Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 31, 2015

Rindu Lelaki Itu

Memilikimu adalah hal yang terindah dalam hidupku. Alhamdulillah
31 Ogos 2015. tahun-tahun sebelum ini, pasti ada sambutan yang diadakan. tak tepat pada tarikhnya mesti sebelum atau selepasnya. dan mungkin jika dia masih ada, usianya sudah menjangkau 59 tahun. tapi dia sudah tiada. hanya doa yang senantiasa mengiringi kerinduanku ini.

terlalu banyak rinduku.

rindu pada arwah ayah.
rindu pada adam sadiq.
ayah tak sempat melihat cucu lelaki soleh ayah yang sorang ni kan? 
emmm....manja macam ibunya. hahahaha

memiliki lelaki-lelaki ini dalam hidupku adalah anugerah Allah yang tiada nilai tandingnya. Alhamdulillah.

kadang kala, rindu ini membawaku ke satu sudut yang tidak mampu aku tafsirkan. namun aku percaya, sabar dan tabah pasti akan ada manis di hujungnya. semoga Allah kuatkan hari-hariku untuk melalui hidup tanpa lelaki-lelaki ini di sisiku.

rindu gelak tawa adam sadiq.
dan...
rindu kata-kata penguat semangat ayah

ayah, rindu dan kasih kak tidak pernah berakhir.

ya Allah, tempatkanlah lelaki-lelaki ini di tempat yang Engkau redhai kelak.

Adam Sadiq, tunggu ibu balik.... 5 days to go. 



Saturday, August 15, 2015

hi hi no bye bye

Alhamdulillah. ada jugak masa akhirnya untuk saya kembali berblogging....ehehehe....jangan bagi alasan takde masa. masa tu takkan ada kalau kita yang tak peruntukkan untuknya. ngeh3

sungguh saya rindukan buku blog saya ini. saya cuba menghupdate blog menggunakan applikasi telefon note 4 saya malangnya feelnya tak seperti di lappy. keh3...owh bad news guys. my dearest lappy yang banyak berjasa almost 9 years finally retired. nak taknak saya terpaksa beli baru untuk mengurusi urusan dunia saya yang dari sehari makin lama makin bertambah. Allah sahaja yang tahu. apatah lagi sume urusan kini nak laptop dan online. tak larat nak bawak balik laptop ofis. kadang kala rasa macam tak kena pulak bila buat assignment dgn laptop opis. akhirnya saya berkeputusan untuk membeli yang baru. huhuhu

since almost 4 months move in new opis kat KL what could i say is 'tired'. 7 hari seminggu saya akan travel shah alam - kl . hujung minggu saya akan pergi kuliah pun kena naik kl. hahaha...bunyi macam kl - trg je. pada pendapat saya sebenarnya jaraknya tidak la sejauh yang disangka tetapi ekoran kesesakan lalu lintas yang kronik dan kadang kala buat saya hilang sabar, namun harus saya akur dan bersyukur, di sini Allah tetapkan rezeki saya. Alhamdulillah

beberapa bulan tidak menghupdate blog apa yang berlaku? tunggu saya update lain kali. ini hanya hi hi saja ni. harap-harap no bye bye!


okey. nak buat assigment. short sem ni subjek yang saya ambik agak mencabar nak-nak subjek dinamika yang mahukan saya berbicara tentang politik. bukan tak ambik tahu namun saya tidak suka berdebat dengan orang yang hanya absorb perkara di depan mata tetapi tidak berfikir menggunakan rasional dan akal. maaf. walaupun kamu ada degree, master, phd sekalipun kalau melontarkan pendapat seumpama kamu mahu bertoleransi tetapi sebenarnya tidak saya kurang gemar. tapi nak buat macam mana, itu cara kamu...keh3 sibuk menyatakan tidak puas hati padahal jem assignment tak boleh buat. hahahah

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena