Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 28, 2011

~Hurt but it does not Hate~


saya pijak semut tak mati? those words sound so bad. disappointed. who knows me, you will accept me as i am. itu bagi mereka yang sealiran dengan gaya pemikiran dan pegangan saya. tak ramai. saya tak kisah. yang penting ikhlas dalam persahabatan. Alhamdulillah, saya ada sahabat yang boleh menerima cara seadanya.
saya minta maaf andai cara saya tidak kena. sebagaimana saya berkawan dengan anda, begitulah cara saya bersahabat dengan yang lain. 
sedih. 
tapi saya tak berminat untuk mempertahankan diri saya pada mereka yang telah berfikir sebegitu. 

sahabat. warna warni dalam kanvas kehidupanku. saya menghargai anda.

saya senyum.

Sunday, April 24, 2011

Kisah Saya & Lelaki-lelaki Itu

lelaki-lelaki ini istimewa dalam hidupku. 
lelaki-lelaki ini juga yang mewarnai kehidupanku
yang mencorakkan garis lengkuk perjalanan harianku
ada pahit dan manisnya
namun ia adalah keindahan kurniaanNya
dan kebahagiaan yang dipinjam olehNya
untuk menghiasi hari-hari seorang wanitaku

satu-satunya lelaki yang bergelar abang. ideanya kadang-kadang boleh pakai, kadang-kadang. erm....haha tetapi sekurang-kurangnya dapat aku rasai hidup memiliki abang. umurnya 27 tahun. bujang. ye, telah menetapkan tarikh pernikahannya pada hujung tahun. cuma tahunnya yang belum pasti. maka, terpaksalah aku membooking tarikh awal tahun untuk majlisku nanti. hehe.....ada ke? booking jew. haha 
the most yang paling aku tak tahan dengan lelaki yang dipanggil din/abe din ini adala dia seorang yang tidak makan budu(padahal zaman kecik makan je). itu makanan favourite saya. busuk katanya. huh!satu je yang saya salute dengan lelaki ini, orangnya setia. good job, bro!
bercakap mengenai kasanova paling hot dalam rumahku. dari mekanik sedang menukarkan profesion kepada guru mekanik. usianya yang kini mencecah 21 tahun menyedarkanku, kami sedang meniti usia dewasa(baru semalam aku rasa kami bermain dan bergaduh berkejaran). tapi....kenapa aku masih berasa di usia kanak-kanak. mamat romeo ni pergi mane mesti orang pandang. katanya, hensom. herm.....itu yang aku suka pegang dia, budget pakwe aku hensom. bengang je dia takut sahamnya jatuh. haha...Arif!
pada pengamatan aku la, kalau nak cari calon menantu dalam rumahku. hah, aku syorkan adik aku yang sorang neh. dok tengah menati masa menghadapi STPM. 19 tahun. tapi, advance daripada kakaknya noo. sudah pandai bermain cinta. berbulu jer aku menengoknya. tapi, aku akui kalau dalam ramai-ramai lelaki dalam rumah, dia ni la yang selalu aku buli. suruh buat itu ini. jahat punya kakak. dia ada rasa tanggungjawab sikit. sekurang-kurangnya, dia boleh diharap. menanak nasi boleh, ok! tapi time aku ada jangan harap diorang sume neh nak sentuh periuk belanga. tapi, dia boleh disuruh basuh pinggan. haha...nik, thank u for being my greatest bro!
dan ini lelaki bongsu dalam rumah cikgu muktar. kadang-kadang. nope, selau buat aku membebel dengan spanar dan motornya. aku rasa kalau dihitung duit yang digunakan untuk baiki motor tu, erm....boleh beli motor baru. 16 tahun. dah tua kau dik, tapi aku masih panggil adik lagi. adik cik. tapi, yang paling sengalnya bila dia neh suka panggil aku 'BUDAK-BUDAK'. hohoho....risau sangat aku ambiq title bongsu dia tu. padahal aku ni pun bongsu perempuan jugak ye. dan sometimes, dia suka buat aku rasa aku yan paling bongsu. ketara sangatkah aku ni keanak-anakan? tapi, aku salute dengannya. terpancar ketenangannya saat kami menghadapi kehilangan besar baru-baru ini. terpaksa aku mengakui, lelaki ini mewarisi ketenangan ayahku.
 the last but alwayz the best man. my dad. my spirit. yang banyak mengajar aku erti hidup. terlalu banyak kenangan kami bersama. dan kasih sayangnya masih segar mewangi dalam tiap hirup nafasku. masih terbayang gelak tawa dan senda gurauannya bersama kami. lelaki ini banyak tenangnya. dan aku rindu mendengar kata-katanya. sesungguhnya, kita akan lebih menghargainya bila kita sudah kehilangannya. andai hadir seseorang lelaki yang bakal menambahkan lagi koleksi lelaki dalam hidup wanitaku, aku impikan lelaki seperti ayahku.

satu yang paling aku perasan persamaan antara semua lelaki-lelaki ini selain mereka halal untuk aku pegang tangannya. hahaha....penyayang terhadap kanak-kanak. sebab tu saya amat mudah terpikat dengan lelaki penyayang.

terima kasih kerana hadir sebagai lelaki-lelaki istimewa dalam hidup masyitah aminah. terima kasih kerana membahagiakanku dengan ragam dan karenah kalian. i love you crazy la!
special entry buat:
Muktar
Muhammad Mukhtaruddin
Muhammad 'Arifuddin
Muhammad Syarifuddin
Muhammad Aminuddin

Tuesday, April 12, 2011

Istimewa Buat Awak………Bakal Suami Saya


Awak…….surat cinta saya sebelum nikah. Kalau setuju, sign. Kalau tak, cakap awal-awal. Awak boleh memilih wanita lain sebagai zaujah awak. Saya akan kuatkan hati saya menerimanya. Sebab tu saya harap, jangan sentuh hati saya selagimana awak belum sign surat ini sebab hati wanita ni lembut. Bimbang bila dah jatuh suka, awak pula menjauh……..

Kehadapan Bakal Suami Saya, saya harap warkah ini tidak mengganggu ketenteraman dan emosi awak. Saya tak berhajat nak meletak syarat bak Puteri Gunung Ledang sebab saya Masyitah Aminah yang serba serbi kekurangan. Namun kehadiran tinta ini hanya sekadar untuk menyatakan isi hati Bakal Isteri Awak(andai saya yang terpilih menjadi calon zaujah awak).

Awak……

Saya cuma harapkan awak yang selalu berusaha untuk menjadi baik dan lebih baik dan mengajak saya ke arah kebaikan

Saya tak harap  Abang Imam atau Abang Bilal mahupun ustaz lulusan bumi anbia, tapi cukup jikalau awak mampu untuk mengimamkan solat kita dan kehidupan kita dari bumi ini menuju ke sana.  Saya tak mimpi seorang yang sangat baik tapi cukuplah awak seorang yang ingin menjadi baik dan lebih baik dan mengajakku untuk berbuat baik. Sebab saya sedar, saya pun bukannya baik sangat tapi amat berharap & berusaha untuk menjadi baik. Biarpun kadang-kala saya mengaku, saya ada juga buat tak baik. =(

Pernikahan yang saling diterima oleh keluargaku & keluarganya

Perkahwinan bukan beerti nikahnya dua saudara saya & awak sahaja pada definisi hati wanita saya yang kerdil ini. Tapi, ia jalinan satu silaturrahim antara keluarga saya & awak. Saya mahukan keharmonian, dan saya amat mengharapkan restu keluarga daripada kedua belah pihak terutama mak & ayah. Saya harap awak boleh sayang keluarga saya macam awak sayang keluarga awak. Saya pun harap saya boleh sayang keluarga awak macam keluarga saya sebab, saya amat menyayangi keluarga saya. Lagipun, saya hanya dari keluarga biasa-biasa. Bukan anak Dato’ atau alim ulamak mahupun anak raja. Kalau darjat yang menjadi ukuran, saya harap awak hentikan bacaan isi kandungan surat ini. Ia sudah tidak relevant pada awak lagi……=(

Handsome (tolong baca habis perenggan ni. Ia mungkin boleh bikin salah faham)

Awak, maaf ye. Perkataan tu bunyi demand sangat. Saya pun malu nak cakap sebab saya bukannya lawa sangat tapi, bermimpi nak putera kacak. Dengan putera katak pun, belum tentu saya ni layak. Huhu… Tapi, saya ada terbaca satu artikel kat iluvislam. Kenapa kita malu nak minta yang handsome tapi tak malu pulak nak mintak syurga Allah.huhu….awak, definisi handsome di hati saya ini bukanlah  kacak macam Shahir AF8, gorgeous macam Fahrin Ahmad mahupun sehot Asyraf Muslim apatah lagi bermimpi untuk memililiki lelaki sesempurna Nabi Yusoff. Tak…tidak sama sekali. Cukup awak handsome di mata saya, walaupun tidak di mata orang lain. Titik.

Tak bekeng(garang) tapi tegas
Walaupun saya ni diketegorikan sebagai ‘bekeng’ tapi saya amat tidak suka pada lelaki yang bekeng. Hati wanita saya ni lembut sebenarnya, hanya luarannya sahaja yang nampak bekeng. Tapi awak, saya tak perlukan awak memanjai saya sampai saya lupa siapa suami, siapa isteri. Tegaslah dengan saya pada tempatnya, insyaAllah saya ni lurus orangnya kalau kena gayanya. Sebab, impian saya nak jadi isteri solehah. Bantu saya awak…….

Bertanggungjawab

Mana-mana wanita kat dunia ini, semua impikan pendamping yang bertanggungjawab. Jadilah nakhoda yang bertanggungjawab dalam kapal kita nanti. Tak perlu saya catitkan satu persatu tanggungjawab yang perlu awak pikul, tapi saya amat tidak kisah kalau kita saling ingat mengingati tanggungjawab kita nanti. Awak suami & saya isteri.

Jangan perjuangkan EGO

Setiap manusia ada ego masing-masing. Jangan perjuangkan EGO dalam kapal kita nanti, takut-takut dilambung ombak yang kuat.khuatir juga karam di awal pelabuhan. Nauzubillah. Biarlah ego kita bertempat awak. Saya taknak perjudikan masa depan kita kerana ego. Saya minta awak rendahkan ego awak dengan saya, dan awak mintaklah saya rendahkan ego saya nanti andai isu ini berbangkit dalam kapal kita nanti, awak. 

Saling menerima keBURUKan & keBAIKan diri masing-masing

Awal-awal saya nak bagitau takut awak menyesal, saya memang banyak sikap buruk awak. Kalau awak rasa tak mampu nak terima, saya minta jangan mohon saya untuk menemani perjalanan hidup awak. Tapi saya selalu berdoa andai seseorang yang hadir untuk menjadi nakhoda kapal saya, biarlah awak & saya boleh saling menerima. Terima saya seadanya dan perbaiki diri saya awak, begitu juga saya. Paling ketara, adik-beradik saya cakap saya ni ‘budak-budak’. Kawan-kawan cakap saya ni ‘cerewet’(terutama bila buat kije). Mak saya cakap saya ni suka membebel(sebenarnya saya mewarisi sikap mak saya neh. Haha). Sanggupkah?dan lain-lain...hehe

Awak seorang penyayang?

Penyayang bukan hanya pada manusia, tapi pada haiwan jugak. Saya bukanlah pencinta haiwan yang tegar tapi saya sangat tidak suka pada mereka yang boleh menyepak kucing sesuka hati dan memukul itik tanpa rasa simpati. Saya kalau nak marah atau bengang pada mereka habis-habis saya tolak kucing tu slow-slow tak pun guna senjata paling hot. Saya membebel. Haha…awak, hati saya mudah jatuh sayang pada lelaki penyayang. Tak ramai yang tahu rahsia ni. Huhu…sekarang dah bocor. Namun saya mohon, usah pamerkan nilai penyayangmu melalui cemburu buta. Itu bukan jalannya.

Jadilah penyuntik semangat & pil penenang
Awak, saya tak suka makan panadol. Tolong jangan paksa saya makan bila awak tengok saya sakit lepas kawen nanti.hehe….. Tapi saya masih bisa menerima suntikan & pil istimewa. Semuanya dari awak, wahai Bakal Suami Saya. Saya mohon, jadilah penyuntik semangat & pil penenang dalam hidup saya. Saya dah kehilangan semua itu sejak ayah saya pergi meninggalkan saya. Walaupun family saya ada membekalkannya tapi dos yang diberikan tak sehebat yang ayah saya bagi. =( saya harap awak bisa menemui ramuan-ramuan SUNTIKAN SEMANGAT & PIL PENENANG itu.

Jangan ajak saya untuk bercinta dengan menangguhkan pernikahan kita

Awak, saya tak mampu nak buat story pakwe makwe. Saya tak pandai & tak reti. Sebab kalau boleh saya nak mencintai awak secara halal melalui ikatan pernikahan. Kalau benar awak nak pimpin saya dan nak saya temani perjalanan hidup awak, saya mohon tunjukkan kesungguhan yang sebenar. Saya tak mintak awak beli kereta mahupun istana mahligai, tapi ambil masa sejenak dan istikharah adakah saya layak untuk menjadi isteri dunia akhirat awak. Dan mintaklah saya secara beradab. Walaupun ayah saya sudah menyahut seruan Illahi, saya masih ada mak dan adik beradik yang sentiasa menyokong hidup saya. 

Pimpin saya untuk mengenal cintaNya…..

Awak, saya nak mengaku satu benda ni. Saya bukan nak jadi BIDADARI awak dekat dunia je, saya nak jadi BIDADARI awak sampai ke syurga nanti. Itupun kalau awak sudi & redha dengan saya.(blushing)

Sekian, terima kasih.

Saya SETUJU / TIDAK SETUJU




…………………………………………………….
(BAKAL SUAMI AWAK)

Tajuk tak boleh blah den dongar. Tapi siyes, ini pengakuan berani mati neh. Kalau sape-sape baca, tolong rahsiakan ‘RAHSIA NEGARA’ ambo deh. Takut terbocor luas, dah tak jadi ‘private & confidential’ dah. Ehem…print, sign and send to me (sila ambil perhatian BAKAL SUAMI SAYA). =)

*rasa nak masuk bawah bantal bila menulis entry ini. (blushing)…haha

kita mungkin boleh buat list yang panjang-panjang tentang apa yang kita nak, tapi kita kena sedar His list is alwayz the best. redhakan hati-hati ini menerimanya.


 

Friday, April 8, 2011

Memori Itu Memburuku

Tak surut dan takkan surut rinduku pada dia yang telah pergi meninggalkanku. Memori-memori lama makin bermain di fikiran. Sementelah aku memilih untuk berada di kondisi ini, kondisi yang membisakan kenangan-kenangan lalu berlegar dalam diari seorang anak.

Masa kecik-kecik dulu, ramai-ramai anak ayah akulah yang paling banyak peelnya(perangai). Pergi sekolah nangis(umur 6 tahun). Tiap-tiap awal tahun mesti nangis sebab aku takut cikgu garang. Nasib baik ayahku seorang cikgu, maka ditebalkan muka mengadap cikgu-cikgu bekeng(garang) supaya jangan garang denganku. Haha……masuk matrikulasi nangis nak balik. Masuk u aku tangguh belajar satu semester. Tiap kali esok ada test/quizzes aku menangis. Buat project aku menangis dan ayahlah pendengar yang setia. Pemujuk yang tak pernah berhenti hinggalah kali terakhir pesanannya ketika aku menangis dekat telefon, final semester> esok quizzes & test. Aku serabut. Ayah pesan:

Percaya diri. Yakin diri. Jangan lupa diri.

Sekarang bila nak menangis, aku menangis sorang-sorang. Tangisan aku tak ada orang nak kesat mahupun dengar sepertimana ayah pernah buat. Kalau ada pun, tak sama. Hanya pada Dia aku memohon, kuatkan aku menjalani perjalanan ini.

Teringat aku bila melihat orang sibuk-sibuk nak ambik result SPM, mengimbau aku pada ayah. Ayah hantar aku kat sekolah pagi tu then keluar. Biasalah. Cakap pukul 9pagi, pukul 12 baru dapat tengok keputusan kan. Bila keputusan diumumkan aku keluar dari bilik mesyuarat. Nampak ayah kat luar pagar. Ayah hantar mesej.

‘dapat bape?’

‘sikit jah.’

‘bape?’

‘7A, 4B, 1C.’

Tiba-tiba telefonku berdering. Ayah menghubungiku. Aku Nampak ayah kat luar pagar tepi kereta. Ayah senyum. Ucapan tahniah tak lekang dari bibir ayah. Ayah, sepatutnya kak yang ucap terima kasih kat ayah. Walaupun ucapan tu tak mampu nak balas satu pun jasa ayah. Dan bila kak masuk u pun, setiap semester ayah tanya result kak. Ayah mungkin tanya result adik-beradik yang lain tapi result kak paling ayah excited kan? Haha……ayah mesti tersenyum setiap semester kan? Itulah hadiah paling mahal kak terima ayah. Biarpun senyuman ayah tak boleh dijual kat mana-mana sesi temuduga pun, tapi senyuman itulah satu kepuasan bagi kak setelah penat belajar.

Ayah, kak rindu pada sesi dialog kita tengah-tengah malam. Banyak yang ayah perkatakan, tapi kak dan adik beradik yang lain bagai masih tidak faham. Kadang-kadang kak jugak penah rasa nak mengelak dari sesi dialog kita sampai ke pagi. Ilmu yang ayah bincangkan, tak semua mampu untuk mendalaminya. Ayah selalu mengulang-ulang ‘bila ayah tiada, baru semua orang nak menyesal.’ Betul ayah. Kata-kata ayah benar. Sesungguhnya, iman itu tak dapat diwarisi. Belajarlah Mengenal Diri.

Sebenarnya, entry ini tercetus bila kak memikirkan esok ulangtahun ke-23 anak bongsu perempuan ayah ni. Anak perempuan ayah yang manja ni. Dulu kak tak mengaku yang kak manja, tapi sekarang kak mengaku ayah. Kak bukan manja pada fizikalnya, tapi pada emosi & hatinya kan?

Ayah, tiap-tiap tahun kak akan telefon ayah dan tanya:

‘ayah, hari ni berapa haribulan?’

Kak tak harap ayah akan ingat hari lahir kak sebab kak tahu, ayah ada 9 orang anak yang pelbagai ragam. Sebab tu kak tolong ingatkan ayah. Tapi tahun ni, kak tak boleh ingatkan hari lahir kak kat ayah lagi sebab ayah dah pergi tinggalkan kak…………………

*kak tak tahu sampai bila kak akan terus hidup dengan memori-memori yang terus memburu tangisan kak. Sebab kak terlalu sayangkan ayah. 

selamat hari lahir ke-23 Masyitah Aminah binti Muktar

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena