Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 31, 2015

Rindu Lelaki Itu

Memilikimu adalah hal yang terindah dalam hidupku. Alhamdulillah
31 Ogos 2015. tahun-tahun sebelum ini, pasti ada sambutan yang diadakan. tak tepat pada tarikhnya mesti sebelum atau selepasnya. dan mungkin jika dia masih ada, usianya sudah menjangkau 59 tahun. tapi dia sudah tiada. hanya doa yang senantiasa mengiringi kerinduanku ini.

terlalu banyak rinduku.

rindu pada arwah ayah.
rindu pada adam sadiq.
ayah tak sempat melihat cucu lelaki soleh ayah yang sorang ni kan? 
emmm....manja macam ibunya. hahahaha

memiliki lelaki-lelaki ini dalam hidupku adalah anugerah Allah yang tiada nilai tandingnya. Alhamdulillah.

kadang kala, rindu ini membawaku ke satu sudut yang tidak mampu aku tafsirkan. namun aku percaya, sabar dan tabah pasti akan ada manis di hujungnya. semoga Allah kuatkan hari-hariku untuk melalui hidup tanpa lelaki-lelaki ini di sisiku.

rindu gelak tawa adam sadiq.
dan...
rindu kata-kata penguat semangat ayah

ayah, rindu dan kasih kak tidak pernah berakhir.

ya Allah, tempatkanlah lelaki-lelaki ini di tempat yang Engkau redhai kelak.

Adam Sadiq, tunggu ibu balik.... 5 days to go. 



No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena