Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 19, 2014

Cerita Demam, Suspek Hamil & Third Trimester

semalam merupakan hari yang agak tingtong bermula pagi sehingga malam. entah apa yang tidak kena awal-awal pagi saya sudah sesat di highway untuk ke ofis KL. bukan tak pernah pergi malahan itulah laluan untuk saya pergi ke kuliah namun kejadiannya bila keluar Tol Duta saya sesat sekali lagi. adoi....sedar-sedar depan Sogo. oit, its not the right time for shopping la. so pagi-pagi saya berjaya tawaf Shah Alam & KL dengan gumbiranya. nasib saya baik, musim cuti sekolah. so kesesakan lalulintas adalah tidak seperti hari biasa. terima kasih anak-anak murid dan cikgu-cikgu yang dah balik kampung. damai sekejap KL ni. huhuhu...

maka selepas siap urusan saya di ofis KL saya kembali ke ofis Mentari. okey waktu ni saya rasa demam saya dah lain macam. ye betul! sehingga ke petang saya rasa muka, mata dan kepala saya berdenyut dan tak mampu dibuka. penangan demam selsema. saya bergegas pulang namun tersadai di parking Giant Sek 13 menanti handsome boy balik ofis. kehkehkeh...jawabnya saya menyerah diri ke klinik jugak. dengan muntahnya , doktor dengan selamba bertanya.

'awak mengandung kot?'

oit. tadi dah cakap kita baru bersalin 5 bulan yang lepas. dan dan je. Abang tetiba gelak. saya yang sakit ni menempelak.

'apsal abang gelak?' depa ingat buat anak ni macam buat kuih? amanahnya terlalu besar dipikul. percayalah. itulah saham akhirat untuk kita. huhuhu...

dan itulah cerita demam saya pada tahun 2014. saya rasa tahun ini merupakan rekod terbaik dalam catatan hidup saya. sejak awal tahun sampai akhir tahun, hanya cerita demam dan suspek hamil. walau bagaimanapun saya menganggapnya sebagai kafarah di atas dosa-dosa saya sebelum ini. Alhamdulillah, saya terimanya dengan hati yang terbuka. Terima kasih juga untuk Abang dan Mak yang senantiasa berada di sisi saya saat sakit dan sihat.

dan menyambung cerita third trimester kehamilan saya, waktu ini dikira sebagai waktu yang agak membuka selera saya. saya pantang jumpa makanan saya makan dan makan. alhamdulillah, rezeki baby. ada ja makanan yang datang menyinggah. dan saya juga bersyukur setiap kali saya mengikuti pemeriksaan antenatal, Abang tidak pernah ketinggalan bersama saya. so hobi kami adalah menimbang berat badan saya. ehehehe.....dan soalan yang Abang suka tanya doktor adalah:

'berapa berat baby kami?'

setiap kali saya menjalani pemeriksaan antenatal, maka ujian ultrasound akan dilakukan. antara tujuan ujian ini adalah untuk memastikan kehamilan, pendarahan vagina, menentukan usia dan size, mengesan ketidaknormalan, kedudukan uri, air ketuban dan lain-lain lagi la yang boleh dibaca. ehehehe...

apabila memasuki third trimester, pemeriksaan sebulan sekali bertukar 2 kali sebulan. dan saya perasan sewaktu usia kandungan saya 8 bulan doktor tidak lagi memberitahu size baby saya. kami pun terlupa sebab bila jumpa doktor benda lain pulak yang dibincang. nak-nak dalam usia 35-37 weeks saya selalu mengalami braxton hicks yang menyebabkan saya rasa, dah nak bersalin ke ni? hehehe....sebab saya tidak punya pengalaman menyebabkan kadang kala saya agak terkeliru. dan pagi sebelum saya bersalin, sewaktu pemeriksaan bila ditanya anggaran berat baby, Doktor saya agak terkesima 'baby awak ni anggarannya 4.4 kg.' mak ai, besornya. hari tu setiap kali kami tanya doktor akan bagitahu jangan risau baby awak lahir nanti 2.8-3.0kg je.

dan berat badan saya bertambah bagai dipam-pam. just imagine 2 minggu bersamaan 2kg. kehkehkeh....selera saya semakin bertambah. apa lagi, diberi minum air gula la untuk mengesan diabetes gestasi. mujurlah air gula saya berperisa oren dan sejuk. bila keluar saya cakap kat abang 'sedap jugak airnya'. hehehe..tapi yang menyeksakan adalah saya perlu berpuasa bermula pukul 12 tengah malam sehinggalah 12 tengah hari. pukul 1 ptg bila dah dapat jumpa makanan memang saya hadap sesungguhnya. kesian baby kelaparan. hehehehe....keputusannya saya hampir kena kecing manis tapi doktor cakap 'bertenang. baru 7.8. hanya perlu berjaga-jaga'. ek? saya sangat risau sebabnya parents saya mempunyai kencing manis tapi doktor saya sangat cool. 

GDM ataupun bahasa mat sallehnya Gestational Diabetes Mellitus boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja walaupun ibu mengandung itu tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis apatah lagi yang memilikinya. yang merisaukan saya adalah parents saya penghidap kencing manis. walaubagaimanapun, Alhamdulillah doktor tak isytiharkan saya penghidap kencing manis sehinggalah saya bersalin even ada jugak terpikir bila doktor cakap baby saya besar. emmm...orang cakap ibu mengandung yang ada kencing manis selalunya baby akan besar dan doktor dah siap-siap bagi tarikh bersalin. jawabnya 38weeks dah boleh jalan la. huhuhu

sewaktu kandungan saya memasuki 35 weeks pula saya hampir ditahan wad dan doktor menasihatkan saya menyerah diri. beberapa kali ujian CTG dijalankan untuk mengukur kadar denyutan jantung bayi dan kontraksi. dan Abang senantiasa gigih menemani saya. sempat jugak Abah bambam tu cakap 'kalau cam gini la jadi doktor sakit puan, memang dari dulu Abang dah jadi doktor'. amboi! tak jadi nak bersalin kalau mendengarnya. huh! hehehe

namun saya pujuk baby supaya bertahan dan bersabar. sekurang-kurangnya biarlah saya melepasi 36 weeks bagi mengelakkan kelahiran pramatang. malahan kalau bayi pramatang yang tidak mencapai berat 2.0kg, maka bayi akan diletakkan di dalam incubator. saya tak sanggup. dan Alhamdulillah, anak ibu mendengar cakap. tepat 39week 1 hari, Adam Sadiq menjengah dunia.


menceritakan detik-detik membawa Adam Sadiq ke dunia, saya sambungkan pada next entry. bila dah bersalin ni baru boleh nak menulis. waktu pregnant dulu memang tak berapa nak selera menghadap penulisan. macam-macam!

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena