Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 19, 2014

Cerita Demam, Suspek Hamil & Third Trimester

semalam merupakan hari yang agak tingtong bermula pagi sehingga malam. entah apa yang tidak kena awal-awal pagi saya sudah sesat di highway untuk ke ofis KL. bukan tak pernah pergi malahan itulah laluan untuk saya pergi ke kuliah namun kejadiannya bila keluar Tol Duta saya sesat sekali lagi. adoi....sedar-sedar depan Sogo. oit, its not the right time for shopping la. so pagi-pagi saya berjaya tawaf Shah Alam & KL dengan gumbiranya. nasib saya baik, musim cuti sekolah. so kesesakan lalulintas adalah tidak seperti hari biasa. terima kasih anak-anak murid dan cikgu-cikgu yang dah balik kampung. damai sekejap KL ni. huhuhu...

maka selepas siap urusan saya di ofis KL saya kembali ke ofis Mentari. okey waktu ni saya rasa demam saya dah lain macam. ye betul! sehingga ke petang saya rasa muka, mata dan kepala saya berdenyut dan tak mampu dibuka. penangan demam selsema. saya bergegas pulang namun tersadai di parking Giant Sek 13 menanti handsome boy balik ofis. kehkehkeh...jawabnya saya menyerah diri ke klinik jugak. dengan muntahnya , doktor dengan selamba bertanya.

'awak mengandung kot?'

oit. tadi dah cakap kita baru bersalin 5 bulan yang lepas. dan dan je. Abang tetiba gelak. saya yang sakit ni menempelak.

'apsal abang gelak?' depa ingat buat anak ni macam buat kuih? amanahnya terlalu besar dipikul. percayalah. itulah saham akhirat untuk kita. huhuhu...

dan itulah cerita demam saya pada tahun 2014. saya rasa tahun ini merupakan rekod terbaik dalam catatan hidup saya. sejak awal tahun sampai akhir tahun, hanya cerita demam dan suspek hamil. walau bagaimanapun saya menganggapnya sebagai kafarah di atas dosa-dosa saya sebelum ini. Alhamdulillah, saya terimanya dengan hati yang terbuka. Terima kasih juga untuk Abang dan Mak yang senantiasa berada di sisi saya saat sakit dan sihat.

dan menyambung cerita third trimester kehamilan saya, waktu ini dikira sebagai waktu yang agak membuka selera saya. saya pantang jumpa makanan saya makan dan makan. alhamdulillah, rezeki baby. ada ja makanan yang datang menyinggah. dan saya juga bersyukur setiap kali saya mengikuti pemeriksaan antenatal, Abang tidak pernah ketinggalan bersama saya. so hobi kami adalah menimbang berat badan saya. ehehehe.....dan soalan yang Abang suka tanya doktor adalah:

'berapa berat baby kami?'

setiap kali saya menjalani pemeriksaan antenatal, maka ujian ultrasound akan dilakukan. antara tujuan ujian ini adalah untuk memastikan kehamilan, pendarahan vagina, menentukan usia dan size, mengesan ketidaknormalan, kedudukan uri, air ketuban dan lain-lain lagi la yang boleh dibaca. ehehehe...

apabila memasuki third trimester, pemeriksaan sebulan sekali bertukar 2 kali sebulan. dan saya perasan sewaktu usia kandungan saya 8 bulan doktor tidak lagi memberitahu size baby saya. kami pun terlupa sebab bila jumpa doktor benda lain pulak yang dibincang. nak-nak dalam usia 35-37 weeks saya selalu mengalami braxton hicks yang menyebabkan saya rasa, dah nak bersalin ke ni? hehehe....sebab saya tidak punya pengalaman menyebabkan kadang kala saya agak terkeliru. dan pagi sebelum saya bersalin, sewaktu pemeriksaan bila ditanya anggaran berat baby, Doktor saya agak terkesima 'baby awak ni anggarannya 4.4 kg.' mak ai, besornya. hari tu setiap kali kami tanya doktor akan bagitahu jangan risau baby awak lahir nanti 2.8-3.0kg je.

dan berat badan saya bertambah bagai dipam-pam. just imagine 2 minggu bersamaan 2kg. kehkehkeh....selera saya semakin bertambah. apa lagi, diberi minum air gula la untuk mengesan diabetes gestasi. mujurlah air gula saya berperisa oren dan sejuk. bila keluar saya cakap kat abang 'sedap jugak airnya'. hehehe..tapi yang menyeksakan adalah saya perlu berpuasa bermula pukul 12 tengah malam sehinggalah 12 tengah hari. pukul 1 ptg bila dah dapat jumpa makanan memang saya hadap sesungguhnya. kesian baby kelaparan. hehehehe....keputusannya saya hampir kena kecing manis tapi doktor cakap 'bertenang. baru 7.8. hanya perlu berjaga-jaga'. ek? saya sangat risau sebabnya parents saya mempunyai kencing manis tapi doktor saya sangat cool. 

GDM ataupun bahasa mat sallehnya Gestational Diabetes Mellitus boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja walaupun ibu mengandung itu tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis apatah lagi yang memilikinya. yang merisaukan saya adalah parents saya penghidap kencing manis. walaubagaimanapun, Alhamdulillah doktor tak isytiharkan saya penghidap kencing manis sehinggalah saya bersalin even ada jugak terpikir bila doktor cakap baby saya besar. emmm...orang cakap ibu mengandung yang ada kencing manis selalunya baby akan besar dan doktor dah siap-siap bagi tarikh bersalin. jawabnya 38weeks dah boleh jalan la. huhuhu

sewaktu kandungan saya memasuki 35 weeks pula saya hampir ditahan wad dan doktor menasihatkan saya menyerah diri. beberapa kali ujian CTG dijalankan untuk mengukur kadar denyutan jantung bayi dan kontraksi. dan Abang senantiasa gigih menemani saya. sempat jugak Abah bambam tu cakap 'kalau cam gini la jadi doktor sakit puan, memang dari dulu Abang dah jadi doktor'. amboi! tak jadi nak bersalin kalau mendengarnya. huh! hehehe

namun saya pujuk baby supaya bertahan dan bersabar. sekurang-kurangnya biarlah saya melepasi 36 weeks bagi mengelakkan kelahiran pramatang. malahan kalau bayi pramatang yang tidak mencapai berat 2.0kg, maka bayi akan diletakkan di dalam incubator. saya tak sanggup. dan Alhamdulillah, anak ibu mendengar cakap. tepat 39week 1 hari, Adam Sadiq menjengah dunia.


menceritakan detik-detik membawa Adam Sadiq ke dunia, saya sambungkan pada next entry. bila dah bersalin ni baru boleh nak menulis. waktu pregnant dulu memang tak berapa nak selera menghadap penulisan. macam-macam!

Wednesday, December 17, 2014

Cerita Demam, Hamil Lagi & Second Trimester

hari ke-4 saya demam . aircond dalam bilik ofis ni kejap on dan kejapnya dioffkan. okey lagaknya macam saya sedang mengalami simptom morning sickness. lagi? Adam Sadiq baru 5 bulan kot. dah ready Adam Siddiq ke?

sebenarnya, apa yang anda baca itu BENAR. saya sedang mengalami simpton tidak sihat sekarang ini. mungkin ini nikmat dan ujian untuk kami sekeluarga. walau bagaimanapun saya terima dengan redha walaupun harus saya akui ia agak mengganggu waktu tidur dan waktu dini hari saya. sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. namun saya yakin dan pasti, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian yang terjadi. Alhamdulillah....

dan sememangnya BETUL saya tidak sihat disebabkan penangan Abang. kesian Adam Sadiq kami. luluh hati saya melihatnya merengek namun apakan daya, ibu tak mampu nak menolaknya. kami dijangkiti virus selsema hasil bawaan Abah Adam Sadiq yang bambam. huhuhu...

sebenarnya minggu lepas saya balik kampung bersama Tokwan Adam Sadiq. disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan kami terpaksa meninggalkan Adam Sadiq untuk seketika. dalam jangka masa yang pendek ini Abang demam dan selsema yang pada hati seorang isteri ini 'Abang bukan demam biasa sebab dia agak mengada-ngada'. Abang akan lain macam sikit bila demamnya sedikit teruk. maka, berjangkitlah virus selsemanya kepada Ibu & Adik. dan bila saya di KL dan Adik di kampung. Demam selsema kami bertukar menjadi demam rindu. huhuhu.....bukannya saya demam pembawakan budak. agak-agak la kot. saya belum hamil lagi sekali la! aish! sabar!

tapi sejujurnya ada rasa rindu bertandang pada saat-saat menjadi ibu mengandung itu. menyambung kembali kisah trimester kedua saya, waktu ini saya semakin bertenaga berbanding trimester pertama. selera makan saya mungkin bertambah tetapi tidaklah sehebat mana. sekadar sebulan bertambah dalam 1kg itu tidak merisaukan pada perkiraan saya.

waktu ini juga saya sudah mula mencatat dan membuat senarai apa yang perlu beli. berapa perlu ada. dan di mana. bab di mana itu saya suka survey di internet, berjalan di kedai-kedai bayi atau masuk ke jualan gudang mahupun mom & baby's expo. window shopping sahaja. sebab perangai saya, saya suka tengok barang dan survey harga. lepas tu baru decide nak beli ke taknak. bila kita dah pegang duit sendiri baru kita rasa jerih perih mencari duit sendiri. tapi kalau kita sudah terbiasa meminta atau mendapat daripada orang lain saya kira membeli belah tanpa tapisan bukan sebarang masalah. dan saranan saya bagi ibu-ibu yang suka membuat bajet seperti saya untuk membeli sesuatu ada beberapa tips untuk membeli barang bayi yang saya praktikkan untuk bayi sulung saya ini.

1. pastikan jantina bayi anda. saya mula membeli apabila jantina bayi saya mula dikesan seawal minggu ke-22 kalau tak silap saya. dan terbukti naluri seorang ibu itu memang kuat. setiap kali saya melihat barang bayi mesti saya sibuk nak mencari barang babyboy. dan hati saya seakan-akan berkata 'this is boboi'. Alhamdulillah, keluarlah Adam Sadiq seperti sekarang. bolehlah membeli belah dengan senang hati. tetapi jika tidak dapat dipastikan jantinanya, saranan saya belilah barangan yang sesuai untuk baby boy & baby girl. of course i think pink kaler is not necessary to be one of the option in this situation rite? walau bagaimanapun kembali kepada dasarnya, baby saya sihat walafiat itu lebih disyukuri & diraikan.

2. pastikan anda mempunyai satu book note untuk mencatat keperluan+kehendak yang ingin dibeli. catatan saya memang senantiasa dalam handphone saya. kadang-kala tengah meeting atau makan bila teringat atau terpandang sesuatu yang boleh memberi idea saya akan terus masukkan ke dalam checklist yang dibuat. so saya boleh update checklist saya wherever & whenever I want. haaaa gitu..... bukan apa kadang kala bila berjalan beli barang terserempak dengan parents bawak anak. masa itu kita boleh nampak some real scenes. ehehehe....waktu tu datang la idea yang mencurah-curah. ahaks...

3. jangan terburu-buru membeli. bagi mereka yang suka membuat bajet macam saya ni, saranan saya buatlah perbandingan harga & kualiti sebelum membeli. kita ada jaringan internet yang luas dan merentas global untuk mencari maklumat sesuatu barang. paling tidak tanya pakcik google. macam-macam la keluar nanti. selain itu, anda boleh melihat pelbagai jualan atau pilihan tempat yang menawarkan harga yang berpatutan untuk barangan baby melalui facebook/majalah/blog ataupun melalui seniors yang suka membawa info 'next week ada jualan gudang!'. ehehehe.... Alhamdulillah walaupun saya suka menengok itu ini tapi saya tidak mudah terbabas untuk membeli belah mengikut nafsu. ehehehe...

4. beli sedikit demi sedikit. ada orang-orang tua pesan bila menyiapkan barangan bayi jangan terlalu beria takut kecewa. sebab tu saya excited membuat checklist namun saya tak beria membeli sehinggalah saya mengetahui jantina bayi di dalam kandungan. saya mula beli beberapa pasang baju bayi ketika sales di Baby Outlet Sunway. at first on da track la sebab kalau tak silap hari tu saya punya checklist baju baby 10 pasang ja. tapi sebab beli sikit demi sedikit akhirnya terbabas jugak. kehkehkeh....bukan apa macam saya kalau dihimpun dan dibeli sekaligus pada trimester kedua ni rasa macam terlalu awal tapi kalau beli sekaligus di trimester ketiga rasa macam banyaknya duit keluar. ehehehe...so untuk tidak merasa banyak wang yang keluar saya membeli sedikit demi sedikit. reverse money psikology i used. hakhakhak...

5. belilah ikut keperluan bukan kehendak atau dalam bahasa mudahnya belilah untuk bayi anda, bukan untuk diri anda.

itulah serba sedikit pengalaman saya yang tak seberapa. paling penting buat checklist. dan dalam trimester kedua ini jugak saya mula semakin sibuk dengan kerja dan kuliah. saya hampir pitam di ofis & kuliah itu perkara biasa. namun Allah anugerahkan saya satu tenaga yang luar biasa yang bila difikirkan sekarang macam mana la saya ke sana ke mari dengan perut yang memboyot tu ye. tapi seingat saya trimester kedua perut saya tak ada la nampak sangat. masuk kuliah orang tak sangka saya ni isteri orang. kehkehkeh....nampak gaya tinggi lagi saham ibu Adam Sadiq ni ye.

dan ketika ini jugak anda akan semakin excited menjadi ibu mengandung apabila babybump anda mula kelihatan serta antara perkara yang nikmat dikecapi adalah apabila anda menggosok perut anda dan menyedari adanya satu nyawa kecil yang sedang membesar di dalam rahim anda. Alhamdulillah untuk nikmat yang terlalu indah ini ya Allah. saya pasti anda bakal ibu dan ibu di luar sana memahami perasaan ini bukan?

# rindu Adam Sadiq. menunggu kepulangan Adam Sadiq. ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu. cepat sihat ye sayang!

first item yang ibu beli untuk Adam Sadiq
~kredit to owner this picture.tq~

Thursday, December 4, 2014

Coret Kosong : Mood Mengantuk

menggosok mata di petang hari sambil menjeling jam di laptop. sejam lagi nak balik. fuhh...laporan dah siap. selebihnya saya perlu edit yang boleh diselesaikan esok hari. boss dah sign. big boss ja belum. saya ambik keputusan berehat sekejap selepas selesai solat Asar. serasa rajin pulak nak menghupdate blog. almaklum la sekarang makin lama makin perlahan menulis. bukan tak sudi namun kekangan masa seakan menghalang. tapi keinginan sentiasa membuak-buak. sebab saya menulis melalui hati, bukan kerana ikut hati atau iri hati. chewah!

saya menulis sejak belajar di universiti hinggalah menjadi ibu dan masih bergelar pelajar di universiti lagi. kerna saya menulis bukan ikut musim, saya menulis ikut keperluan, kekosongan masa dan semangat untuk menulis. sekadar mencoret diari. nanti hilang atau cuba nak menengok perangai zaman muda dulu boleh la baca kat sini. lagipun ada koleksi gambar di blog ini yang sudah hilang dalam simpananku.

misalnya gambar sewaktu belajar dulu ada sesetengahnya hilang terutamanya yang disimpan di dalam memori card handphone. owh teringat akan pemergian Samsung Galaxy II baru-baru ini. huhuhu,....gambarku sepanjang mengandung dan gambar Adam Sadiq sejak dilahirkan hilang begitu sahaja. huwaaa...tapi mujurlah ada sedikit aku abadikan di blog, facebook & instagram. tidak ku sangka S II pergi meninggalkanku setelah cukup 3 tahun berkhidmat. 

3 tahun? memang lama bagi sesetengah orang tapi rasa macam sebentar je. saya beli dengan duit gaji sendiri yer. itu yang rasa sentap sangat. tidak mengharap orang lain belikan atau meminta orang hadiahkan. so, apa yang saya nak saya cari beli sendiri. kalau nak bagitau orang takdelah rasa segan, sekurang-kurangnya aset sendiri. bukan orang lain punya. kalau orang kaya mungkin tak rasa apa-apa tapi tidak bagi saya. semua perkara saya simpan dalam S II saya. so bila ia pergi meninggalkan saya, kosong sekejap rasanya. hekhekhek...memang kosng. gelap. satu hape pun tak kluar kat skrin. adoi.....

so sekarang sedang mencari teman pengganti. ekekeke....

okey. jom sambung kerja. sekadar menghilangkan mengantuk. kerja banyak lagi nak diselesaikan. not in da mood. rindu Adam Sadiq yang makin lama makin nakal. malam tadi pukul 1.00pagi dok melayannya tengok video 'alif ba ta' sambil bernasyid bersama. terbaik anak ibu!





Wednesday, December 3, 2014

Hutang PTPTN, bayarlah!

luch hour! tarik nafas untuk bertenang sekejap. rasa agak keletihan. serasanya banyak perkara yang perlu diselesaikan sampai tak tahu yang mana satu harus didahulukan. dok kat ofis teringat kerja di rumah. dok kat umah teringat kerja di ofis. adoidoidoi...

semalam terpampang di akhbar seramai 18k+++ peminjam PTPTN serah diri. tetiba kakak opismate saya sound.

'ni ami la salah sorang dalam 18k ni'

amboi! ehehehe...

betul. sewaktu diploma dulu saya penerima pinjaman PTPTN. dulu tak tahu apa-apa isi borang JPA apply ke oversea. buka apply biasiswa. kehkehkeh....tapi bila masuk tahun kedua baru saya terfikir kenapa saya tak apply scholarship? Alhamdulillah tahun kedua saya ditawarkan biasiswa JPA dan saya tinggalkan PTPTN. sadis kan? pastu saya buat-buat lupa nak bayar. kadang-kala saya bayar sepuluh dua secara online.

walaubagaimanapun setelah bertahun pinjaman tu tidak dilunaskan, tetiba keluar statement neh.


okey. kang tak pepasal tak boleh nak beli helikopter lak. ehehehe....walaupun ada dinyatakan tindakan ini akan mengambilkira individu yang tak pernah bayar mahupun telefon ptptn bertanya kabar hutangnya. saya bayar la jugak sehinggit dua. telefon ptptn tu selalu sebab nak update hutang ada berapa riyal. kehkehkeh...tapi risau jugak kan.

so saya balik bising-bising kat Abang suruh mohon ujrah. saya pun sama, mohon ujrah. Abang cakap tak bayar. dan taknak mohon ujrah. saya bising nanti CCRIS itu ini nak beli kapal terbang tak dapat camner lak? Abang pun sama cam bini dia ni. sampai tahun kedua dapat scholarship JPA. Alhamdulillah hutang kami dengan PTPTN takdelah 'membunga' sangat.  last-last lelaki bambam tu cakap.

'ikut ayang la. buatkan'

ehehehe...so saya yang telefon ptptn. buat itu buat ini. tengok semak kat penyata rasa macam nak tutup muka. abang dah pernah bayar beberapa ribu. saya je yang bayar beberapa hinggit. bila buat semakan imigresen nama saya disenarai hitamkan ke luar negara tetapi tidak nama Abang. so saya sound Abang siap-siap.

'Abang kalau nak ke luar negara dengan Adam Sadiq jangan nak macma-macam. kalau sayang tanya Adam dia cakap Abah bawak ibu baru tahulah jawabnya'....ehehehe...ayat nak cover malu sebenarnya.

so saya mengambil keputusan dan bertekad untuk membayar hutang secara konsisten. apa-apapun hutang tetap perlu dibayar. cuma saya agak ralat kenapa pemegang diploma yang memperoleh keputusan cemerlang tidak mendapat pengecualian pembayaran sepertimana pemegang ijazah yang cemerlang. saya dah mengajukan pertanyaan ini secara bertulis kepada pihak berkenaan. mana nak tahu rezeki......tak dapat sepenuhnya dapat 50% pun dan bersyukur. sekurang-kurangnya ia mampu memberi perangsang kepada pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang.

tapi bila difikir-fikir kalau saya tak mula bayar sekarang takkan saya nak bawak hutang ni sampai ke mati? setiap hari kita makin bertambah usia makin dekat dengan tarikh kematian. bukannya makin jauh......huhuhu

tapi jauh di sudut hati, teringin jugak kita rakyat Malaysia ni disediakan kebajikan pendidikan percuma sepertimana di Brunei, Scotland, Sweden...erm .... kalau bukan untuk kami tapi untk generasi yang akan datang. (Adam Sadiq dalam fikiran).

-
-
-
-
-
-
-

setelah beberapa jam, ini maklum balas yang saya terima. terima kasih atas respon yang saya kira agak pantas. nak buat macam mana kita ni diploma holder baru. degree tak siap lagi. huhuhuhu.....so konkluksinya sapa-sapa yang dah siap ijazah dan dibiaya oleh PTPTN silalah mohon pengecualiaan. tapi, untuk kelas pertama sahaja ye.





Wednesday, November 26, 2014

KONTRAKSI PALSU vs KONTRAKSI SEBENAR

KONTRAKSI PALSU vs KONTRAKSI SEBENAR

Antara tanda-tanda saat kelahiran semakin tiba adalah sakit kontraksi atau pengecutan otot rahim sebagai persediaan untuk pembukaan pintu serviks. Bagaimanapun kontraksi yang anda alami belum tentu merupakan tanda bayi akan terus lahir.

Ini kerana ada kemungkinan ibu hamil akan mengalami kontraksi palsu (false alarm) di akhir kehamilan. Kebanyakan wanita yang hamil untuk pertama kali pasti mengalami kekeliruan tentang bagaimana untuk mengenal pasti perbezaan antara kontraksi sebenar dan kontraksi palsu.

Jom kenali perbezaan keduanya agar anda lebih bersedia ketika berhadapan dengan sakit kontraksi tersebut.

Kontraksi Sebenar

*Rasa memulas disertai ngilu di bahagian pinggang sampai ke bawah.

*Sakit kontraksi muncul bila usia kehamilan sudah cukup bulan iaitu sekitar minggu ke-37 hingga 40.

*Kekerapannya bermula sekitar 30 – 60 saat dan pada fasa kelahiran semakin hampir, sakit paling aktif dirasakan iaitu sekitar 75 saat.

*Semakin lama sakit kontraksi semakin cepat iaitu setiap 5 – 10 minit sekali dan biasanya semakin kuat disertai sensasi ada sesuatu akan keluar dari vagina.

*Sakit kontraksi tidak akan hilang walaupun anda cuba mengubah posisi anda.

Apa yang mesti dilakukan?

Segera ke hospital sekiranya sakit kontraksi berlaku setiap lima minit. Apatah lagi sekiranya disertai dengan tanda seperti:

*Keluar lendir yang bercampur sedikit darah dari vagina.

*Kantung ketuban pecah diikuti keluar air ketuban.

*Ngilu di kawasan pinggul, kemudian menjalar ke pangkal paha dan perut bahagian bawah.

*Bahagian leher rahim (perut bahagian bawah) terasa panas dan sakit.

Kontraksi Palsu

*Rasa memulas tanpa ngilur, bermula dari bahagian atas rahim dan turun ke bawah.

*Rasa sakit ini boleh berlaku pada trimester kedua (20 minggu ke atas) dan pada usia kehamilan 37 – 40 minggu.

*Kontraksi berlaku kurang daripada 20 saat tetapi adakalanya boleh mencecah dua minit atau lebih.

*Biasanyaberlaku satu atau dua kali sehari dan tidak bertambah.

*Rasa sakit akan hilang sekiranya ibu mengubah posisi.

Apa yang mesti dilakukan?

*Ia adalah perkara normal yang tidak perlu dikhuatiri. Sekiranya anda berasa tidak selesa, segera bertenang, berbaring atau berjalan di sekitar rumah.

*Bila kontraksi semakin kuat dan berlaku selama beberapa jam atau hari, atau bila keluar darah/cairan lain dari vagina, segera berjumpa doktor. Dikhuatiri ia bukan kontraksi palsu teapi tanda kelahiran pramatang. Keadaan ini boleh berlaku kepada ibu hamil kembar.


# sekadar perkongsian yang dicopy dan paste. saya lupa mana dapat. bukan apa, mungkin ada sahabat-sahabat saya yang sedang menanti hari menyambut ketibaan si kecil. nah, jangan terpedaya dengan kesakitan palsu ini. namun begitu itu tidak bermakna kita perlu mengenepikan kemungkinan kontraksi sebenar atau itu sekadar kontraksi palsu ataupun Braxton Hicks. 

saya tak cakap kat orang sebab saya juga pernah mengalaminya semasa kandungan pertama dahulu (okey anak saya sorang tu je baru!). ehehehe....pada minggu ke-35 dah berapa kali pergi checkup mingguan hampir ditahan wad. iyalah dengan gaya sakit dan jalannya macam dah nak bersalin. huhuhu....saya takkan lupakan betapa sakitnya berjalan pada 8 minggu terakhir.

tapi bila sakit nak bersalin, memang sangat sakit. next entry kita sambung lagi cerita pengalaman bersalin saya. betul ke saya nangis dalam Labour room? ehehehe....lepas bersalin rasa nak gelak ja. macam-macam. 

Thank you Allah for this beautiful gift for us.




Monday, November 10, 2014

SENTUHAN AKHLAK SEMASA MENYUSUKAN BAYI

Banyak buku menulis tentang kepentingan menyusukan bayi. Topik yang sering dibincangkan ialah manfaat dari segi kesihatan terhadap si ibu dan bayi. Ironinya, manfaat dan kelebihan menyusukan bayi jauh lebih banyak daripada aspek kesihatan.

Artikel kali ini membawa anda melihat bagaimana saat menyusukan bayi menjadikan saat yang sangat efektif untuk memberikan pendidikan akhlak buat si comel. Pendidikan akhlak semasa menyusukan bayi antara aspek yang sering diabaikan oleh kaum ibu terutamanya.

Akhlak yang baik dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia di muka bumi. Dunia hari ini, hampir setiap hari kita disajikan dengan pelbagai berita tentang kejahatan dan kerosakan yang tidak habis-habis samada di negara ini atau di tempat lain di muka bumi ini.

Jika difikirkan sejenak sedikit tindakan perubahan yang kita lakukan bakal memperbaiki dunia melalui sentuhan akhlak semasa menyusukan bayi. Benarlah bagai kata pepatah ‘tangan yang menghayun buaian bakal menggoncang dunia’.

Langkah awal yang boleh dilakukan adalah dengan menyusukan bayi sebagaimana perintah ALLAH SWT di dalam Al-Quran. Lebih baik lagi dengan memasukkan sentuhan akhlak semasa proses penyusuan selama tempoh 2 tahun tersebut.

Sentuhan Akhlak
Secara fizikal, payudara si ibu memberikan kelembutan buat si bayi. Hal ini memberi kesan besar terhadap bayi yang sedang membesar. Keseluruhan tubuh badan ibu sebenarnya memberitahu keadaan rahsia kasih sayang ibu terhadap anaknya. Bayi dapat merasai kehangatan kasih sayang ibunya melalui dakapan hangatnya, suhu badan ibunya yang membuatkan bayi berasa tenang dan bunyi nadi jantung yang membuatkan dirinya berasa selamat.

Jika ibu berasa penat atau letih, bayi juga dapat merasakan hal ini melalui respon badan ibu. Bayi akan meragam dan menangis seharian disebabkan air susu yang tidak keluar laju seperti kebiasaan. Air susu hanya keluar lancar apabila ibu berasa bahagia dan tenang.

Sepanjang proses penyusuan, bayi belajar mengenal perubahan yang berlaku di sekelilingnya. Bayi belajar mengenal manusia lain selain dirinya, iaitu yang paling terdekat dan penting dalam hidupnya ialah ibunya sendiri.

Hal ini merupakan dasar paling awal dalam modul akhlak dan sentuhan alami. InsyaAllah, akhlak mengutamakan ibu adalah perkara mulia yang disukai ALLAH SWT jika dibandingkan di dunia ini masih ramai lagi anak yang menderhakai dan melupai ibu mereka sendiri.

Sepanjang proses menyusu, bayi juga belajar berkomunikasi dengan ibu. Komunikasi asas adalah apabila bayi menepuk lembut dada ibu atau melalui hisapan dan gigitan. Bayi akan menggigit apabila dia berasa marah atau tidak selesa.

Proses menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan proses asas akhlak alami yang baik buat si anak. Oleh itu, usaha meningkatkan kualiti ibu semasa menyusukan bayi dengan menghaluskan perasaan kepada lebih ikhlas (semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH SWT), menjernihkan hati (sabar dan tabah sepanjang proses penyusuan) dan membersihkan jiwa (mengharapkan keampunan ALLAH SWT) memberi kesan yang sangat besar dalam pendidikan akhlak kepada anak.

Perkara-perkara lain yang wajar dicontohi oleh ibu yang menyusukan bayi ialah dengan menjadikan contoh tauladan oleh ibu Imam Syafi’i. Sentuhan akhlak yang lebih bermakna dengan meniru apa yang dilakukan oleh ibu Imam Syafi’i iaitu mengaji Al-Quran ketika menyusukan bayinya.
Sepanjang bayi mengisap susu ibu, telinganya terus-menerus mendengar lantunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan ibunya. Pendengaran anak merupakan peranan penting sebagai pintu utama masuknya maklumat pada saat penglihatan belum begitu jelas buat bayi yang baru lahir.


Selain bacaan Al-Quran, ibu juga dapat mengucapkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan kalimah baik yang lain selama menyusukan bayi. Sesekali sambil tangan ibu mengusap kepala bayi. Ucapan ibu akan terus masuk tembus ke hati anak jika ucapan tersebut keluar dari hati suci ibu.

sumber : ohibu.com

Thursday, November 6, 2014

Cerita Demam, Hamil & First Trimester

so long time tak bergayut di blog ini kan? al maklum la banyak perkara yang berlaku dan banyak perkara yang berubah. walaupun dah hampir 2 bulan kembali masuk kerja tapi saya masih berkejar dengan tugasan yang bertangguh dan tugasan baru yang masih tidak berkesudahan. tambahan pula saya sempat bercuti sakit hampir 2 minggu. ini semua peringatan Allah untuk saya yang banyak alpa dengan urusan dunia. saya dijangkiti demam denggi untuk kali keduanya. adoidoidoi.....

Kredit : Google Image

untuk kedua kali ni baru saya tahu demam denggi tidak berjangkit melalui pesakit demam denggi tetapi melalui nyamuk. macam mana tu? ok misalnya cam gini. saya demam. datang seekor nyamuk lalu menggigit dan menghisap darah saya. kemudian nyamuk tersebut terbang pula menggigit dan menghisap orang. owh, demam denggi tidak berjangkit melalui cara begitu. tapi demam denggi berjangkit dengan cara nyamuk sememangnya berpenyakit pergi menggigit kamu yang masih sihat itu. justeru konsep memasang kelambu pada orang yang demam denggi bagi mengelakkan demam denggi berjangkit agak tidak tepat. sepatutnya kita yang masih sihat ini yang perlu berada dalam kelambu. soalan ni sebijik saya tanya pada nurse dan doktor berkali-kali. al maklum la hampir 2 minggu dok berulang ambik darah kat klinik dan hospital. sekadar perkongsian juga, demam denggi tidak berjangkit jika kita ingin menyusukan baby. Alhamdulillah. perkara pertama yang saya bimbangkan bila disahkan demam denggi adalah si kecik Adam Sadiq. huhuhu

sebelum ni, waktu saya mengandung 4 bulan lebih saya pernah ditahan ward kerana demam denggi. waktu tu hanya tuhan saja yang tahu. malam-malam tido sorang rasa macam 'aku nak mati dah ke'? huhuhu...iyalah, hidung saya pun dah mula berdarah masa tu. tapi saya kuatkan semangat, insyaAllah saya akan keluar ward dengan sihatnya dan dapat melihat si little caliph kami yang ditunggu sekian lama. malam kedua mak saya dah tunggu saya di ward. ehehehe....kuat sikit semangat

lama pun takde la lama sangat tapi selepas 4 bulan kawin saya disahkan mengandung 5 minggu. masa tu dunia macam penuh bintang di langit ja. percaya dengan tidak. ehehehe....walaupun pada awal perkahwinan ada segelintir yang menganggap kami kawin cepat 'bersebab' dan tak kurang yang mempersoalkan pernikahan kami yang dipercepatkan. masyaAllah, kami percepatkan urusan yang baik, bukan yang tidak baik. tapi bila saya lambat mengandung itu pula yang menjadi isu dipersoalkan. tak boleh mengandung ke hapa? kalau tak sabar, mau jadi gaduh tapi saya serahkan pada Dia. rezeki Allah yang bagi. cepat atau lambat Allah tahu yang terbaik. Alhamdulillah Allah bagi kami tak cepat dan tak lambat. 

berkongsi pengalaman, bila dah 3 bulan lebih saya tak mengandung saya ada membaca dan diberitahu oleh seniors yang wanita hamil atau merancang untuk hamil kita digalakkan untuk mengambil asid folic. okey first time saya dengar acid folic. ada rakan yang telah mengambilnya sebelum kawen dan alhamdulillah tak sampai sebulan kawen dah disahkan hamil. saya hanya mendengar dan membaca tapi masih belum berani hendak mencubanya sebab lepas tu Alhamdulillah kami dikhabarkan dengan kehadiran si little caliph dalam tummy ibu dia ni. ehehe....

sekadar informasi bersama asid folic atau dikenali sebagai vitamin B9 ini kita perlu untuk membina sel-sel baru dalam tubuh (bina DNA baru atau baiki DNA rosak). Asid folic ini juga berperanan untuk mengurangkan kecacatan saraf tunjang, mengurangkan keguguran, lahir mati & kelahiran pramatang, kekurangan darah, menambahkan kepekatan hemoglobin dalam darah serta mengurangkan kecacatan lain pada baby. jadi kalau wanita yang merancang untuk hamil, anda digalakkan untuk mengambil asid folic 3-6 bulan untuk mengandung manakala wanita yang sudah hamil dinasihatkan untuk mengambil asid folic sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. tapi kalau nak sambung selepas itu pun amat digalakkan.

antara koleksi ubat yang wajib dimakan apabila berada di ofis
walau apapun kita berbalik kepada usaha & tawakal. kita merancang tapi perancangan Allah lebih baik. saya juga punya sahabat yang belum hamil tapi punya kerjaya yang baik dan keluarga yang bahagia. masih belum rezekinya dan ada beberapa sahabat saya yang berjaya hamil namun Allah lebih menyayangi ahli-ahli syurga mereka. sesungguhnya mereka diduga untuk diberi kekuatan yang saya rasa saya sendiri tak mampu untuk memilikinya. subhanallah... Allah itu Maha Adil & Maha Mengetahui.

dan saya sangat berduka melihat anak-anak kecil yang tak berdosa dibuang tanpa ada rasa belas kasihan. kadang-kala bila terfikir Allah bagi dengan mudahnya kepada mereka yang berzina dan Allah tangguhkan untuk kita yang sudah halal untuk memilikinya. sesungguhnya anak itu juga ujian besar untuk kita dalam menuju ke destinasi abadi. bersedialah untuk menjawab tentang amanah ini di hadapanNya kelak. 

sekarang Adam Sadiq sudah hampir berusia 4 bulan. sekejap sahaja masa berlalu kan? seingat saya sekitar november tahun lepas adalah trimester pertama yang saya lalui. 5 dan 6 minggu pertama saya masih kuat. wah, saya tidak mengalami alahan. kononnya. selepas itu, saya mengalami simptom-simptom berikut. lain wanita mungkin lain ragamnya.

malas
demam dan sakit kepala yang teruk
tak boleh bau masakan
tak suka makan ayam
tak suka bau Abang
cepat penat
cepat lapar
makin cepat naik angin...ehehehe

tapi alhamdulillah, saya bukan jenis alahan muntah yang teruk. kadang-kala mai tak berkenan di perut barulah saya muntah hijau. tapi jarang sekali. dan mujurlah Abang tak banyak ragam dan banyak membantu. yang paling best hari-hari tak payah drive pergi ofis, dah ada driver yang tolong hantarkan. dan kini saya bagai merindui memori tersebut. 

Kredit : Google Image

# Alhamdulillah, rezeki anak senantiasa ada. terima kasih semua untuk perlantikan jawatan yang saya terima walaupun hari tu masuk exam dalam keadaan yang tidak sihat dan Adam Sadiq yang meragam malamnya. believe it or not, saya study dalam jem nak masuk ofis dan pergi KL untuk exam.

Friday, October 10, 2014

Semangat Yang Kembali

Assalamualaikum..

salam ceria dan salam semangat daripada ibu Adam Sadiq. okey, quiet poyo macam dia sorang yang jer yang ada anak. hahaha...Alhamdulillah.

hari ini hari ke-12 saya kembali bertugas. baru boleh mencuri masa menghupdate blog yang sudah bersawang. kalau masa berpantang memang takde masa. layan si kecik tu je. tapi sempat jugak layan Rindu Awak 200% ngan Good Daughter, Hana. keh3....tapi bila balik Shah Alam. sume cerita kat tv dah x sempat nak dihadap dah apatah lagi nak merewang blog segala.

sejujurnya, saya kembali bertugas dengan semangat yang berkobar-kobar. dah lama tak menghadap data dan masuk meeting yang berjam-jam. keh3....pastu mula la lenguh pinggang (saya tak mengantuk ye sebab saya tak suka tidur dalam kuliah, jadi dalam meeting pun saya tak boleh tidur). kalau difikirkan kembali attitude yang kita bawa dan amalkan semasa di alam menuntut ilmu adalah salah satu cabang ilmu yang boleh diamalkan apabila masuk ke alam kerjaya dan bukannya gred semata-mata di atas kertas yang kita perolehi setiap semester.

prinsip saya masa belajar dulu mudah. be on time (saya tak suka lewat ke kuliah atau group discussion) dan jujurlah dalam melakukan apa jua perkara (saya tidak suka meniru dalam exam mahupun assignment). so bila di alam pekerjaan saya cuba sedaya upaya masuk dan keluar pada waktu kerja yang ditetapkan walaupun kadang-kala tersasar jugak. walau bagaimanapun jangan jadikan ia sebagai tabiat.

tapi minggu ni saya mengaku saya ada masuk kije lewat sebab adam sadiq saya meragam. huhuhu....cepat-cepat besar jadi anak yang soleh sayang!

dan sememangnya apabila baru bersalin kebanyakan wanita akan bersemangat untuk kembali kepada bentuk asal. keh3...sebelum ni saya topup 17.1kg. sume baju kurung saya tak muat. huahuahua. pakai jubah & baju pregnant pun senteng semacam ja. panjang sangat kot ibu adam sadiq ni. huhu....tetapi sehingga last week saya dah berjaya hilangkan 16.1 kg. okey im not really sure either its a success or failure. huwaa....ingat nak balancekan BMI tapi nampak gaya macam tak jer. tapi saya juga ada mendengar satu mitos 'awal-awal ni turun la. lpas 5 6 bulan nanti naik balik'. ye ek? okey kita tengok. saya bukan la nak kembang semangkuk tapi sekadar BMI saya seimbang pun dah okey. janji masih muat baju-baju saya yer. untong ler dulu-dulu buat baju besar kan. kan. kan....nampak tak antara hikmah disebalik menutup aurat? bila badan kita membesar & mengecil bajunya masih muat dipakai.

saya juga belikan baju-baju yang besar untuk adam sadiq kami tetapi malangnya sumenya dah jadi sendat. semangat betul anak ibu membesar. ada jugak romper yang langsung tak sempat dipakai. semangat sangat ibunya membeli masa mengandung dulu. huhu...takpe la, kita pakaikan kat adam sidiq pulak lepas ni. ops...amboi2. haha....kena tunggu at least 2 tahun, masyitah aminah! okey cerita sakit perut & bersalin kita citer next next entry. tak bersemangat nak menulis cerita bab sakit perut dulu. sampai lani pun kalau ingat, mereka yang pernah bersalin sahaja tahu sakitnya perut terutama masa kontraksi. masa tu memang saya ingat saya dah nak kembali kepada Dia ke?

owh, mungkin agak terlewat tapi selagi berkesempatan saya nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua. yup, tahun ini raya di perantauan lagi. tahun pertama raya di KL tahun lepas. sayu jugak. tapi tahun ni rasa macam biasa. sebab kami semua raya kat KL. kehkehkeh...dengan mak sekali. okey la tu. dengan keadaan 'subsidi minyak dikurangkan 20sen' kami berjimat untuk tidak melakukan pembaziran minyak dengan sangkut di dalam kesesakan jalan raya untuk pulang ke kampung. kami kan rakyat yang bijak. (sila terasa). 

dan saya bersemangat nak tunggu pembentangan bajet 2015. katanya suruh tunggu dengar bajet. iyer la. semangat sangat nak tunggu ni. (bajet!)

ok. semangat. semangat. semangat.

semoga Allah kuatkan semangat saya menghadapi liku-liku ujian dunia ini dengan penuh kesabaran.


# rindu Adam Sadiq beratus %. okey, rindu abang beratus % jugak. kehkehkeh....

Saturday, August 30, 2014

THE SIGN OF OUR LOVE

Alhamdulillah
seribu kesyukuran ku panjatkan kepada Ilahi untuk anugerah yang diimpikan oleh setiap wanita bergelar isteri. nothing much could i say. its a marvelous experience. dan hari ini adalah hari ke-48 saya bergelar ibu. subhanallah. setelah 39W&1D dalam perut ibu. ikut ibu masuk ofis dan meeting, pergi kuliah dan menghadap jem di KL ni akhirnya my little caliph keluar jua menjengah dunia.

semoga membesar menjadi anak soleh dan mukmin berjaya dunia akhirat.

ADAM SADIQ BIN SANUSI


memilikimu adalah hal yang terindah dalam hidup ibu.....

Wednesday, July 9, 2014

CORETAN MENGANDUNG SAYA 5

berkongsi informasi, sementara menanti saat-saat dijemput pulang 4.30ptg nanti. kerja-kerja yang saya uruskan dah diserahkan kepada staf unit saya dan ketua jabatan saya. selamat mengerjakan data-data itu semua ye. so, sekarang ni masuk ofis load kerja saya takde la macam dulu sebab dah ada orang yang tolong buat. tapi kalau ada kerja masuk,kena buat. saya belom bersalin lagi, okey. hekhekhek...yelah2 (tolong jangan menulis ejaan yew. auwww... geli)

ok, untuk ibu-ibu yang pertama kali nak bersalin atau bakal bersalin mahupun yang dah berkali-kali masuk labour room dan hospital, apa yang perlu disediakan? saya tanya mak saya, mak saya cakap dulu-dulu dia tak pernah bersalin kat hospital. so saya tanya kakak-kakak dan senior saya. okey, banyak versi. so dalam kelapangan masa yang ada saya cuba menanyakan pada pakcik Google melihat pengalaman bersalin orang lain. tup-tup balik klinik last week baru perasan, nurse ada lekatkan checklist kat buku rawatan saya. ehehehe...baru perasan.

thank you for this checklist
jom checkout list yang saya tanya pakcik Google. yang dimerahkan adalah tiada/tidak disediakan/tidak perlu/saya belum sediakan lagi. keh3

A) Keperluan di Hospital
IBU

1. Kad Rawatan Bulanan 
2. Pakaian Di hospital 
3. Nursing Bra 
4. Nursing Pad ---> 
5. Maternity Panty 
6. Sanitary Pad 
7. Baju Panas 
8. Stokin 
9. Kain Batik 
10. Sabun ---> sabun cuci muka dah, shower dok dlm bilik air. beli kat sana je la. huhu
11. Berus Gigi 
12. Tuala Mandi 
13. Sikat ---> belum letak dalam beg lagi
14. Selipar 
15. Peralatan Makan Minum ---> saya rasa, KPJ dah sediakan part ni.
16. Pakaian Pulang 

BAYI
1. Diapers 
2. Tuala (Receiving Towel)
3. Tuala Mandi
4. Wet Tissue
5. Tisu 
6. Baju Bayi
7. Selimut
8. Sarung Tangan
9. Stokin

done. dah bape kali masuk keluar kereta dah beg-beg ni. ehehehehe
B) Keperluan di Rumah
MANDIAN
1. Tuala
2. Sabun Bayi
3. Syampu
4. Bedak
5. Lotion Bayi
6. Besen Mandi
7. Minyak Rambut
8. Krim Bayi (Nappy Rash)

kena blaja mandikan baby la nanti...
TIDUR
1. Bantal Bayi
2. Kelambu
3. Tilam Bayi
4. Katil Bayi ---> yang ni saya tak plan nak beli. perlu ke? huhu
5. Buaian ---> yang ni pun tiada dalam list. sebolehnya saya nak elak tidurkan baby dlm buaian tapi kalau perlu jugak, saya pinjam dengan kakak-kakak saya je la. hehehe....
6. Selimut

first gift from umi teh. tilam + kelambu. terima kasih sebab tolong kami untuk berjimat.
PAKAIAN
1. Baju Lengan Panjang
2. Lampin/Diapers
3. Baju Lengan Pendek
4. Seluar Panjang
5. Seluar Pendek
6. Stokin Tangan
7. Stokin Kaki

LAIN-LAIN
1. Pin Keselamatan ---> ini utk apa ye?
2. Baby Wipes
3. Cotton Bud
4. Bakul Baju
5. Bakul Baju Kotor
6. Baby Detergent
7. Bakul Sampah

DONE
Ok, alhamdulillah. done. saya beli yang mana patut mengikut checklist yang saya buat masa awal-awal mengandung dulu. beli sikit-sikit. pergi warehouse pureen or sale babyoutlet beberpa kali. jalan-jalan kat mom & baby expo kononnya nak jimat. last-last balik, kepenatan but sekarang saya dah tak larat nak jalan. Alhamdulillah, perbelanjaan on da track tapi satu je yang tersasar. saya cakap nak beli 10 pasang baju baby je tpi terlebih lak. ehehehe....rambang mata tengok baju. saya dah siapkan masuk dalam box. ada yang suh letak dalam bakul tapi saya cakap 'recycle je dulu benda yang ada'. elakkan pembaziran.....

satu pesanan penaja, beli benda ni. hahaha....lama betul saya nak buat pilihan untuk beli benda yang satu ni. tadaaa.....


Benda-benda Melayu/Muslim Sebut bila Ramadan

Friday, July 4, 2014

CORETAN MENGANDUNG SAYA 4

menghitung hari. hanya tinggal 16 hari untuk tiba harinya. kalau terlambat, jawabnya terpaksa menempah tarikh la kami. hehehehe....

sebelum terlanjur, salam ramadhan buat semua Islam di seluruh dunia. Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk Ramadhan pada kali ini dan aku berharap moga ada syawal lagi buat kami semua bersama.


masih teringat tahun lepas, Ramadhan pertama sebagai isteri. seronoknya berpuasa dan memasak untuk berbuka. kadang kala balik ofis Abang dah tunggu di Bazar Ramadhan Seksyen 13, Shah Alam. habis satu bazar dijejakinya tapi membelinya seciput. tapi tahun ni, harap maaf. kami bakal bertiga. saya tak larat nak jalan jauh-jauh. tapi sebenarnya banyak berjalan boleh mempercepatkan proses untuk bersalin. tapi sekarang kaki saya dah makin membengkak. jalan banyak buat saya penat yang amat. huhuhu

tapi entah kenapa, kadang kala rasa sayu terbit di hati. baru 6 Ramadhan, kadang kala kami terpaksa berbuka di tepi jalan. tak sempat balik rumah. sekarang saya tak berdaya nak drive pergi ofis, jadi balik kije saya hanya tunggu dijemput. bila azan maghrib berkumandang, kami berbuka di tepi jalan. terima kasih Abang sebab memahami saya. saya dalam fasa betul-betul tak larat. lain orang , lain rezekinya. jangan rasa kita kuat sebelum ni dan selamanya kita akan kuat. pesan saya hanya satu, mengandung dulu dan lihat apa habuan untuk kamu. kalau kamu mampu cergas sepanjang masa, Alhamdulillah dan jika sebaliknya. terima ujian ini dengan redha.

(bukan apa, sekadar luahan hati ibu mengandung. saya masih belum bersalin. tapi kalau orang yang pernah bersalin boleh bercakap macam orang yang tak pernah bersalin, tersentuh juga hati.)

cabaran apabila kita menjengah dunia kerjaya. bagi saya, family first dan kerjaya kini sudah jatuh di tangga ke bawah. insyaAllah, rezeki ada di mana-mana. tak gitu? 

Ramadhan tahun lepas, saya sibuk dengan persiapan untuk majlis kesyukuran yang bakal menjelma pada raya ketiga. kali ini saya ta sibuk tapi lebih kepada persediaan mental dan fizikal menghadapi saat-saat membawa little caliph kami ke dunia ini. Alhamdulillah, semua barang dah siap yang tinggal carseat, stroller dan benda-benda besar yang perlu difikirkan kemudian. sayu menghadapinya. mungkin mood orang mengandung yang makin hari makin tak tentu arah bercampur baur dengan nervous.

untuk little caliph kami. ikut senior pergi baby outlet, gatal jugak tangan menggapainya walaupun dalam list dah tertulis 'DONE'
di akhir rasa ini
ingin aku coretkan buat insan-insan yang ku sayang
dan insan-insan yang menyayangiku
maafkan aku untuk setiap salah silapku
halalkan makan minumku
dan doakan urusanku dipermudahkan 
dan segalanya selamat dan di bawah rahmatNya

Amin.....

Tuesday, July 1, 2014

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN PERTAMA SANUSI & AMINA


30 Jun 2013 - 30 Jun 2014
Alhamdulillah. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Pertama Sanusi & Amina

ku mohon kekalkan jodoh ini hingga ke Jannah
kuatkan dan tabahkan hati kami dalam menempuh apa jua rintangan
bahagiakan kami hingga ke syurga bersama zuriat yang soleh dan solehah
dan berkati kehidupan kami di dunia akhirat

# waiting for our first little caliph. pray for us. may Allah ease and give us safe 'journey' to bring this 'amanah' into our world. please being a soleh one, sayang. you are the gift for us. Alhamdulillah.

Thursday, June 19, 2014

ANNIVERSARY MOOD 2

19 Jun 2014

hanya berbaki 11 hari lagi untuk cukup setahun usia perkahwinan kami. dan tinggal sebulan lagi untuk due date our first little caliph kami menjengah dunia. doakan yang terbaik buat saya. semoga dapat bersalin normal, selamat dan dipermudahkan semuanya. dan kami berharap agar permata hati ini membesar menjadi soleh dan menyejukkan mata dan hati kami di samping sempurna iman, akhlak dan sifatnya. semua ibu bapa akan mendoakan yang terbaik untuk anak mereka termasuk kami juga yang sedang berdebar menunggu hari.

inilah hadiah terbaik dan terindah untuk ulangtahun perkahwinan pertama kami. InsyaAllah. memasuki fasa usia kandungan 36 weeks amat mendebarkan dan menguji kekuatan dan kesabaran kami. hanya tuhan sahaja yang tahu. minggu lepas hampir admit ward sebab doctor suspek saya dah nak bersalin. hehehe...alhamdulillah. baby nak tunggu 36 weeks at least. sabar ye sayang, ibu banyak kije lagi tak settle neh. next week ibu kena bagi talk untuk training sistem tapi tak tahu sempat ke tak atau larat ke tak. sekarang nak angkat kaki pun tak boleh apatah nak berjalan. maha suci Allah memberi aku pengalaman merasai pengalaman ini. baru tahu macam mana mak bawak saya mase dulu-dulu kan? hehehe....

kalau ikutkan hati, saya masih teringat laporan dan modul yang belum siap untuk program next week. tapi macam biasa bila sampai satu tahap, saya kembali kepada asal kejadian. Allah bagi kita sesuatu untukdiurusi dengan bijak dan akal yang rasional. andai tiba masanya untuk little caliph menjenguk dunia lebih awal, kami terima dengan redhanya.

sedikit pendapat dan pengalaman untuk dikongsi. setiap wanita mengimpikan untuk merasai pengalaman ini. Alhamdulillah, Allah bagi saya merasai nikmat ini. hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya saya. dan apa yang nak dikongsi, setiap orang ada rezeki dan bahagian masing-masing.maksud saya ada sesetengah daripada kita sebelum mengandung orangnya asyik lemah dan sakit memanjang tapi bila mengandung Alhamdulillah dialah manusia yang Allah jadikan sekuat-kuat wanita. macam saya, dulu nak ke mana saya tak suka menyusahkan orang. on engine kereta dan jalan. bayar bil mahupun window shopping saya boleh buat sendiri. jalan ke sana ke mari tanpa menyusahkan Abang untuk buat itu ini. sebab Abang cakap perempuan ada some part perlu ada sikap berdikari. yes, I am!

tapi sekarang, harap maaf. saya nak drive tekan minyak pun tak larat. hahaha...semuanya Allah jadikan cantik. dulu saya selalu pikir nak masak apa walapun abang selalu request daging goreng ja memanjang. tapi kini, saya tak larat. basuh baju, then abang tolong jemurkan. dan kalau mak ada kat KL ni saya nyusahkan mak tolong. hehehe...tak habis-habis menyusahkan orang kan.

masa belum mengandung dulu, saya selalu bergurau mengejek kakak saya yang mengandung. saya cakap 'suka mengada mengidam itu ini' . bila saya yang mengandung, baru saya tahu macam mana rasa mengidam nak dapatkan sesuatu. tapi saya takdelah melalut benda mengarut cuma bila rasa nak tu. erm...... kalau tak dapat, sabar je la sayang yer. hehehe....

dan dalam usia perkahwinan yang hampir setahun banyak perkara yang menyedarkan saya tentang kehidupan. apa yang ada sudah cukup membuat kami bersyukur. walaupun tak semewah orang lain namun Allah cukupkan kami dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

terima kasih Allah untuk semua nikmat yang kau kurniakan. nikmat sihat dan masa lapang, nikmat kebahagiaan dan kesusahan yang banyak menguji kami. semoga semua ini menguatkan lagi kasih sayang kami hingga ke syurga. terima kasih untuk keluarga dan sahabat handai yang senantiasa bersama dan mendoakan kami.

Thank You Allah for this Beautiful Life




Friday, May 30, 2014

ANNIVERSARY MOOD 1

30 Mei 2014
11 bulan yang lalu, kali pertama saya membalas genggaman tangan seorang lelaki. yup, its halal for me. for sure, insyaAllah.

welcome to anniversarry month mood!

sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas. saya rasa macam semalam Abang mintak no telefon saya tapi saya mintak Abang jawab beberapa soalan yang mampu mempengaruhi saya sama ada perlu ke tak bagi no telefon pada dia ni. saya bukan orang yang mudah-mudah nak bagi no telefon saya pada orang. dan salah satu soalan yang saya tanya pada Abang.

'kalau ada kucing datang menempel kat awak, awak buat apa?'

dalam pikiran saya, kalau disepaknya kucing tu memang kita dapat rasa orang ni camner dan kalau sebaliknya mesti kita rasa orang ni penyayang pada binatang. insyaAllah pada manusia pun dia akan sayang nanti. malangnya jawapan dia lari daripada tanggapan saya.

'bukan kucing yang menempel kat saya tapi kucing lari bila nampak saya. saya pulak yang kena kejar cari dia'.

owh!

dan sepanjang saya kawen saya tak sangka, sebenarnya suami saya ni peminat kucing. awww! meow2! kehkehkeh....serius, saya tak tahu nak cakap apa. muka poyo tapi suka kucing rupanya. dan dalam seminggu dua yang lepas dia bagi cadangan yang buat saya tergamam seketika.

'yang, kita bela kucing nak?'

saya pandang Abang dengan muka pelik. buang tabiat ke apa laki aku ni. aku nak menghitung hari beranak, dia nak bela kucing. saya bukan tak suka kucing, dan saya tak pernah sepak atau terajang kucing malahan saya sangat anti pada manusia-manusia yang kejam sebegitu. tapi, susah nak cakap. nak kata takut takde la tapi saya kalau tengok kucing dan kucing tengok saya. jantung saya berdegup pantas dan saya rasa darah naik ke kepala. baik saya blah sebelum kucing tu kejar saya. hahaha...saya memang selalu perasan nak mampos yang kucing tu akan terkam saya. adoi....

saya takkan benci binatang kesayangan Rasulullah tu. malahan arwah ayah saya pun sangat sayangkan kucing. 

malam bujang terakhir. pukul 12 malam dok tengok orang gubah hantaran. tengok ja, tak buat...kehkehkeh
selamat pengantin baru juga sahabat-sahabat sekelas yang meraikan hari bahagia. maaf, saya tak dapat balik kampung. dalam kesibukan final exam dan perut yang memboyot ni, nak travel jauh tak larat. hehehe....semoga bahagia hingga ke syurga semua!

# hidup berumahtangga akan ada pasang surutnya. semoga kesabaran, kebahagaian dan keberkatan senantiasa mengiringi mahligai ini. amin... 


Thursday, May 22, 2014

Suci


Alangkah indah kehidupan ini
jika saling menyayangi
kita hulurkan persahabatan
dengan niat suci

andai murni oh jiwa nurani
jika saling mengasihi
tuhan tidak memandang wajahmu
tapi dihatimu

bersihkanlah jiwa dengan amalan
yang mendekatkan kita pada yang Esa
aku redha apa yang ditakdirkannya

cinta suci yang telah lafazkan
jangan engkau persiakan
aku menharapkan kedamaian hati
bahgia bersama denganmu

bersamalah kita berdoa
semoga cinta kau dan aku
bisa tembus ke pintu syurga

cinta yang berlandaskan suci
tidak pernah mungkiri janji
sama-sama menanggung rindu
dan jujur selalu hingga keakhirnya
suci dan setia

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-suci-yantzen.html#ixzz32PvaHDE7

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena