Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, March 21, 2009

assalamualaikum........

agak lama tidak online. sibuk? entahlah mungkins tress menghadapi banyak kerja dan project yang perlu diselesaikan. kemudian terpaksa menghadiri meeting mpp n mt. dah tanggungjawab, masyitah terima dengan redha. sampai study untuk test pun last minute. huhuhuhu..............

entah apa yang perlu ku catatkan di sini. kadang-kala takut juga orang cakap buang masa je mengarang kat blog tapi tak beri apa-apa manfaat untuk orang lain. maaflah, blog ini hanya untuk cetusan rasa masyitah. mengapa tak private? maybe serba sedikit pengalaman dan perasaan yang dirasai masyitah boleh dikongsi dengan orang lain. tapi, rasanya tak ada yang menjengah blog ni. bagus gak, boleh menulis segala perasaan yang tersimpan dengan bebasnya di sini. hehehe.......

pagi ni, mataku mengatuk tapi masih lagi mencari idea untuk menyiapkan project workholder yang perlu di submit about 2 weeks more. really dont know how to finish it. masyitah bukanlah orang yang kreatif dalam menghasilkan design. huhuhu......kalau ingat kenangan buat project CAD semester lepas, tidak!!!! i got headache about one month after submit benda alah tu. huhuhu.....

sebenarnya, jujur diakui masyitah tengah lemah semangat ni. rasanya tak mampu nak siapkan project ni. ntahlah.......kadang-kala terfikir macam mana masyitah boleh dapat dekan tiap-tiap semester tapi ilmu tak boleh nak apply. rasa malunya dengan Allah......dengan semua orang yang ada di sekelilingku. sometimes masyitah rasa masyitah takde pape. masyitah tak suke physics, chemistry, design, or benda2 kije yg kena masuk bengkel sume ni. tiap-tiap hari kena bergaul dengan kaum lelaki. semua tu memenatkan dan selalu aje mengundang rasa berdosa dalam diri ini.

untuk apa aku belajar kalau aku tak dapat apply ilmu yang aku dapat. tapi, dekan setiap semester. tak ke pelik? meniru? maaf, itu bukan masyitah aminah k. masyitah benci dengan keadaan ni semua. semua ni memeningkan kepala ni. apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup? benda ni selau bermain dalam minda ni. masyitah kehilangan sesuatu dan masih mencarinya........semoga Allah permudahkan segala jalan hidupku ini.

apa yang masyitah nak dalam hidup sebenarnya? sebenarnya, masyitah teringin sangat hidup dalam sebuah keluarga yang penuh kasih-sayang, kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan ilmu-ilmu Allah.....tapi bukan masyitah tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang. sangat2 bersyukur tapi kita sebagai manusia memang tak pernah puas dengan apa yang kita ada kan?

Sunday, March 15, 2009

ilmu tanpa amal......

persoalan ini mengetuk-ngetuk kamar mindaku sejak kebelakangan ini. tambahan pula, tatkala due date untuk project production tooling hampir mencapai titik-tik akhirnya, aku terusan termangu. setiap apa yang aku pelajiran, aku harus terapkan dalam setiap hasil kerjaku untuk project kali ini. mencabar bagi diriku yang terlalu lemah ini.

tadi, tatkala hatiku kian kocak resah gelisahnya lantas ku cuba bangkitkan isu ini dengan teman sebilikku, salah seorang pelajar dakwah pengajian Islam. ku nyatakan dan kuluahkan rasa hatiku yang seakan-akan kabur dengan diri ini. untuk apa aku berada di sini. untuk apa aku belajar ilmu ini. bukan kerana project ini sahaja yang menggusarkan aku tetapi mungkin melalui project ini hatiku semakin diketuk-ketuk dengan seribu pertanyaan ini. untuk apa aku.......

melalui teman sebilikku, katanya untuk kita mempraktikkan semua ilmu yang kita pelajari dalam satu masa yang sama dan secepat mungkin bukan sesuatu yang mudah namun kita tak boleh berhenti untuk berusaha. dan pesannya, pengalaman adalah sesuatu yang pahit tapi aku menambah cukup manis apabila dikenang.

maaflah, aku tak pandai berpuisi mahupun bersastera. mungkin aku sudah terbiasa belajar dalam aliran sains tapi rasanya kalau bab mengarang jawapan aku la yang paling panjang. hahaha.........

ilmu tanpa amal, ibarat pohon tak berbuah. akukah itu? emmmm.......

Saturday, March 7, 2009

???????

assalamualaikum.......

ada lebih kurang 3 jam 30 minit lagi untuk discussion for my project. huhuhu....actually ada skt lagi pasal material untuk project kitorang yang belum masyitah habiskan. tapi tengoklah, masyitah masih bertenggek kat meja study ni n depan laptop ni lagi. adoi......semalam dah insaf sekejap. x bukak laptop tp tgh hari ni dtg balik. tak tau nape, semester ni jadi sepesen pulak. last semester bila on pc mesti klik 'solidwork 2005' sebab that paper very killer to me la(sbb masyitah ni lembab sikit kalau bab melukis ni)tp dis sem asyik klik 'mozilla firefox'. udah2 la masyitah, project ada dua lagi tak siap ni.

lupakan pasal project tu dulu, just wanna to talk about satu buku. dah lama tak baca buku yg org cakap boleh bg manfaat. slalunya novel yg ntah pape(mase cuti hari tu je)or ngadap je buku electronic. takpun notes thermofluids yang buat bendalir dalam otakku melimpah2 sakit kepalanya. pening kepala den membacanya. actually buku ni dah baca dulu, tapi mungkin tak rase pape kot sebab x feeling. tp, semalam sbb dah sakit hati ngan diri sendiri asyik ngadap laptop je(masyitah dah bukan masyitah ni) lantas ku capai sebuah buku hasil tulisan muhammad ibrahim sulaiman. buku tu tak habis baca lagi tapi sampai pagi ni aku masih dibuai kisah cinta semalam. aku menangis. ah, jatuh cintakah aku? sebelum ni aku cakap aku cintakan dia tapi aku tak dapat rasa getarannya tp semalam ia benar-benar meresap ke dalam kalbuku. aku sedang belajar mencintainya. siapa dia? biar ia menjadi rahsiaku buat masa ni sehingga aku khatam membacanya.

tadi, masa lepak dalam library sorang2(x suke g ramai2, nanti jd warung kopi) masyitah rasa mengantuk. so, mataku hanya akan celik balik bila tengok buku. aku suka tengok buku tapi x suke baca sampai habis. sebab tu kot, ilmu aku ni slalu x cukup. huhuhu.....sekali lagi mataku terpesona dengan sebuah buku tu. doakan aku baca sampai habis ek even kalau tengok keadaan semasa aku rasa memang sukar nak habis sebab masyitah dah masuk busy time horizon. final exam dah dekat n project pulak x siap2. adoooo.....tambahan pulak buku tu punya la tebal. xpe, nak seribu daya x nak seribu dalih. semoga kan bertambah cintaku pada si dia........

ok la, mata dah mengantuk but i have to find out about something. kena siapkan kije dulu baru landing baik punya. huhuhuhu......semoga aku sentiasa diberi hidayah olehNya. amin....

masyitah : luv u....

Thursday, March 5, 2009

berjalan merentasi sebuah kehidupan............

berjalan merentas sebuah kehidupan yang penuh liku


saat ini aku sendirian di bilik hostelku. emm.....roomateku pulang ke kampung, selangor. alamaknya jadilah bilik ni tongkang pecah. huhuhu.....xdela, cuma meja study and katil je berselerak ngan buku-buku ditemani dengan secawan air masak, satu tupperware kismis, keropok segera n asam(dah lama tak makan, tadi tangan gatal je nak beli. x baik untuk kesihatan!). aku termangu keseorangan di sini. biasalah, manusia yang bernama masyitah aminah ni memang jarang keluar. sebab tu dia kurang kawan kot. my classmates tiga orang kat blok sebelah. ain pergi kpo, farihah balik umah n zaharah, entahlah........

sendiri? takutkah aku? sedangkan bila mati nanti seorang jugak kan kat dalam kubur tu. hemmm.......bukan mengeluh tapi sekadar membebaskan rasa di hati ini. kadang-kala aku ni macam sombong je? sombong ke aku? buat apa aku nak blagak sbb aku ni xde apa-apa pun nak ditonjolkan. tapi, mungkin aku tak pandai berkawan kot......i miss my bestfren jaa. dia yang paling paham aku. huhuu.....tp dia jauh, kat uitm nun di shah alam. kawan...............

berjalan lagi mindaku petang ni sampai kat umah. mak ayah, kak rindu nak balik umah tapi kerja kat sini banyak. malangnya, satu pun tak siap......huhuhu. menyerah kalah? cukuplah apa yang telah aku lakukan sebelum ni. setahun aku ketinggalan compare to my others fren tp xpe becoz i'm alwayz believe, everything happens for a reason. walaupun, sekarang ni semangat aku makin lama makin goyah. kenapa? mungkin iman dan ilmu di dada masih x cukup. kenapa? bukan tak jumpa tapi aku tak cari.......kenapa? bukan tak cuba tapi aku tak reti......

tunjukkan aku jalan yang lurus....

setiap kali solat, aku selalu berdoa. aku selalu mintak Allah tunjukkan aku jalan yang lurus. pimpin aku ke jalan yang Dia redhai. tapi, nape aku x berubah-ubah jugak. mesti aku ada miss mane2 amalan ni. huhuhu..........berjalan merentasi sebuah kehidupan. aku masih terkeliru dengan diriku. dan aku masih berusaha.......tapi, aku tak pernah putus asa dengan rahmat Allah sebab aku yakin, Dia maha pengasih dan penyayang.

kenapalah masyitah mencoret entah pape ni???? entahlah, mungkin tengah kebingungan bangun tido. nak buat assignment blur......lapar la tapi rasa ralat pulak nak turun cafe sorang2 mlm2 ni. biasalah, cafe tu tempat lepak budak2 laki.no!!! masyitah tak salahkan mereka nak buat apa pun tapi masyitah salahkan diri sendiri. nape tak beli je tengah hari tadi makanan? sbb mase tu dah kenyang. selalunya, masyitah beli sebungkus makan dua kali. berjimat? boleh jugak tu......tapi sebenarnya masyitah taknak membazir. sebabnya, mmg masyitah tak dapat habiskan makanan tu kalau sekali hadap. huhuhu.....perut kecil kot! hehehe....tapi masyitah kena makan byk kali. that why stok makanan dlm bilik ni byk. maggi?? dulu2 ada jugak sekarang boikot. milo pun(minuman rasmiku di hostel + susu nespray). nokia??? my new handphone. nak buang? adooo....hari tu terbeli. tak ingat. astaghfirullah.

ok la, bacaan al-quran dah mula kedengaran. nak kena bersiap dah ni. emmm.....maghrib dah tak lama. ya Allah...ampun kan aku.......

Wednesday, March 4, 2009

seminat t-reka

Assalamualaikum.................

sudah lama tak mencoret corit kat sini. huhuhu..........miss my blog! biasalah kehidupan student, kalau tak bizi tak sah. huhuhu..........tp kalau time tak bizi tu bukannya nak study! baik mengadap laptop ni lama-lama. Astaghfirullah. bila la manusia yang bernama masyitah aminah ni nak sedar2kan diri. masih banyak lagi tanggungjawabnya.

actually, this is my first time saya nak tunjuk muke kat blog ni. sebelum ni, x nak tapi ntah nape tetiba rasa nak show off je. hehehe........gambar ni waktu kena 'paksa' gi seminar kat TTC. even paksa, masyitah gi dengan niat kerana nak dapat ilmu even first day, subhanallah. balik2 terus tempah katil. kepala berdenyut hanya tuhan je yang tahu. mungkin sebab mase tu tak breakfast kot tapi sempat jugak masuk planetarium pergi ke 'bulan'. hahaha......miss that memories!

hari kedua seminar bagi masyitah lagi best berbanding first day tp syg seribu kali syg. tetiba my lecturer call me suruh masuk kuliah ptg nanti. mmg mcm kucing hilang anak la hari tu cari transport nak balik. mmg takleh bg perhatian kat ceramah kat depan je. ingat lagi suara lecturer tu yg dah bunyi semacam, kang dia terasa hati habis la.....tp alih2 rupa2nya lecturer tu x dpt surat yg menyatakan kitorang satu fakulti diwajibkan berada kat TTC tu. huhuhu......

lets see who is masyitah aminah!




Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena