THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 11, 2012

Itulah Masyitah Aminah Versi I

dalam hidup ni, jangan jadikan kesilapan sebagai sesuatu yang terus menutup kepada peluang memperbaiki ke arah sesuatu kebaikan. 

teringat masa aku drive dari Batu Pahat ke KL kat plus. aku lupa aku berhenti stesen minyak mana tapi sangat pasti PETRONAS. lepas bagi duit aku dengan yakin bagi kad MESRA PETRONAS dekat pakcik tu.

pelik. await pakcik neh dok geleng kepala. pastu tolak kad aku. aku bagi lagi. dia tolak lagi. 

aku geram. mak aih, masyitah aminah. jangan dok garang sangat. hehe

aku tanya.
'kenapa'....dengan nada lembut ye. sabar lagi.

pakcik tu dok geleng lagi. aish. ape hal neh. aku ambik kad MESRA PETRONAS aku. takkan ada expired kot.

pastu aku bukak mata luas-luas.

hahaha...kau memang betol sengal. aku bagi kad TOUCH n GO aku! sebab ada tulih lambang PETRONAS sikit gak, itu yang yakin sangat aku huluq kat pakcik tu.
adeh....

neh..kad yang bikin aku malu sokmo

 aku sengeh sambil mintak maaf. berlari ke arah si kuning dan cari balik kad MESRA PETRONAS aku.
ada pun....hahaha...

haa...ini dia yang selalu buat saya kalut kat kaunter
 sebenarnya citer neh ada kisah lagi. biasa la kalau orang kalut dok main pi KL gak. untuk pengetahuan walaupun saya ada kad TOUCH n GO tapi akan masuk lane tunai jugak. kadang-kadang masuk lane TUNAI & TOUCH n GO? 

tahu kenapa? meh nak citer minah sengal neh. kononnya drive si kuning. masalahnya si kuning tu kusyen dia konon-konon rendah sikit. hek-hek-hek. kalau masuk line TOUCH n GO, nak touch card aku neh selalu je tak sampai. abis kepala kluaq. last-last sekali akan dengar sesuatu kat dalam kete aku. 

'ADOI'
driver kete lane sebelah mesti sengeh tengok aku. kalau pakcik-pakcik hensom aku buat-buat lembap naikkan cermin kete (blaja gediks...haha...tak2. ini bukan saya). saya akan kalut masa neh.

tahu apa jadi? kepala saya terhantuk kat kete. hahaha...aku malu sungguh weh. so kalau  kalau masuk lane TUNAI & TOUCH n GO, tempat nak touch card rendah sikit. hehehe...sama lambat je pakai tunai.

so, aku decide. guna TOUCH n GO bila nak balik kampung je.

tapi...masa balik kampung nak raya hari tu. aku suruh opismate topup RM30. masa tu abang aku drive. nak pi Shah Alam ambik barang dia sebelum nak bertolak balik kampung. sampai kat plaza tol. aku ngan yakin bagi TOUCH n GO card aku. abang aku pelik. tak dapat la. dia reverse kete sambil bising nape aku tak topup. nanti sampai tol Gombak, mesti jammed lane tunai.

aku garu kepala aku yang bertudung litup neh. lama aku pandang kad aku neh. Zhi dah topup la. huhu...memang sengal minah neh. aku bagi kad MESRA PETRONAS lak kat abang aku. hahaha....adeh

kakak aku suruh pakai smart tag. aku cakap.

'sorry, i'm not interested to be perantau di KL neh'

see...Allah uji aku. bukk! cash kau!

astaghfirullah....

moral : jaga kata-kata. kesilapan & kegagalan, bukan penamat segalanya. masih ada jalannya. jangan berputus asa.

 apa yang masyitah merepek? hahaha....malam ini saya bosan. sengaja mengarut kat sini. nasib saya tak buat hal kat blog orang mahupun menyakitkan hati orang.

'awak, jangan lukakan hati orang'

ahaks. gila penuh perasaan menulih ayat tu. bermakna seh.

-Masyitah Aminah Versi I-

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena