Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, July 12, 2013

Cinta & Air Mata


cinta itu fitrah. dan kita yang dipertanggungjawab untuk mengurusi fitrah ini ke jalan yang dia redhai.

kalau tak kuat, bisa-bisa kita mampu tumbang kerana cinta namun untung-untung kita juga mampu bangkit teguh juga hanya kerana cinta.

saya tak pandai bercinta. ha ha ha....maklum la, minah buku ni hanya pandai bercinta dengan buku buku dan buku. saya pernah berjanji yang saya takkan bercinta selagi sijil spm saya tak serahkan pada ayah. yup, i did it!

tapi bila masuk ke alam universiti, saya hanya mampu bercinta dengan buku je. saya seorang yang tidak mampu untuk mengurusi emosi dan saya belum bersedia untuk menghadapi final exam dengan jiwa kacau. Alhamdulillah, Allah kuatkan hati saya untuk mengharungi ujian cinta di alam belajar. 

tapi kadang-kala saya rasa saya seorang yang kejam. saya minta maaf pada mereka yang pernah saya lukai hatinya. saya seorang yang open. bila saya belum bersedia untuk bercinta, saya akan berterus-terang. bukan menjadikan mereka koleksi. memberi harapan kemudian menghancurkan harapan itu. sakit kan? sebab sejak dulu saya selalu berangan nak bercinta selepas nikah. he he he....

tapi dia yang pertama pernah hadir ketika saya di alam pekerjaan. terima kasih kerana pernah hadir menjadi sesuatu yang indah dalam hidup saya. dan terima kasih kerana mengakhiri cerita kita dengan jalan yang baik. kita akan kekal sahabat selamanya kerana saya sedar, cinta tak semestinya memiliki. sekurang-kurangnya kita berundur diri bukan kerana orang ketiga. mungkin hanya pertemuan milik kita, tapi bukan jodoh.

walaupun dulu saya pernah terfikir, mungkin ini balasan saya kerana melukakan hati-hati mereka yang pernah ikhlas dengan saya. mohon maaf atas segalanya.

dulu saya belajar untuk redha, dan kini saya berdepan dengan hakikat redha. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang. saya juga yakin dia juga pasti akan menemui pengganti yang terbaik untuknya.

kenduri kesyukuran nanti saya layangkan kad. jangan lupa datang! terima kasih kerana senantiasa menjadi seorang yang baik pada saya. sahabat yang baik. abang yang baik. saya tak pernah marah dia because i have no reason for it. 

hidup tanpa dendam dan iri hati, insyaAllah kita akan tenang. bila dia pergi saya mungkin menjadi lemah sekejap untuk cinta manusia tapi bukan saya untuk membalas dendam atau menyakiti insan-insan di sekelilingnya. sebab itu kami masih menjadi sahabat. sebab yang datang sebelum perhubungan kami ini adalah persahabatan. dan dia juga tidak pernah mengganggu hidup saya malahan masih menjadi penasihat yang baik. terima kasih. 

dan dalam kekalutan merawat kelukaan cinta pertama, hadir dia. saya harap ini cinta terakhirku sehingga ke syurga.

terima kasih Abang kerana tidak pernah berputus asa dengan sayang
dan terima kasih kerana sudi menyayangi dan membahagiakan sayang
sebab Abang tahu betapa 'kerasnya' sayang dengan cerita cinta dulu
Alhamdulillah, jodoh akhirnya milik kita

dan Allah hadirkan cinta selepas nikah buat kami. saya sedang belajar bercinta dengan suami sendiri. seronok tapi perlu banyak bersabar untuk mencari keserasiaan.

Ya Allah, semoga kebahagiaan kami ini kekal sehingga ke syurga.....


sebenarnya saya menulis ni sebab saya tiba-tiba rindukan Abang. saya update blog sekejap. okey, nak sambung buat report. 

you & me
# pakcik, ikhlas dari hati ameena. terima kasih untuk segalanya. ameena pun tak sabar nak tunggu kakak ipar. hehehe...







No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena