Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 14, 2013

Ting Tong di Pagi Hari

lama tak buat entry ting tong. jom!

tersedar pukul 2 pagi tengok skrin telefon.

satu telefon ada 8 miskol, 4 mesej.
satu lagi 2 mesej.

okey. refresh balik apa yang berlaku sebelum kol 2 pagi tadi.

hekhekhek

im tired. report yang masih bertimbun dan mengejar due date dengan internet yang slow buat aku tertido tanpa sedar.

dan baru ingat. dalam mamai aku jawab kol mak dan awak tadi. ok. serius saya tak tahu apa yang saya jawab tadi. hahaha...nak tahu jawapan mengarut, sila dengar bila saya melalut lepas bangun tido.

dan mesej-mesej orang-orang yang risaukan aku sebab dok sorang-sorang ni serta mesej kakak-kakak yang tanya,

'Ami, stay Grand Season Hotel for tomorrow staff gathering?'

owh akak, mesej tahun depan nak? bak kata budak tepi aku, 

'budget hot. masa orang tengah tido dok nak main mesej ngan dia ja.'

hakhakhak

gurau-gurau, kak!

masih memujuk hati. bukan marah, tapi terkilan. saya dah bagi peluang dan saya tak suka bila saya tahu melalui jalan yang saya tak sangka. 

dalam terasa hati, sempat lagi beli buku budget majlis tadi. mahal doh! lupa nak scan harga. sampai kaunter, alamak. buku kecik tak padan harga. hakhakhak...poyo!

jangan cakap redha kalau masih bertindak sebaliknya. dan jangan buat macam tak bersalah dan rasa berjaya memperbodohkan orang bilamana niat kamu tak sepertimana yang kamu sampaikan.

saya dah hilang rasa hormat. maaf. 

okey. maaf untuk entry yang ting tong. stress saya ingat kat report ni. banyak!!!!

huhuhu





No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena