Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, April 8, 2011

Memori Itu Memburuku

Tak surut dan takkan surut rinduku pada dia yang telah pergi meninggalkanku. Memori-memori lama makin bermain di fikiran. Sementelah aku memilih untuk berada di kondisi ini, kondisi yang membisakan kenangan-kenangan lalu berlegar dalam diari seorang anak.

Masa kecik-kecik dulu, ramai-ramai anak ayah akulah yang paling banyak peelnya(perangai). Pergi sekolah nangis(umur 6 tahun). Tiap-tiap awal tahun mesti nangis sebab aku takut cikgu garang. Nasib baik ayahku seorang cikgu, maka ditebalkan muka mengadap cikgu-cikgu bekeng(garang) supaya jangan garang denganku. Haha……masuk matrikulasi nangis nak balik. Masuk u aku tangguh belajar satu semester. Tiap kali esok ada test/quizzes aku menangis. Buat project aku menangis dan ayahlah pendengar yang setia. Pemujuk yang tak pernah berhenti hinggalah kali terakhir pesanannya ketika aku menangis dekat telefon, final semester> esok quizzes & test. Aku serabut. Ayah pesan:

Percaya diri. Yakin diri. Jangan lupa diri.

Sekarang bila nak menangis, aku menangis sorang-sorang. Tangisan aku tak ada orang nak kesat mahupun dengar sepertimana ayah pernah buat. Kalau ada pun, tak sama. Hanya pada Dia aku memohon, kuatkan aku menjalani perjalanan ini.

Teringat aku bila melihat orang sibuk-sibuk nak ambik result SPM, mengimbau aku pada ayah. Ayah hantar aku kat sekolah pagi tu then keluar. Biasalah. Cakap pukul 9pagi, pukul 12 baru dapat tengok keputusan kan. Bila keputusan diumumkan aku keluar dari bilik mesyuarat. Nampak ayah kat luar pagar. Ayah hantar mesej.

‘dapat bape?’

‘sikit jah.’

‘bape?’

‘7A, 4B, 1C.’

Tiba-tiba telefonku berdering. Ayah menghubungiku. Aku Nampak ayah kat luar pagar tepi kereta. Ayah senyum. Ucapan tahniah tak lekang dari bibir ayah. Ayah, sepatutnya kak yang ucap terima kasih kat ayah. Walaupun ucapan tu tak mampu nak balas satu pun jasa ayah. Dan bila kak masuk u pun, setiap semester ayah tanya result kak. Ayah mungkin tanya result adik-beradik yang lain tapi result kak paling ayah excited kan? Haha……ayah mesti tersenyum setiap semester kan? Itulah hadiah paling mahal kak terima ayah. Biarpun senyuman ayah tak boleh dijual kat mana-mana sesi temuduga pun, tapi senyuman itulah satu kepuasan bagi kak setelah penat belajar.

Ayah, kak rindu pada sesi dialog kita tengah-tengah malam. Banyak yang ayah perkatakan, tapi kak dan adik beradik yang lain bagai masih tidak faham. Kadang-kadang kak jugak penah rasa nak mengelak dari sesi dialog kita sampai ke pagi. Ilmu yang ayah bincangkan, tak semua mampu untuk mendalaminya. Ayah selalu mengulang-ulang ‘bila ayah tiada, baru semua orang nak menyesal.’ Betul ayah. Kata-kata ayah benar. Sesungguhnya, iman itu tak dapat diwarisi. Belajarlah Mengenal Diri.

Sebenarnya, entry ini tercetus bila kak memikirkan esok ulangtahun ke-23 anak bongsu perempuan ayah ni. Anak perempuan ayah yang manja ni. Dulu kak tak mengaku yang kak manja, tapi sekarang kak mengaku ayah. Kak bukan manja pada fizikalnya, tapi pada emosi & hatinya kan?

Ayah, tiap-tiap tahun kak akan telefon ayah dan tanya:

‘ayah, hari ni berapa haribulan?’

Kak tak harap ayah akan ingat hari lahir kak sebab kak tahu, ayah ada 9 orang anak yang pelbagai ragam. Sebab tu kak tolong ingatkan ayah. Tapi tahun ni, kak tak boleh ingatkan hari lahir kak kat ayah lagi sebab ayah dah pergi tinggalkan kak…………………

*kak tak tahu sampai bila kak akan terus hidup dengan memori-memori yang terus memburu tangisan kak. Sebab kak terlalu sayangkan ayah. 

selamat hari lahir ke-23 Masyitah Aminah binti Muktar

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena