THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, April 20, 2012

Let It Go


NOTA HATI. LET IT GO.
JIKA TAK MAMPU UNTUK MELUPAKAN, BELAJARLAH UNTUK REDHA. 
SEMUA INI MILIKNYA.

its not about I dont believe. its just because I'm afraid to believe. I'm alwayz pretending that I'm ok. actually I'm not really ok. 

sebab?
saya dah tak boleh baca novel lagi. nak-nak novel cinta. sebab saya akan terfikir, 
'ye ke?'.

kenapa saya sedih bila dengan lagu happy. 
macam lagu 'Love You Like A Love Song'. 

saya tak boleh dengar lagu 'Anak Kampung'......hahaha 

saya asyik makan tak berhenti. asyik lapar je. tapi benda positif yang saya belajar daripada dia 'nak jadi isteri solehah, habiskan makan'.... weh, saya dah tak membazir macam dulu lagi. hehehe

entry ini ditulis ketika kepala saya tengah bling2...next week ada interview. yang ni nak kena pakai formal. no more jeans macam dulu ye. aish...cari handbag sebijik. saya ni reti pakai beg sekolah je. senang nak taruk my hubby, si lappy tu.

doakan saya!

 

Saturday, April 14, 2012

Calon Menantu : Sotong Masak Kicap

setelah sekian lama menyepikan diri daripada bidang memasak neh, hahaha...berapa bulan je pun. sejak menjadi sedikit sewel je, saya tak mencemar duli kat dapur tu. setakat cuci pinggan dengan masak nasi. adeh...anak dara neh. ada mak mertua baca blog ni, melepas kau nak menjadi menantu. 

ampun...ampun

i'm not a good CHEF maybe
but
i can COOK for sure

hehe

tapi, kalau seseorang lelaki itu mahu jadikan saya teman hidup. terima kelebihan dan kekurangan saya. tak reti masak pun, boleh belajar kan? 
jangan risau, saya akan belajar. dalam process la ni tapi tak bersungguh. sebab takde komitmen. 
hahaha...gelak2. pastu nangis.

hari ni menu saya sebelum kembali berangkat ke KL,Sotong Masak Kicap. saya dah jumpa cara nak buat saya berhenti makan. sila masak. lepas masak, saya takde selera nak makan masakan saya. hehe..

cuba mak yang masak?
LICIN

sebenarnya saya ni alergik pada seafood. so, saya kena pantang. memang saya pantang. 
PANTANG JUMPA.
sekarang ni, sambil menaip saya menenyeh-nenyeh mata. dah gatal. hehe....sila tunggu selepas ini. macam mana nak naik bas malam ni.


satu masalah saya bila memasak, saya tak suka merasa masakan saya.
masin ka. manis ka. tawar ka. pahit ka.
confident SEDAP sudah.
haha..kakak dan mak saya selalu bising sebab perangai saya yang satu neh.
tapi
sebab saya masak sotong. eh, kena rasa. takut masin ka. tawar ka. kelat ka. hahaha....saya makan sikit je pun neh. dah gatal-gatal mata neh.


ok. siyes ini bukan sotong yang saya buli masuk kuali tadi. ini image yang saya tanya dengan pakcik google. saya takde kamera. dah masuk longkang. 
 S II saya ?
ada-ada. beli mahal-mahal takkan takdak kot. ngeh3....tapi saya lupa mana saya letak USB saya. dekat KL kot. hehe...malas la nak bergambar segala kat dapur. dah takde kije ke apa?

tapi lagi satu masalah yang selalu saya hadapi bila makan sotong yang dimasak di kedai, kenapa tak buang gigi sotong tu? saya tak tau orang panggil apa, tapi saya panggil gigi. alaa....yang kat kepala sebijik tu. aish...memang tak boleh makan saya. dah boleh agak cara masak dan basuh. bersih ke tak. huhuhu.....

pergh...bercakap soal makanan lak Masyitah Aminah neh ye. hehe...well. tak pernah dalam hidup I gained 2 kg just for 1 month. dan paling tak best saya sekarang sudah pandai makan lewat malam. 

TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN

Friday, April 13, 2012

Ujian Berteman


dalam hidup ada teman. dalam berteman ada ujian. dalam ujian hidup ini, saya mengerti di mana teman dan lawan ketika suka & duka.

sumber : saya lupa tapi seingatnya daripada facebook seorang teman. ayya....manusia mudah lupa. hehe

Wednesday, April 11, 2012

Itulah Masyitah Aminah Versi I

dalam hidup ni, jangan jadikan kesilapan sebagai sesuatu yang terus menutup kepada peluang memperbaiki ke arah sesuatu kebaikan. 

teringat masa aku drive dari Batu Pahat ke KL kat plus. aku lupa aku berhenti stesen minyak mana tapi sangat pasti PETRONAS. lepas bagi duit aku dengan yakin bagi kad MESRA PETRONAS dekat pakcik tu.

pelik. await pakcik neh dok geleng kepala. pastu tolak kad aku. aku bagi lagi. dia tolak lagi. 

aku geram. mak aih, masyitah aminah. jangan dok garang sangat. hehe

aku tanya.
'kenapa'....dengan nada lembut ye. sabar lagi.

pakcik tu dok geleng lagi. aish. ape hal neh. aku ambik kad MESRA PETRONAS aku. takkan ada expired kot.

pastu aku bukak mata luas-luas.

hahaha...kau memang betol sengal. aku bagi kad TOUCH n GO aku! sebab ada tulih lambang PETRONAS sikit gak, itu yang yakin sangat aku huluq kat pakcik tu.
adeh....

neh..kad yang bikin aku malu sokmo

 aku sengeh sambil mintak maaf. berlari ke arah si kuning dan cari balik kad MESRA PETRONAS aku.
ada pun....hahaha...

haa...ini dia yang selalu buat saya kalut kat kaunter
 sebenarnya citer neh ada kisah lagi. biasa la kalau orang kalut dok main pi KL gak. untuk pengetahuan walaupun saya ada kad TOUCH n GO tapi akan masuk lane tunai jugak. kadang-kadang masuk lane TUNAI & TOUCH n GO? 

tahu kenapa? meh nak citer minah sengal neh. kononnya drive si kuning. masalahnya si kuning tu kusyen dia konon-konon rendah sikit. hek-hek-hek. kalau masuk line TOUCH n GO, nak touch card aku neh selalu je tak sampai. abis kepala kluaq. last-last sekali akan dengar sesuatu kat dalam kete aku. 

'ADOI'
driver kete lane sebelah mesti sengeh tengok aku. kalau pakcik-pakcik hensom aku buat-buat lembap naikkan cermin kete (blaja gediks...haha...tak2. ini bukan saya). saya akan kalut masa neh.

tahu apa jadi? kepala saya terhantuk kat kete. hahaha...aku malu sungguh weh. so kalau  kalau masuk lane TUNAI & TOUCH n GO, tempat nak touch card rendah sikit. hehehe...sama lambat je pakai tunai.

so, aku decide. guna TOUCH n GO bila nak balik kampung je.

tapi...masa balik kampung nak raya hari tu. aku suruh opismate topup RM30. masa tu abang aku drive. nak pi Shah Alam ambik barang dia sebelum nak bertolak balik kampung. sampai kat plaza tol. aku ngan yakin bagi TOUCH n GO card aku. abang aku pelik. tak dapat la. dia reverse kete sambil bising nape aku tak topup. nanti sampai tol Gombak, mesti jammed lane tunai.

aku garu kepala aku yang bertudung litup neh. lama aku pandang kad aku neh. Zhi dah topup la. huhu...memang sengal minah neh. aku bagi kad MESRA PETRONAS lak kat abang aku. hahaha....adeh

kakak aku suruh pakai smart tag. aku cakap.

'sorry, i'm not interested to be perantau di KL neh'

see...Allah uji aku. bukk! cash kau!

astaghfirullah....

moral : jaga kata-kata. kesilapan & kegagalan, bukan penamat segalanya. masih ada jalannya. jangan berputus asa.

 apa yang masyitah merepek? hahaha....malam ini saya bosan. sengaja mengarut kat sini. nasib saya tak buat hal kat blog orang mahupun menyakitkan hati orang.

'awak, jangan lukakan hati orang'

ahaks. gila penuh perasaan menulih ayat tu. bermakna seh.

-Masyitah Aminah Versi I-

TERIMA KASIH UNTUK DOA KALIAN

Alhamdulillah...Allah masih panjangkan usiaku hingga hari ini untuk aku menikmati anugerahNya dan bertaubat untuk kesilapan-kesilapan aku. dan terima kasih untuk ucapan dan kiriman doa daripada semua buat Masyitah Aminah. saya sangat menghargainya. sayang kamoooooo!!

yang ni ucapan yang penuh dengan ejaan nama yang betol. saya suka...thanks my fren......
my old classmate...thank you.
kakak saya yang selalu tidak pernah lupa. befday makcik neh 19 April...our older sis selalu tertukaq. last year dia wish kat makcik neh. tahun neh pun dok ingat makcik neh lagi.....masyitah'aisyah punya kerja!
kakak saya cakap, dipermudahkan segala urusan tu maknanya, belajar, kerja, hidup, jodoh......nak point satu-satu kan dop kene pulop kato dio. hehehe...ini sebab aku tepon tanya, urusan apa. hahaha....susah dapat adik sengal macam masyitah aminah neh.

the other wishes. masyitah tepek yang mano sempat. from my bestfren, my senior, junior......yg tak tepek bukan dok special, banyak2 dok muat...haha...semua orang istimewa dalam hidup masyitah aminah. jangan risau...



yang ni paling akak suko sekali....yeah!

 
saya senyum dan terharu baca pesanan abang say yang ini. dalam kekalutan perasaan dan ujian yang Allah berikan. terima kasih. ujian-ujian ini menyedarkan saya, siapa orang-orang yang masih sanggup bersama saya dalam susah & senang.
dan orang terakhir yang wish kat facebook. junior aku memang betol la.....amin2

"..Yang mendewasakan diri kita adalah masalah dan musibah.. Dan yang menguatkan jiwa kita adalah doa kepada Allah.."

Monday, April 9, 2012

Kurnia


Terlukis hakikat insani
Dari cinta lautan jiwa
Satu pengzahiran rasa jelas di mata
Satu lakunan di pentas dunia
Ini kisah yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

 
Ayuhlah kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagian
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga 
-pakcik-

dia satu Kurnia. mengajar erti sebuah kehidupan. menjadi secebis memori. tak pernah menyesal tentang kehadiran dan pemergiaannya kerna dia Kurnia yang begitu berharga. 

Sesungguhnya yakinlah DIA lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya. Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.....

saya cuma mahu menghadapi hidup ini dengan tenang di samping orang-orang yang menyayangi dan menghargai saya.
 

Saturday, April 7, 2012

Selamat Hari Lahir ke-24

Alhamdulillah. Allah masih panjangkan usiaku untuk memberi peluang pada hambaNya ini bertaubat. masih belum cukupkah nikmat yang Dia kurniakan ini Masyitah Aminah?

Jangan mengeluh. Jangan berkeluh kesah. Ujian ini untuk menguji. Dia uji sebab Dia sayang. bagi aku usia 24 bukan usia anak remaja lagi. perlu memandang serius mengenai kehidupan. bukan dunia semata, tetapi akhirat juga. saya yakin, Allah hantar ujian di kala usiaku menjengah 24 ini untuk menegur. kamu terleka Masyitah Aminah. 

Berhenti menangis. Berhenti berduka. Allah beri ujian, untuk makbulkan doaku sebelum ini. bukankah seringkali kau bertanya dan menahan diri supaya bersabar, Allah pasti akan jawab doa-doaku selama ini mungkin melalui jalan yang tak aku sangka.

Maka, senyumlah di hari ulangtahun ke-24 ini Masyitah Aminah walaupun jujur aku akui. aku rindukan dia untuk bertanya:

"hari ini berapa haribulan?"

Tahun kedua tanpanya di sisi. kak masih belum kuat rupanya. sebab kak masih anak manja ayah dan selamanya ayah. semoga ayah berbahagia di sana. kak rindukan ayah dan kak tahu suatu hari akan tiba giliran kak ke sana. bukankah janji mati itu pasti? bersediakah kamu Masyitah Aminah?

Mari berubah menjadi baik. tapi ingat! menjadi baik itu prosesnya bukan sehari. maka berterusanlah keinginan kamu itu untuk MAHU menjadi baik kerna prosesnya akan mengambil masa sepanjang hidupmu. 

Selamat Hari Lahir ke-24 Masyitah Aminah.....semoga dirahmatiNya dan diberkatiNya dunia akhirat. jadi wanita solehah, anak solehah, isteri solehah dan ibu mithali (doa wajib selepas solat :-) )

“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..(PDH)

 

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena