Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 31, 2013

Kisah Raya I

saya tahu, musim raya ni mesti semua orang sibuk nak buat persediaan raya kan? persediaan raya saya tahun ni ala kadar je. tengah sibuk buat persediaan majlis kahwin. lagipun tema raya tahun ni warna kuning. sebab tu majlis tunang saya hari tu bertemakan kuning. saya dah bajet, saving! baju tunang setakat pakai sekali, ulangpakai lagi tak berdosa pun. tapi sebenarnya saya ada beberapa pasang baju yang dijahit tak diambik kat tukang jahit lagi. bahagian mana savingnya, saya pun tak tahu. hekhekhek....


bila raya nak menjelma, semua sibuk nak buat biskut raya jugak kan. saya tak sempat buat biskut raya tahun ni. raya tahun ni saya kesibukan menghadap pelbagai jenis laporan. inipun sedang menghadap laporan, sakit mata. layan blog sat. kesian Abang, semalam kena menunggu bininya buat laporan dekat ofis. hari ni harap-harap Abang sempat keluar ofis awal. join iftar with my opismates. heeee...

dan raya tak dapat dipisahkan dengan lagu raya kan? kan? kan?

lagu yang buat saya paling bersemangat nak balik kampung, tapi selalu buat saya sedih bila sampai di karak time balik KL.

Balik Kampung by Sudirman

dan pastinya saya akan rindukan Indahnya Beraya Di Desa. bajet merantau sampai Siam. ha ha ha...lagu ni pasti mengingatkan saya pada abang saya. tiap kali nak balik kampung, dalam kereta mesti nak dengar lagu ni. malam abang drive, siang saya lak yang pulun.

my bro with his yellow shirt & kazen...dua2 makin tembam
tahun ni akhirnya tercapai jugak hajatnya nak balik kampung dengan superbike dia. Al maklum la adik dia dah balik dengan 'orang kanannya'. kalau tak, terpaksa la ikut saya. huahuahua...

Irfan with Ayah Din's gewe
tapi,lagu kegemaran saya adalah lagu ini Setahun Sekali . lagu ni saya akan ulang berkali-kali tak puas-puas. macam kat ofis hari ni.  hehe....walaupun demam & selsema saya makin menjadi-jadi dok dalam aircond ni. terpaksa jadi begini pulun laporan. saya nak balik kampung dengan tenang. heeeee.... complete the task, first!

purple baju kurung with oren socks
tetapi, lagu yang pasti akan meninggalkan kesan buat hati-hati anak-anak ialah Dari Jauh Ku Pohon Maaf & Ku Pohon Restu Ayah & Bonda. memang menyentuh hati dan perasaan terutama bagi mereka yang menghargai ibu bapa mereka. saya mungkin bukan anak yang baik pada mereka, tapi saya sangat sayangkan mak & ayah saya. cuma kadang-kala perangai mengada-ngada saya boleh buat mereka pening. hakhakhak...

dan pastinya lagu ini senantiasa meninggalkan nostalgia buat kami sekeluarga. lagu yang digemari arwah ayah.

dan saya pasti terkenangkan arwah ayah bila dengar lagu ini. terkenangkan kata-kata semangat ayah. pelukan ayah dan pastinya saya rindukan kasih sayang ayah. kami bukan dibesarkan dengan kemanjaan & kemewahan tapi kami dibesarkan dengan kasih sayang seorang ayah yang penyayang. 


# waiting for Abang for having iftar with my opismates. layan report & blog sat. 

Monday, July 29, 2013

sungguh aku rindu

saat merindui
tatkala rasa sebak di hati mencengkam
aku rindu insan-insan yang pernah hati menghiasi perjalanan hidupku
aku rindu mereka yang pernah menjatuhkan & membangunkan aku
dan aku rindu

saat aku berduka lara
tatkala itu ada titik jernih menghiasi pipi ini
mungkin aku yang terlalu terasa
mungkin aku terlalu memendam rasa
atau aku yang berduka tanpa bicara


bila rasa ini ada
sunyi & sepi
biarkan hati ini berbicara
dengan Dia
mencari nur Illahi

sungguh aku rindu

# rasa nak menangis dok ofis neh. petang ni iftar without him. Allah nak bagi saya peluang bermuhasabah diri. dan bila sendiri, saya akan mula merindu. rindu mereka yang telah pergi & tiada membawa haluan sendiri. 

Saturday, July 27, 2013

Dont be sad


hari ni kena siap kemas rumah & lipat kain. esok rehat dan melayan barang yang nak digubah. lusa dan seterusnya, ready for report and training. saya harap, demam ini tidak melarat. sakit tarbiah daripada Allah. insyaAllah, be strong!

terjumpa pic ni tadi. comel.
undangan perkahwinan kawan-kawan saya sumenya bertindan dengan majlis kenduri saya dan kenduri sebelah Abang. maaf kalau tak dapat hadir ye. kami dah nikah, Alhamdulillah tapi kenduri kesyukuran baru dibuat. bukan apa, lain yang kami plan, lain yang jadinya. Allah permudahkan & percepatkan jodoh kami tapi tarikh majlis tetap tidak ditukar. tapi sebenarnya bila dah nikah, persediaan untuk majlis kesyukuran lebih mudah & menjimatkan. banyak benda boleh kongsi beli sekali.

paling best, keluar dating dah boleh pegang tangan. hak3.....memang bunyi gedik, tapi dah halal. dapat pahala lagi.

jemput datang ke kenduri kesyukuran kami
# ini kehidupan. sedih. gembira. sakit. jatuh. bangun. rencah dalam kehidupan. bila terluka, ubatilah. bila melukai, mintalah kemaafan. bila sakit, makan ubat. hahaha....saya tak suka makan ubat hospital.

ok, im in good mood di penghujung penulisan ni. tengok kad jemputan zulfa & hidayat. SMAKAWA in memories. selamat pengantin baru, sahabat. insyaAllah, Masyitah cuba curi masa waktu pagi pi meraikan, sebab petang kami kena pi majlis bertandang ke rumah Abang.


this is my blog

saya menulis di blog ni sudah lama. dari zaman belajar, tak tahu apa-apa sampai la sekarang saya dah jadi bini orang. tak lama sangat tapi boleh nampak fasa perubahan gaya menulis dan cerita kehidupan saya. dan saya tak pernah berniat mengganggu gugat kehidupan orang lain melalui blog saya ini.

saya tak mintak orang baca blog saya tapi kalau orang nak jalan-jalan di blog saya, iya. silakan. tapi andai rasa terganggu dengan apa yang dipublish di blog saya, sila berhenti baca. saya minta maaf.

saya tak menulis di sini untuk menunjukkan kesempurnaan saya, tapi saya menulis apa yang saya buat & dapat dalam kehidupan saya. even perangai buruk saya pun, saya masih menulis di sini. 

 erm....kawan saya selalu panggil saya 'raja sentap' kalau terasa tak tentu pasal. sebab masuk ofis pagi-pagi saya selalu sentap. nak-nak bila boss request macam-macam. habis saya balun. jahat. hahaha...ngokngek

saya tak menulis untuk menyakiti sesiapa. memang dari dulu gaya penulisan saya begini. saya tak meniru sesiapa untuk menghasilkan penulisan di sini. kalau isi dan manfaatnya kosong, saya rasa tak menyusahkan orang. saya bukan Alvian dan Vivian nak buat post entry untuk hot.

this is my blog. simple.

# demam. semalam redah jalan masjid india dan Sogo. hari ni makin demam. mood pun semacam je. kesian Abang. sorry, sehari dua ni saya asyik bad mood. saya kalau x sihat memang suhu emosi saya lain macam sikit. ngeh3

we are in purple. shopping time!

Wednesday, July 24, 2013

ting tong versi ramadhan III

semalam adalah pertama kali dalam sejarah, saya tertinggal handphone saya di rumah. rasa ralat sebab semua nombor telefon ada dalam handphone tu. dan semestinya apa-apa hal saya cuma ingat nombor telefon abang din ja. nombor Abang pun saya tak ingat.

belek punya belek, nasib baik semalam cas  telefon yang Abang bagi. adalah jugak dalam handbag telefon sony usia emasnya. tapi balik umah tengok mesej bersusun. whatsapp penuh dengan mesej dan line pun penuh dengan pesanan.

ramai jugak peminat saya eh? hekhekhek


bukan peminat pattern ini ye. semuanya urusan kerja. I'm not that type of lady okey. minah pening ni mana ada masa nak melayan benda alah ni. tapi ntah macam mana boleh sangkut dengan cik hubby sekarang kan?

Abang tu degil, orang cakap taknak bukan nak give up cam gitu ja. kami kenal tak lama, once he ask to be serious with me, i told him.

'ask my mom. i want married, not couple'

hatta semasa dalam status bergelar tunangan orang pun, saya bertegas dengan apa yang saya dah tekankan dari dulu. tunang bukan lesen untuk kita berlagak macam suami isteri. saya bukan nak berlagak alim atau baik tapi sebagai muslimah, saya sedar batasan saya. toksah dok nak jalan pegang tangan dan peluk bagai dengan saya. saya tak suka!

kadang-kala saya pun takut, jangan reti bercakap dan menulis aje tapi tak praktikkan dalam kehidupan. Islam itu bukan sekadar perhiasan di bibir tapi tekad di hati bersulam dengan cara kehidupan seharian kita.

saya tak tujukan kepada sesiapa tapi terlalu ramai yang suka menjadi ustaz & ustazah buatan. tak percaya tengok fb & twitter. saya pun suka panggil adik saya ustaz fb jugak. ha ha ha.... yelah, ajak orang solat post kat wall fb tapi tuannya masih mengadap fb jugak.

kenapa saya menulis begini di petang hari? hari ini hari yang sangat membuat saya terluka tapi ada kelegaan. takpe la, Allah bagi manis tapi letak pahit sikit.

saya ambik keputusan makan luar hari ni. release tension. Abang pun dah lama tak makan luar.

kad jemputan masih banyak belum diedar. saya dalam mood busy. tetiba boss suruh pergi outstation ke kelantan & terengganu hujung minggu ni. untuk kali ini saya bertegas untuk tidak pergi. saya mintak pengecualiaan untuk buat persediaan majlis perkahwinan saya.

shopping lagi. adoi....

tak tahu bila nak singgah unisza. nak hantar kad undangan pada lecturers. Alhamdulillah, tadi Dr Saiful mesej. masih belum lupakan student dia yang ngokngek ni. saya belum boleh balik fakulti kita Doktor. masih tak cukup syarat.

saya harap Allah makbulkan doa dan impian saya.


satu pesananyang selalu saya pesan pada diri saya, adik-adik saya dan orang sekeliling saya, jangan sambong. sume hanya pinjaman.

bak kata opismate saya, 'kita mati ni bawak 3 benda ja mi. sume benda ni duniawi ja'

hakhakhak...perli aku time aku tension pulun kerja la tu tapi ada kebenarannya.

ting tong versi ramadhan III. tunggu nak pergi keluar dengan Abang. 

cepat la balik Abang!

Monday, July 22, 2013

Amanah

"Jodoh itu adalah sebuah amanah..jika kita sudah siap bersedia dengan amanah itu, maka Allah akan mengirimkan jodoh untuk kita..."

tetapi kita juga kadang-kala rasa belum bersedia menerima amanah tersebut namun tiba-tiba jodoh menyapa. itu sebenarnya kita sendiri tak tersedar kita sebenarnya telah tersedia menerima amanah tersebut. terimalah. Allah mengajakmu menuai pahala di jalan redhaNya.

kalau ditanya pada saya, saya pun rasa saya masih belum bersedia sepenuhnya namun persediaan itu takkan berakhir kerana ia adalah satu proses yang tidak ada penghujungnya.

dan Allah pertemukan dan permudahkan jodoh saya dengan seseorang yang tak saya sangka. rasa baru semalam saya menangis kecewa tiba-tiba saya mampu kembali tersenyum.

tak mudah menjadi seorang isteri sebenarnya. tapi sepertimana saya dan Abang pernah berjanji untuk saling menerima diri masing-masing, saling belajar memahami diri masing-masing maka terimalah kami seadanya.

sepertimana saya terpaksa belajar berkomunikasi dengan Abang yang suka angguk & senyum, begitu juga Abang terpaksa melayan saya yang suka bercerita semua benda.

Abang suka makan dan cuba pelbagai masakan tapi sayang Abang ni terlalu sempoi dan simple. saya belajar mencari makanan yang Abang suka. makan ikut selera Abang. tak kisah, janji sayang kenyang.

dan sayang berterima kasih kerana menunaikan permintaan sayang seperti yang dijanjikan sebelum akad. memang kita tidak mampu mencukupi 5 waktu bersama namun dengan kekangan waktu dan kerja yang ada, itu sudah mencukupi daripada tiada. masa berlalu, manusia juga mampu berubah. kayuh perlahan-lahan. kalau terlalu mendesak, takut hanyut tak sempat berpaut.

beberapa hari lagi, saya akan balik kampung. banyak persediaan yang belum disiapkan. semalam ke Nilai 3. saya kalau bab shopping, memang tak tertahan. bukan sebab saya suka beli barang banyak. tapi saya suka tengok barang banyak-banyak. dalam 20 barang , sebenarnya hanya 1 barang je yang saya beli.

mak, adik & Abang hampir patah kaki dibuat saya. baru masuk 4 5 kedai, dah lenguh. saya memang tak puas hati sebab saya nak window shopping lagi. hakhakhak...tapi bila tengok muka-muka kesayangan saya yang semuanya dah lembik semacam. terpaksalah beralah.

saya tak tahu saya boleh balik kampung berpisah dengan Abang ke tak raya nanti. Abang cakap dia OK je. kita tengok sapa yang rindu sapa.

tapi, kehidupan ini benar-benar mengajar saya banyak perkara. paling terkesan, saya belajar mengerti kasih sayang seorang ibu. saya sayangkan mak saya.

Jangan mudah menghukum orang lain tanpa mengenalinya. Menghukum itu tugas Allah, bukan manusia - Hami Asraff

Ya Allah, if I hurt others, please give me strength to apologize. But if people hurt me, please give me strength to forgive. Aamiin :')

my mom
 I already told Abang before this, if our family cant accept  this relationship. Just let me go but Alhamdulillah. Allah gave us to look after this 'amanah'

'Amanah'







Saturday, July 20, 2013

Ting tong versi Ramadhan II

semalam saya hampir EL sebab migrain tapi bila ingatkan report saya gagahkan diri masuk ofis. satu ofis bau minyak angin. migrain, minyak angin dan ami memang tidak dapat dipisahkan.

akhirnya saya tersadai di meja ofis. hakhakhak...


saya bergegas balik umah bila mak dan adik-adik sampai dari kampung. wah, makan besar kami.

memang kepenatan tapi seronok. saya makan bertambah 2 hari ni. lagipun makan makin berselera bila ramai orang.

semalam mak komplen dengan risaunya, kenapa anak perempuannya makin kurus. kesian Abang, tersengeh-sengeh menjawab padahal semua orang tahu anak mak ni memang makan nasi sikit.

kakak saya yang kat Puchong datang hari ni. dan hari ni saya migrain lagi sekali selepas sekerat hari shopping di Sogo.

terkejut kakak saya, kenapa makin kurus?

adoi....ini bukan pembawakan budak. dan ini jugak bukan kerana saya kurus sebab makan hati atau tak bahagia. Alhamdulillah. semuanya baik-baik sahaja. cuma bulan puasa saya memang tak makan banyak. ditambah dengan kerja yang semakin banyak semenjak kebelakangan ini, saya memang cepat susut bila dalam kondisi sebegini.

insyaAllah, doakan saya. bila tiba masanya, segalanya akan berjalan seperti sediakala.

esok nak pergi Nilai. beli barang untuk persiapan majlis. bersedia untuk kepenatan lagi.

WIP

kepada sahabat-sahabat saya, sila mesej saya di telefon, blog mahupun facebook. nak layang kad undangan untuk majlis kesyukuran sempena perkahwinan kami. semoga Allah lanjutkan kebahagiaan dan keberkatan hubungan kami hingga ke syurga.

semoga Allah tetapkan hati kami menerima kebaikan dan keburukan kami seadanya. tiada manusia sempurna. andai masih ada yang menunjuk jari ke arah kelemahan kami, sedarlah masih ada jari-jari selebihnya yang kembali menuding pada diri sendiri. nauzubillah.

susah kalau perasan diri bagus.



Tuesday, July 16, 2013

Ting Tong Versi Ramadhan

hari-hari yang ku lalui sejak kebelakangan ini amat memenatkan. setiap masa meeting beratur. keluar meeting saya jadi pening-pening. kadang kala keputusan ditukar bila semua kerja siap di atas meja. itu belum lagi mengejar report sistem yang berbundle-bundle perlu disiapkan. sekarang semuanya mengenai meeting pelaksanaan bajet.

tension.

dan sempena bulan Ramadhan ni, makin memerlukan kesabaran yang tinggi. kerja makin bertimbun. bukan mudah nak mengetuai sesuatu organisasi kan. ini tak jadi pengarah urusan lagi ni.tak cukup tangan saya nak menggapai. ini sudah dua hari saya rasa tak sedap badan. tidak muntah ja lagi. telinga dah panas dengan opismates.

'pembawakan budak tu'

hahahaha.....diorang punya imaginasi memang tinggi. saya rasa saya ni kekurangan zat kot. bulan puasa makin kurang makanan yang saya ambik. cincin di kedua belah tangan ni asyik jatuh ja. saya akan sedar saya kurus bila cincin saya makin longgar. simple.

preparation untuk majlis pun saya tak dapat tengok betul-betul lagi. yang dah ready bahagian pelamin dan seangkatan beserta photografi. yang lain, hujung minggu ni baru nak pi shopping. mana nak kejar ni, shopping ke report sistem. silap gaya saya kena masuk ofis hujung minggu ni. huhuhu...

saya pun dah rindu dengan anak-anak sedara saya. tiap-tiap hari telefon.

'bila nak datang umah kami'

aunty mie kalau bujang memang dah sampai dah. ini ingat dah ada Abang, susah la sikit. aunty mie taknak kehilangan title 'hot aunty mie'

huhuhu

mak nasihat tadi, ujian di bulan puasa. rezeki kalau bukan sekarang, insyaAllah masa hadapan.

Alhamdulillah....

# saya update blog dekat ofis. tak boleh nak balik. tak larat nak drive, lenguh kaki. padahal pakai automatik gear. hari ni memang jem dengan meeting dari pagi sampai ke petang. 

ya Allah, tenangkan hatiku. semoga segala urusanku dilancarkan dan dipermudahkan. insyaAllah...

aunty mie masa bujang. sume projek kami buat. sukses! he he he.... rindu anak2 menakan aunty mie

Sunday, July 14, 2013

Cerita Memasak Saya

esok masuk ofis. okey, really stress. report. sistem & document checking. saya harap no meeting for tomorrow. no boss too. hahaha....saya harap tiada yang baca blog ni.saya dah mula nak mengarut di malam-malam hari.

hujung minggu without data entry team. selepas mandikan mrs purple semalam, keluar shopping dengan Abang. tetiba Abang nak makan ketam. kalau daging itu menu kegemarannya, tapi ketam tiada dalam list sebelum keluar rumah. adoi..... saya dah ready ikan untuk digoreng.

Abang bukan cerewet tapi Abang ada taste dia yang tersendiri dalam makanan. okey, it sounds choosy. ha ha ha.....we are really different. saya sangat sempoi bab makan. ada budu dengan petai pun dah okey but not my Abang. tapi itu bukan satu masalah, itu satu cabaran. I like it because I love him.

pukul 6.30 petang kami mula memasak. dulu saya takut Abang berat tulang but he's no too bad actually. dia boleh menolong bila diminta dan kadang-kala cepat menolong. dan semalam Abang masak daging, saya masak ketam masak cili padi. 

Abang pandai memasak. ha ha ha.....tak boleh puji depan Abang, nanti dia sengeh memanjang. puji dekat blog. takde yang kenal kami baca apa yang ditulis. bukan sebab saya tak pandai memasak tapi taste Abang tinggi.  tapi Abang masih makan dengan berselera. sebab Abang tahu, masakan isteri Abang tak ada dijual dekat kedai kan.... he he he

saya teringat sahur 1 Ramadhan yang lalu. saya dah siap-siap perap ayam dengan kunyit. dah bagitau Abang kejutkan bininya yang sukar bangun tidur. tapi tup-tup bangun Abang dah siap masak. hehehe...sedap ayam yang Abang goreng. ingatkan goreng ayam yang saya perap kunyit tu, tapi Abang buat sendiri. dia tak perasan ayam yang saya simpan dalam bekas.

nanti saya belajar masak lagi ye Abang. im not a good checf but for sure, i could cook. dun worry Abang. tunggu sayang masuk Masterchef neh. hakhakhak

dan hari ini saya mengemas rumah. sebelum ini sejak pindah saya memang terlalu busy. balik rumah rasa nak tutup mata siap-saip. minggu ni saya ada cuti hujung minggu. Alhamdulillah....kemas bilik kain baju saya yang bertimbun. teringat masa mula-mula pindah hari tu, Abang tanya.

'muat ke umah kita yang?'

hahaha...saya tahu. barang saya banyak. full stop. dan baju-baju saya itu memang menyakitkan mata. tapi saya tak tahu, saya rasa baju saya sikit je. 

dan saya sedar sesuatu, dont judge the book by its cover. selepas nikah banyak benda baru yang saya belajar tentang Abang. 

Abang comel. makin buncit. hahaha....

rahmati kami hingga ke syurga, ya Allah.

# okey. coffee for Abang ready. saya mahu tidur, kejut Abang buat assigment lak. time for him to complete the assignment. All da best Abang...

~cerita umahtangga lagi. kalau azril & kak anis baca mesti dia cakap, bajet dia sorang yang ada laki. ha ha ha.....~

Friday, July 12, 2013

Cinta & Air Mata


cinta itu fitrah. dan kita yang dipertanggungjawab untuk mengurusi fitrah ini ke jalan yang dia redhai.

kalau tak kuat, bisa-bisa kita mampu tumbang kerana cinta namun untung-untung kita juga mampu bangkit teguh juga hanya kerana cinta.

saya tak pandai bercinta. ha ha ha....maklum la, minah buku ni hanya pandai bercinta dengan buku buku dan buku. saya pernah berjanji yang saya takkan bercinta selagi sijil spm saya tak serahkan pada ayah. yup, i did it!

tapi bila masuk ke alam universiti, saya hanya mampu bercinta dengan buku je. saya seorang yang tidak mampu untuk mengurusi emosi dan saya belum bersedia untuk menghadapi final exam dengan jiwa kacau. Alhamdulillah, Allah kuatkan hati saya untuk mengharungi ujian cinta di alam belajar. 

tapi kadang-kala saya rasa saya seorang yang kejam. saya minta maaf pada mereka yang pernah saya lukai hatinya. saya seorang yang open. bila saya belum bersedia untuk bercinta, saya akan berterus-terang. bukan menjadikan mereka koleksi. memberi harapan kemudian menghancurkan harapan itu. sakit kan? sebab sejak dulu saya selalu berangan nak bercinta selepas nikah. he he he....

tapi dia yang pertama pernah hadir ketika saya di alam pekerjaan. terima kasih kerana pernah hadir menjadi sesuatu yang indah dalam hidup saya. dan terima kasih kerana mengakhiri cerita kita dengan jalan yang baik. kita akan kekal sahabat selamanya kerana saya sedar, cinta tak semestinya memiliki. sekurang-kurangnya kita berundur diri bukan kerana orang ketiga. mungkin hanya pertemuan milik kita, tapi bukan jodoh.

walaupun dulu saya pernah terfikir, mungkin ini balasan saya kerana melukakan hati-hati mereka yang pernah ikhlas dengan saya. mohon maaf atas segalanya.

dulu saya belajar untuk redha, dan kini saya berdepan dengan hakikat redha. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang. saya juga yakin dia juga pasti akan menemui pengganti yang terbaik untuknya.

kenduri kesyukuran nanti saya layangkan kad. jangan lupa datang! terima kasih kerana senantiasa menjadi seorang yang baik pada saya. sahabat yang baik. abang yang baik. saya tak pernah marah dia because i have no reason for it. 

hidup tanpa dendam dan iri hati, insyaAllah kita akan tenang. bila dia pergi saya mungkin menjadi lemah sekejap untuk cinta manusia tapi bukan saya untuk membalas dendam atau menyakiti insan-insan di sekelilingnya. sebab itu kami masih menjadi sahabat. sebab yang datang sebelum perhubungan kami ini adalah persahabatan. dan dia juga tidak pernah mengganggu hidup saya malahan masih menjadi penasihat yang baik. terima kasih. 

dan dalam kekalutan merawat kelukaan cinta pertama, hadir dia. saya harap ini cinta terakhirku sehingga ke syurga.

terima kasih Abang kerana tidak pernah berputus asa dengan sayang
dan terima kasih kerana sudi menyayangi dan membahagiakan sayang
sebab Abang tahu betapa 'kerasnya' sayang dengan cerita cinta dulu
Alhamdulillah, jodoh akhirnya milik kita

dan Allah hadirkan cinta selepas nikah buat kami. saya sedang belajar bercinta dengan suami sendiri. seronok tapi perlu banyak bersabar untuk mencari keserasiaan.

Ya Allah, semoga kebahagiaan kami ini kekal sehingga ke syurga.....


sebenarnya saya menulis ni sebab saya tiba-tiba rindukan Abang. saya update blog sekejap. okey, nak sambung buat report. 

you & me
# pakcik, ikhlas dari hati ameena. terima kasih untuk segalanya. ameena pun tak sabar nak tunggu kakak ipar. hehehe...







Monday, July 8, 2013

Kisah Sayang Saya II

masih mendownload file untuk presentation meeting pagi esok. broadband saya pun makin perlahan. yang makin rancak bunyi dengkuran Abang yang tidur keletihan.

semalam Abang tipu nak buat assignment tapi akhirnya tak buat-buat. malam ni abang buat janji lagi. tak bangun lepas ni, sila tanggung akibatnya selepas ini.

i do not have any plan to help you for this sem since Abang cakap last sem, 'this sem is my core subject. i no need your help'. it sounds so arrogant Abang. ha ha ha...

apa yang pasti saya masih kepeningan mengadap paperwork dan esok nak buat data report. awal bulan adalah satu ketika yang sangat saya tidak suka. report. report. report. saya bukan sahaja dikejar malahan terpaksa mengejar. adoi....tapi itulah realiti sebenar dunia pekerjaan. jangan sangka apa yang kita pelajari di universiti 100% kita guna dalam dunia karier.

its totally out. its just about 10% dan selebihnya adalah bagaimana sikap dan sifat yang kita bawa di dunia belajar, itulah yang bakal menguji kemampuan sebenar kita.

bekerja dan belajar. both of them are my passion. saya rindu untuk kembali menaiki pentas anugerah pada tiap-tiap semester. dan saya rindu menanti rumah puaka 'portal pelajar' setiap semester nak melihat hasil yang dituai. Alhamdulillah, walaupun saya tahu senyuman yang diukir di wajah kedua ibu bapa saya setiap semester tak mampu dijual di mana-mana sesi temuduga namun nilainya, hanya yang mengerti mampu merasai.

tapi sejujurnya, walau berkeping-keping sijil dekan. lenguh sendi kaki memanjat pentas anugerah setiap semester atau biru mata menatap CGPA setiap semester. bila di alam pekerjaan, itu sekadar bonus. selebihnya adalah diri kamu sebab tak semua pelajar cemerlang mampu berkomunikasi dengan baik. 

communication skill is an asset. believe it.

okey. saya mengantuk. nak bangun study dengan Abang. saya nak tengok sekilas slides presentation untuk esok. jeles dengar dengkuran orang sebelah makin enak. tido lewat takut tak terbangun kejutkan student yang nak buat assignment ni.

# buat perjanjian dengan Abang. sayang masak untuk buka puasa dan sahur. Abang bangun hidang waktu sahur. 

he said 'okey. if you believe me.' 

hahaha...i believe i can fly

Ya Allah, rahmati, berkati dan bahagiakanlah rumahtangga yang dibina Sanusi & Amina ini sehingga ke syurga. amin...


Sunday, July 7, 2013

Kisah Sayang Saya

rindu. saya rindu mak.

 huhuhu....saya takkan berdalih atau menafikan bila saya merindui seseorang. tetiba hari ni rasa sayu sesangat. semalam dah hantar mak balik kampung. mungkin sebab dulu saya terbiasa dengan mak, tapi kini pagi-pagi saya akan pandang muka suami saya. bukan tak suka tapi saya masih dalam proses transformasi.

its just about 7 days being a wife. untuk saya membiasakan diri dengan apa yang saya sudah terbiasa lebih daripada 25 tahun. bukan sesuatu yang mudah. tapi saya tahu, kasih sayang antara saya dan mak takkan pernah bertukr ganti.

(tapi saya sayang suami saya jugak la!) hehehe....

bukan sebab saya ni anak manja tapi mungkin kadang-kala orang tengok saya ni dimanjakan, nak buat macam mana mak dan ayah sayang anak-anak diorang. walaupun kami 9 beradik dimanjakan tapi mak dan ayah kami memang sangat tegas. tapi kami bahagia. sebab tu orang selalu cakap saya ni manja tapi awas, saya jugak sangat garang dan tegas bila tak kena gaya.

bila saya mula bertegas, it means that saya tak perlukan gurauan pada waktu itu. sebab suami saya sendiri pernah cakap,

'isteri abang garang!'

hahahaha..... bukan sebab saya marah dia tapi dia pernah tengok saya marah orang yang tiba-tiba mencuit angin saya dan dia pernah baca mesej saya yang berbaur tegas pada orang yang cuba mencari masalah dengan saya. jangan biarkan saya hilang hormat pada orang. saya tak suka bila saya marah orang.

dan saya teringat kisah semalam. Abang pergi kerja dan saya mengemas rumah. tiba-tiba saya ambik dua pasang stokin abang sambil mulut potpet potpet bising. saya taruk dalam baldi dan rendam.

'stokin ni kalau buang masuk kolam ikan, mesti mati ikan-ikan tu'

adik saya cuma menunjukkan muka weird pada kakaknya yang mula sewel. saya kepenatan drive semalam, balik-balik rasa rajin nak mengemas lak. saja nak buat bising.

tahu apa berlaku?

bila saya duduk tepi Abang nak makan nasi, tetiba saya tengok hanya ada satu cincin je sebelah kiri. okey, cincin tunang saya hilang!

saya bangun. saya taknak cincin baru, saya cuma nak cincin tunang saya ja. habis ruang saya kemas tadi saya cari but serius saya memang dah nangis. selera nak makan dah hilang. mak ngan adik saya dah pesan,

'jangan usik minah tu masa dia tengah angin. silap gaya orang lain kena sekali'

saya dah give up. Abang pun dah penat mencari. hanya Mak yang masih semangat nak mencari. terima kasih mak sebab paham jiwa anak mak ni. saya takkan duduk dengan tenang bila sesuatu yang penting bagi diri saya tiada. saya cakap kat suami saya,

'sayang taknak cincin baru, sayang nak cincin tunang tu jugak'

okey. Abang dah pening. hahaha.....

tiba-tiba mak menjerit. 

'dah jumpa!'

Alhamdulillah.

dok dalam baldi rendaman stokin suami saya. 

moral : jangan nak mengata suami walaupun sengaja nak bergurau. hahaha....saya terus mintak maaf. sorry, Abang. hehehe....

# hanya tuhan saja yang tahu hati dan perasaan saya bila cincin tu tiada di jari ni. abang jangan risau, sayang tak minta cincin baru sebab sayang nak cincin ni ja. hakhakhak...lagi sakit kepala laki aku!

saya rindu mak. habis menulih pun cam gini jugak. huhuhu.....

saya sayang orang-orang yan menyayangi saya.




Friday, July 5, 2013

Selamat Datang Ramadhan



Alhamdulillah. Thank you Allah for this love. This is not the ending but the new chapter starting in our life. I never dream to let you being my part of love story but i cant deny that the script is written by Him. Subhanallah.

sayang ingat, sempat jugak nak menulis Ramadhan terakhir sebagai gadis sunti rupa-rupanya sayang tak sangka ini merupakan Ramadhan pertama sayang sebagai seorang isteri. hehehe.....Allah Maha Mengetahui di sebalik perjalanan hidup yang telah Dia takdirkan buat kita.

dan sayang takkan lupa bila Abang cakap
'macam tak percaya kita dah kawen'
hehehe....siap balik bagitau mak lagi
'betul ke dah kawen ni?'

Ini Ramadhan pertama kami sebagai suami isteri. semoga keberkatan Ramadhan ini melimpahkan lagi kasih & cinta antara Abang dengan sayang. banyak yang perlu kita pelajari Abang tapi insyaAllah, the learning process is never end.

semoga Allah memayungi rumahtangga kita dengan rahmatNya sehingga ke syurga. 

Salam Ramadhan





Tuesday, July 2, 2013

The Sign of Our love : Sanusi & Amina

you & me. thank you Abang for loving me. may Allah bless us till Jannah
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami, maka
Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalamperibadatan.
Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan
Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin

30 June 2013 the memory
~ Sanusi & Amina ~

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena