Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 29, 2013

Ting Tong Versi I

makin lama, makin sibuk. makin tak terurus segala perancangan yang dibuat.

'kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan'

sebanyak mana kita berusaha, tapi jika Allah dah tetapkan itu ketentuan buat kita satu sahaja yang aku mohon daripadaNya. Jadikan aku manusia yang kuat dan tidak mudah jatuh terduduk hingga tidak mampu bangun.

banyak benda sebenarnya yang bermain dalam benak fikiran masyitah aminah sekarang ni. inipun tengah tension dengan bersusun laporan yang perlu disediakan. saya rasa saya nak menangis.

'huwaaaaa'

saya sangat kepenatan. 

yang saya tahu sekarang ni saya hanya mampu mencuba selesaikan urusan saya yang masih berbaki. dan kadang kala kalau ada yang tempias kena angin puting beliung saya tu, saya mintak maaf. 

dan saya masih terus berdoa hingga tiba saat itu. saya harap doa itu berpihak pada saya. saya buat kije, saya drive, saya makan, saya buat segala benda tapi as usual. i cant stop from thinking. andai itu takdirNya, mungkin ini yang terakhir kalinya. its time for me to go for another dream.

Buat mereka yang teristimewa dalam hidup saya, terima kasih atas kasih sayang kalian terutamanya mak. kak tahu, im da one that always make others 'HUARGHHHH'. but, its me.

(pesan pada diri, tak semua mimpi mampu jadi kenyataan. jangan terlalu banyak tidur di siang hari. mengigau gamaknya)

#tingtong#tension#takut#






Wednesday, May 22, 2013

Jodoh Itu Rahsia Allah


semoga Allah pertemukan seseorang yang benar-benar terbaik untuk dunia akhirat saya.

saya masih berpegang pada apa yang saya tulis sebelum ini. saya tak mencari yang sempurna namun cukup kalau dia berusaha untuk menyempurnakan dirinya dan diri saya.

saya tilik diri saya. saya cakap jangan mendambakan sesoleh suami Fatimah Az Zahra kalau diri tak sewangi srikandi Masyitah.

~Selamat Bertunang Ameena~


balik bengkel saya benar-benar kepenatan. so many report should be prepared. kadang-kala kawan sebelah menegur.

'kesian ang. tension memanjang.'

ayat tak boleh blah!

saya nak kembali ke kampus boleh? sedang buat proposal pada 'bank negara'. dapat kelulusan tapi budget masih dalam perbincangan.

bak kata budak sebelah aku lagi.

'bajet HOT'

hekhekhek

ya Allah, permudahkan dan berkatilah setiap urusan yang terbaik yang telah Engkau takdirkan pada aku.

Amin.

Tuesday, May 14, 2013

Ting Tong di Pagi Hari

lama tak buat entry ting tong. jom!

tersedar pukul 2 pagi tengok skrin telefon.

satu telefon ada 8 miskol, 4 mesej.
satu lagi 2 mesej.

okey. refresh balik apa yang berlaku sebelum kol 2 pagi tadi.

hekhekhek

im tired. report yang masih bertimbun dan mengejar due date dengan internet yang slow buat aku tertido tanpa sedar.

dan baru ingat. dalam mamai aku jawab kol mak dan awak tadi. ok. serius saya tak tahu apa yang saya jawab tadi. hahaha...nak tahu jawapan mengarut, sila dengar bila saya melalut lepas bangun tido.

dan mesej-mesej orang-orang yang risaukan aku sebab dok sorang-sorang ni serta mesej kakak-kakak yang tanya,

'Ami, stay Grand Season Hotel for tomorrow staff gathering?'

owh akak, mesej tahun depan nak? bak kata budak tepi aku, 

'budget hot. masa orang tengah tido dok nak main mesej ngan dia ja.'

hakhakhak

gurau-gurau, kak!

masih memujuk hati. bukan marah, tapi terkilan. saya dah bagi peluang dan saya tak suka bila saya tahu melalui jalan yang saya tak sangka. 

dalam terasa hati, sempat lagi beli buku budget majlis tadi. mahal doh! lupa nak scan harga. sampai kaunter, alamak. buku kecik tak padan harga. hakhakhak...poyo!

jangan cakap redha kalau masih bertindak sebaliknya. dan jangan buat macam tak bersalah dan rasa berjaya memperbodohkan orang bilamana niat kamu tak sepertimana yang kamu sampaikan.

saya dah hilang rasa hormat. maaf. 

okey. maaf untuk entry yang ting tong. stress saya ingat kat report ni. banyak!!!!

huhuhu





Friday, May 10, 2013

Memori Itu Pelajaran

lama menghilang, pelbagai perkara yang berlaku dalam hidupku sehingga mengubah saya menjadi Masyitah Aminah seperti hari ini.

bila dulu saya belajar menerima hakikat, dan kini saya belajar berdepan dengan hakikat. dan saya mohon moga Allah tetapkan hakikat yang terbaik buat hambanya.

bila dulu saya cakap saya redha dengan ujian & dugaan pada diri saya, dan kini saya yakin Allah sedang mengatur sesuatu yang indah buat hambanya yang sabar.

menangis & kecewa perkara biasa. bukan dinamakan kehidupan kalau tak dilambung ombak dipukul badai. dan saya berterima kasih untuk setiap perkara dan insan yang pernah hadir menghiasi perjalanan hidup saya.

kamu adalah perkara indah yang telah berlaku dalam hidup saya.

pesan saya cuma satu. jangan pernah menyesal dengan apa yang berlaku. tuhan pasti bagi gantinya. dan andai tersungkur di kaki impian, jangan mengeluh. Allah tahu yang itu bukan yang terbaik untuk kamu.

kenapa saya menulis hari ini setelah menyepi sekian lama? tepuk hati, tanya diri. apa yang diri saya dan diri kamu tahu.

saya cuma harap, impian saya dan janji saya ditepati. saya belajar untuk menjadi positif dalam setiapperkara kerna seseorang mengajar saya,jangan terlalu banyak berkata & berfikir yang negatif. (muncung. macam tak tahu aku otak aku ni macam sistem yang aku dok hadap tiap-tiap hari. hekhekhek)

~memori diperantauan~

#mantech#udm#ayah#uitm#WD&QualityEngineering+dia#UTHM#awak#

this name tag reminds me to all da memories. thank you Allah.
~QE@WD~

untuk yang bertanya, saya masih di bumi Malaysia.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena