Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 21, 2014

2014 Please Be Good To Me...

tahun 2014 yang bermula nampak perlahan dan sempurna namun penuh cabaran yang hakikatnya pasti terselit hikmah. semoga kami kuat menghadapi ujian-ujian ini. insyaAllah.

alhamdulillah. alahan saya makin baik walaupun masih tak mampu nak driving pergi kerja lagi. ada sekali-sekala baby bantu ibu dia untuk jadi sihat dan bersemangat buat kerja. harap-harap lepas ni akan maintain kuat dan bertenaga serta bersemangat. yahooo....amin3

minggu ini nampak macam tenang sebenarnya saya agak berdebar. menunggu masa untuk dipanggil review paperworks & perancangan 2014. yang nyata sebelum my lil caliph menjengah dunia, 50 peratus perancangan sudah berjalan. saya mengaku cabaran pada trimester pertama. saya bukan sahaja mabuk tapi saya memang pantang mengadap kerja-kerja di atas meja dan laptop. saya rasa macam kepala saya tak boleh berfikir. ngeh3.....macam mana nak mengemudi team aku ni?

namun saya sangat bersyukur. sokongan serta bantuan keluarga dan Abang banyak membantu saya dalam menghadapi ujian kehamilan pertama ini. kalau dulu saya tengok orang mengandung saya rasa, mungkin diorang penat je kot perangai cam gini tapi bila dah rasa sendiri...erm...rezeki masing-masing. ada orang kuat dan makin bertenaga namun ada yang sampai terbaring tak mampu buat apa-apa. Allah bagi mengikut kemampuan. dan besar ganjarannya. insyaAllah.

boss saya cakap saya nampak berseri sejak mengandung. okey, bahagian mana tak tahu sebab saya pergi pejabat dengan muka tak berbedak dengan berstokin & baju sejuk. saya kan pantang dengan penghawa dingin. 

akak rasa budak ni kurus sangat, sebab tu tak larat. tak cukup zat. hekhekhek....kurus saya selalu menjadi isu.

'akak malas nak tegur ami. sebab Ami macam dok dalam dunia sendiri'. hehehe...saya bersyukur. sejak mengandung ni saya tak banyak cakap. khayal dalam dunia sendiri. masuk meeting baik ja. sepatah tanya, setengah patah saya jawab. jawapan ringkas dan padat. baby ni mesti nak jadi macam ayah dia ni, tak banyak cakap. time nak cakap je baru berderet-deret keluar.....

dan hari ni opismate saya cakap, 'aku gembira tengok ko tak pakai sweater masuk ofis hari ni. nampak segar'. macam ni la Ami yang dulu. hekhekhek....nak mengaku. ini kali pertama aku rasa nak pakai maskara setelah disahkan mengandung.

begitu juga ujian hidup. saya percaya, setiap yang mendatang ada hikmah yang tersembunyi. dan cereka 2014 mula berdrama . huahuahua.....saya rasa takut dan kadang kala rasa mampu ke saya hadapi semua? namun tawakal dan bergantung harap saya pada Allah sepenuh jiwa. insyaAllah, Dia Maha Berkuasa.

hari Khamis ni setelah sekian lama tak drive, nampak gaya saya kena redah KL. Program di ofis baru. okey. be strong. dan dalam kalut dengan paperwork, banyak dokumen yang belum saya isi dan cop untuk registration Sabtu ni. naik Kulai la pulak. balik-balik pindah umah esoknya. then isnin pindah dan masuk ofis baru. selasa, mengadap bos untuk planning & kertas kerja 2014. huuuuu.....saya harap Allah kuatkan saya dan berikan saya petunjuk dalam setiap urusan.

"Kita bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku dalam hidup kita. Apa yang kita selalu fikirkan dan selalu cakapkan itulah yang kita akan dapat"

be positif!

# saya harap saya dapat dean list. hakhakhak...sangat poyo!


Monday, January 13, 2014

Hafiz Hamidun - Kasih Padamu


salam Maulidur Rasul. 

#Alhamdulillah. terima kasih. hadiah Maulidur Rasul buatku. semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk urusan ini. saya tidak mahu lepaskan peluang ini untuk kali keempat. KEEMPAT? dilemma.... semoga semangat juang utusan Allah juga mengalir dalam diriku supaya tidak mudah berputus asa. insyaAllah....

Wednesday, January 8, 2014

Highlight 2013

Alhamdulillah, baru hari ini berkesempatan menulis dan mencoret di blog. kekangan kesihatan sejak kebelakangan ini menghalang saya untuk menatap blog sendiri serta rakan-rakan yang lain. dan sedar tak sedar, usia ku sudah menginjak ke 26 tahun. walamak, tuanya saya. ehehehe....dan dalam kita waras kita kini sudah berada di tahun 2014. mak aih, cepatnya masa berlalu....Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia dan moga dipermudahkan segala urusan beserta keberkatanNya. amin.....

dalam nyatanya, setahun lagi berganjak usiaku. 2013 saya kira tahun yang banyak mentransformasikan Masyitah Aminah. banyak perkara yang berlaku pada tahun 2013. ada yang gembira dan sebaliknya. segalanya ku syukuri kerana dapat kuhadapi berkat izin Dia.

jom check out what da best to be highlighted on 2013!!!!

a) naik gaji. yahoo! Alhamdulillah. tangga gaji baru diumumkan. syukur, rezeki. cukup la untuk menampung kehidupan nak-nak yang hidup di bandar besar ni. Tol! Minyak (jem. jem. jem). umah sewa.

hari terima 'surat'...ehehehehe
b) saya dirisik pada Mac 2013. hakhakhak. tak sangka ada jugak yang berkenan. insyaAllah, kalau kita jujur dan ikhlas. segalanya dipermudahkan.

rindu zaman bujang. masa ni saya tak sangka, jodoh saya tengah menyusun langkah..ekekekeke
c) pertama kali menjadi pengundi. haa...tudiaa. balik kampung punya excited. tapi nak buat macam mana, pemimpin pilihan saya tak berpeluang untuk menjalankan amanahnya musim ini. takpe la, lain kalilah!



d) bertunang dengan jari ada cop mengundi. hehehe...orang suruh pakai inai. aish, sakan macam nak nikah aih. geli aku tengok orang bertunang berinai segala neh. hekhekhek.....pilihan masing-masing. Alhamdulillah, saya bergelar tunangan orang walaupun saya tak pernah merancang pada usia mana saya akan bertunang. yang saya tahu tiap-tiap tahun saya harap ada jodoh yang terbaik Allah hantarkan buat saya.


e) tahun 2013 tahun mak saya menerima calon menantu kot. hekhek...tahun ni saya dapat seorang bakal adik ipar perempuan dan seorang bakal kakak ipar. adik dan abang saya berjaya ditunangkan pada Jun dan Disember yang lepas. huahuahua....berjaya ditunangkan. maaf la, saya dah terlompat pagar ye. ngeh3. tahniah2. mana tahu tahun ni sambut menantu baru mak saya. ehehehe....nak sambut cucu-cucu baru lagi. ahaks!


semuanya tema pink. errrrr....

f) the best thing in my life, officially on 30th June 2013 i married! ngehngehngeh...dengan siapa? dengan lelaki yang berani datang melamar saya lalalalala. Alhamdulillah. kahwin jugak minah potpet ni. semuanya aturan Allah. sepertimana pertunanganku dipercepatkan, begitu jua pernikahanku. kalau makin ditangguh, entah apa lagi yang mahu disimpan. simpan duit? insyaAllah,lepas nikah Allah bagi rezeki selagimana kita bersyukur.


g) dan penutup 2013, the best thing that i ever had. I'm gonna be a mom. Alhamdulillah. first time memang rasa ragu-ragu,boleh ke saya nak membesarkan satu amanah Allah dalam suasana hari ini. namun lama kelamaan keyakinan itu sedikit demi sedikit ada. insyaAllah. but i tell you, the journey of being a mom. fuhh....lembik den!. hehehe....


selamat datang tahun 2014! semoga tahun ini makin bersinar dan penuh keberkatanMu. insyaAllah.....yang mana saya ada buat salah silap, saya mohon maaf. saya tak suka menyusahkan dan kacau hidup orang tapi kadang kala ujian yang mendatang sekadar menguji keimanan dan kesabaran saya. saya senyum. Thank you Allah for this beautiful life. mungkin tak seindah yang dimiliki oleh orang lain namun sudah cukup untuk membuatkan saya bersyukur. Alhamdulillah...

#Ah Lan Wasahlan Ya 2014

Tuesday, January 7, 2014

Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun #JodohBerdua


Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 
Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah 
Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita

jodoh itu rahsia Allah. seringkali kita tak tersedar, dia sebenarnya yang pernah ada di sekeliling kita. kita mungkin mengenali insan lain bertahun lamanya namun kalau dia bukan jodoh kita, mungkin insan yang hadir sedetik itu sebenarnya takdir buat kita...... selamat berbahagia

Monday, January 6, 2014

DIKIR ZIKIR - Bila Diri Disayangi (UNIC)


ada kenangan yang perlu kita lupakan, dan ada kenangan harus biar terus terabadi.

UDM 2006/07-2010 in Memory (MANTECH)

#rindu kembali bergelumang dengan assigment dan kuliah. insyAllah. mana tahu little caliph ni nak ikut ibu dia masuk kuliah.

Friday, January 3, 2014

HIJJAZ - Kau Pemilik Cinta Video ( lirik )


Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu

# 4 hari tak dapat kerja, dan dengan demam yang masih bersisa saya akhirnya dapat duduk juga di meja dan kerusi kat ofis ni. dengar lagu ni sejuk je hati mendengarnya sambil melayan laporan yang mengejar due date. dah dapat alarm call. get ready next week, masyitah! saya harap saya makin kuat memasuki second trimester ni. insyaAllah....

terima kasih buat IMAM yang menerima saya sebagai pelengkap tulang rusuknya. 


Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena