Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, July 20, 2013

Ting tong versi Ramadhan II

semalam saya hampir EL sebab migrain tapi bila ingatkan report saya gagahkan diri masuk ofis. satu ofis bau minyak angin. migrain, minyak angin dan ami memang tidak dapat dipisahkan.

akhirnya saya tersadai di meja ofis. hakhakhak...


saya bergegas balik umah bila mak dan adik-adik sampai dari kampung. wah, makan besar kami.

memang kepenatan tapi seronok. saya makan bertambah 2 hari ni. lagipun makan makin berselera bila ramai orang.

semalam mak komplen dengan risaunya, kenapa anak perempuannya makin kurus. kesian Abang, tersengeh-sengeh menjawab padahal semua orang tahu anak mak ni memang makan nasi sikit.

kakak saya yang kat Puchong datang hari ni. dan hari ni saya migrain lagi sekali selepas sekerat hari shopping di Sogo.

terkejut kakak saya, kenapa makin kurus?

adoi....ini bukan pembawakan budak. dan ini jugak bukan kerana saya kurus sebab makan hati atau tak bahagia. Alhamdulillah. semuanya baik-baik sahaja. cuma bulan puasa saya memang tak makan banyak. ditambah dengan kerja yang semakin banyak semenjak kebelakangan ini, saya memang cepat susut bila dalam kondisi sebegini.

insyaAllah, doakan saya. bila tiba masanya, segalanya akan berjalan seperti sediakala.

esok nak pergi Nilai. beli barang untuk persiapan majlis. bersedia untuk kepenatan lagi.

WIP

kepada sahabat-sahabat saya, sila mesej saya di telefon, blog mahupun facebook. nak layang kad undangan untuk majlis kesyukuran sempena perkahwinan kami. semoga Allah lanjutkan kebahagiaan dan keberkatan hubungan kami hingga ke syurga.

semoga Allah tetapkan hati kami menerima kebaikan dan keburukan kami seadanya. tiada manusia sempurna. andai masih ada yang menunjuk jari ke arah kelemahan kami, sedarlah masih ada jari-jari selebihnya yang kembali menuding pada diri sendiri. nauzubillah.

susah kalau perasan diri bagus.



No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena