun dah tak beraya. eheheh...tapi malangnya saya masih berpantang waktu ini. so, tak dapat excited sangat la. dok dalam bilik dan menyambut kedatangan orang ramai masuk dalam bilik menengok adam sadiq yang seronok tido memanjang. huhuhu

september2014

walimah don muktar dan pasangannya. waktu ni saya dah habis pantang but i tell you saya masih makan berpantang lagi. 4 bulan lepas bersalin pun saya masih sakit lagi. huhuhu....ujian tuhan. abang saya selamat melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hati.

barakallah to both adik & abang saya. semoga dikurniakan kebahagiaan dan kekuatan dalam mengharungi rumah tangga kalian.

dan bertambah keriangan kami di tahun 2014 setelah saya menerima lantikan jawatan setelah 2 tahun berkhidmat. Alhamdulillah. saya melepasi ujian perlantikan jawatan hanya melalui sekali ujian sahaja. wink! wink! al maklum di tempat ini untuk memperoleh jawatan ini secara tetap anda dimestikan berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun dan pada perkiraan saya rezeki ini tidak cepat dan tidak lambat malahan datang tepat pada waktunya. Alhamdulillah....

dan pada waktu yang sama juga kami sekeluarga dikhabarakan bakal menerima kedatangan 2 ahli kecil baru pada tahun hadapan. Alhamdulillah. bukan saya la. adik & abang saya la! amboi cepatnya korang....hekhekhek...welcome to da club sis!

namun kita masih lagi dikejutkan dengan kejadian musibah banjir yang melanda kelantan, terengganu, pahang & perak baru-baru ini. demi Allah saya sebak melihat anak-anak kecil yang menangis kesejukan dan kelaparan. saya juga punya anak kecil. bagaimana jika yang menangis itu anak saya? semoga ujian ini mampu memberi tarbiah kepada kita untuk mendidik jiwa menjadi sebenar-benar hambaNya.

begitu juga dengan kehilangan MH370 & kejadian tembak MH17 yang akan dikenang selamanya di ingatan. walaupun tiada saudara mara dan sahabat handai saya yang terlibat dalam penerbangan tersebut namun harus saya akui masih ada saudara sesama Islam saya di dalam kapal terbang tersebut. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dibentangkan hikmah di atas kehilangan MH370.


dan kini, tahun 2015 sudah menjelma. angka usia saya sudah hampir berganjak setahun ke depan dan setapak lagi menghampiri tarikh kematian saya yang belum diketahui bila. doa saya moga Allah senantiasa merahmati & memberkati usia saya dan keluarga sehingga ke syurga. dan saya tahu, 2015 bakal menghidangkan saya dengan pelbagai ujian dan nikmat yang akan menguji diri sebagai seorang isteri, ibu, anak perempuan, pekerja & pelajar. mohon saya Allah kuatkan saya dan tunjukkan saya jalan yang terbaik. amin...

salam tahun 2015 buat semua.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena