Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 24, 2013

ting tong versi ramadhan III

semalam adalah pertama kali dalam sejarah, saya tertinggal handphone saya di rumah. rasa ralat sebab semua nombor telefon ada dalam handphone tu. dan semestinya apa-apa hal saya cuma ingat nombor telefon abang din ja. nombor Abang pun saya tak ingat.

belek punya belek, nasib baik semalam cas  telefon yang Abang bagi. adalah jugak dalam handbag telefon sony usia emasnya. tapi balik umah tengok mesej bersusun. whatsapp penuh dengan mesej dan line pun penuh dengan pesanan.

ramai jugak peminat saya eh? hekhekhek


bukan peminat pattern ini ye. semuanya urusan kerja. I'm not that type of lady okey. minah pening ni mana ada masa nak melayan benda alah ni. tapi ntah macam mana boleh sangkut dengan cik hubby sekarang kan?

Abang tu degil, orang cakap taknak bukan nak give up cam gitu ja. kami kenal tak lama, once he ask to be serious with me, i told him.

'ask my mom. i want married, not couple'

hatta semasa dalam status bergelar tunangan orang pun, saya bertegas dengan apa yang saya dah tekankan dari dulu. tunang bukan lesen untuk kita berlagak macam suami isteri. saya bukan nak berlagak alim atau baik tapi sebagai muslimah, saya sedar batasan saya. toksah dok nak jalan pegang tangan dan peluk bagai dengan saya. saya tak suka!

kadang-kala saya pun takut, jangan reti bercakap dan menulis aje tapi tak praktikkan dalam kehidupan. Islam itu bukan sekadar perhiasan di bibir tapi tekad di hati bersulam dengan cara kehidupan seharian kita.

saya tak tujukan kepada sesiapa tapi terlalu ramai yang suka menjadi ustaz & ustazah buatan. tak percaya tengok fb & twitter. saya pun suka panggil adik saya ustaz fb jugak. ha ha ha.... yelah, ajak orang solat post kat wall fb tapi tuannya masih mengadap fb jugak.

kenapa saya menulis begini di petang hari? hari ini hari yang sangat membuat saya terluka tapi ada kelegaan. takpe la, Allah bagi manis tapi letak pahit sikit.

saya ambik keputusan makan luar hari ni. release tension. Abang pun dah lama tak makan luar.

kad jemputan masih banyak belum diedar. saya dalam mood busy. tetiba boss suruh pergi outstation ke kelantan & terengganu hujung minggu ni. untuk kali ini saya bertegas untuk tidak pergi. saya mintak pengecualiaan untuk buat persediaan majlis perkahwinan saya.

shopping lagi. adoi....

tak tahu bila nak singgah unisza. nak hantar kad undangan pada lecturers. Alhamdulillah, tadi Dr Saiful mesej. masih belum lupakan student dia yang ngokngek ni. saya belum boleh balik fakulti kita Doktor. masih tak cukup syarat.

saya harap Allah makbulkan doa dan impian saya.


satu pesananyang selalu saya pesan pada diri saya, adik-adik saya dan orang sekeliling saya, jangan sambong. sume hanya pinjaman.

bak kata opismate saya, 'kita mati ni bawak 3 benda ja mi. sume benda ni duniawi ja'

hakhakhak...perli aku time aku tension pulun kerja la tu tapi ada kebenarannya.

ting tong versi ramadhan III. tunggu nak pergi keluar dengan Abang. 

cepat la balik Abang!

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena