Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, February 18, 2010

buat semua

Terima kasih untuk cinta dan kehidupan yang indah ini ya Allah. dikelilingi keluarga dan sahabat di sekeliling selalu menyedarkan aku hidup di dunia yang penuh ujian ini ya Allah....jangan pernah biarkan hati insan lemah ini sesat ke jalan yang tidak Kau redhai ya Allah.
mak dan ayah,
kak mungkin bukan anak yang solehah dan baik padamu berdua tapi untuk mak ayah kak punya hati yang amat menyayangi mak dan ayah. kak mungkin tak pandai mempamerkan rasa kasih dan sayang kak tapi kak tak pernah lupa mak ayah dalam setiap doa kak. semoga kak tidak menjadi anak yang melupakan mak dan ayah kelak. insyaAllah. serius, kak takut dengan gejala hari ini. anak-anak meninggalkan mak dan ayah mereka di jalanan dan di rumah jagaan orang tua begitu saja. kak harap, kak bukan tergolong dalam golongan tersebut. ya Allah, ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku semenjak aku kecil....terima kasih untuk seluruh kasih sayangmu yang tidak berbelah bahagi, untuk cintamu walau aku di atas mahupun di bawah....terima kasih mak ayah....Alhamdulillah untuk nikmat terindahMu ini ya Tuhan.....
 
untuk ahli keluargaku yang disayangi,
kak long, kak as, kak tie, abg din, piah, arif, abg nik dan adik cik...terima kasih untuk kasih sayang yang terbina antara kita. tak semua manis kerana pasti akan ada pahitnya namun itu lumrah alam. lidah lagikan tergigit, inikan kita adik-beradik. but, that the way how we build up our relationship. semoga kita semua bersama ke syurga, insyaAllah. memang bukan senang namun di situlah kita perlu berusaha. bersama kita bangkit saudaraku menjadi hambaNya yang berada di jalan yang Dia redhai. semoga Allah pimpin hati-hati hambaNya ini yang lemah dan hina. Astaghfirullah.....

buat sahabat-sahabatku,
kamu semua adalah perasa dalam kehidupanku. kamu mengajarku erti rasa marah, sayang, geram, maaf dan segalanya. pelbagai orang pelbagai ragam yang ku temui. denganmu kutemui erti persahabatan, denganmu ku belajar erti menghormati, denganmu ku dimengertikan hidup ini full of emotion and how to control myself. really difficult but it's really meaningful to have kamu dalam hidup seorang insan bernama Masyitah Aminah. terima kasih untuk ikatan persahabatan yang indah ini.....sahabat
 
dan istimewa buat diri,
jangan pernah mengalah dengan setiap ujian yang diberikanNya. jangan pernah bongkak dengan setiap nikmat yang kau perolehi. dan jangan pernah takut dengan cabaran yang mendatang. dont despair and loose hope, cause Allah is always by your side.......pimpin hati insanMu yang lemah ini ya Allah dan hati, jangan pernah kau hanyut dengan cinta dunia yang sia-sia. 



Tuesday, February 16, 2010

~Bengkel Cemerlang di Universiti~

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, segalanya sudah berakhir untuk program pertama Mantech Club ' Bengkel Cemerlang di Universiti' bagi semester ini. Program ini akhirnya dapat berjalan dengan lancarnya dan mengikut Puan Irda, Dekan kami amat gembira dengan program ini. Alhamdulillah. tahniah dan terima kasih to all of AJKs and fasilitators. this programe will not be reality without our teamworks. i luv it.


tapi, selaku pengarah program for this program really need me to be tough. bermula dengan sekerat dua AJK yg tidak mampu memberi komitmen, serius. i have to be patient enough. tapi, alhamdulillah kami dapat selesaikan masalah ini.


diikuti dengan masalah penginapan maka kami decide untuk tangguhkan program ini dari 31Dis 2009-2 Jan 2010 ditukar 28-30 Jan 2010. Alhamdulillah, pada tarikh ini Bengkel Cemerlang dapat dijayakan. tetapi, di saat terakhir masyitah dapat call, kami perlu menamatkan prograam kami lebih awal iaitu sebelum pukul 2.00 petang disebabkan 'masalah' yang diciptakan oleh pihak penginapan. memang kami kecewa kerana ada aktiviti kami yang terpaksa dibatalkan. tapi, itu masih belum cukup untuk mematahkan semangat kami.


apa yang benar-benar mencuit rasa di hati ini adalah tatkala 'ice breaking' what do you feel bila orang bagitahu 'sy datang program ini kerana dipaksa/terpaksa'. wow, jawapan berani dan hampir 1/3 memberi jawapan berani itu. thanks, my frens at least....at the end of this program i got the feedback 'kalau dijemput sekali lagi, kami nak join lagi this programe', 'best', 'puas hati'....Alhamdulillah even masih ada la sorang dua yg tak puas hati. maybe 'orang' ni tak seiz something mase program ni.


apa yang best eh? well, macam-macam ada. tapi yang masyitah tak boleh ingat macam mana mase segmen 'saya rasa saya cantik'.....masyitah terpaksa keluar wakil group. segan gila bila kena wat fasi tu attract kat kita. lelaki pulak tu. hohohoho....the statement 'abang dah makan?', masyitah menang that session for our group. huhuhu....sampai sekarang segan lagi. Malaha, malam-malam masih ada yang kena jadi ayam berkokok la, dan macam-macam lagi. tapi, those memories.....


yang paling berkesan dalam hati ini, time fasi tayang show 'ibu'. well, u know me.....main cakap pasal ibu ni i have no word to say becoz hanya hati ini yang tahu how much i luv my mom....aku nangis weh, takde mood sepetang. huhhuhu.....then pagi masa riadah hari last pun lagu 'ayah ibu' yang dipasang, aku nangis sepuas hatiku....masyitah, macam mana nak pergi overseas neh? huhuhuhu....


what is the best juga, first time blaja main galah panjang. hahahaha......lawak la masyitah main. memang tak reti ye........then, joging pergi pantai. subhanallah, indah sungguh ciptaanMu.



banyak memori di situ. i really miss masa kita qiammullail ramai-ramai tu. that feel......dan rindu 'kuliah subuh' tak jadi hahahaha.......jgn terasa kalau ada sesiapa baca neh. masyitah gurau je. solat berjemaah juga benar-benar menyedarkanku sesuatu, betapa indahnya bila kita berkumpul ramai-ramai mengerjakan suruhan Illahi. benar kata Cik Fatimah, solat berjemaah itu mengikat hati-hati insan seperti kita untuk bersahabat....



untuk akhirnya, masyitah rasa biar rasa dan memori ini tersemat kekal di sanubari setiap mereka yang menyertai Bengkel Cemerlang di Universiti. Buat mereka yang enggan dan menarik diri daripada program ini di saat-saat akhir, semoga korang dapat menyertainya pada masa hadapan. Dengar kata, program ini akan dijadikan acara tahunan Mantech Club. bereh boh.....



Terima kasih daun keladi,
next time kita wat lagi,


Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena