Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 5, 2013

Saya & Dia

sebelum ni, saya drive. bawak dia pi umah kakak di Saujana Utama. potpet potpet saya cerita jalan ni, jalan tu. uitm puncak perdana hingga ke uitm puncak alam. sebab bila tanya jalan, dia tak tahu. siap cerita pasal guthrie highway lagi.

tuptup....'kawan baik saya dok kat puncak alam. selalu jumpa kat sana.' 

ok. noted. arghhh.....

beberapa hari lepas, saya mintak dia isi borang. dia cakap,dia tak reti baca jawi. erm....ok, saya terima.

tapi semalam bagi suruh sign, laju je. tak payah tunjuk, reti cari baca sendirik kat mana nak signature. aik...siap betulkan borang yang saya salah isi. 

ok. noted.

dan dia selalu tunjukkan gaya 'iya'. orang selalu ingat dia follow apa yang saya cakap. sebenarnya tidak. saya hanya mampu geleng kepala. jangan bagi saya berangin sudah.

hakhakhak....syhhh. tipu saya tak pernah berangin. tapi dia tak reti memujuk. hancus dan saya rasa nak gelak bila mengadap part tu. poyo! saya ja yang mudah makan pujuk. 

dan dia memang nampak ketara ketidaksamaan dengan saya yang banyak ragam ni.namun terima kasih kerana menerima perbezaan kita sebagai kelebihan.

malahan saya dan dia banyak kekurangan. kami terima seadanya diri kami.apa yang kami miliki, semua milikNya. Allah boleh tarik segala-galanya dalam sekelip mata.

kami ada kisah hidup masing-masing namun pesan dia, 'fokus yang sudah berada di depan mata'. kalau dia yang Allah ciptakan untuk saya, sebanyak manapun dugaan Allah pasti akan kuatkan kami namun andai sebaliknya, semoga Allah kuatkan hati-hati kami. 

kerna jangan terlalu yakin dengan apa yang digenggam, perjalanan masih jauh.

ok. noted.

andai ini takdirNya. bahagia dan berkati hidup kami walau apapun hakikat yang telah Kau tetapkan.


#saya percaya awak kuat hadapi semua ini dan entry ini untuk melengkapkan coretan diari blog yang semakin lama, semakin saya lupakan. first time kisah dia saya tulis di sini. welcome to my life, dear!








No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena