Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 6, 2014

Cerita Demam, Hamil & First Trimester

so long time tak bergayut di blog ini kan? al maklum la banyak perkara yang berlaku dan banyak perkara yang berubah. walaupun dah hampir 2 bulan kembali masuk kerja tapi saya masih berkejar dengan tugasan yang bertangguh dan tugasan baru yang masih tidak berkesudahan. tambahan pula saya sempat bercuti sakit hampir 2 minggu. ini semua peringatan Allah untuk saya yang banyak alpa dengan urusan dunia. saya dijangkiti demam denggi untuk kali keduanya. adoidoidoi.....

Kredit : Google Image

untuk kedua kali ni baru saya tahu demam denggi tidak berjangkit melalui pesakit demam denggi tetapi melalui nyamuk. macam mana tu? ok misalnya cam gini. saya demam. datang seekor nyamuk lalu menggigit dan menghisap darah saya. kemudian nyamuk tersebut terbang pula menggigit dan menghisap orang. owh, demam denggi tidak berjangkit melalui cara begitu. tapi demam denggi berjangkit dengan cara nyamuk sememangnya berpenyakit pergi menggigit kamu yang masih sihat itu. justeru konsep memasang kelambu pada orang yang demam denggi bagi mengelakkan demam denggi berjangkit agak tidak tepat. sepatutnya kita yang masih sihat ini yang perlu berada dalam kelambu. soalan ni sebijik saya tanya pada nurse dan doktor berkali-kali. al maklum la hampir 2 minggu dok berulang ambik darah kat klinik dan hospital. sekadar perkongsian juga, demam denggi tidak berjangkit jika kita ingin menyusukan baby. Alhamdulillah. perkara pertama yang saya bimbangkan bila disahkan demam denggi adalah si kecik Adam Sadiq. huhuhu

sebelum ni, waktu saya mengandung 4 bulan lebih saya pernah ditahan ward kerana demam denggi. waktu tu hanya tuhan saja yang tahu. malam-malam tido sorang rasa macam 'aku nak mati dah ke'? huhuhu...iyalah, hidung saya pun dah mula berdarah masa tu. tapi saya kuatkan semangat, insyaAllah saya akan keluar ward dengan sihatnya dan dapat melihat si little caliph kami yang ditunggu sekian lama. malam kedua mak saya dah tunggu saya di ward. ehehehe....kuat sikit semangat

lama pun takde la lama sangat tapi selepas 4 bulan kawin saya disahkan mengandung 5 minggu. masa tu dunia macam penuh bintang di langit ja. percaya dengan tidak. ehehehe....walaupun pada awal perkahwinan ada segelintir yang menganggap kami kawin cepat 'bersebab' dan tak kurang yang mempersoalkan pernikahan kami yang dipercepatkan. masyaAllah, kami percepatkan urusan yang baik, bukan yang tidak baik. tapi bila saya lambat mengandung itu pula yang menjadi isu dipersoalkan. tak boleh mengandung ke hapa? kalau tak sabar, mau jadi gaduh tapi saya serahkan pada Dia. rezeki Allah yang bagi. cepat atau lambat Allah tahu yang terbaik. Alhamdulillah Allah bagi kami tak cepat dan tak lambat. 

berkongsi pengalaman, bila dah 3 bulan lebih saya tak mengandung saya ada membaca dan diberitahu oleh seniors yang wanita hamil atau merancang untuk hamil kita digalakkan untuk mengambil asid folic. okey first time saya dengar acid folic. ada rakan yang telah mengambilnya sebelum kawen dan alhamdulillah tak sampai sebulan kawen dah disahkan hamil. saya hanya mendengar dan membaca tapi masih belum berani hendak mencubanya sebab lepas tu Alhamdulillah kami dikhabarkan dengan kehadiran si little caliph dalam tummy ibu dia ni. ehehe....

sekadar informasi bersama asid folic atau dikenali sebagai vitamin B9 ini kita perlu untuk membina sel-sel baru dalam tubuh (bina DNA baru atau baiki DNA rosak). Asid folic ini juga berperanan untuk mengurangkan kecacatan saraf tunjang, mengurangkan keguguran, lahir mati & kelahiran pramatang, kekurangan darah, menambahkan kepekatan hemoglobin dalam darah serta mengurangkan kecacatan lain pada baby. jadi kalau wanita yang merancang untuk hamil, anda digalakkan untuk mengambil asid folic 3-6 bulan untuk mengandung manakala wanita yang sudah hamil dinasihatkan untuk mengambil asid folic sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. tapi kalau nak sambung selepas itu pun amat digalakkan.

antara koleksi ubat yang wajib dimakan apabila berada di ofis
walau apapun kita berbalik kepada usaha & tawakal. kita merancang tapi perancangan Allah lebih baik. saya juga punya sahabat yang belum hamil tapi punya kerjaya yang baik dan keluarga yang bahagia. masih belum rezekinya dan ada beberapa sahabat saya yang berjaya hamil namun Allah lebih menyayangi ahli-ahli syurga mereka. sesungguhnya mereka diduga untuk diberi kekuatan yang saya rasa saya sendiri tak mampu untuk memilikinya. subhanallah... Allah itu Maha Adil & Maha Mengetahui.

dan saya sangat berduka melihat anak-anak kecil yang tak berdosa dibuang tanpa ada rasa belas kasihan. kadang-kala bila terfikir Allah bagi dengan mudahnya kepada mereka yang berzina dan Allah tangguhkan untuk kita yang sudah halal untuk memilikinya. sesungguhnya anak itu juga ujian besar untuk kita dalam menuju ke destinasi abadi. bersedialah untuk menjawab tentang amanah ini di hadapanNya kelak. 

sekarang Adam Sadiq sudah hampir berusia 4 bulan. sekejap sahaja masa berlalu kan? seingat saya sekitar november tahun lepas adalah trimester pertama yang saya lalui. 5 dan 6 minggu pertama saya masih kuat. wah, saya tidak mengalami alahan. kononnya. selepas itu, saya mengalami simptom-simptom berikut. lain wanita mungkin lain ragamnya.

malas
demam dan sakit kepala yang teruk
tak boleh bau masakan
tak suka makan ayam
tak suka bau Abang
cepat penat
cepat lapar
makin cepat naik angin...ehehehe

tapi alhamdulillah, saya bukan jenis alahan muntah yang teruk. kadang-kala mai tak berkenan di perut barulah saya muntah hijau. tapi jarang sekali. dan mujurlah Abang tak banyak ragam dan banyak membantu. yang paling best hari-hari tak payah drive pergi ofis, dah ada driver yang tolong hantarkan. dan kini saya bagai merindui memori tersebut. 

Kredit : Google Image

# Alhamdulillah, rezeki anak senantiasa ada. terima kasih semua untuk perlantikan jawatan yang saya terima walaupun hari tu masuk exam dalam keadaan yang tidak sihat dan Adam Sadiq yang meragam malamnya. believe it or not, saya study dalam jem nak masuk ofis dan pergi KL untuk exam.

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena