Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, March 15, 2009

ilmu tanpa amal......

persoalan ini mengetuk-ngetuk kamar mindaku sejak kebelakangan ini. tambahan pula, tatkala due date untuk project production tooling hampir mencapai titik-tik akhirnya, aku terusan termangu. setiap apa yang aku pelajiran, aku harus terapkan dalam setiap hasil kerjaku untuk project kali ini. mencabar bagi diriku yang terlalu lemah ini.

tadi, tatkala hatiku kian kocak resah gelisahnya lantas ku cuba bangkitkan isu ini dengan teman sebilikku, salah seorang pelajar dakwah pengajian Islam. ku nyatakan dan kuluahkan rasa hatiku yang seakan-akan kabur dengan diri ini. untuk apa aku berada di sini. untuk apa aku belajar ilmu ini. bukan kerana project ini sahaja yang menggusarkan aku tetapi mungkin melalui project ini hatiku semakin diketuk-ketuk dengan seribu pertanyaan ini. untuk apa aku.......

melalui teman sebilikku, katanya untuk kita mempraktikkan semua ilmu yang kita pelajari dalam satu masa yang sama dan secepat mungkin bukan sesuatu yang mudah namun kita tak boleh berhenti untuk berusaha. dan pesannya, pengalaman adalah sesuatu yang pahit tapi aku menambah cukup manis apabila dikenang.

maaflah, aku tak pandai berpuisi mahupun bersastera. mungkin aku sudah terbiasa belajar dalam aliran sains tapi rasanya kalau bab mengarang jawapan aku la yang paling panjang. hahaha.........

ilmu tanpa amal, ibarat pohon tak berbuah. akukah itu? emmmm.......

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena