THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, March 21, 2009

assalamualaikum........

agak lama tidak online. sibuk? entahlah mungkins tress menghadapi banyak kerja dan project yang perlu diselesaikan. kemudian terpaksa menghadiri meeting mpp n mt. dah tanggungjawab, masyitah terima dengan redha. sampai study untuk test pun last minute. huhuhuhu..............

entah apa yang perlu ku catatkan di sini. kadang-kala takut juga orang cakap buang masa je mengarang kat blog tapi tak beri apa-apa manfaat untuk orang lain. maaflah, blog ini hanya untuk cetusan rasa masyitah. mengapa tak private? maybe serba sedikit pengalaman dan perasaan yang dirasai masyitah boleh dikongsi dengan orang lain. tapi, rasanya tak ada yang menjengah blog ni. bagus gak, boleh menulis segala perasaan yang tersimpan dengan bebasnya di sini. hehehe.......

pagi ni, mataku mengatuk tapi masih lagi mencari idea untuk menyiapkan project workholder yang perlu di submit about 2 weeks more. really dont know how to finish it. masyitah bukanlah orang yang kreatif dalam menghasilkan design. huhuhu......kalau ingat kenangan buat project CAD semester lepas, tidak!!!! i got headache about one month after submit benda alah tu. huhuhu.....

sebenarnya, jujur diakui masyitah tengah lemah semangat ni. rasanya tak mampu nak siapkan project ni. ntahlah.......kadang-kala terfikir macam mana masyitah boleh dapat dekan tiap-tiap semester tapi ilmu tak boleh nak apply. rasa malunya dengan Allah......dengan semua orang yang ada di sekelilingku. sometimes masyitah rasa masyitah takde pape. masyitah tak suke physics, chemistry, design, or benda2 kije yg kena masuk bengkel sume ni. tiap-tiap hari kena bergaul dengan kaum lelaki. semua tu memenatkan dan selalu aje mengundang rasa berdosa dalam diri ini.

untuk apa aku belajar kalau aku tak dapat apply ilmu yang aku dapat. tapi, dekan setiap semester. tak ke pelik? meniru? maaf, itu bukan masyitah aminah k. masyitah benci dengan keadaan ni semua. semua ni memeningkan kepala ni. apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup? benda ni selau bermain dalam minda ni. masyitah kehilangan sesuatu dan masih mencarinya........semoga Allah permudahkan segala jalan hidupku ini.

apa yang masyitah nak dalam hidup sebenarnya? sebenarnya, masyitah teringin sangat hidup dalam sebuah keluarga yang penuh kasih-sayang, kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan ilmu-ilmu Allah.....tapi bukan masyitah tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang. sangat2 bersyukur tapi kita sebagai manusia memang tak pernah puas dengan apa yang kita ada kan?

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena