Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 28, 2013

1st Checklist

last minute cari selipar. lepas JJ Bukit Raja ke Plaza Alam Sentral. rushing! ini je yang ada sesuai nak pakai dengan stokin. yang lain tak ada size dan high heel. hehe...saya takut terjelepuk masuk longkang masjid ja nanti pakai tumit tinggi2. you know me, minah kepoh & gelabah. hehe...

CHECKLIST

1. baju saya & baju dia (in progress. harap dah siap)

2. kasut (saya baru beli & dia dah ada. baru beli, so tidak digalakkan membazir). saya terpaksa beli kasut. nope.ia adalah sepasang selipar sebab saya hanya ada kasut2 yang berwarna purple & sport shoes. hehehe...minah purple vs minah rock. 

3. barang hantaran (in progress. esk saya balik gubah. bajet tangan seni. hehehe....sape nak jadi mangsa saya ye)

4. dokumen nikah (done)

5. inai (saya tak pakai lagi & dia saya dah cakap, lelaki tak perlu pakai inai. saya rasa saya pakai malam ni. dalam kereta. hahaha... senget)

7. barang nak pindah (waaa...saya malas mengemas tapi malam ni dia nak datang ambik barang. okey, kena kemas)

8. photographer ( abang nik & abang din tapi sebab abang din nak jadi wali, hope my bro perform this task successly. kalau tak...harimau tumbuh tanduk. hahaha)

8. Persediaan nak jadi bini orang. its never ending process. im still in learning untill the end of my breath.

nervous. excited but ada rasa sedih. nope, sayu. huhuhu......

doakan kabahagiaan kami. 

dan pada mereka yang berkenaan, kami mohon maaf andai ada kata-kata dan perlakuan kami mengguris hati anda.

saya & dia tidak sempurna, semoga kami mampu saling menyempurnakan.
semoga bahagia menjadi milik kita semua. insyaAllah...





Wednesday, June 26, 2013

Menghitung Hari

kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Subhanallah.

kami merancang bertunang di hari lain tapi Allah percepatkan lagi harinya. dan sekali lagi, semoga Allah merahmati urusan kami ini hingga ke syurga.

nervous. tired. unbelievable. excited. sad.

tiap kali istikharah, hanya Allah yang mengerti perasaanku. hati aku, aku yang tahu. tapi hati aku milik Allah. hati aku dalam genggamanNya. semakin aku menolak, dia semakin dekat. dan setiap kali sujud itu aku berdoa, jika dia yang terbaik pertemukan kami dalam jalan redhaMu.

walau ku tahu,
dia bukan lelaki sempurna sepertimana tidak sempurnanya aku, mungkin Allah mahu sempurnakan hidup kami dengan penyatuan ini.

berkali-kali menolak namun Allah akhirnya bukakan hatiku pada seorang lelaki yang tak kusangka.

beberapa hari yang lepas sewaktu pulang ke kampung untuk keputusan ini, sebak hatiku. semua memori dan kenangan yang pernah singgah dalam hidupku mulai berkecamuk. di nisan itu aku menahan hiba, ayah.....akan ada seseorang yang akan mengambil alih tanggungan dosa yang selama ini ayah tanggung bagi anak perempuan ayah ni.

tapi, janji kak. tiada sesiapa yang mampu menggantikan tempat lelaki seperti ayah.

kak sedang menghitung hari, ayah....satu-satunya anak perempuan yang tidak sempat ayah walikan walaupun saban tahun sejak di udm anak ayah ni la tiap kali balik kampung selalu cakap.

'nak kawen!'

hahaha.....macam gedik tapi itu cara kami bergurau. tak sangka, doa itu akhirnya akan termakbul. Alhamdulillah.

aku hanya manusia biasa, dan jodoh ini aturan Illahi. moga musim bunga ini senantiasa membunga wangi. walau kadangkala musim gugur dan musim sejuk bakal mendinginkan kami namun kami pasti musim panas itu masih ada untuk menghangatkan kembali cinta ini.

semoga bahagia ini mekar hingga ke syurga. kami akan belajar untuk benar-benar bercinta selepas ini.



#selamat menghitung hari!

Thursday, June 20, 2013

Alhamdulillah

perkataan pertama bila saya terima keputusan itu semalam, hanya kalimah Alhamdulillah sahaja yang mampu meniti di bibir kecil Masyitah Aminah. orang pertama yang saya khabarkan berita yang penuh kesyukuran ini pada wanita yang telah membawaku ke dunia, Mak. dan saya tahu betapa leganya mak denga perkhabaran itu dan seterusnya tunangku yang menyahut dengan kalimah Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Syukur dan terima kasih untuk doa kalian. malahan Kak Anis & Azril di ofis jugak. terima kasih, sahabat.


today, i saw my admin staff pasted the memo.

no leaving is allowed starting 29/6/2013 till 6/7/2013

owh!

senyum. saya sangat bersyukur dengan segala nikmatnya.

#ada orang tak sabar. we see next week, what would happen. may Allah show us the best way.



Friday, June 7, 2013

Rindu buat Ayah

Ayah,

Lama kak tak menulih tentang hati, rindu dan sayang kak kat sini kan? kak  tulis rindu kak untuk ayah dalam setiap doa kak ayah. semoga ayah senantiasa bahagia di sana. rindu dan sayang kak, hanya Allah yang tahu. hanya Allah yang Maha Mengetahui......

Ayah,

Masa godeh-godeh facebook tadi tertengok fb arwah ayah. ada lagu yang abang din post kat sana. Lagu 'Pondok Kecil' & 'Ayah'.Erm.....Ayah, rindu kak takkan pernah berakhir dan surut. Betapa kak rindukan ayah. dan sangat rindukan kata-kata semangat ayah. dan janji kak pada ayah masih belum tertunai. masih belum tertunai.......... dan kak takut kak tak mampu nak tunaikan walau jauh di sudut hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa tingginya cita-cita dan impian kak, ayah.

Malahan, semakin dekat hari yang dinanti oleh semua orang. semakin sayu hati kak, ayah. ayah tiada di samping kak. menyerahkan anak perempuannya pada seseorang yang bakal menanggung dosa kak selepas ni ayah. semoga ini pilihan yang terbaik, ayah. inilah doa kak setiap kali solat. hadirkan seseorang yang terbaik untuk kak dan semua orang dunia akhirat , biarpun dia bukan yang sempurna di mata orang lain.


Ayah,

Ramai orang cakap, dia ada iras gaya ayah. semoga pegangannya, kasih sayangnya dan tanggungjawabnya juga seperti Ayah. sebab saya selalu cakap, saya nak kahwin dengan lelaki seperti ayah..... <3 p="">

Ayah,

kak sayang ayah. sayang sangat-sangat. semoga Ayah di bawah naungan rahmatNya di sana. Al-Fatihah.

#okey. saya nak pergi selesaikan isu merah biru dengan dia. aish...jadi minah purple macam saya kan senang. tak tanya pun dah tahu, purple! purple! purple! dia ni kejap biru, kejap merah. aish...


Wednesday, June 5, 2013

Saya & Dia

sebelum ni, saya drive. bawak dia pi umah kakak di Saujana Utama. potpet potpet saya cerita jalan ni, jalan tu. uitm puncak perdana hingga ke uitm puncak alam. sebab bila tanya jalan, dia tak tahu. siap cerita pasal guthrie highway lagi.

tuptup....'kawan baik saya dok kat puncak alam. selalu jumpa kat sana.' 

ok. noted. arghhh.....

beberapa hari lepas, saya mintak dia isi borang. dia cakap,dia tak reti baca jawi. erm....ok, saya terima.

tapi semalam bagi suruh sign, laju je. tak payah tunjuk, reti cari baca sendirik kat mana nak signature. aik...siap betulkan borang yang saya salah isi. 

ok. noted.

dan dia selalu tunjukkan gaya 'iya'. orang selalu ingat dia follow apa yang saya cakap. sebenarnya tidak. saya hanya mampu geleng kepala. jangan bagi saya berangin sudah.

hakhakhak....syhhh. tipu saya tak pernah berangin. tapi dia tak reti memujuk. hancus dan saya rasa nak gelak bila mengadap part tu. poyo! saya ja yang mudah makan pujuk. 

dan dia memang nampak ketara ketidaksamaan dengan saya yang banyak ragam ni.namun terima kasih kerana menerima perbezaan kita sebagai kelebihan.

malahan saya dan dia banyak kekurangan. kami terima seadanya diri kami.apa yang kami miliki, semua milikNya. Allah boleh tarik segala-galanya dalam sekelip mata.

kami ada kisah hidup masing-masing namun pesan dia, 'fokus yang sudah berada di depan mata'. kalau dia yang Allah ciptakan untuk saya, sebanyak manapun dugaan Allah pasti akan kuatkan kami namun andai sebaliknya, semoga Allah kuatkan hati-hati kami. 

kerna jangan terlalu yakin dengan apa yang digenggam, perjalanan masih jauh.

ok. noted.

andai ini takdirNya. bahagia dan berkati hidup kami walau apapun hakikat yang telah Kau tetapkan.


#saya percaya awak kuat hadapi semua ini dan entry ini untuk melengkapkan coretan diari blog yang semakin lama, semakin saya lupakan. first time kisah dia saya tulis di sini. welcome to my life, dear!








Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena